Anda di halaman 1dari 13

Bahasa Melayu Kontekstual 2012

PENGENALAN

Syarahan merupakan salah satu daripada aktiviti komunikasi lisan yang penting.Aktiviti ini dapat melatih individu menggunakan bahasa lisan dengan baik dan teratur.Dalam ilmu syarahan, individu dapat melahirkan fikiran secara logik, menaakul, menganalisis dan berhujah dengan baik tidak berbelit-belit yang boleh membosankan khalayak. Ketika hendak menyampaikan syarahan, seseorang individu itu mestilah mempunyai kredibiliti dan pengasahan minda intelek yang tinggi.Ini kerana keintelektualan minda mampu memaparkan kewibawaan diri serta karisma seseorang terutamanya apabila berhadapan dengan khalayak.Oleh itu, sebagai seorang bakal guru kita haruslah mengambil langkah awal untuk dijemput pada bila-bila masa sahaja ke hadapan, sebagai contoh untuk memberikan syarahan yang dinamik lagi berkesan kepada khalayak. ( Eddy Rosyadie 2006 ) mengatakan bahawa, syarahan merupakan aktiviti sehala, di mana penyampai akan menjelaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk dalam satu masa yang ditetapkan dengan bertujuan untuk mempengaruhi serta meyakinkan para pendengar. Selain itu, menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan ( 2007 ), penyampaian syarahan bertujuan untuk menguji bakat dan kebolehan penyampai sama ada dalam memberikan idea atau kupasan tentang sesuatu tajuk. Dapat disimpulkan di sini bahawa itulah perlunya kita mengasah minda intelek agar keintelektualan minda kita akan terserlah. Di samping itu juga, seperti pengucapan awam yang lain nada dan intonasi memaikan peranan yang sangat penting. Oleh itu, nada dan intonasi dalam penyampaian syarahan biasanya agak bersemangat dan tegas.Isi syarahan memperkatankan perkara atau bidang tertentu. Gerak geri atau gaya penyampai seperti mimik muka, intonasi suara dan cara berpakaian adalah penting untuk meyakinkan khalayak. Tujuan syarahan disampaikan adalah untuk, menerangkan tentang sesuatu isu atau tajuk tertentu. Ini akan dapat menambahkan pengetahuan dan maklumat khalayak. Seterusnya, penyampaian syarahan juga bertujuan untuk memberitahu tentang perkara semasa terutama perkara-perkara yang mempengaruhi orang ramai.Selain itu, syarahan disampaikan untuk meyakinkan tentang pendirian penyampai tentang sesuatu isu yang hangat diperkatakan.

1|

Bahasa Melayu Kontekstual 2012 Terdapat dua jenis syarahan iaitu, pertama, syarahan berbentuk pertandingan dan kedua, syarahan berbentuk terbuka. Syarahan berbentuk pertandingan biasanya disampaikan dalam majlis rasmi. Syarahan dalam bentuk ini akandiberikan tajuk terlebih dahulu. Fakta atau isi hendaklah dihuraikan dan disampaikan dengan lebih tepat dan jelas.Teks syarahan biasanya disediakan terlebih dahulu di mana penyampai haruslah menghafal keseluruhan teks. Panjang teks syarahan hendaklah pendek, ringkas dan padat kerana masa yang diperuntukkan adalah terhad sekitar lima belas minit ataupun dua puluh minit sahaja. Tujuan syarahan bentuk pertandingan adalah, untuk memberikan penerangan tentang isu atau topik yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.Selain itu, syarahan ini juga bertujuan untuk memberikan keyakinan kepada khalayak dan hakim tentang pendirian penyampai tentang sesuatu topik yang disampaikan.Seterunya, syarahan berbentuk pertandingan juga bertujuan untuk mempengaruhi hakim dan khalayak tentang hujah yang disampaikan. Jenis syarahan yang kedua ialah, syarahan bentuk terbuka.Syarahan jenis ini bukan untuk dipertandingkan.Antara contoh syarahan berbentuk terbuka ini ialah, syarahan motivasi, syarahan politik dan syarahan agama.Setiap syarahan tersebut mempunyai bentuk dan tujuan yang berbeza.Syarahan agama bertujuan untuk memujuk khalayak yang sikap dan pemikirannya sudah betul.Ini bertujuan untuk memujuk mereka agar mengekalkan sikap dan kepercayaan yang ada agar mereka menjadi lebih yakin dengan pegangan tersebut.Seterusnya, syarahan politik pula di mana penyampai harus bersedia dengan bahan dan pengetahuan untuk menyampaikan maklumat.Akhir sekali ialah syarahan motivasi.Syarahan ini bertujun untuk memotivasikan khalayak.Di samping itu, syarahan ini juga bertujuan untuk memberikan inspirasi dan panduan kepada khalayak. Kesimpulannya, syarahan merupakan satu cabang komunikasi.syarahan juga merupakan medium pengucapan awam yang betul di mana penyampai dapat menyampaikan maklumat dan dapat berkongsi sesuatu yang baru.Sebagai seorang penyampai syarahan, pengetahuan mengenai syarahan adalah perlu agar penyampai lebih bersedia berhadapan dengan khalayak. Penggunaan ayat yang betul dan mudah akan menjadikan pendengar dapat memahami dengan mudah maklumat yang hendak disampaikan. Ilmu-ilmu mengenai kemahiran syarahan perlu dikuasai secara lebih mendalam agar syarahan dapat disampaikan dengan lebih berkesan dan menarik.Biasanya, hanya yang benar-benar berbakat sahaja dapat menyampaikan sayarahan denan lebih baik dan berkesan.Namun, tidaklah menjadi kesalahan jika kita hendak mempelajari sesuatu yang baharu agar ilmu di dada dapat dikembangkan dan diperbaharui.

2|

Bahasa Melayu Kontekstual 2012

CONTOH TEKS SYARAHAN ( Penderaan Kanak-kanak )

Cahaya matahari menyilau mata, Rasa pedih berusaha menahan, Lafaz bismillah pembuka bicara, Gelanggang syarahan saya mulakan. Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, dif-dif kehormat, barisan pensyarah serta hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian. Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk

Penderaan Kanak-kanak. Sesuai dengan isu yang hangat diperkatakan oleh masyarakat masa kini.Penderaan kanak-kanak merupakan isu yang selalu menjadi buah mulut masyarakat pada masa kini.Ini kerana penderaan kanak-kanak ini sudah menjadi trend dalam kehidupan masyarakat pada hari ini.

Saudara saudari yang dihormati sekalian, Penderaan adalah satu trauma.Perkataan trauma berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud ditebuk.Manakala anak-anak merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai kepada setiap pasangan suami isteri.Penganiayaan kanak-kanak

bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang di lakukan kepada golongan kanak-kanak dengan tujuan mencederakan.Ini termasuk penderaan kepada bayi yang mampu menyebabkan sindrom mengoncang bayi. Penderaan kanak-kanak secara fizikal merupakan sesuatu yang kejam yang dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak agar kanak-kanak tersebut patuh, atau dengan setiap arahan yang diberikan.

3|

Bahasa Melayu Kontekstual 2012 Warga dewan sekalian, Keadaan itu perlu diambil serius memandangkan statistik Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) turut menunjukkan penderaan kanak-kanak di negara ini semakin meningkat setiap tahun sehingga mencecah pertambahan 700 kes seperti dilaporkan antara 2006 hingga 2008. Pada bulan Mac 2010 kita dikejutkan dengan kematian seorang kanakkanak berusia tiga tahun yang menjadi mangsa penderaan teman lelaki kepada ibu kandung sendiri.Allahyarham adik Syafia Humairah Sahari telah didera dengan kejam sehingga mengalami kecederaan dalaman yang kritikal sehingga menyebabkan kematian. Hadirin hadirat sekalian, Kanak-kanak sering didera sama ada dari segi fizikal mahupun dari segi mental. Penderaan dari segi fizikal ialah penderaan yang meninggalkan kesan-kesan di tubuh,seperti luka,parut atau lebam akibat dipukul atau dikenakan benda-benda panas seperti menggunakan seterika atau pun rotan untuk memukul anak mereka. Manakala penderaan dari segi mental berlaku sebagai akibat dibiarkan atau diabaikan oleh penjaganya. Mangsanya akan mengalami tekanan jiwa,gangguan emosi,dan mental atau proses pembesarannya. Selain itu, terdapat juga kes-kes penganiayaan seks,seperti pencabulan kehormatan dan kes rogol. Mangsanya akan mengalami tekanan jiwa, gangguan emosi,dan mental atau proses pembesarannya. Penderapendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara penderapendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya penderaan kanak-kanak.Antaranya ialah masalah kekurangan kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga.Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga menyebabkan ada daripada keluarga yang bertindak ganas dengan memukul, menerajang atau membelasah anak mereka tanpa ada perasaan belas kasihan kepada anak yang dipukul itu. Sebagai contoh, apabila anak-anak meminta wang untuk membeli barang keperluan atau apa-apa sahaja, sudah semestinya anak tersebut akan diterajang atau pun dipukul. Hal ini tidak
4|

Bahasa Melayu Kontekstual 2012 sepatutnya berlaku kerana kita hendaklah menjaga anak kurniaan Allah dengan sebaik mungkin bukannya dipukul mahupun disepak sewenang-wenangnya.

Saudara dan saudari yang dihormati,

Selain itu, faktor yang paling utama dalam berlakunya masalah penderaan kanak-kanak ini ialah kurangnya didikan agama di kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia memberikan panduan terbaik kepada setiap pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga dalam menguruskan keluarga. Jika berlandaskan al-Quran dan al- Sunnah, setiap yang berlaku pasti ada jalan penyelesaian.Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak.AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik.Oleh itu, kita sepatutnya hendaklah menjaga dan merawat anak-anak dengan sebaik mungkin bukannya kita mendera anak yang dikurniakan oleh Allah.

Hadirin hadirat sekalian, Masala penderaan kanak ini perlulah dibendeng dan diatasi dengan segera agar masalah ini tidak berlarutan. Antara cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan cara mengadakan kempen atau pun mengadakan hari keluarga pada setiap bulan bagi mengeratkan lagi hubungan antara ahli-ahli keluarga. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya didunia ini.Tanpa keluarga tercinta, hidup kita tidak bermakna.Sesungguhnya, kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Sebagai contoh apabila kita mengadapi sebarang kesulitan ahli keluargalah yang akan berada di samping kita.

5|

Bahasa Melayu Kontekstual 2012 Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Hal ini sepatutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat perlulah memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah penderaan. Pegawai kebajikan masyarakat haruslah membuat lawatan siasatan terhadap keluarga yang berkenaan apabila menerima aduan.Mereka perlulah memberi bantuan dengan segera sekiranya mendapati masalah penderaan berlaku dalam sesebuah keluarga.Dengan bantuan mereka, kes penderaan dapat dikurangkan dan dapat dibanteras.

Saudara saudari sekalian, Tuntasnya, dapat saya simpulkan di sini bahawa penderaan kanak-kanak merupakan satu perbuatan keji yang bertentangan dengan agama. Hal ini kerana perbuatan

sedemikian seolah-olah untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Kanak-kanak merupakan amanah Allah yang sangat suci.Bak kata peribahasa, kanak-kanak umpama kain putih yang suci bersih.Oleh itu, kita menjadi tanggungjawab untuk mendidik dan membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak mustahil mereka akan menjadi lebih ganas apabila meningkat dewasa kelak.

6|

Bahasa Melayu Kontekstual 2012

BORANG KOLABORASI

Nama pensyarah: Puan Sarimah binti Haji Awang Mata Pelajaran dan Kod: Semester: PPISMP Semester 3 (Ambilan Jun 2011)

TARIKH

TAJUK

TANDA TANGAN PENSYARAH

TANDA TANGAN PELAJAR

Menerima tugasan daripada pensyarah. Berbincang bersama rakan mengenai tugasan yang diberikan. Mencari sumber rujukan di perpustakaan. Mencari sumber rujukan di internet Berbincang dan mengagihkan tugas dengan rakan. Mengemaskini hasil tugasan.

Menghantar tugasan kepada pensyarah

7|

Bahasa Melayu Kontekstual 2012

REFLEKSI
Syahirah Binti Rahimin 930914-12-6808 201119231079

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana atas izinanNya saya akhirnya berjaya juga menyiapkan kerja kursus pendek bagi Bahasa Melayu Kontekstual dengan jayanya.Sekalung penghargaan kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Puan Sarimah binti Haji Awang yang banyak memberikan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa kepada individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung yang banyak membantu saya menyiapkan tugasan ini.Terima kasih sekali lagi. Tugasan Bahasa Melayu Kontekstual ini dilaksanakan secara

berkumpulan yang terdiri daripada dua orang dalam satu kumpulan.Ahli kumpulan saya terdiri daripada saya sendiri dan seorang lagi rakan saya iaitu Radhiah binti Lokman. Dalam tugasan ini kami telah berbincang dan bersetuju untuk

membahagikan tugas secara adil dan saksama.Pembahagian tugas secara adil dan saksama adalah penting agar tidak berlaku ketidakpuashatian antara ahli kumpulan.Oleh itu, setiap ahli kumpulan diminta menyiapkan bahagian yang telah dibahagikan dan bahagian itu mesti disiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh setiap ahli kumpulan. Setelah bahagian masingmasing telah disiapkan kami akan menggabungkan semua hasil tugasan kami. Dan akhir sekali kami membuat pengemaskinian semua hasil kerja kami, pemeriksaan secara terperinci adalah perlu agar kesilapan yang berlaku dapat dibetulkan. Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, terdapat beberapa halangan yang telah saya hadapi. Antaranya ialah, saya telah mengalami sedikit kekeliruan berkaitan cara penulisan pidato dan syarahan. Setelah berusaha membuat rujukan dan perbnadingan, saya akhirnya dapat melihat perbezaan antara keduanya dengan lebih jelas.Tetapi atas bimbingan Puan Sarimah binti
8|

Bahasa Melayu Kontekstual 2012 Haji Awang dan juga rakan-rakan seperjuangan,saya akhirnya dapat mengatasi kekeliruan tersebut. Selain itu, saya agak bermasalah dalam pengurusan masa.Kelemahan saya dalam mengurus masa menjadikan saya agak perlahan dalam menyiapkan tugasan. Namun, saya akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri saya, Seterusnya, ketika menyiapkan tugasan ini saya memperoleh banyak input yang boleh diaplikasikan dalam pembelajaran kelak. Sebagai contoh, saya lebih mengenali apa yang dibincangkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kontekstual terutamanya berkaitan dengan penulisan syarahan.

Tugasan kali ini memang memberi tumpuan kepada pengucapan awam iaitu penyampaian syarahan.Kami diminta untuk mengkaji satu isu semasa yang hangat diperkatakan dan membuat satu teks penyampaian syarahan mengikut foramat yang betul. Teks syarahan itu akan digunakan untuk persembahan syarahan di hadapan khalayak kelak. Sebagai kesimpulannya, tugasan pada semester ini kelihatan agak mudah namun memerlukan penelitian yang amat tinggi. Saya mengharap agar ilmu yang diperoleh akan dapat saya aplikasikan dalam proses pembelajaran kelak. Sekian, terima kasih.

9|

Bahasa Melayu Kontekstual 2012 Nama : Radhiah Lokman No Kad Pengenalan : 930329-01-5656 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya untuk menyiapkan tugasan ini sehingga ke titik yang terakhir. Saya mengakui pada mulanya mendapat tugasan ini agak berat untuk saya laksanakan kerana bukan sahaja tugasan ini yang menanti bahkan ada tugasan lain juga menanti. Namun, saya gagahkan diri untuk melakukannya memandangkan ini adalah kewajipan saya sebagai seorang pelajar dan tiada pilihan lain. Jadi, saya mencuba dan berusaha bersungguh untuk menyiapkannya. Tugasan ini mengajar sy erti kesabaran dan berfikir secara kritis dalam melaksanakan tugasan ini. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Pengantar Pendidikan iaitu Puan Anisah kerana telah memberi garis panduan kepada saya untuk melaksanakan tugasan ini yang sekaligus memudahkan saya untuk menyiapkannya. Beliau tidak jemu-jemu untuk memberi tunjuk ajar kepada saya, dan rakan-rakan. Saya pula tidak mensia-siakan peluang ini untuk sentiasa bertanya kepada beliau. Walaupun saya kurang memahami atau mengetahui tentang topik ini namun saya cuba buat yang terbaik melalui perbincangan dengan pensyarah kami dan rakanrakan. Untuk mencari maklumat tentang topik ini, saya mulakan pencarian saya di Pusat Sumber IPGKBM, namun tidak semudah yang disangka. Betapa sukarnya untuk mencari bahan rujukan kerana sikap segelintir pengguna yang tidak bertanggungjawab terhadap buku-buku yang mereka sudah baca..

10 |

Bahasa Melayu Kontekstual 2012 Penggunaan internet di situ juga tidak sebaik mana malah terlalu ramai pelajar yang menggunakannya namun saya tidak jadikan semua itu sebagai satu alasan kerana itu adalah cabaran bagi seorang guru. Namun saya tidak berputus asa dan terus mencari bahan iaitu daripada buku rujukan Bahasa Melayu Konstektual untuk kerja kursus ini. Walaupun sangat sukar untuk mengenalpasti konsep yang diperoleh, saya terus bertanyakan pendapat pensyarah pembimbing saya untuk mengesahkan bahawa petikan yang diperolehi itu merupakan petikan yang betul. Tugasan ini juga telah membuatkan saya bertindak sebagai serampang dua mata bagi saya kerana ianya telah membantu saya dalam mempertingkatkan ilmu dalam mengetahui dengan lanjut tentang cara untuk membuat syarahan. Bahkan tugasan ini juga telah membuka kotak fikiran saya untuk lebih berfikir di luar kotak bagi melaksanakan tugasan ini dengan lebih berkesan dan efektif lagi di masa yang mendatang. Melalui tugasan ini, saya mendapat pelbagai faedah. Antaranya, dapat

mengetahui syarahan, jenis- jenis syarahan dan lain-lain . Tujuan utama syarahan ialah meerangkan tentang sesuatu isu atau tajuk tertentu. Ini akan dapat menambahkan pengetahuan dan maklumat khalayak. Selain itu, syarahan juga memberitahu tentang perkara semasa terutama perkara-perkara yang mempengaruhi orang ramai,. Selama ini saya hanya mempelajarinya sahaja tapi akhirnya saya tahu bahawa betapa bergunanya ilmu ini kepada semua Selain itu, tugasan ini juga mengajar saya agar menghargai masa yang ada dan haruslah dimanfaatkan sebaiknya. Pengalaman ini tidak akan saya lupai malah saya akan mengadaptasikannya dalam kehidupan seharian saya agar menjadi contoh kepada bakal-bakal pelajar saya agar kehidupan mereka lebih bermakna.

11 |

Bahasa Melayu Kontekstual 2012 Di samping itu, tugasan ini juga mengajar saya berkongsi pendapat dan bertukar idea-idea dengan rakan-rakan terutama dengan ahli kumpulan saya iaitu Syahirah Rahimin mengenai topik ini. Melalui proses perbincangan yang seumpama ini maka lahirlah idea-idea yang bernas seterusnya berlakulah perkembangan ilmu antara sesama kami malah menambahkan ilmu pengetahuan kepada kami. Perbincangan seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kami. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang banyak membantu dalam melaksanakan tugas ini. Akhir kata, tugasan ini mengajar saya tentang tanggungjawab sebagai seorang guru. Segala yang baik akan saya jadikan panduan manakala yang tidak baik sebagai sempadan. Semoga saya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Semoga Allah S. W. t memberkati semua para pensyarah dan semoga profesion perguruan ini terus cemerlang, gemilang dan terus terbilang.

12 |

Bahasa Melayu Kontekstual 2012

BIBLIOGRAFI
1. [DOC] PELAJARAN 7 KOMUNIKASI LISAN: SYARAHAN 1.0 Pengenalan ... efiles.mediu.edu.my/.../BKA%20Lesson%207%20...

2. http://www.scribd.com/doc/22710897/KOMUNIKASI-KHALAYAK

3. http://mazlan66.wordpress.com/2008/03/25/punca-punca-berlakunya-penderaankanak-kanak/

4. Mohamad, K. (2012). Bahasa Melayu Kontekstual. Kuala Lumpur: Oxford fajar.

5. http://agc-blog.agc.gov.my/agc-blog/?p=1135

6. http://mynewshub.my/2012/05/09/video-apabila-kanak-kanak-didera-zalim/

13 |

Anda mungkin juga menyukai