Anda di halaman 1dari 15

KOMUNIKASI PENDEKATAN ISLAM

JANUARI 2018

ABSC 3103

HUMOR DALAM CERAMAH DAKWAH

PENSYARAH : MOHD ZAINAL ABIDIN BIN CHE MOOD

NAMA : MUHAMMAD NORMIZI B GHAZALLI

NO. MATRIK : 730923035223001

NO. KAD PENGENALAN : 730923035223

NO. TELEFON : 013-9280073

E-MEL : irham219@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA BHARU


ISI KANDUNGAN Muka Surat

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 MENILAI UNSUR HUMOR DALAM CERAMAH DAKWAH 3

 3.0 CONTOH PENDAKWAH AGAMA YANG MENGGUNAKAN


HUMOR DALAM DAKWAH MEREKA 6

4.0 MENILAI KESAN HUMOR DALAM DAKWAH 8

5.0 KESIMPULAN 12

6.0 RUJUKAN 13
1.0 PENDAHULUAN

Humor dapat didefinisikan sebagai sesuatu yang menggelikan hati atau menimbulkan
kelucuan dalam sesuatu perbuatan atau percakapan. Di samping itu, menurut Kamus Dewan
Edisi Ke- 4 perkataan humor dikatakan sebagai suatu jenis penulisan yang utama bertujuan untuk
menimbulkan kelucuan atau menarik minat seseorang ke arah keadaan atau suasana yang
menimbulkan kelucuan. Sehubungan ini, humor boleh diaplikasikan dalam pelbagai teknik yang
boleh disampaikan oleh seseorang individu untuk masyarakat terutamanya dalam menyampaikan
sesuatu maklumat atau ilmu pengajaran yang berkaitan dalam kehidupan masyarakat. Antara
teknik penyampaian humor adalah seperti penceritaan dan penulisan.

Isu humor juga pada kebiasaannya menyebabkan hilai tawa atau setidak-tidaknya senyuman
lebar. Hal ini menunjukkan keceriaan dan kegembiraan yang wujud dari hati. Insan yang secara
semula jadi dijadikan oleh Allah S.W.T bersifat humor pastinya mempunyai kelebihan dalam hal
ini, tetapi masyarakat awam yang biasa juga tidak ada kurangnya. Setiap orang mempunyai
kelebihannya termasuklah dalam hal melakukan humor. Walau bagaimanapun, humor bukanlah
dituntut untuk memenuhi keseluruhan atau sebahagian besar hidup kita. Oleh hal yang demikian,
kita hanya memerlukan sedikit humor dalam kehidupan seharian hanya sekadar untuk
menceriakan keadaan atau membangkitkan kegembiraan.

Sejak kebelakangan ini, humor juga turut diaplikasikan dalam penyampaian ilmu agama bagi
menarik minat anggota masyarakat terutamanya golongan muda bagi mendalami ilmu tersebut.
Dakwah yang pada intinya menyeru kepada Allah, adalah kewajipan setiap muslim. Kesadaran
ini penting ditanamkan pada setiap muslim. Allah swt berfirman:

“ Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah, dan pelajaran yang baik dan
bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui
tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang
mendapat petunjuk”. (QS. An-Nahl : 125)

1
Pensyarah Kanan, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya (APIUM), Dr. Muhammed Yusof berkata, jenaka yang diselitkan ketika
menyampaikan ceramah perlulah tidak keterlaluan dan mematuhi batasan bergurau. Ini
tambahnya kerana, jenaka yang disampaikan secara keterlaluan dikhuatiri boleh menjadikan
tujuan dakwah tersasar selain mengakibatkan hilang keberkatan dalam menuntut ilmu. “Jika kita
lihat sekarang ini, lawak jenaka seperti sudah sebati dalam ceramah dakwah. Malah, trend itu
turut menarik perhatian segelintir individu yang menghadiri ceramah hanya kerana menantikan
lawak yang ingin disampaikan oleh penceramah tersebut. “Sehinggakan seluruh masjid atau
kawasan itu dipenuhi dengan suara gelak ketawa seakan-akan berada dalam program komedi.
“Apa yang dibimbangi, ceramah yang pada asalnya disampaikan bagi menyebarkan ajaran Islam
itu boleh membawa kesan negatif bukan sahaja kepada pendengar dan penceramah, malah
kepada imej Islam keseluruhannya,” katanya.

