Anda di halaman 1dari 3

Tugasan 3: Penulisan Refleksi

1.0 Pengenalan

Semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya telah memerhati kaedah
yang digunakan oleh guru muzik, Cikgu Lau di SK Temenggong Datuk Muip dalam pengajaran
Muzik. Dalam pengajaran muzik, Cikgu Lau menggunakan kaedah Kodaly dalam pengajaran
isyarat tangan Solfa. Menurut Loy, Aminah Ayob, Wong, Christine Augstine (2016), isyarat tangan
solfa merupakan idea Curwen yang digunakan sebagai lambang untuk menggambarkan tinggi
atau rendah pic dalam sesebuah lagu untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran nyanyian
solfa yang diperkenalkan oleh Kodaly.

2.0 Kekuatan

Kekuatan yang terdapat dalam pengajaran Cikgu Lau adalah strategi berpusatkan murid.
Strategi berpusatkan murid bermaksud murid mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa-
apa sahaja yang diajar dan cara memperlajari sesuatu (Noriati A. Rashid, Boon, Sharifah
Fakhriah Syed Ahmad, 2017). Strategi berpusatkan murid dapat menggalakkan murid untuk lebih
bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka memahami cara untuk belajar.
Contohnya, semasa Cikgu Lau menunjukkan isyarat tangan solfa, murid-murid melibatkan diri
dengan mengikat isyarat tangan dan sambil menyanyikan pic tersebut.

Selain itu, Cikgu Lau juga menjalankan pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan
pembelajaran. Contohnya, murid-murid dibahagikan dalam dua kumpulan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Semasa menjalankan aktiviti kumpulan, murid-murid
dapat melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan iaitu berusaha mempelajari isyarat tangan sambil
menyanyi dengan pic “do, re, mi, fa, so” dengan betul. Pembelajaran koperatif dapat
memperkembangkan kebolehan murid dalam mewujudkan motivasi dalam menggalakan
kemahiran sosial kumpulan (Ahmad Subki Miskon & Syed Ismail Syed Mustapa, 2011). Ini kerana
murid-murid dapat berlaku proses berinteraksi. Contohnya, murid-murid akan bertanya dan
memperbetulakan isyarat tangan yang ditunjukkan oleh kawan.

3.0 Kelemahan dan Cadangan Penambahbaikan

Kelemahan yang didapati dalam pengajaran Cikgu Lau adalah dari segi perancangan
aktiviti dalam pengajaran isyarat tangan solfa agak membosankan. Hal ini kerana Cikgu Lau
memberi tugasan kepada murid-murid untuk melukis isyarat tangan solfa dalam buku latihan

1
sepuluh minit sebelum kelas tamat. Sebagai cara penambahbaikan, Cikgu Lau perlu merancang
pengajaran dengan aktiviti yang lebih menarik untuk menarik minat murid-murid.

Kelemahan dalam kaedah pengajaran Cikgu Lau adalah dari aspek kesesuaian bahan
bantu mengajar (BBM). Contohnya, Cikgu Lau menggunakan Track Sound dalam nyanyian pic.
Namun, nyanyian pic Track Sound terlebih tinggi kepada murid-murid. Oleh itu, Cikgu Lau perlu
memilih bahan bantu mengajar yang sesuai kepada tahap murid-murid. Contohnya, Cikgu Lau
boleh menggunakan kibod dalam nyanyian pic. Dengan itu, murid-murid dapat menyanyi pic tepat
sambil membuat isyarat tangan yang betul.

4.0 Rumusan

Secara konklusinya, Cikgu Lau telah mengaplikasikan Kaedah Kodaly dalam pengajaran
isyarat tangan solfa. Secara keseluruhannya, murid-murid dapat melibatkan diri dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek
yang penting supaya apa yang dirancang dapat menarik minat murid untuk belajar. Cadangan
penambahbaikan yang diberi diharapkan dapat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran
kelak.

2
5.0 Rujukan

Ahmad Subki Miskon & Syed Ismail Syed Mustapa. (2011). Murid dan alam belajar. Freemind

Horizons Sdn. Bhd.

Izzul Haziq. (2013). Pendekatan muzik. Diperoleh dari

https://www.scribd.com/doc/98978787/Pendekatan-Muzik

Loy, C. L., Aminah Ayob, Wong, C., Christine Augustine. (2016). Kaedah Kodaly dalam

pengajaran muzik kanak-kanak. Diperoleh dari

https://www.researchgate.net/publication/317953940_Kaedah_Kodaly_Dalam_Pengajar

an_Muzik_Kanak-Kanak

Noriati A. Rashid, Boon, P. Y. & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan pembelajaran.

Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai