Anda di halaman 1dari 3

Indah berbalam si awan petang,

Berarak di celah pepohon ara,


Pemanis kalam selamat datang,
Awam bismillah pembuka bicara.
Bismillahirahmannirahim,
Sejambak kasih seharum kasturi buat saudara peneraju majlis,Penel juri yang
teguh saksama,Penjaga masa yang setia dengan detik masanya,Seluruh warga
dewan yang berbahagia dan seterusnya Rakan-Rakan seperjuangan yang
dihormati sekalian.
Assalammualaikum WTH
Berdirinya saya pada hari ini ingin saya membincangankan topik yang sangat
penting dan relevan dalam konteks masyarakat kita pada masa kini iaitu
“PREJUDIS PENYEBAB KEHANCURAN UMMAH “.Menurut kamus dewan edisi ke
empat PREJUDIS bermaksud rasa suka atau tidak suka terhadap sesuatu kaum
dan agama.PENYEBAB pula beerti orang yang menjadi punca atau asbab
kepada sesuatu peristiwa,keadaan dan perbuatan.Definisi KEHANCURAN pula
bermaksud perihal hancur rosak binasa.Ummah pula diertikan sebagai ummat
yang biasanya dimaksudkan kepada ummat islam.Oleh itu,dapat kita
simpulakan bahawa “ PREJUDIS PENYEBAB KEHANCURAN UMMAH “ ialah
perasan tidak berasas terhadap sesuatu kaum dikalangan orang islam yang
menjadi asbab kehancuran dan kebinasaan ummah sejagat.Kita sering kali
melihat contoh-contoh prejudis dalam kehidupan kita seharian,seperti
diskriminasi terhadap seseorang berdasarkan factor seperti
agama,bangsa,jantina dan oreintasi seksual.

SIDANG HADIRIN YANG SAYA HORMATI,


Melompat kita ke dalam isi pertama iaitu Diskriminasi terhadap jantina.Hal
yang demikian kerana individu diberi layanan yang tidak adil kerana jantina
mereka.Misalnya,seorang Wanita menerima gaji yang lebih sedikit berbanding
dengan lelaki sejawatannya.Oleh itu,dapat kita simpulkan bahawa diskriminasi
terhadap jantina mampu menimbulkan perasaan tidak suka dan persaan benci
terhadap seseorang di dalam agensi yang sama.Akan tetapi,kerajaan kita telah
melakukan pelbagai cara untuk menghentikan deskriminasi ini.Antaranya ialah
meningkatnya bilangan pekerja Wanita semenjak beberapa tahun ini.

SIDANG PENDENGAR YANG SAYA KASIHI,


Menyelam kita lebih mendalam ke dalam tajuk syarahan saya denga nisi yang
kedua iaitu Dengki menghilangkan kebaikan.Dengki ditakrifkan sebagai
menaruh perasaan benci terhadap seseorang kerana cemburu dan iri
hati.Antara contoh -contoh dengki yang kita mampu lihat pada zaman kini iaitu
dengki terhadap kejayaan seseorang dan dengki terhadap kemewahan
seseorang.Menurut sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud ‘”
Hendaklah kalian menjauhi sifat dengki kerana ia menghapuskan kebaikan
seperti mana api menghanguskan kayu “.Menurut sabda Nabi Muhammad
SAW dapat kita simpulkan bahawa dengki menghapuskan kebaikan yang telah
kita bina sepanjang kihidupan kita.Kita mampu menghilangkan sifat dengki
dengan mengucapkan tahniah dan cuba untuk bergembira atas kejayaan
mereka.
HADIRIN YANG SAYA MULIAKAN,
Hujah saya yang terakhir iaitu Diskriminasi terhadap bangsa dan
kaum.Diskriminasi terhadap bangsa dan kaum mampu diistilahkan sebagai
perasaan tidak suka akan sesuatu bangsa kerana aspek seperti agama dan cara
pemikiran.Hal yang demikian kerana telah tercatat didalam sejarah bahawa
hanya kerana ketidakfahaman antara dua kaum mampu tercetusnya
peperangan besar-besaran.Antara contoh-contoh peperangan yang telah
tercatat didalam sejarah ialah peperangan PARSI iaitu pada 479 hingga 480 SM
dan peperangan SICILY yang bermula pada 307 hingga 480 SM.Allah SWT telah
berfirman dalam suruh Al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud . Wahai
manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-
laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.
Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah
orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha
Mengetahui.Maka benarlah firman Allah dalam suruh Al-hujurut
ayat 13 ini bahawa setiap kaum dan bangsa memiliki keunikan yang
tersendiri dan kita perlu menghargai keunikan tersebut.
HADIRIN YANG SAYA HORMATI,

Kesimpulannya,kita perlu mengambil Tindakan tegas terhadap


diskriminasi dan prejudis,kita perlu memastikan bahawa setiap
individu mempunyai hak yang sama dalam masyarakat kita.Oleh itu
ingin saya menyeru kepada semua saudara-saudari untuk
memerangi prejudis dan mempromosikan keharmonian dan
keamanan dalam masyarakat kita.Marilah kita berusaha Bersama
untuk memupuk toleransi dan pemahaman.Selain itu,kita juga perlu
menolak pandangan sempit dan berbahaya.Semoga Allah SWT
memberkati usaha kita dan melindungi ummah dari
kehancuran.Sebelum saya mengundurkan diri dari pentas syarahan
ini izin kan saya menyampaikan sabda Nabi Muhammad SWA yang
bermaksud “Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan sebelum
kamu daripada kalangan ahli kitab telah berpecah kepada 72
kumpulan dan sesungguhnya umat ini pula akan berpecah kepada
73 kumpulan iaitu 72 di dalam neraka dan hanya satu didalam surga
iaitu Al-Jamaah”Riwayat Ahmad,Al-Darimi dan Abu Dawud dengan
Sanad Hasan.

“ PREJUDIS PENYEBAB KEHANCURAN UMMAH”

Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai