Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN

Pada 31 Mac 2014 hingga 4 April 2014, saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak (1). Selama seminggu berada di sana saya telah ditugaskan untuk melakukan pemerhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) seorang guru subjek Bahasa Melayu mengenai pengaplikasian pengisian kurikulum serta pelaksanaan komponen-komponen pengajaran mikro yang gunakan dalam proses PdP. Saya telah melakukan pemerhatian terhadap guru Bahasa Melayu tahun 3 Bijak dan kelas tersebut terdiri daripada 30 orang pelajar. Kelas tahun 3 Bijak merupakan kelas kedua selepas kelas 3 Smart. Pada hari saya melakukan pemerhatian, guru Bahasa Melayu tersebut mengajar mengenai golongan kata. Tema yang dapat saya kenal pasti ialah berkaitan kebudayaan dimana hal ini jelas dapat dilihat semasa guru tersebut menjalankan set induksi di awal proses PdP iaitu dengan menulis tajuk boria di papan putih sambil meminta para pelajar untuk bersama-sama mengeja perkataan tersebut dengan betul. Setelah selesai menulis dan mengeja di papan putih, guru tersebut bersoal jawab dengan para pelajar mengenai beberapa perkara berkaitan zapin antaranya ialah Apa itu boria? , Siapa pernah melihat tarian boria atau mendengar muzik boria ?. Disini saya dapat melihat guru tersebut cuba mengaplikasikan strategi kemahiran berfikir dan pembelajaran konstekstual iaitu menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru. Seperti yang kita sedia maklum, strategi bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Dalam bidang pendidikan, strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Untuk aktiviti seterusnya, guru tersebut telah menayangkan slaid lirik lagu boria pada skrin. Penggunaan slaid yang berwarna-warni disertakan kartun animasi yang sangat menarik merupakan salah satu daripada strategi kecerdasan pelbagai di bawah elemen kecerdasan visual dan ruang. Guru tersebut kemudiannya meminta beberapa orang pelajar untuk membaca lirik tersebut dan pelajar lain turut ikut membaca lirik yang

dipaparkan secara beramai-ramai. Penggunaan kaedah ajuk-hafaz jelas dapat diperhatikan disini apabila murid lain cuba mengajuk bacaan yang dibacakan oleh beberapa orang rakan mereka yang menjadi wakil untuk membaca lirik lagu yang dipaparkan di skrin. Kemudian, guru tersebut memperdengarkan audio lagu boria tersebut kepada para pelajar. Hasil pemerhatian saya mendapati guru tersebut sangat bagus kerana memasukkan pengisisan kurikulum dan elemen meentas kurikulum iaitu elemen muzik serta penggunaan teknologi seperti paparan slaid sebagai bahan bantu mengajar bagi menarik minat dan tumpuan para pelajar. Hal ini dapat dibuktikan keberkesanannya apabila kesemua pelajar sangat berminat dan menumpukan perhatian mereka terhadap apa yang dipaparkan di skrin. Selain itu teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Hasil pemerhatian saya mendapati guru tersebut menggunakan teknik bercerita. Hal ini dapat diperhatikan semasa guru menerangkan serba sedikit mengenai boria dan menerangkan mengenai konsep kata hubung kepada para pelajar. Teknik

sumbangsaran juga dapat dilihat semasa para pelajar dibahagikan kepada lima kumpulan kecil dimana setiap kumpulan terdiri daripada enam orang pelajar. Setiap kumpulan diminta untuk melakukan perbincangan dan diberi tugasan untuk

mengenalpasti kata hubung yang terdapat dalam perenggan lirik yang telah dibahagikan oleh guru mereka. Tambahan itu, teknik latih tubi juga turut diaplikasikan oleh guru dalam proses PdP beliau iaitu ketika guru tersebut mengedarkan lembaran kerja dan meminta mereka untuk membina lima ayat tunggal dan seterusnya meminta pelajar untuk membina ayat majmuk berdasarkan ayat tunggal tersebut menggunakan kata hubung yang betul. Pengaplikasian strategi kecerdasan pelbagai dapat dilihat semasa aktiviti pembentangan kumpulan dimana aktiviti ini dapat melatih kemahiran verbal linguistik dan intrapersonal mereka untuk berkembang dengan lebih baik terutamanya apabila berlakunya interaksi iaitu ketika berbincang dalam kumpulan dan ketika melakukan pembentangan di hadapan rakan-rakan mereka. Kecerdasan muzik juga dapat

diperkembangkan dan hal ini jelas dapat diperhatikan ketika guru tersebut

memperdengarkan audio lagu boria kepada para pelajar. Suasana pembelajaran juga menjadi lebih ceria dan menyeronokkan dengan adanya penggunaan muzik. Antara pendekatan yang digunakan oleh guru tersebut semasa proses PdP ialah pendekatan berpusatkan murid, seperti yang kita sedia maklum pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila pelajar memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Para pelajar digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Menerusi pendekatan ini, para pelajar diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri. Hasil pemerhatian saya mendapati pendekatan ini telah diaplikasikan iaitu semasa guru mengarahkan pelajar untuk menjalankan aktiviti berkumpulan seperti berbincang dan membentangkan hasil kerja kumpulan mereka dan guru hanya bertindak sebagai pembimbing dan pemantau. Pendekatan sebegini adalah lebih baik jika dibandingkan dengan pendekatan yang hanya berpusatkan kepada guru. Hal ini kerana, kaedah hands -on telah terbukti keberkesanannya dimana para pelajar akan lebih memahami dan mengingati apa yang dipelajarinya dan dirasai serta dilaluinya sendiri berbanding hanya sekadar menerusi pendengaran dan pemerhatian tanpa melakukan amalinya. Selain itu, guru tersebut turut menggunakan pendekatan berasaskan aktiviti. Pendekatan menerusi aktiviti ini murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental bagi tujuan melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikian minat dan kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru. Sebagai contoh pendekatan ini siaplikasikan melalui aktiviti nyanyian lagu boria serta aktiviti-aktiviti yang lain seperti aktiviti perbincangan, membaca, menyanyi serta aktiviti pembentangan. Disamping itu, dalam pengajaran bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, sejarah, dan lain-lain. Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang kelas yang berlansung selama satu jam tersebut, saya mendapati guru tersebut turut menyerapkan nilai-nilai murni dalam proses PdP beliau. Antara nilai murni yang cuba diserapkan ialah contohnya seperti hormat-menghormati, toleransi serta meningkatkan

semangat patriotisme menerusi kecintaan terhadap warisan kebudayaan Negara. Hal ini jelas dapat diamati menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanajang proses PdP. Secara keseluruhannya dapat saya konklusikan bahawa guru tersebut berjaya mengaplikasikan kaedah, strategi, teknik dan pendekatan dalam PdP Bahasa Melayu dengan baik sekali dan mungkin beberapa penambahbaikan terutama sekali untuk set induksi seperti penggunaan video atau sebagainya supaya memberikan mud dan aura yang lebih ceria dan dapat menimbulkan minat paa pelajar seawal permulaa set induksi lagi kerana berdasarkan pemerhatian, saya mendapati set induksi guru tersebut agak membosankan kerana hanya menggunakan kaedah soal jawab mengenai boria. Namun begitu, saya mengakui bahawa keseluruhan proses PdP ini berjalan dengan begitu baik sekali lengkap dengan teknik, strategi, kaedah dan pendekatan yang dilihat sangat membantu meningkatkan lagi kelancaran serta penguasaan penyampaian pelajaran pada hari tersebut.

Anda mungkin juga menyukai