Anda di halaman 1dari 6

Erickson mencadangkan tiga peringkat utama yang berlaku dalam alam persekolahan

iaitu peringkat inisiatif, pencapaian dan identiti.

Antara ketiga-tiga peringkat tersebut, buat analisis untuk mengenal pasti peringkat mana
yang paling berjaya dalam tempoh persekolahan seseorang murid? Jelaskan tindakan
seorang guru yang boleh membantu murid menyelesaikan krisis di dalam peringkat
tersebut.

1.0 Pengenalan

Teori Erik Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson. Tiga
faktor yang mempengaruhi perkembangan individu iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial kanak-
kanak digabungkan dalam teori ini.

Lima prinsip yang diutamakan dalam Teori Erik Erikson adalah setiap individu mempunyai
keperluan yang sama. Seterusnya, perkembangan individu bergantung kepada tindak balas
individu terhadap keperluan-keperluan asasnya. Perkembangan individu mengikut tahap-tahap
tertentu dan setiap tahap mempunyai konflik. Konflik tersebut mesti diatasi supaya individu
dapat berfungsi dengan baik dalam tahap berikutnya. Namun, kegagalan mengatasi konflik
pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang seterusnya.

Selain itu, teori Erik Erikson menitikberatkan lapan peringkat perkembangan seperti inisiatif
lawan tidak percaya (0-18 bulan), autonomi lawan malu (18 bulan-3 tahun), inisiatif lawan rasa
bersalah (3-5 tahun), kecekapan lawan rasa rendah diri (6-12 tahun), identiti lawan kekeliruan
peranan (12-18 tahun), intim lawan pengasingan (18-35 tahun), generativiti lawan sangsi (35-60
tahun), dan kesepaduan lawan putus asa (60 tahun-akhir hayat).

2.0 Tiga peringkat utama dalam alam persekolahan


2.1 Inisiatif lawan bersalah

Perkembangan kognitif kanak-kanak meningkat pada peringkat ini. Jadi, kanak-kanak


mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi tentang ibu bapa, kawan-kawan dan persekitaran.
Bukan itu sahaja, kanak-kanak akan cuba melakukan sesuatu yang baharu untuk memenuhi
naluri ingin tahu. Sebagai contoh, mereka akan cuba untuk mengikut perlakuan orang dewasa.
Imaginasi mereka pada peringkat ini sangat tinggi dan mula berkhayal menjadi orang dewasa.
Oleh itu, ibu bapa harus memberi dorongan dan galakan kepada kank-kanak supaya kanak-
kanak mempunyai inisiatif yang tinggi. Sebaliknya, kritikan negatif dan hukuman daripada ibu

1
bapa akan mencetuskan masalah seperti suka bersendirian, tidak bersemangat serta
menghalang inisiatif kanak-kanak untuk meneroka sesuatu yang baharu.

2.2 Kecekapan lawan rasa rendah diri

Pada peringkat ini, kanak-kanak mula mempelajari kemahiran-kemahiran baharu dan


menyelesaikan sesuatu masalah. Antara kemahiran yang mampu dikuasai oleh kanak-kanak
ialah kemahiran fizikal, sosial dan bahasa. Jadi, kanak-kanak berminat kepada aktiviti yang
bersesuaian dengan kecenderungan dan potensi mereka. Oleh sebab itu, guru dan ibu bapa
memainkan peranan penting dalam pembentukan dan bimbingan kanak-kanak secara positif.
Contohnya, ibu bapa dan guru harus memberi pujian kepada kanak-kanak semasa aktiviti atau
tugasan dilakukan dengan berjaya supaya kerajinan kanak-kanak akan diteruskan. Namun,
mereka yang gagal menguasai kemahiran-kemahiran baharu akan berasa rendah diri dan
kurang yakin pada kemampuan atau potensi yang mereka miliki.

2.3 Identiti lawan kekeliruan peranan

Individu akan mengalami tahap kelima pada zaman remaja. Pada peringkat ini, remaja akan
mengalami perkembangan identiti bersifat kompleks dan pelbagai aspek. Contohnya, mereka
akan berfikir tentang siapa mereka dan arah tuju mereka pada masa depan. Remaja juga akan
sedar bahawa mereka ialah inidividu yang unik. Oleh sebab itu, mereka patut menghadapi krisis
identiti dengan menguji pelbagai peranan, nilai dan perhubungan. Selain itu, remaja haruslah
mencari alternatif-alternatif yang bersangkutan dengan masa depan mereka. Identiti yang baik
akan terbentuk jika remaja bergaul dalam lingkungan yang baik dan begitu juga sebaliknya.
Remaja yang berjaya menyelesaikan konflik pada peringkat ini, identiti yang kuat akan dipupuk
dalam diri mereka dan bersedia merancang masa depan. Jika gagal mengatasi konflik pada
peringkat ini, remaja akan mengalami kekeliruan dan tidak berupaya untuk memmbuat pilihan
seperti pemilihan dalam bidang kerjaya.

3.0 Peringkat yang paling berjaya dalam tempoh persekolahan

Peringkat yang paling berjaya dalam tempoh persekolahan seseorang murid ialah peringkat
kecekapan lawan rasa rendah diri. Hal ini kerana pada peringkat ini murid-murid akan
mempelajari kemahiran baharu seperti kemahiran berkomunikasi dan kemahiran fizikal dalam
alam persekolahan. Pada peringkat ini, murid-murid mempunyai usaha dan keinginan untuk
melakukan sesuatu perkara dengan baik. Dengan itu, murid-murid akan berminat dengan
aktiviti yang sesuai dengan kemampuan mereka. Menurut Jas Laile Suzana Jaafar (2008), jika
2
kanak-kanak berjaya memperoleh kemahiran-kemahiran tersebut dan pencapaiannya ini
dihargai oleh orang lain, kanak-kanak tersebut akan memperkembang sifat kecekapan dan
mempunyai pandangan yang positif terhadap pencapaiannya. Jadi, guru dan ibu bapa harus
memberi pujian terhadap perkara baik yang dilakukan oleh murid supaya ketekunan tersebut
dapat diteruskan. Walaupun demikian, perasaan rendah diri akan wujud kalau murid-murid tidak
mampu menguasai kemahiran. Perasaan rendah diri berlaku apabila kebolehannya
mengendalikan perkara-perkara yang diminatinya terbatas (Rahil Mahayuddin et al., 2005).
Murid-murid akan berasa tidak yakin pada bakat dan potensi diri serta akan membawa kesan
pada kehidupan masa depan. Oleh sebab itu, peringkat kecekapan lawan rasa rendah diri
sangat penting dalam tempoh persekolahan seseorang murid.

4.0 Krisis dan Tindakan

Krisis yang dialami semasa peringkat kecekapan lawan rasa rendah diri ialah masalah
disiplin. Murid yang mampu menguasai kemahiran akademik kemahiran sosial serta
pencapaiannya dihargai oleh orang lain, murid tersebut akan berkembang dengan positif.
Namun, kanak-kanak sering dibandingkan dengan orang lain dan dianggap tidak berkebolehan
akan memperkembang sifat rendah diri (Jas laile Suzana Jaafar, 2008). Masalah disiplin
sentiasa berlaku seperti vandalisme, ponteng sekolah dan buli kerana murid yang rasa rendah
diri akan menujukkan kehebatan diri di kalangan rakan melalui perlakuan negatif. Masalah
disiplin yang seperti ini telah memberi kesan negatif kepada murid-murid terutamanya mangsa
sendiri.

Tindakan untuk penyelesaian masalah disiplin memerlukan kerjasama daripada pelbagai


pihak seperti guru dan pentadbir sekolah. Selain itu, guru harus didedahkan dengan kemahiran
untuk mengatasi masalah disiplin seperti buli. Oleh sebab itu, guru digalakkan bersikap terbuka
dan merapatkan hubungan dengan murid-murid supaya mereka lebih bersedia untuk
melaporkan masalah disiplin yang berlaku kepada guru yang mereka percayai. Selain itu,
menurut Duckworth (1984) dalam Mohd Ismail Othman (2006) bahawa kepuasan tentang polisi
disiplin sekolah di kalangan guru mempunyai kaitan rapat dengan guru besar sekolah.
Komunikasi yang berkesan dan perkongsian nilai adalah elemen penting dalam hubingan erat
antara guru besar dan guru-guru dalam pelaksanaan tindakan disiplin. Melalui peranan guru
besar dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah, mereka sepatutnya lebih proaktif untuk
menggariskan langkah-langkah pencegahan awal masalah disiplin di sekolah.

3
Krisis yang seterusnya berlaku ialah murid-murid kurang menguasai teknik dan kemahiran
pembelajaran. Jadi, terdapat sesetengah ibu bapa menyalahkan guru kurang berpengalaman,
teknik pengajaran tidak berkesan, pilih kasih atau kurang memberi tumpuan kepada murid-
murid. Di samping itu, satu kajian untuk mengenal pasti tentang sebab-sebab kegagalan dalam
pelajaran telah dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas pemulihan di tiga sekolah di
Selangor dan Kuala Lumpur oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
(LPPKN) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Melalui kajian tersebut,
punca yang dapat dikenal pasti ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal pelajaran anak-
anak, kurang motivasi di kalangan kanak-kanak dan juga lambat didedahkan dengan kemahiran
membaca, menulis dan megira. Terdapat juga kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat
menguasai bahasa dan seterusnya menjejaskan proses menguasai kemahiran membaca.
Sebahagian kanak-kanak menghadapi masalah lemah pengamatan dan lemah daya ingatan.
Kekurangan keyakinan diri akan menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak akan
berasa takut untuk berinteraksi dengan kawan-kawan.

Sebagai cara penyelesaian masalah murid-murid kurang menguasai teknik dan kemahiran
pembelajaran, guru berperanan penting dalam membantu murid-murid mengatasi masalah ini.
Menurut Abdull Sukor Shaari (2011), guru adalah pelaksana utama pendidikan yang termaktub
dalam sesebuah kurikulum. Guru-guru yang memberi perhatian kepada murid-murid akan
membawa mewujudkan perkembangan yang postif terhadap kanak-kanak. Guru dapat
menggunakan keadah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan selepas mengenal pasti
kelemahan murid dengan tepat untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran 3M iaitu,
menulis, membaca dan mengira. Murid-murid akan lebih bermotivasi apabila mendapat
perhatian dan bimbingan daripada guru.

Di samping itu, murid-murid juga mengalami krisis iaitu kurang bermotivasi untuk belajar.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, motivasi bermaksud keinginan yang keras atau
semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan
sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan. Sebagai contoh murid-murid kurang
bermotivasi ialah murid-murid akan sering berkata tentang mereka tidak mampu dalam sesuatu
mata pelajaran seperti Matematik. Sekiranya masalah ini diperhatikan, bukan mata pelajaran
tersebut terlalu sukar, malah guru tidak menggunakan strategi yang berkesan sehingga murid-
murid tidak tertarik untuk mempelajarinya, Jadi apabila murid tidak bermotivasi, mereka akan
merasakan mata pelajaran tersebut menjadi masalah kepada mereka.

4
Sebagai seorang guru harus memotivasikan murid sebagai langkah awal dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohd Ismail Othman (2006), guru-guru yang
melaporkan pengalaman mereka yang meanrik di sekolah apabila mereka memberi khidmat
yang baik serta dapat membantu pelajar. Guru perlu menggunakan masa yang banyak semasa
mengajar untuk memotivasi murid-murid dan mereka yang termotivasi akan berprestasi lebih
baik dari segi kurikulum dan kokurikulum berbanding dengan murid-murid yang tidak dimotivasi.
Selain itu, tujuan jangka panjang dalam mengembangkan motivasi murid-murid dalam belajar
adalah terbentuknya motivasi kendiri. Sebagai guru, kita ingin murid selalu terdorong untuk
mengembangkan minat untuk belajar dan sentiasa menimba ilmu pengetahuan walaupun
mereka telah lepas dari bimbingan guru. Tujuan pendidikan utama adalah untuk
membangkitkan dalam diri murid suatu motivasi yang kuat dan terus menerus untuk belajar. Hal
ini akan menjadi suatu kecenderungan dan kebiasaan dala melakukan proses balajar yang
seterusnya. Oleh sebab itu, guru harus berusaha meningkat motivasi dalam kalangan murid-
murid.

5.0 Rumusan

Teori Erick Erickson menekankan tiga faktor iaitu kendiri, emosi dan sosial yang
mempengaruhi perkembangan individu. Perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu
dan setiap tahap mempunyai konflik. Konflik tersebut harus diatasi supaya individu tersebut
dapat berfungsi dengan baik dan tahap berikutnya. Kegagalan mengatasi konflik tersebut pada
sesuatu tahap akan menjejaskan tahap seterusnya.

Peringkat yang paling berjaya dalam tempoh persekolahan seseorang murid ialah peringkat
kecekapan lawan rasa rendah diri. Ini kerana murid mempunyai keinginan untuk mempelajari
kemahiran baharu pada peringkat tersebut. Jika perasaan rendah diri wujud pada kanak-kanak
akan menjejaskan keyakinan mereka untuk mempelajari sesuatu pada masa hadapan. Oleh
sebab itu, peranan guru amat penting dalam membantu murid-murid mengatasi konflik yang
dialami pada tempoh persekolahan.

5
6.0 Rujukan

Abdull Sukor Shaari. (2011). Pedagogi dari sekolah ke institut pendidikan tinggi. Penerbit
Universiti Utara Malaysia Sintok.

Jas Laile Suzana Jaafar. (2008). Pengenalan kepada psikologi kanak-kanak dan remaja. Aras
Pendidikan Sdn Bhd.

Mohd Ismail Othman. (2006). Menangani masalah disiplin di sekolah. Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.

Pustaka, D. B. (2005). Kamus dewan edisi keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahil Mahayuddin, Maria Chong Abdullah, & Habibah Elias. (2005). Psikologi kanak-kanak dan
remaja. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd.

Teori Perkembangan Erick Erickson. (n.d.). Diperoleh daripada


http://www.academia.edu/8934685/Teori_Perkembangan_Erick_Erikson

Wong, K. W., Mohamad Isa Azis, & Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan kanak-kanak edisi
kedua. Oxford Fajar Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai