Anda di halaman 1dari 1

Dalam Teori /*Pemusatan Klien yang dipelopori oleh Carl Rogers, terdapat 3 ciri kaunselor yang utama

iaitu penerimaan tanpa syarat, kongruen dan empati.

1. Penerimaan tanpa syarat


Penerimaan tanpa syarat ini membolehken kaunselor untuk memupuk sifat tidak judgemental
dan menerima semua klien dengan perasaan sama rata. Dengan ini, sifat ini akan membantu
kaunselor untuk menggelakan daripada bersifat perjudis dan dapat membekalkan perkhidmatan
yang sama rata terhadap semua klien yang berasal daripada latar belakang dan lingkungan umur
yang berbagai-bagai. Dengan adanya sifat penerimaan ini, keselesaan klien akan meningkat
dalam proses kaunseling malah dapat memberi tanggapan positif kepada klien lalu dapat
58/membantu dalam pembinaan keyakinan klien terhadap kaunselir. Keadaan ini akan
membolehkan klien untuk meluahkan perasaan tanpa perasaan was-was.

2. Kongruen
Sikap kongruen yang menggambarkan kejujuran dan keikhlasan merupakan sikap yang paling
penting kepada kaunselor. Sifat ini tidak sekadar merujuk kepada kejujuran kaunselor terhadap
klien malah melibatkan juga kejujuran kaunselor terhadap diri sendirinya (kebolahan, perasaan,
pengalaman). Dengan ini, kaunselor dapat merapatkan jurang psikologi dan emosi dengan klien
dan mampu membina hubungan yang tulen dengan klien. Malah boleh membantu klien untuk
melakukan karthasis.

3. Empati
Sifat empati yang membolehkan kaunselor untuk memahami pengalaman klien secara subjektif
daripada pandangannya akan memberi gambaran kepada klien bahawa dirinya difahami.
Seiring itu, klien juga akan dapat merasai bahawa dirinya dihargai dan dihormati. Hasilnya, klien
akan menjadi lebih yakin terhadap pandangan diri dan sudi untuk berkongsi tentang perasaan,
pengalaman dan emosi dirinya. Oleh itu, keadaan ini akan dapat mewujudkan interaksi yang
berkesan antara klien dan kaunselor. Ringkasnya, kesemua ciri ini dapat membantu kaunselor
untuk menjayakan dan menjalinkan proses kaunseling individu.

Anda mungkin juga menyukai