Anda di halaman 1dari 15

Kes Konseptualisasi Intervensi Krisis Klien Putus Tunang

Conceptualization Case of Crisis Intervention of Disengagement Clients

Nur Ainul Syuhada Binti Abd Rapi


Nurul Atikah Binti Abdullah
Nur Durohtul Suhada Binti Mohd Annuar
Nur Aina Nabihah Binti Azhar

Universiti Sultan Azlan Shah


Bukit Chandan, Kuala Kangsar
Perak, Malaysia

Dalam konteks masyarakat Asia khususnya di Malaysia, kes putus tunang ini dikaitkan dengan
perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami gangguan emosi dan menyebabkan
kemurungan berlaku terhadap diri seseorang itu disebabkan terlalu tertekan dengan keadaan ini.
Tanggapan negatif masyarakat terhadap kes putus tunang ini adalah satu perkara yang kurang baik
kerana berlakunya perselisihan pendapat antara pasangan sehingga menyebabkan perkara ini
berlaku. Kes konseptualisasi dianalisis secara naratif ini dilakukan secara kajian kes (single case
study) melibatkan klien putus tunang. Model krisis Caplan (1964) dijadikan asas memahami
keadaan krisis yang terdiri daripada peristiwa pencetus, masa yang terhad, wujud
ketidakseimbangan dan tidak terurus, interprestasi kognitif klien dan strategi daya tindak rosak.
Model Enam Langkah (Six Step Model) oleh James & Gilliland (2005) dan Samsiah et al. (2015)
dijadikan asas untuk proses intervensi krisis. Hasil analisis menunjukkan klien Putus Tunang
mengalami keadaan yang sangat krisis sejurus berlaku peristiwa pencetus dengan telah berlakunya
putus tunang ini melalui orang ketiga dan lelaki tersebut curang. Dalam masa yang sangat terhad
(sejurus berlaku peristiwa pencetus selama 2 minggu), berlaku keadaan tidak seimbang (kognitif
dan afektif) dan hilang mobiliti (tingkah laku) yang berpunca hilangnya kawalan diri klien.
Keadaan ini timbul disebabkan timbul interprestasi kognitif yang sangat negatif terhadap peristiwa
krisis yang tercetus dan terhadap diri sendiri sehingga strategi daya tindak klien menjadi lemah
dan klien gagal menangani situasi dirinya dengan baik. Klien dalam keadaan krisis dengan
menunjukkan kehidupan seharian penuh kekacauan dan peristiwa krisis mendominasi
kehidupannya. Melalui Model Enam Langkah, klien dibantu untuk mendapatkan semula kawalan
diri dan mengembalikan semula strategi daya tindak dengan cara mendefinisikan masalah,
memastikan keselamatan, memberi sokongan, meneliti alternatif, membuat perancangan dan
mendapatkan komitmen. Intervensi krisis ini merupakan pencegahan sekunder untuk mengatasi
masalah yang dialami oleh klien sebelum kerosakan yang lebih serius dari aspek kognitif, afektif
dan tingkah laku mangsa putus tunang dan dalam jangka panjang dapat menghindarkan PTSD
(Post Traumatic Stress Disoder).

Kata Kunci (Keywords): Kes Konseptualisasi (Conceptualization Case); Intervensi Krisis (Crisis
Intervention); dan Model Enam Langkah (Six Step Model).

PENGENALAN
Pelopor awal bidang intervensi krisis iaitu Gerald Caplan (1964), telah mendefinisikan krisis
sebagai keadaan kecewa dan tidak teratur yang sementara, atau ketidakupayaan individu untuk
menangani situasi tertentu menggunakan kaedah penyelesaian masalah yang biasa, dan berpotensi
untuk hasil yang positif atau negatif yang radikal.

Menurut James & Gilliland (2005) krisis dikategorikan kepada empat (4) iaitu i) krisis
perkembangan, ii) krisis situasi, iii) dan krisis kewujudan dan iv) krisis persekitaran. Krisis
perkembangan adalah peristiwa, perubahan dramatik atau peralihan dalam proses pertumbuhan
dan perkembangan manusia. Krisis situasi pula kepada situasi-situasi yang berlaku dalam
persekitaran. Individu akan rasa kehilangan sumber kepuasan terhadap keperluan asas, seperti
kematian atau kehilangan orang yang disayangi, atau kehilangan integriti yang mana mereka rasa
terancam kerana tidak bersedia untuk menerima situasi itu.

Krisis kewujudan terjadi apabila seseorang mula mempersoalkan tentang makna atau
merasa kewujudan seseorang tidak bermakna, kurang hubungan dengan orang lain atau merasa
sia-sia dengan pekerjaan seseorang. Krisis ini berlaku setelah beberapa peristiwa krisis dan timbul
konflik dalaman dan kebimbangan yang berkaitan dengan tujuan hidup, tanggungjawab,
kebebasan, berdikari dan komitmen dalam kehidupan manusia. Krisis persekitaran pula berlaku
apabila timbul bencana semulajadi atau buatan manusia yang mengancam keupayaan seseorang
atau sekumpulan masyarakat. Krisis ini timbul apabila berlaku fenomena semulajadi seperti taufan,
banjir, gempa bumi, angin puting beliung, banjir lumpur, kemarau, kebuluran dan kebakaran
hutan.

Intervensi krisis adalah kaedah yang digunakan untuk menawarkan bantuan segera kepada
individu yang mengalami peristiwa krisis memberikan tekanan kepada mental, fizikal, emosi dan
tingkah laku. Peristiwa krisis termasuklah bencana alam, serangan, penganiayaan atau
pembunuhan dan kehilangan atau perubahan drastik dalam hubungan seperti kematian seseorang
yang disayangi atau perceraian. Menurut Mitchell (2003) intervensi krisis merupakan ‘Emotional
First Aid’ iaitu alat intervensi yang digunakan untuk individu dan kelompok yang dalam keadaan
krisis. Intervensi krisis berbeza dari intervensi kaunseling yang lain kerana ia memberi tumpuan
kepada strategi jangka pendek untuk mencegah kerosakan semasa dan selepas mengalami
peristiwa traumatik. Selepas keadaan klien semakin stabil dan seimbang, kaunseling krisis dan
trauma akan menyusul untuk meningkatan kesihatan mental dan kesejahteraan peribadi jangka
panjang jika diperlukan.

Individu lebih terbuka untuk menerima bantuan semasa krisis. Seseorang mungkin
mengalami krisis dalam tempoh 24 jam terakhir atau dalam beberapa minggu sebelum
mendapatkan bantuan. Intervensi krisis dijalankan dengan cara menyokong klien dan mengambil
masa antara satu sesi ke beberapa minggu, dengan purata menjadi empat minggu. Setiap sesi
intervensi krisis mengambil masa antara 20 minit hingga dua jam atau lebih.

Intervensi krisis sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa serta boleh dilakukan dalam
pelbagai keadaan seperti bilik kecemasan hospital, pusat krisis, pusat kaunseling, klinik kesihatan
mental, sekolah, kemudahan pemulihan dan agensi perkhidmatan sosial yang lain. Talian hotline
tempatan dan kebangsaan biasanya akan disediakan untuk menangani krisis yang berkaitan dengan
bunuh diri, keganasan rumah tangga, serangan seksual dan kebimbangan yang lain. Pihak yang
mengendalikan talian hotline ini biasanya bersedia 24 jam dan tujuh hari seminggu.

Kaunselor atau pekerja sosial yang terlibat dalam intervensi krisis ini akan berfungsi
sebagai menyokong klien yang berada dalam keadaan krisis kesihatan mental akut yang
disebabkan oleh trauma atau kes jangka panjang seperti Post Traumatic Stress Disoder (PTSD).
Kaunselor intervensi krisis yang berkesan perlu mengikut prinsip etika untuk memastikan bahawa
mangsa tidak diletakkan dalam keadaan yang lebih berbahaya. Keputusan dan pendapat klien yang
menghadapi krisis perlu dihormati sepanjang proses intervensi krisis. Hal ini melibatkan
kemahiran komunikasi yang baik, berempati dan kemahiran mendengar dan bertindak di pihak
kaunselor.

France (1982) menyatakan bahawa tujuan intervensi krisis adalah untuk mengembalikan
semula individu yang ditimpa peristiwa krisis. Beliau menegaskan bahawa krisis adalah satu atau
beberapa episod masa singkat yang menyedihkan yang dialami oleh mangsa sama dengan bantuan
atau tanpa bantuan orang lain.

Rapoport (1970) dan Butcher et.al., (1983) pula menjelaskan ada lima (5) matlamat utama
dalam intervensi krisis:

i. Melegakan simptom-simptom atau mengurangkan kesan peristiwa (lower the tension)


ii. Mengembalikan semula tahap kefungsian optimum yang wujud sebelum krisis
iii. Memahami peristiwa pencetus yang relevan yang menyumbang kepada keadaan
ketidakseimbangan.
iv. Mengenal pasti langkah atau strategi pemulihan yang boleh diambil oleh individu atau
klien serta keluarga yang sedia ada melalui sumber komuniti
v. Memperoleh pengetahuan tentang asal usul krisis melalui pengalaman masa lalu dan
mencegah masalah personaliti sebagai tujuan intervensi krisis.

Matlamat Intervensi Krisis Dalam Konseptualisasi Kes


Matlamat intervensi krisis dalam konseptualisasi kes ini adalah seperti yang digariskan dibawah.

i. Menggalakkan keselamatan dengan cara meminimumkan risiko kecederaan psikologi


dan fizikal terhadap diri klien dan orang lain.
ii. Memberikan sokongan psikologi kepada klien dengan menyediakan syarat
penghargaan dimana kaunselor menunjukkan empati, bersedia membantu dan
bersama klien.
iii. Meningkatkan keupayaan klien untuk menjalinkan hubungan antara klien dengan
individu, agensi dan institusi lain yang boleh bersama membantu klien.
iv. Menggalakkan harapan klien untuk menghadapi kehidupan lebih optimis.
v. Mengembalikan semula ketidakseimbangan aspek kognitif dan afektif klien yang
tercetus daripada peristiwa krisis (Kes Putus Tunang)
vi. Menggerakkan tingkah laku klien yang terpempan dan tidak bergerak supaya klien
dapat menguruskan kehidupan.
vii. Mengubah persepsi klien yang negatif terhadap diri dan kehidupan kesan daripada
peristiwa krisis.
viii. Meningkatkan kemahiran daya tindak dan resilien agar klien dapat menangani
dengan baik apabila berhadapan peristiwa krisis yang berkaitan pada masa akan
datang.

KAEDAH KONSEPTUALISASI KES DAN INTERVENSI KRISIS

Reka bentuk Pengumpulan Data


Reka bentuk pengumpulan data kualitatif dan konseptualisasi kes ini adalah berdasarkan Yin
(1994). Menurut beliau, rekabentuk pengumpulan data secara kualitatif berdasarkan kajian kes
boleh dijalankan dalam bentuk kajian satu kes atau dalam bentuk kajian kes pelbagai. Rekabentuk
kajian kes juga boleh dilakukan dalam tiga bentuk iaitu kajian kes penerokaan, kajian kes deskriptif
dan kajian kes penerangan. Beliau juga turut menekankan bahawa penggunaan teori dalam
pendekatan kajian kes adalah sebagai satu kemestian. Menurut beliau teori dapat memberikan
panduan asas yang kukuh dalam mengenalpasti jenis pengumpulan data dan strategi menganalisis
data.

Berdasarkan kepada Yin (1994) di atas, maka reka bentuk pengumpulan data kualitatif
berdasarkan kajian sat ukes dan bentuk kajian kes penerokaan adalah digunakan dalam
konseptualisasi ini. Seorang subjek individu yang telah mengalami krisis berpunca daripada putus
tunang telah dipilih sebagai kes kajian. Model krisis Caplan (1964) dijadikan asas teoritikal dalam
konseptualisasi kes dan seterusnya Model Enam Langkah (Six Step Model) adalah gagasan yang
digunakan sebagai model intervensi krisis.

Kerangka Konseptualisasi Kes

Kerangka konseptualisasi kes dilakukan berdasarkan Caplan (1964). Caplan membuat beberapa
andaian yang implist dalam menjelaskan sesuatu krisis berdasarkan lima andaian seperti di bawah.

Andaian Pertama krisis bermula dengan peristiwa pencetus, ini berkemungkinan


peristiwa atau beberapa peristiwa yang boleh diramal seperti berkahwin, bergraduasi,
berpindah ke tempat baharu, merancang untuk mempunyai anak dan bersara. Ianya juga
berkemungkinan peristiwa atau beberapa peristiwa yang tidak dapat diramal seperti
bencana alam, kemalangan, kematian, mangsa jenayah atau peristiwa traumatik yang lain.

Andaian Kedua ialah keadaan krisis itu sendiri iaitu ‘masa yang terhad’. Menurut Caplan,
hal ini bermaksud impak segera atau serta merta krisis selalunya akan berakhir antara 6
hingga 8 minggu bergantung kepada sifat dan intensiti krisis, walau ada impak krisis yang
berpanjangan.

Andaian Ketiga ialah krisis mewujudkan keadaan yang tidak seimbang dan tidak terurus
kepada individu terlibat. Oleh itu mereka akan melalui kehidupan seharian dengan penuh
kekacauan, apabila peristiwa krisis mendominasi kehidupan mereka selepas berlakunya
peristiwa pencetus.

Andaian Keempat ialah terdapat interprestasi kognitif iaitu tanggapan dan penilaian
mangsa terhadap peristiwa adalah tidak sama. Iaitu tidak semua orang bertindak balas
terhadap krisis dengan cara yang sama.

Andaian Kelima ialah peristiwa krisis boleh menyebabkan keupayaan menangani (coping
ability) seseorang menjadi rosak. Oleh itu, matlamat intervensi krisis adalah membantu
individu menggerakkan sumber-sumber menanganinya sendiri, dalam usaha untuk
mengembalikan keseimbangan atau equilibrium.
Model Intervensi Krisis Enam Langkah (Six-Step Model)

Walaupun krisis dalam kehidupan manusia selalunya kompleks, adalah wajar untuk kaunselor atau
pekerja sosial mempunyai model intervensi yang agak mudah dan efisien. Model yang digunakan
dalam intervensi krisis untuk konseptualisasi kes ini adalah berdasarkan Model Enam Langkah
oleh James & Gilliland (2005). Model ini telah disesuaikan semula oleh Samsiah et al. (2015)
untuk tujuan amalan dan pelaksanaan dalam konteks tempatan. Enam langkah yang dijelaskan di
sini direka untuk beroperasi sebagai satu proses penyelesaian masalah krisis bersepadu.
Keseluruhan proses enam langkah dijalankan di bawah penilaian kaunselor (James & Gilliland,
1982; dan Samsiah et al., 2015) yang melibatkan dua aktiviti utama iaitu aktiviti mendengar dan
aktiviti tindakan. Tiga langkah pertama (1) mendifinisi masalah, (2) memastikan keselamatan
klien, dan (3) memberi sokongan adalah lebih banyak melibatkan aktiviti mendengar. Tiga langkah
terakhir (4) meneliti alternatif, (5) membuat perancangan, dan (6) mendapatkan komitmen
terhadap tindakan positif adalah sebahagian besarnya aktiviti tindakan di pihak kaunselor,
walaubagaimanapun aktiviti mendengar selalunya hadir bersama sebagai penilaian tema yang
menyeluruh (James & Gilliland, 2005; dan Samsiah, 2016) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah1.

Aktiviti Mendengar Aktiviti Tindakan


1. Mendifinisi Masalah 4. Meneliti Alternatif
2. Memastikan Keselamatan 5. Membuat Perancangan
3. Memberi Sokongan 6. Mendapatkan Komitmen

Rajah 1 : Model Enam Langkah (James & Gilliland, 2005; dan Samsiah et al., 2015)
KONSEPTUALISASI KES DAN HASIL INTERVENSI

Deskripsi Kes kajian/ Klien


a. Deskripsi umum ciri-ciri kes kajian/ klien termasuk data demografi

Kes kajian dikenali sebagai Atikah, seorang perempuan yang berusia 25 tahun dan merupakan
seorang pekerja yang bekerja di sebuah kilang di Perak. Atikah merupakan anak pertama daripada
dua orang adik beradik. Atikah juga merupakan seorang individu yang mempunyai tahap
Pendidikan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Disebabkan faktor kewangan beliau tidak lagi
berhasrat untuk menyambungkan pelajaran. Atikah kini tinggal bersama keluarganya di Kedah.
Beliau juga telah bertunang dengan Hafiz dan bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada
hujung tahun ini iaitu pada bulan September 2022. Atikah juga mempunyai seorang sahabat baik
yang bekerja di tempat kerja yang sama dengan beliau. Mereka mula berkawan sejak mereka
berusia 13 tahun sehinggalah kini. Keakraban beliau telah menyebabkan orang ramai beranggapan
bahawa mereka adalah adik beradik ataupun keluarga. Oleh itu, mereka sangat mengenali antara
satu sama lain.

b. Isu / masalah yang dikongsikan oleh kes kajian/ klien (presenting problem)

Setelah berjaya diteroka, Atikah telah berkongsi cerita kepada kaunselor tentang mengapa beliau
ingin mengambil keputusan untuk membunuh diri. Perkara ini adalah kerana Atikah telah putus
tunang dengan pasangannya. Isu ini sangat memberikan tekanan kepada Atikah. Menurut Atikah,
tunang beliau telah memutuskan pertunangan mereka sejak seminggu yang lalu. Sejak daripada
saat itu, fikiran dan perasaan Atikah sangat terganggu dan tingkah lakunya juga mengalami
perubahan iaitu murung, banyak mendiamkan diri, kerap menyendiri di dalam bilik, dan kerap
marah tidak tentu masa dan tidak kira dimana sahaja.

c. Maklumat sejarah klien yang releven


Atikah merupakan seorang anak dan rakan yang sangat ceria dan boleh dikatakan sebagai seorang
penghibur kepada orang sekelilingnya. Beliau juga sangat pandai dalam menjalinkan hubungan
sosial dengan orang lain dan sangat disenangi ramai. Namun begitu, setelah Atikah mula berkawan
dengan bekas tunangnya itu, beliau kelihatan sedikit berubah tidak seperti dahulu lagi. Tamsilnya,
dari segi tingkah laku yang susah untuk bergaul dan banyak menghabiskan masa dengan tunangnya
berbanding dengan keluarga dan juga rakan karibnya. Hal ini sangat memberikan kesan kepada
orang sekeliling namun mereka hanya berdiam diri kerana kepentingan keluarganya ialah
kebahagian Atikah.

Namun, setelah beberapa tahun Atikah menjalinkan hubungan dengan Hafiz, mereka
mengalami satu peristiwa dimana Hafiz telah disyaki curang dan perkara tersebut diketahui oleh
Atikah. Maka disitu, tercetuslah pergaduhan antara Atikah dan Hafiz sehingga menyebabkan
Atikah telah dipukul oleh Hafiz. Perkara tersebut diketahui oleh ibu Atikah. Oleh itu, Atikah
sempat dilarang oleh ibunya untuk meneruskan perhubungan, namun demikian Hafiz berjaya
untuk menarik perhatian dan meraih kemaafan daripada Atikah dan ibunya sehinggakan keluarga
Atikah bersetuju untuk mereka melangkah ke alam pertunangan dengan harapan Hafiz dan Atikah
akan berjaya.

Namun setelah beberapa bulan mereka bertunang, Atikah dan Hafiz mempunyai hubungan
yang sangat baik. Namun demikian, pada suatau hari secara tiba-tiba Hafiz telah meminta Atikah
untuk putuskan hubungan tersebut dengan alasan tidak bersedia untuk berkahwin. Perkara tersebut
sangat memberikan kesan yang mendalam kepada diri Atikah kerana alasan yang diberikan oleh
Hafiz sangat tidak munasabah. Setelah mereka putus tunang, Atikah mengambil keputusan untuk
merahsiakan isu tersebut daripada semua orang kerana risau jika beliau dimarahi oleh keluarganya
terutama sekali Ibu beliau kerana ibunya merupakan insan yang pertama menentang hubungan
mereka. Selain itu, Atikah takut jika beliau telah memalukan ahli keluarganya.

