Anda di halaman 1dari 1

SCRIPT RUMUSAN NARSISTIK

MODERATOR : Apa yang dapat saya simpulkan di sini, sikap narsistik pada masa
kini berada di tahap yang membimbangkan, lebih-lebih lagi apabila masih terdapat
ramai lagi masyarakat yang kurang berpengetahuan mengenai personaliti ini dan
merasakan bahawa ianya adalah sesuatu yang normal. Bukan itu sahaja, malahan
mereka yang berhadapan dengan individu-individu narsistik juga merasakan bahawa
ianya bukan sesuatu perkara yang perlu dikhuatiri dan masih terus bertolak ansur serta
bertoleransi dengan individu tersebut sehingga akhirnya mewujudkan jurang di dalam
perhubungan. Di dalam satu kajian tentang Fenomena Narsisistik dalam Media Sosial
ada menyatakan bahawa media sosial kini telah menjadi tempat untuk segelintir
individu menunjukkan kekuatan yang ada pada diri mereka dan ingin dilihat sebagai
seorang yang hebat yang adakalanya bukan seperti kehidupan sebenar mereka.

Apa yang boleh saya katakan, dalam Islam sendiri melarang umatnya
bersikap sombong, bermegah, bangga diri dan sebagainya kerana ia mampu
merosakkan akidah kita sebagai seorang Muslim dan juga boleh merosakkan
hubungan sesama manusia. Daripada Abdullah Bin Mas’ud radhiallahu’anhu,
Rasulullah SAW pernah bersabda : “Tidak akan masuk syurga sesiapa yang di dalam
hatinya ada sebesar zarah sikap sombongnya”. Wallahualam ……..

(LAST) Saya akhiri webinar ini dengan sebuah pantun :

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli Suasa di Kota Tinggi,
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi

Anda mungkin juga menyukai