Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PEPRGURUAN


(AMBILAN JUN 2018 SEMESTER 4)

PERANCANGAN PEANGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PRKA3012

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR MOHAMAD FIRDAUS BIN ABDULLAH

ANGKA GILIRAN 2018192340130

NOMBOR KAD PENGENALAN 990916-02-5589

KUMPULAN PISMP D7

TUGASAN PENULISAN REFLEKTIF PENGAJARAN MAKRO

NAMA PENSYARAH DR. MARIA BINTI TAHIR

TARIKH HANTAR 17 MAC 2020


1.0 PENGENALAN

Menurut Shahabuddin, Rohizani dan Mohd Zohir (2007), pengajaran makro adalah satu set
pengajaran yang lengkap iaitu mengandungi set induksi, perkembangan dan penutup.
Dalam melaksanakan tugasan PRKA 3012 Perancangan dan Pembelajaran, saya telah
ditugaskan untuk menilai sesuatu pengajaran makro oleh guru. Saya telah memilih video
yang bertajuk video pembelajaran Bahasa melayu tahun 1 dalam Youtube untuk membuat
penilaian pengajaran makro. Pengajaran makro ini dilaksanakan oleh dikenal sebagai bonda
yang bekerja sebagai guru. Dalam pengajaran makro ini, beliau memilih tema keluarga
Bahagia dan tajuknya pula keluarga Bahagia. Sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) ini, terdapat beberapa kekuatan dan turut kelemahan yang perlu
diatasikan supaya dapat menyampaikan PdP dengan berkesan. Tugasan ini akan
membincangkan pengajaran makro seorang guru di sekolah.

2.0 PENILAIAN PEMBELAJARAN MAKRO

Berdasarkan pemerhatian saya, guru memulakan set induksi dengan menggunakan teknik
penyoalan. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan pengalaman dan kaitkan dengan
tema dan tajuk yang akan dipelajari hari ini. Teknik ini boleh membantu guru untuk
mewujudkan minat dan mengerakkan para pelajar mempunyai kesediaan untuk belajar serta
kemahiran yang dipersembahkan oleh guru dalam memastikan pelaksanaan kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) dapat dijalankan (Othman & Kassim, 2017). Teknik penyoalan ini
dapat menrik minat pelajar untuk lebih memberi perhatian terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru memulakan pengajarannya dengan menyoal murid tentang ahli
keluarga murid. Sebagai contoh “siapakah yang mempunyai ayah” dan “siapakah yang
mempunyai ibu”.

Seterusnya, Penggunaan lagu juga digunakan dalam set induksi guru ini dan ia
dapat membantu guru mengalihkan fokus murid sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Hal
ini demikian kerana lagu merupakan salah satu elemen didik hibur. Menurut Mazlan, (2016),
didik hibur merupakan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
bersifat santai dan dapat memotivasikan murid untuk belajar (Mazlan, 2016). Seterusnya ia
dapat memberikan suatu persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Murid-murid
terlihat leih seronok dan memberi tumpuan dengan proses pembelajaran. Guru
memaparkan lagu ”Sayang Semuanya”. Seterusnya, guru menyuruh semua murid untuk
berdiri menyanyi semula tanpa diringi lagu, dengan melakukan pergerakan yang kreatif.
Langkah yang pertama, guru mengeluarkan satu suku kata yang disediakannya dan
menunjukkannya di hadapan kelas. Seterusnya, guru meminta murid untuk kehadapan dan
membaca suku kata tersebut di hadapan sebanyak tiga kali. Aktiviti melibatkan komunikasi
di dalam bilik darjah memerlukan sifat kepimpinan guru yang boleh mengawal kelas.
(Abdullah Sani, 2007). Seterusnya, guru meminta murid untuk meletakkannya di papan
putih, supaya murid-murid yang lain dapat melihatnya. Setiap suku kata guru meminta murid
untuk menyebut dan mengejanya sebanyak tiga kali supaya ia dapat menjadi ulangkaji
kepada murid-murid.

Langkah kedua, Guru mengeluarkan gambar dan bersoal jawab dengan murid tentang
apakah yang terdapat di dalam gambar. Sebagai contoh guru mengeluarkan gambar roti
dan meminta murid-murid untuk mengeja dan menyebutkannya dengan secara mekanis.
Menurut Sufean Hussin et al (2005), bahan maujud merupakan bahan konkrit atau
bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. 