Konseptualisasi Kes Krisis

Kes konseptualisasi telah dirangka oleh kaunselor berdasarkan kefahaman kaunselor keatas
maklumat yang disampaikan oleh klien berdasarkan andaian krisis oleh Caplan (1964) yang
memberi penekenan kepada empat domain utama iaitu peristiwa pencetus (peristiwa krisis), tahap
kognitif dan kesan kepada afektif dan tingkah laku klien. Perkara ini dapat dilihat melalui rajah 2
dibawah.
Peristiwa Keadaan tidak seimbang
Pencetus
Kognitif Afektif Tingkah laku

Peristiwa Krisis Interpretasi Kognitif Simptom depresi, kebimbangan dan stress

i. Klien ditinggalkan i. Gangguan yang i. Tidak bersikap i. Menunjukkan


oleh tunangnya dan kerap dalam kongruen tingkah laku yang
ikatan pertunangan konsentrasi. dengan situasi. tidak berkesan dan
beliau telah maladaptif.
diputuskan. Selain itu,
klien juga mengalami ii. Keupayaan ii. Mood negatif
isu, takut dimarahi penyelesaian berlaku dalam ii. Klien mula berfikir
oleh ibunya. masalah dan jangka masa untuk mengambil
membuat panjang. jalan pintas seperti
keputusan membunuh diri.
dipengaruhi oleh
rasa obsesi, ragu- iii. Simptom
ragu dan keliru. kebimbangan, iii. Keupayaan
takut yang melaksanakan
tinggi tugasan yang
iii. Persepsi dan walaupun diperlukan untuk
interpretasi klien ibunya belum kefungsian harian
terhadap peristiwa lagi memarahi terjejas.
krisis ketara beliau.
berbeza dengan
realiti. iv. Klien banyak
iv. Klien sering mengurungkan,
menemui jalan menggelak dan
iv. Klien tidak lalu buntu untuk melakukan
makan atau mengawal kesilapan dalam
minum. emosinya. pekerjaannya.

v. Hubungan sosial
klien terjejas
seperti tidak mahu
bergaul dan banyak
berdiam diri.

Rajah 2: Konseptualisasi Kes Krisis: Peristiwa pencetus, keadaan kognitif, efektif dan tingkah
laku.
Melalui analisis konseptualisasi kes, hasil penerokaan mendapati klien menghadapi krisis yang
agak tinggi dengan bermula berlakunya peristiwa yang mencetuskan iaitu klien telah putus tunang
dengan kekasihnya Hafiz yang sepatutnya bakal menjadi suaminya pada bulan September ini.
Kesan peristiwa pencetus ini telah memberi impak kepada kognitif, afektif, dan tingkah laku klien.
Dari segi interpretasi kognitif dapat dilihat klien kerap mengalami gangguan dari segi konsentrasi
sehingga menimbulkan simptom depresi, kebimbangan dan stress yang terlampau. Selain itu, klien
juga sukar untuk membuat keputusan kerana dipengaruhi oleh rasa obsesif, ragu-ragu dan keliru,
disamping persepsi dan interpretasi klien tehadap peristiwa krisis ketara berebza dengan realiti.
Maka dari itu, keupayaan klien untuk melakukan tugasan atau kerja sehariannya semakin terjejas.
Oleh itu, lien perlu menjalani intervensi krisis untuk tujuan membantunya menggerakkan sumber-
sumber menangani sendiri, dalam usaha untuk mengembalikan keseimbangan antara kognitif,
efektif dan tingkah laku.

HASIL INTERVENSI KRISIS MODEL ENAM LANGKAH

Apabila berlakunya sesuatu peristiwa traumatik, klien tidak mampu untuk berfikirkan rasional
disebabkan oleh ketidakstabilan dari segi fikiran dan perasaan klien. Jadi untuk memulihkan
kemahiran daya tindak (coping skills) klien yang berada dalam keadaan krisis yang mana sebagai
kaunselor perlu peka terhadap klien dengan menggunakan model yang berseuaian untuk
membantu klien. Oleh itu dalam konteks kes yang dihadapi oleh klien perlu untuk kaunselor
menggunakan model enam langkah (six-step model) bagi membantu klien.

Langkah 1: mendefinisikan Masalah


Dalam konteks ini kaunselor mendefinisikan masalah klien sama ada didalam keadaan krisis atau
tidak dengan mengenal pasti adakah sesuatu peristiwa krisis yang menjadi pencetus dan kesan
kepada keadaan krisi yang sedang dialami oleh klien dari segi aspek kognitif , afektif dan tingkah
laku.

Berdasarkan contoh kes ini dimana klien sedang mengalami satu peristiwa yang
mencetuskan keadaan krisis kepada klien. Kesnya adalah klien sudah putus tunang selama dua
minggu tetapi klien masih menyayangi bekas tunangnya. Apa yang boleh disimpulkan yang
menjadikan pencentus peristiwa krisis kepada klien adalah klien takut untuk menceritakan perkara
sebenar tentang klien yang sudah putus tunang. Hal ini kerana, sebelum mereka bertunang ibunya
sudah pun melarang mereka untuk meneruskan hubungan tetapi dengan pujukan klien, ibunya
mengizinkan juga dan disebabkan itu klien jadi takut untuk menceritakan kepada ibunya tentang
kejadian putus tunang ini.

Kognitif - klien berfikir bahawa dirinya tidak lagi ada orang peduli dan faham apa yang
klien sedang hadapi. Klien beranggapan bahawa dengan klien membunuh diri maka selesai
masalahnya untuk berhadapan dengan krisi yang sedang klien rasai.

Afektif - klien sentiasa menangis dan buntu yang tidak nampak jalan penyelesaian terhadap
isu yang dihadapi oleh klien.

Tingkah laku - klien mula tidak ambil peduli terhadap orang sekelilingnya dan
pekerjaannya juga terabai. Dari situ klien hanya nampak satu jalan penyelesaian iaitu
dengan membunuh diri.

Langkah 2 : Memastikan Keselamatan Klien


Matlamat utama langkah ini adalah untuk memastikan keselamatan klien dengan cara
meminimumkan risiko kecederaan dari segi psikologi dan fizikal diri klien sendiri atau orang lain.
Berdasarkan situasi klien ini dimana klien memang sudah mempunyai niat dan sudah mencuba
untuk membunuh dirinya. Jadi langkah ini patut digunakan kerana klien mula cuba mencederakan
diri dan membunuh diri ditempat kerjanya. Dalam masa yang sama klien juga cuba untuk
mencederakan orang yang menghalang dirinya untuk membunuh diri. Maka kaunselor cuba
menenangkan klien dan meminta klien untuk meletakkan senjata (gunting) yang digunakan oleh
dalam cubaan membunuh diri secara lembut dan tidak mendesak klien.
Langkah 3 : Memberi Sokongan
Matlamat utama pada langkah ini adalah kaunselor memberikan sokongan dari segi psikologi
kepada klien supaya klien dapat merasakan bahawa kaunselor betul-betul ingin membantunya.
Pada langkah ini kaunselor memberikan sokongan dari segi nilai dan komunikasi kaunselor seperti
mengambil berat terhadap diri klien dengan menyediakan syarat penghargaan (condition of worth)
yang mana kaunselor perlu menerima klien dengan terbuka , empati terhadap penceritaan klien
serta sentiasa bersedia dalam membantu klien. Sebagai contoh kaunselor ada menyatakan bahawa
kaunselor ada bersamanya dan sekiranya klien bersedia untuk bercerita kausnelor sedia
mendengar.

Dalam masa yang sama kaunselor juga membantu klien dari segi sokongan maklumat dari
pihak ketiga yang mana kaunselor cuba menghubungi orang yang klien selesa untuk berhadapan
ketika klien didalam keadaan krisis ini seperti ahli keluarga, kawan rapat atau orang yang terdekat.
Dalam kes ini kaunselor ada bertanyakan kepada klien jika klien mahu untuk menghubungi
individu yang klien rasa selesa dan selamat. Maka kaunselor menghubungi kawan rapatnya untuk
ada bersama klien.

Langkah 4 : Meneliti Alternatif


Pada peringkat ini, kehadiran kaunselor sangat penting untuk membantu klien dalam mencari
alternatif yang terbaik untuk klien. Kaunselor telah meneliti tiga asas alternatif yang dibina oleh
James (2008) iaitu:

I) Sokongan sosial – kaunselor telah merangsang klien untuk mengenalpasti orang


yang terdekat dengan klien yang menjadi kepercayaan dan memberi keselesaan
kepada klien. Individu yang menjadi pilihan klien dalam kes ini ialah kawan rapat
klien sendiri dimana kawan rapat klien ini juga telahpun mempunyai hubungan
rapat bersama keluarga klien.

II) Mekanisme / strategi daya tindak - kaunselor meminta kawan rapatnya untuk
hadir bersama di bilik kaunseling untuk bersama klien bagi memberikan semangat
dan sokongan untuk klien berkongsi isunya.
III) Pola pemikiran yang membina atau positif – kaunselor mendapati dua pola
pemikiran klien dari segi pola pemikiran yang membina iaitu positif dan negatif
yang mendorong klien untuk melakukan sesuatu tindakan. Namun, sudah tentu
kaunselor akan cuba untuk membantu klien mencapai pola pemikiran yang positif.
Sebagai contoh kaunselor menyakinkan klien bahawa kaunselor akan membantu
klien bersama – sama dalam memberi tahu ibunya tentang perkara ini.

Langkah 5 : Membuat Perancangan


Pada peringkat ini kaunselor sudah mula fokus kepada mengaturkan penyelesaian masalah yang
sistematik, realistik dan sesuai dengan keupayaan daya tindak klien. Dalam pada itu, kaunselor
juga membantu dalam mengenalpasti individu, kelompok atau rujukan yang tertentu bagi
memberikan sokongan segera kepada klien sekiranya terdapat perkara lain yang akan
menimbulkan krisis kepada klien. Selain itu, kaunselor juga cuba memikirkan mekanisma yang
konkrit dan positif supaya klien mampu untuk melakukannya dalam masa terdekat dan segera.
Dengan cara ini dapat membawa klien kearah pola pemikiran yang positif dan mampu untuk
memberikan perubahan besar terhadap pandangan masalah yang sedang klien hadapi iaitu:

i) Pekerjaan klien itu terjejas bukan disebabkan klien tidak bertanggungjawab tetapi
disebabkan oleh klien menghadapi tekanan dan kerisauan yang menjadikan klien
terbelenggu dengan isu tersebut.
ii) Seperti mana klien takut berhadapan ibu klien yang akan memarahinya tetapi
sebenarnya ibu klien cuba melindungi diri klien dari memilih lelaki yang akan
menyakitkan klien. Hal ini kerana wajar sebagai seorang ibu sudah semestinya akan
mempunyai sifat sayang dan melindungi anaknya supaya tidak tersalah memilih
pasangan hidup.

Langkah 6 : Mendapatkan Komitmen


Sebagai langkah terakhir, kaunselor perlu mendapatkan komitmen klien bagi mengikuti
perkembangan perancangan yang telah dibina oleh klien bersama kaunselor. Kaunselor juga ada
menulis perancangan yang telah dibina bersama untuk dijadikan panduan dalam memudahkan
kaunselor membuat susulan untuk memastikan klien telah melaksanakan perancangan yang
seterusnya.

Kaunselor juga telah mengenalpasti keupayaan daya tindak klien untuk melaksanakan
perancangan yang telah dibincang bersama dengan mendapatkan bantuan ibu dan kawan rapat
klien. Kehadiran ibu dan kawan rapat klien dalam proses ini adalah untuk memberikan sokongan
terhadap klien. Walaubagaimanapun, klien telah diberikan peneguhan dari segi pemikiran supaya
meneruskan kehidupannya dan mencapai apa yang klien impikan serta fokus kepada mereka yang
menyayangi klien dan juga kerjayanya.

KESIMPULAN

Untuk menyimpulkan perkara diatas, apa yang dapat dilihat bahawa intervensi krisis ini
merupakan satu bentuk intervensi pencegahan. Hal ini kerana, pencegahan ini dianggap sebagai
pencegahan sekunder disebabkan oleh tindakan kaunselor yang cuba untuk mengatasi masalah
yang sedang berlaku kepada klien sebelum perkara yang buruk berlaku. Namun segala tindakan
yang diambil perlulah efisien dan pantas bergantung kepada kecekapan kaunselor itu sendiri bagi
memberikan bantuan segera kepada klien. Walaubagaimanapun, kaunselor perlu kompeten
didalam bidang krisis dan trauma ini kerana apabila didalam situasi yang sebenar kaunselor dapat
menjalankan bantuan kepada klien yang mempunyai kesukaran atau krisis akut yang mendesak
klien dan memenuhi keperluan kesihatan mental klien bagi klien menjadi lebih rasional.

Anda mungkin juga menyukai