Anda di halaman 1dari 5

Anda sedang menjalankan satu aktiviti bimbingan kepada sebuah kelas darjah enam.

Terdapat sekumpulan murid nakal yang suka membuat bising, menconteng meja,
mengejek dan bergaduh dengan rakan-rakan yang lain. Keadaan ini menyebabkan
suasana kelas menjadi kacau bilau dan menganggu aktiviti bimbingan.

Berdasarkan Teori Psikoanalisa yang diasaskan oleh Sigmund Freud, bincangkan andaian
pembentukan tingkah laku murid-murid di atas.

1.0 Tahap Perkembangan Psikoseksual

1.1 Tahap Oral

Peringkat oral bermula sejak sejak lahir sehingga bayi mencapai umur setahun. Mengikut
Freud, melalui tindakan menyusu, kanak-kanak mengalami kepuasan seks serta memenuhi
keperluan makanan kerana sumber kepuasan pada peringkat oral adalah melalui zon mulut
kerana ia mendapat stimulasi yang lebih berbanding bahagian badan yang lain. Selain itu,
tindakan oral incorporative berbentuk penyusuan yang banyak dilakukan oleh bayi kerana dapat
memperoleh kepuasan melalui peringkat ini. Apabila perkembangan terletak pada peringkat ini,
tindakan yang mencerminkan oral incorporative akan memberi kesan kepada personaliti kanak-
kanak. Sebgai contoh, murid-murid yang suka membuat bising dan mengejek mungkin tidak
mencapai kepuasan pada peringkat oral. Menurut Freud, orang yang suka bercakap banyak,
suka mengunyah dan suka menghisap rokok adalah orang yang perkembangan personalitinya
terletak pada peringkat ini. (Amir Awang, 1986)

1.2 Tahap Anal

Peringkat anal bermula pada umur setahun hingga dua tahun. Pada peringkat ini, dubur
merupakan zon tumpuan kepuasan dubur dan kepuasan diperoleh melalui tindakan menahan
dan menyingkirkan najis. Jadi, kanak-kanak dilatih untuk membuang air besar melalui cara
kawalan ibu bapa. Melalui cara kawalan tersebut, kanak-kanak akan belajar menguasai perasaan
bebas dan negatif. Selain itu, personali anal aggressive akan dibentukkan apabila ibu bapa terlalu
ketat kawalan dan rigid dalam usaha melatih anak membuang air besar dan akan bertindak balas
secara agresif dengan tidak mematuhi kehendak ibu bapa. Tindakan menentang seperti menabur
najis di merata-rata tempat akan menjadi asas bagi personaliti anal aggressive yang akan
mempunyai ciri-ciri seperti kezaliman, marah dan tidak teratur yang ekstrim. Contohnya, murid-
murid yang tidak mengikut peraturan dalam kelas disebabkan personaliti anal aggressive kerana

1
ingin melakukan tindakan yang menentang. Antara tindakan menentang adalah seperti membuat
bising dan bergaduh.

1.3 Peringkat Latensi

Kanak-kanak pada peringkat ini mempunyai kecenderungan untuk bergaul. Ego akan
berkembang dengan baik melalui interaksi dengan persekitaran yang luas. Superego dan id akan
betolak ansur untuk mencapai keseimbangan. Menurut Melati Sumari, Ida Hartina Ahmed Tharbe,
Norfaezah Md Khalid dan Azmawaty Mohamad Nor (2014), fantasi dan keinginan yang kurang
bersesuaian telah dapat dikawal, peringkat ini adalah lebih teratur. Namun, memori di tahap-
tahap perkembangan terdahulu masih segar dan akan mempengaruhi perkembangan personaliti.
Pengalaman-pengalaman baru akan menggantikan perasaan dan gelora yang terdapat pada
peringkat-peringkat yang sebelum. Melalui proses permasyarakatan ini, kanak-kanak akan
mendapat pengalaman untuk memainkan peranannya semasa dewasa.

1.4 Peringkat akil baligh

Peringkat akil baligh untuk kebanyakan kanak-kanak lelaki dan perempuan adalah apabila
mencapai umur 12 tahun. Segala khayalan dan fantasi yang pernah wujud pada peringkat falik
akan muncul semula pada peringkat ini. Sekiranya dalam peringkat falik tumpuan perhatiannya
terbatas kepada persamaan dan perbezaan falik antara lelaki dan perempuan serta terhadap
khayalan-khayalan yang bercorak seks tetapi pada peringkat falik ini, ia tidak lagi terbatas kepada
perkara-perkara tersebut. Lagipun, kemunculan diri keinginan dan dorongan untuk cuba
mempraktikakan keberahian dengan rakan-rakan yang berlainan jantina, melainkan psikosek
terletak atau terencat di mana-mana peringkat yang lebih awal. Selain itu, rmurid-murid akan
mula menyedari tanggungjawab mereka dan akan menjadi lebih matang dan lebih menjalinkan
hubungan erat dengan kawan-kawan sebaya.