2
2.0 MENILAI UNSUR HUMOR DALAM CERAMAH DAKWAH

2.1 Fitrah Manusia

Islam tidak menghalang berjenaka sebaliknya mengharuskan perbuatan tersebut jika


membawa kesan yang positif. Malah akui beliau, penyampaian dakwah yang diselitkan dengan
unsur gurauan juga dilihat lebih berkesan dalam mempengaruhi golongan sasar untuk menerima
subjek yang ingin disampaikan. “Islam merupakan agama fitrah bagi manusia, begitu juga
bergurau atau berhibur juga adalah sifat fitrah semula jadi bagi manusia. Oleh itu, humor di
dalam ceramah agama adalah diharuskan selagi tidak bertentangan dengan syariat. “Sehinggakan
Rasulullah SAW ketika hayatnya bergurau bersama sahabat sebagaimana beberapa kisah yang
diriwayatkan, kerana ia boleh memberi ketenangan, meringankan bebanan fikiran dalam
kehidupan. “Bertepatan dengan kaedah psikologi juga, dengan bergurau atau mengambil hati
seseorang individu akan lebih mudah mempengaruhi dan menegur kesalahan yang dilakukan,”
jelasnya. Muhammed berkata, perkara itu sekali gus menjawab dakwaan segelintir yang menolak
sepenuhnya keadah jenaka dalam menyampaikan dakwah kerana mengatakan ia berbentuk
hiburan. “Terdapat segelintir pihak yang ‘keras’ dalam agama mengatakan jenaka dalam
berdakwah adalah bercanggah dengan konsep agama Islam kerana mereka menganggap agama
adalah sesuatu yang serius dan tegas. “Sedangkan Islam menuntut kepada amalan wasatiyyah
(bersederhana) dalam kehidupan harian dan menangani sebarang isu. Islam juga merupakan
agama yang realistik dalam kehidupan,” ujarnya.

2.2 Batasan Bergurau

Islam telah menggariskan beberapa batasan supaya jenaka yang disampaikan membawa
nilai positif dan bertepatan dengan syariat. Beliau berkata, ulama terkemuka, Yusof al-Qaradawi
dalam buku karangannya, ‘al-Islam wa al-Fann’ menggariskan beberapa etika dalam berjenaka
iaitu antaranya tidak menjadikan bahan dusta, mengandungi unsur-unsur menghina,
mempersenda dan mempermainkan orang lain. Gurauan juga tambahnya, jangan sampai
menyebabkan seseorang itu terkejut atau cemas dan tidak bergurau dalam perkara yang serius
atau ketawa dalam situasi yang memerlukan tangisan.

3
“Kesemua perkara ini perlu dititikberatkan oleh pendakwah, jika sumber itu didapati palsu dan
tidak benar, berkemungkinan besar maklumat itu akan dijadikan hujah oleh jemaah yang hadir
untuk disebarkan kepada orang lain. “Secara tidak langsung menyebabkan maklumat palsu
berleluasa dan tersebar meluas dalam kalangan masyarakat,” katanya.  Dapat menarik minat
semua golongan tanpa mengira usia untuk mendekatkan diri dengan ilmu yang berkaitan
khususnya ilmu agama Islam.

2.3   Unsur Nasihat dan Pengajaran

Sikap yang positif dalam diri individu dapat dilahirkan melalui humor yang disampaikan
yang tidak secara keterlaluan. Oleh hal demikian kerana humor akan menyebabkan seseorang itu
ketawa dengan kelucuan yang ditimbulkan akan melahirkan nilai positif seperti gembira, ceria,
dan berfikiran terbuka. Di samping itu, usaha untuk melakukan unsur humor dalam komunikasi
juga amat sukar dilakukan apabila tidak mempunyai kepakaran dalam pengaplikasiannya. Hal
ini, seseorang individu yang berjaya menyampaikan humor akan dilihat berbakat serta hebat
dalam penyampaiannya terutamanya berkaitan dengan ilmu agama. Unsur humor yang
digunakan dalam menyampaikan maklumat atau ilmu agama ini bukanlah semata-mata bercakap
perkara yang dianggap sia-sia tetapi menimbulkan unsur pengajaran dan nilai murni kepada
masyarakat. Pengajaran yang dilakukan sebeginilah contohnya oleh Ustaz Azhar Idrus
menyebabkan ramai golongan muda tertarik dengan kaedah penyampaian yang dilakukan oleh
beliau. Perkara sebegini mampu melahirkan masyarakat yang lebih mendekati ilmu agama Islam
dan pembinaan sahsiah yang baik kepada masyarakat pada masa kini. Penggunaan humor
sememangnya bertujuan untuk menimbulkan kelucuan kepada khalayak dalam sesuatu
penyampaian. Hal ini, humor sangat penting terutamanya dalam menyampaikan maklumat yang
berunsur nasihat kepada masyarakat yang membuatkan diri seseorang individu itu mudah untuk
terima sebarang teguran yang diberikan tanpa berkecil hati. Unsur kelucuan dalam soal-jawab 
yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus melalui laman sosial Facebook beliau juga
menyebabkan masyarakat berminat untuk terus berhubung dengan beliau. Hal ini kerana jawapan
humor yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus yang berkaitan dengan soalan yang ditanya oleh
masyarakat menghiburkan dan dapat diterima dengan hati terbuka oleh masyarakat.

4
2.4 Unsur Teladan

Unsur teladan juga dapat disampaikan dengan menggunakan humor oleh penceramah
bebas seperti Ustaz Azhar Idrus. Antara jenis teks yang berkaitan humor yang menunjukkan
teladan yang positif kepada masyarakat ialah teks04 dan teks11. Sehubungan ini, teks04 adalah
berkaitan dengan masalah rasa mengantuk semasa belajar berbanding dengan melayari internet
seperti laman sosial Facebook, dengan ini Ustaz Azhar telah memberikan teladan yang baik
dengan memberi cadangan supaya belajar melalui Facebook. Tindakan ini sememangnya
menimbulkan kelucuan kepada masyarakat tetapi pengaplikasian dan pembelajaran melalui
Facebook juga satu kaedah pembelajaran maya yang baik untuk seseorang pelajar. Seterusnya,
teks11 pula ialah bagi menyelamatkan diri daripada musuh kita boleh menggunakan helah “tipu
sunat” untuk menyelamatkan diri. Jawapan daripada soalan ini yang menimbulkan humor dan
salah satu teladan yang baik jika kita mengalami situasi sedemikian.

2.5   Unsur Perli

Walau bagaimanapun, terdapat juga unsur humor yang bersifat memperli yang diberikan
oleh Ustaz Azhar Idrus kepada masyarakat secara terbuka misalnya, soal jawab yang berkaitan
dengan cara untuk menghilangkan rasa mengantuk mata telah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus
dengan baik pada permulaannya iaitu dengan melakukan amalan bacaan Ta’awwuz serta
diselitkan juga unsur perli seperti meletakkan minyak angin di atas kelopak mata bagi
menghindarkan rasa mengantuk yang mana menimbulkan unsur humor di sini.

5
 3.0 CONTOH PENDAKWAH AGAMA YANG MENGGUNAKAN HUMOR DALAM
DAKWAH MEREKA

3.1 Ustaz Azhar Idrus

Penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus sangat berkesan apabila memberi impak yang
positif kepada semua golongan masyarakat di negara kita khususnya untuk mendekatkan diri
dengan ajaran agama Islam. Fenomena Ustaz Azhar Idrus juga cepat tersebar di serata tempat
dalam negara kita yang menunjukkan betapa minatnya masyarakat terhadap beliau berkaitan
dengan ajaran yang disampaikan melalui ceramah-ceramah yang diadakan oleh beliau
termasuklah melalui laman sosial seperti Facebook yang banyak digunakan oleh masyarakat
sebagai medium perhubungan untuk bersoal-jawab berkaitan dengan masalah agama.
Masyarakat Islam hari ini semakin cenderung dan berminat mempelajari perihal agama secara
mendalam. Jika sebelum ini, rumah-rumah ALLAH SWT (masjid dan surau) kelihatan sepi,
namun sejak kebelakangan ini ramai yang sudah mengimarahkannya. Humor yang disampaikan
oleh Ustaz Azhar Idrus menerusi teks soal jawab beliau juga turut menerapkan unsur perli
kepada masyarakat yang menimbulkan kelucuan kepada pembaca. unsur perli telah digunakan
oleh Ustaz Azhar Idrus disamping memberi jawapan yang baik kepada individu yang terlibat.
Contohnya “sapu minyak kapak atas kelopak mata”. Dengan ini jawapan terhadap persoalan ini
mempunyai unsur humor apabila Ustaz Azhar Idrus menggunakan ganti nama “sayang” dalam
teks jawapannya seperti “tak batal sayang”. 

3.2 Ustaz Haslin

SETIAP ceramah disampaikan dengan cukup berseni. Penyampaiannya pula cukup bersahaja
tetapi penuh bersemangat!. Istimewanya, ia turut diselangi dengan lenggok berlagu daripada
potongan suci ayat al-Quran. Bukan sembarangan lagu, tetapi melodi Hindustan dan penggunaan
bahasa Urdu menjadi pilihan utamanya. Dengan keupayaannya itu, nama Ustaz Haslin Baharim
sinonim dengan gelaran Ustaz Bollywood dalam persada dakwah tanah  air.

6
Mengakui akan perkara berkenaan, tokoh agama kelahiran Taiping, Perak itu bagaimanapun
tidak kisah dengan gelaran yang diberi. "Gelaran itu bukanlah dia yang menciptanya tetapi
datangnya daripada peminat-peminat tegar. Malah, dek kelebihan itu juga, Ustaz Haslin terus
menjadikannya sebagai satu pendekatannya dalam berdakwah. Pernah bercita-cita untuk menjadi
penyanyi, maka tidak hairanlah beliau menyampaikannya dengan alunan Bollywood yang cukup
baik. "Contohnya, bacaan untuk setiap potongan ayat al-Quran, ia dibuat tanpa mengubah apa-
apa sebaliknya cuma melagukannya dengan lagu ala-ala Bollywood. Jelasnya, program
berbentuk keagamaan juga boleh dibuat dalam bentuk santai agar orang boleh terhibur. "Sambil
berhibur, mereka juga boleh dapat input baik dalam kehidupan mereka. Populariti Ustaz Haslin
barangkali boleh disamakan dengan artis-artis masa kini yang sedang meningkat naik. Ceramah
agamanya tidak hanya terhad di corong radio atau kaca televisyen, malah rakaman video
ceramahnya juga dimuat naik di laman sosial, YouTube dan berjaya meraih ratusan ribu jumlah
tontonan.

3.3 Syamsul Debat

Kepetahan berdebat menjadi kelebihan kepada personaliti dakwah, Syamsul Amri Ismail
atau lebih dikenali dengan nama Syamsul Debat, tampil berkeyakinan dan mudah memikat
penonton dalam ceramah disampaikannya. Berasal dari Negeri Sembilan, figura yang banyak
menggunakan loghat 'Nogori' dengan keletah bersahaja dan turut menyelitkan unsur jenaka
dalam ceramahnya itu mendapat perhatian ramai sehingga petikan video rancangan
kendaliannya, Syamsul Debat di stesen televisyen Al Hijrah viral di media sosial. "Dalam sesi
motivasi disampaikan, biasanya ada terselit dakwah seperti menyentuh hadis dan petikan ayat al-
Quran. Jika diperhatikan, kebanyakan ustaz yang dikatakan banyak menggunakan bahan lawak
ini sebenarnya mereka menyampaikan ceramah secara serius, tetapi dalam bentuk sinikal.
Bagaimanapun, apabila masyarakat menyambutnya dengan gelak ketawa, ia mengundang
persepsi. "Sedangkan mereka tercuit kerana ada perkara disampaikan terkena pada diri sendiri".

7
3.4 Datuk Ustaz Kazim Elias

Datuk Ustaz Kazim Elias (lahir 28 November 1972) adalah seorang penceramah


bebas yang terkenal di Malaysia. Ceramah Datuk Ustaz Kazim banyak dimuatnaik di
laman youtube. Pendekatan komedi dan santai yang digunakan oleh Datuk Ustaz Kazim dapat
menarik minat ramai pendengar dari pelbagai latarbelakang masyarakat. Topik-topik berkaitan
dengan keluarga dan motivasi sentiasa menjadi intipati ceramah beliau. Merupakan pengasas dan
pengetua untuk Pusat Pendidikan Al Barakah iaitu pusat pendidikan Islam yang beribu pejabat di
Kg Manjoi, Ipoh, Perak. Datuk Ustaz Kazim juga banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan
dan pembangunan agama Islam. Beliau sering dijemput untuk memberi ceramah disekitar tanah
air terutama termasuk Singapura dan Brunei. Selain itu juga dijemput menjadi ahli panel atau
pensyarah di siaran-siaran televisyen dan radio utama nasional dan juga ceramah perdana.

4.0 MENILAI KESAN HUMOR DALAM DAKWAH

4.1 Sasaran Mudah Faham

Selitkan humor dalam dakwah salah satu transformasi dakwah yang boleh dibuat. Cara
penyampaiannya yang di kaitkan dengan kehidupan kita membuatkan kita mudah memahami
dan mengerakkan fikiran kita untuk berfikir, rupanya apa yg selama ini kita buat tidak betul. Ada
kalanya memang betul-betul terkena pada batang hidung sendiri. Ketua Agama di Kedutaan
Arab Saudi, Syeikh Abdurrahman Al-Bilaihiy menjelaskan itu adalah cabaran besar dalam dunia
dakwah. Bukan senang untuk menjadi pendakwah, kerana itu beliau menggariskan beberapa
unsur yang mesti diwujudkan pada diri pendakwah dan memberi penekanan ke arah membentuk
persediaan yang tersusun untuk menyampaikan sesuatu. "Pertama kali turun ke medan dakwah,
kita tidak digalakkan untuk terus mengupas sesuatu yang berat sebaliknya dekati golongan
sasaran dengan senyuman seikhlas mungkin dan gunakanlah bahasa yang mudah difahami dan
santai. Menurutnya, hayatilah tindak tanduk junjungan besar Nabi Muhamamd SAW semasa
berdakwah. Baginda SAW adalah sebaik-baiknya teladan bagi umat manusia. Dalam berdakwah,

8
Rasulullah SAW senantiasa mengajak umatnya dengan cara yang lembut, sopan, bijaksana, kasih
sayang, dan penuh keteladan. Walhal, dengan Yahudi sekalipun Baginda SAW tidak pernah
berkasar. Sejatinya dakwah adalah menyeru dan mengajak umat manusia untuk menjadi lebih
baik. Bukannya menakutkan golongan sasaran dengan berbagai ancaman. Terkandung dalam al-
Quran, ALLAH  menggariskan tiga tuntunan dalam berdakwah iaitu: 

- Bijaksana
- Bimbingan yang baik
- Berdebat dengan cara yang damai
 
Beliau turut berkongsi beberapa sifat yang perlu dimiliki pendakwah dalam berhadapan
golongan sasaran semasa di medan dakwah. Antaranya pendakwah itu perlu mengeluarkan butir
bicara yang berkualiti dengan cara penyampaian yang baik dan lancar, jika bercakap tergagap-
gagap dan teragak-agak untuk mengeluarkan buah fikiran atau ideaa pasti memberi impak
kepada golongan sasaran dan sudah tentu pandangan mereka kepada pendakwah akan berubah.
"Pendakwah juga memberikan gambaran dengan jelas terhadap apa yang diperkatakannya bagi
menggelakkan sebarang kekeliruan. Usah menggunakan perkataan yang susah untuk difahami
sehingga sukar menggambarkan apa yang diucapkan. Ideaa yang disampaikan mesti dengan cara
tersusun. "Semestinya pendakwah harus dan wajib memiliki ilmu pengetahuan yang luas kerana
ia membentuk kemampuan dalam berinteraksi dengan golongan sasaran. Dengan lemah
pengetahuan, pendakwah mudah jadi lemah dan tidak bersedia menyampaikan," katanya.

9
4.2 Dapat Menarik Minat Semua Golongan Tanpa Mengira Usia Untuk Mendekatkan
Diri Dengan Ilmu Yang Berkaitan Khususnya Ilmu Agama Islam.

Penggunaan humor yang telah dilakukan oleh penceramah-penceramah bebas sangat


berkesan apabila memberi impak yang positif kepada semua golongan masyarakat di negara kita
khususnya untuk mendekatkan diri dengan ajaran agama Islam. Fenomena ini juga cepat tersebar
di serata tempat dalam negara kita yang menunjukkan betapa minatnya masyarakat berkaitan
dengan ajaran yang disampaikan melalui ceramah-ceramah yang diadakan termasuklah melalui
laman sosial seperti Facebook yang banyak digunakan oleh masyarakat sebagai medium
perhubungan untuk bersoal-jawab berkaitan dengan masalah agama. Ceramah motivasi yang
disampaikan dengan unsur-unsur humor mampu menjadi wadah kajian dalam bidang bahasa
Melayu dan mencabar untuk dikaji.  Ternyata, unsur humor bertindak sebagai ‘senjata’ nasihat
kepada umum secara tersirat dan bukan semata-mata untuk tujuan berjenaka dan bergurau. Unsur
humor yang terdapat dalam ceramah tokoh motivasi negara iaitu Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah
Kamsah diselitkan dengan humor antaranya komen lucu, jenaka, aksi lucu, sindiran lucu dan
kaedah pencerita yang dramatik. Ini telah membuktikan bahawa unsur humor dalam ceramah
motivasi sangat penting sebagai daya penarik dan merupakan salah satu kekuatan penceramah
untuk mendorong pendengar mendapatkan ilmu melalui ceramah.

4.3 Untuk Menimbulkan Kelucuan Serta Menghiburkan Hati Pendengar Dengan


Ucapan Atau Ceramah Yang Disampaikan Oleh Seseorang.

Penggunaan humor sememangnya bertujuan untuk menimbulkan kelucuan kepada


khalayak dalam sesuatu penyampaian. Hal ini, humor sangat penting terutamanya dalam
menyampaikan maklumat yang berunsur nasihat kepada masyarakat yang membuatkan diri
seseorang individu itu mudah untuk terima sebarang teguran yang diberikan tanpa berkecil hati.
Unsur kelucuan dalam soal-jawab  yang disampaikan melalui laman sosial Facebook juga
menyebabkan masyarakat berminat untuk terus berhubung.

10
4.4 Mampu Memupuk Sikap Positif Dalam Diri Individu Kerana Mampu
Menyampaikan Sesuatu Maklumat Yang Berguna Dengan Memasukkan Humor Dalam
Kaedah Penyampaian Ilmunya.

Sikap yang positif dalam diri individu dapat dilahirkan melalui humor yang disampaikan
yang tidak secara keterlaluan. Oleh hal demikian kerana humor akan menyebabkan seseorang itu
ketawa dengan kelucuan yang ditimbulkan akan melahirkan nilai positif seperti gembira, ceria,
dan berfikiran terbuka. Di samping itu, usaha untuk melakukan unsur humor dalam komunikasi
juga amat sukar dilakukan apabila tidak mempunyai kepakaran dalam pengaplikasiannya. Hal
ini, seseorang individu yang berjaya menyampaikan humor akan dilihat berbakat serta hebat
dalam penyampaiannya terutamanya berkaitan dengan ilmu agama. Unsur humor yang
digunakan dalam menyampaikan maklumat atau ilmu agama ini bukanlah semata-mata bercakap
perkara yang dianggap sia-sia tetapi menimbulkan unsur pengajaran dan nilai murni kepada
masyarakat. Gaya komunikasi efektif mampu menghasilkan perubahan sikap (attitude change)
pada orang yg terlibat dalam komunikasi. Tujuannya adalah memberikan kemudahan dalam
memahami pesan yang disampaikan antara pemberi dan penerima sehingga bahasa lebih jelas,
lengkap,pengiriman dan umpan balik seimbang dan melatih penggunaan bahasa nonverbal secara
baik.
Komunikasi merupakan bagian dari salah satu tindakan yang mempengaruhi yang dapat
menggunakan cara persuasif. Maksud komunikasi persuasif dalam kerangka dakwah adalah
komunikasi yang senantiasa berorentasi pada segi-segi psikologis mad’u (audiens) dalam rangka
membangkitkan kesadaran mereka untuk menerima dan melaksanakan ajaran Islam. Untuk
berhasilnya komunikasi persuasif, perlu dilaksanakan secara sistematis.

11
5.0 KESIMPULAN

Humor sangat penting dalam kehidupan masyarakat terutamanya dalam menyampaikan


sesuatu ilmu yang bermanfaat yang boleh diaplikasikan oleh seseorang yang mahir untuk
berhumor seperti Ustaz Azhar Idrus. Hal ini kerana, apabila terdapat kesalahan semasa berhumor
seseorang individu boleh memandang serong dan berfikir negatif terhadap individu tersebut.
Oleh hal yang demikian, humor juga mampu menarik minat seseorang untuk terus mendekati
individu yang pandai berhumor serta boleh mempengaruhi seseorang individu itu bersemangat
untuk mendengar apa yang diperkatakan oleh pencerita atau penceramah. Berbeza dengan
kaedah konservatif, pendekatan dakwah yang disampaikan secara humor atau jenaka dilihat lebih
mendapat tempat dalam kalangan masyarakat masa kini. Bukan sahaja kumpulan tertentu, malah
usaha menyebarkan agama Islam menggunakan cara itu turut membuka ruang yang lebih luas
kepada semua golongan sasar kerana dikatakan bersifat lebih santai dan mudah diterima.
Sehinggakan menjadi fenomena terkini, pendakwah yang mampu berjenaka atau menyelitkan
unsur lawak dalam ceramah yang disampaikan akan lebih digemari dan mendapat permintaan
ramai terutamanya golongan muda dan remaja. Walau bagaimanapun, sejauh manakah batasan
kaedah yang semakin menjadi ikutan itu untuk diamalkan, lebih-lebih lagi ketika berada di dalam
rumah ibadah iaitu surau atau masjid.

12
Rujukan

1. http://www.sinarharian.com.my/rencana/pendakwah-perlu-kreatif-dalam-berdakwah-1.395564

2. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/ceramah-bukan-pentas-komedi-
1.157510#ixzz54nDbU4Fe

3.http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2014&dt=0710&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

4. https://kulafazilajusoh.wordpress.com/page/2/

5. https://www.orangperak.com/ustaz-kazim-elias-ustaz-yang-paling-digemari-di-perak.html

6. http://www.sinarharian.com.my/hiburan/ustaz-bollywood-suara-merdu-pikat-peminat-
1.260021

13

Anda mungkin juga menyukai