Manakala Mohktar Affendi Amran, Poh Swee Hiang dan Tajuddin Hassan (1996),


menyatakan bahan maujud adalah bahan yang kelihatan nyata dan benar. Salah satu
kebaikan Bahan Bantuan Mengajar (BBM) ialah dapat memberikan kefahaman kepada
pelajar tentang konsep sesuatu perkara semasa belajar. Hal ini disokong oleh Nor Azlan dan
Nurdalina. Menurut Noor Azlan dan Nurdalina (2010), bahan bantu mengajar memainkan
peranan penting kearah memahami konsep di dalam proses pengajaran selain daripada
bertujuan untuk menarik minat   pelajar   dalam   matapelajaran. Seterusnya guru bersoal
jawab dengan bagaimanakah untuk mengeja sebutan di dalam gambar tersebut.

Seterusnya guru melekatkan semua gambar di papan putih. Teknik penyoalan digunakan
didalam langkah dua bagaimanakah untuk mengeja gambar yang terdapat di dalam kad
tersebut. Seterusnya, guru meminta wakil murid untuk tampi ke hadapan utnuk memadan
sukukata untuk mewujudkan perkataan yang sesuai dengan gambar pada kad tersebut.

Langkah ketiga, guru mengedarkan lembaran kertas kerja kepada setiap pelajar.
Kemudiannya, guru menerangkan cara untuk membuatnya. Kertas atau lembaran kerja
yang diberikan ialah padankan suku kata dibawah dengan pasangannya untuk membentuk
satu perkataan yang lengkap. Seterusnya meminta murid untuk mengeja semula perkataan
yang ada di dalam lembaran kertas tersebut.

Penutup, guru memaparkan semula lagu “Sayang Semuanya” dan menyanyi ramai-ramai.
3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

Melalui pemerhatian saya, guru dapat menambahbaiki lagi dari segi kawalan kelas.
Kawalan kelas tidak terkawal apabila melakukan sesi bersoal jawab. Murid terlampau
aktif untuk menjawab soalan sehingga menyebabkan kawalan kelas tergangu. Sebagai
langkahnya, Guru boleh menyediakan “traffic light” iaitu satu penanda menyatakan
mereka faham ataupun tidak dan sebagai tanda yang mereka ingin menjawab. Guru
boleh meletakkan atau mengedarkan batang “traffic light” di setiap meja murid.
Seterusnya, Penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi mengatasi kelemahan ini ialah
guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar berbentuk multimedia seperti video dan
audio, untuk menunjukkan cara menulis huruf besar dan huruf kecil. Penggunaan bahan
bantu mengajar berasaskan multimedia dapat menjimatkan masa guru untuk memberi
penerangan (Yahya Othman, 2005). Murid lebih tertarik dan fokus untuk belajar.

Antara penambahbaikan yang guru boleh lakukan ialah, guru haruslah mengawal
kelas yang bising dengan lebih tegas. Muhammad Faisal (2012) mengatakan bahawa
penekanan nada keras terhadap kata-kata yang tertentu akan menyampaikan emosi dan
maksud yang berlainan. Oleh itu, sekiranya guru ingin mengarahkan murid untuk
perlahankan suara, arahan haruslah dengan nada yang tegas dan tinggi supaya murid
dapat mengambil serius perkara yang disampaikan. Seterusnya, sebelum bermulanya
sesuatu PdP, guru perlu bersedia dan mengambil kira perkara apa yang perlu dilakukan
pada setiap langkah pengajaran.
RUJUKAN

Mazlan Ismail. (2016). Pengajaran bahasa Melayu: didik hibur dan seni bahasa.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Faisal. (2012). Teknik seni lakon dalam pengajaran: Satu kajian kes di
Negeri Selangor. Tesis Sarjana Sastera. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Othman, M. S., & Kassim, A. Y. (2018). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen
Komposisi Pengajaran Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah yang
Mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Menerusi Pengajaran
Akidah. Sains Humanika, 10(3). https://doi.org/10.11113/sh.v10n3.1297
Othmn, M. S., & Kassim, A. Y. (2017). Pelaksanaan Amalan Pengajaran Guru
Pendidikan
Islam Sekolah Menerusi Kaedah Penyoalan Berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT). Tinta Artikulasi Membina Ummah, 3(1), 42–53.
http://www.journaltamu.com/wp-content/uploads/2017/07/TAMU-Vol-31-June-2017-
4.pdf

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi: strategi dan

teknik mengajar dengan berkesan. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
LAMPIRAN

https://www.youtube.com/watch?v=06uQEYM-x0k&feature=youtu.be

Anda mungkin juga menyukai