Mengikut Freud, inilah permulaan era kasih sayang melalui kasih sayang dan mereka boleh
mendapat kepuasan yang penting untuk mereka dalam memberikan kestabilan dan rasa selamat.

2.0 Struktur Personaliti


2.1 Id

Id merupakan sistem personaliti yang asas dan bersifat neutral. Id merupakan sumber
tenaga psikik asas dan desakan atau naluri. Id berfungsi berdasarkan prinsip keseronokan dan
merupakan sumber asal libido. Matlamat id ialah memaksimumkan kepuasan dan keseronokan
dan mengurangkan kesakitan kepada individu. Personaliti id boleh disifatkan sebagai tidak logik,

2
tidak menghiraukan nilai-nilai moral dan hanya mementingkan kepuasan diri. Sebagai contoh,
kanak-kanak ingin mencapai keseronokan melalui menganggu proses pengajaran dan
pembelajaran atau mendapat perhatian daripada guru.

2.2 Ego

Ego merupakan tonggak utama dalam personaliti dan mewakili bahagian pemikiran
rasional yang merancang suatu untuk individu. Ego merupakan eksekutif sistem personaliti yang
menghubungkan manusia dengan realiti kehidupan. Tugas ego yang utama ialah mengawal,
mengarah dan menyelia personaliti individu menggunakan pemikiran logik dan prinsip realiti. Ego
berfunsi menyimbangkan antara kehendak id dengan kehendak persekitaran. Contohnya, kanak-
kanak harus menggunakan ego untuk mengimbangi id dan superegonya. Jadi, muid-murid harus
memikirkan rasional tentang kesan menganggu dalam kelas.

2.3 Superego

Superego dikenali sebgai “hakim” personaliti individu. Superego mewakili kod moral
seseorang iaitu panduan tentang perkara buruk atau baik, betul atau salah. Superego dipelajari
oleh melalui asuhan ibu bapa atau bimbingan individu sejak kecil. Superego mewakili keinginan
ideal, bukannya keinginan sebenar. Superego mementingkan kesempurnaan dan bercanggahan
dengan id atau ego serta berfungsi berdasarkan prinsip moral dan membendung sebarang
desakan id.

3.0 Pemikiran sedar, separa sedar dan luar sedar

Prinsip utama dalam psikoanalisis ialah prinsip sedar, separa sedar dan luar sedar. Pemikiran
sedar merupakan perkara yang sedari pada masa kini. Contohnya, murid-murid sedar tentang
tindakan mereka yang sedang lakukan dalam kelas seperti belajar, bercakap dan mengejek.
Pemikiran separa sedar meliputi apa-apa ingatan yang mudah diingati atau perkara yang mudah
dibawa ke paras sedar. Hal ini dibukikan jika murid-murid kehilangan minat dalam kelas akan
menjadikan tindakan belajar dari arus sedar ke arus separa sedar. Freud berpendapat bahawa
pemikiran bawah sedar merupakan sumber motivasi dan semua keinginan manusia. (Melati
Sumari, 2014) Jadi, guru kaunseling harus meneroka pemikiran bawah sedar murid-murid agar
dapat membantu mereka mempunyai motivasi dalam pembelajaran.

4.0 Rumusan

Konklusinya, teori psikoanalisi menumpukan usaha membawa elemen bawah sedar ke


peringkat sedar agar klien dapat mengetahui dan mengenali masalahnya dengan baik. Freud

3
percaya bahawa manusia memiliki naluri yang semula jadi untuk menikmati keseronokan dalam
hidup. Namun, manusia perlu menyesuaikan diri dengan baik melalui sistem ego.

4
5.0 Rujukan

Afiqah Riffin. (n.d.). Teori-teori kaunseling. Diperoleh daripada


https://www.academia.edu/8008157/TEORI-TEORI_KAUNSELING

Amir Awang. (1987). Teori dan amalan psikoterapi. Universiti Sains Malaysia.

Melati Sumari, Ida Hartina Ahmed Tharbe, Norfaezah Md Khalid, & Azmaway Mohamad Nor.
(2014). Teori kaunseling dan psikoterapi. Universiti Malaya.

Sabariah Siron. (2005). Teori kaunseling dalam perhubungan menolong.

Sapora Sipon, & Ruhaya Hussin. (2014). Teori kaunseling dan psikoterapi. Negeri Sembila.:
Universiti Sains Islam Malaysia.

Teori psikoanalisisa Sigmund Freud. (n.d.). Diperoleh daripada


http://library.walisongo.ac.id/digilib/files/disk1/34/jtptiain-gdl-s1-2007-nurhadinim-1688-
bab3_410-9.pdf

Anda mungkin juga menyukai