Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum w.b.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiirin ditepikali,
Salam sejahtera saya ucapkan,
Moga diirigi restu ilahi,

Terima kasih diucapkan kepada pengurusi majlis, yang berusaha ustaz


shahrom bin othman selaku mudir PMTAB yang dihormati ustaz anuar
bin md daud selaku GPK pentadbiran ustaz muhammad riduwan bin nazri
GPK HEP ustaz muhammad qosim al abasi bin saad GPK Kokuriklem.

Dan juga teman-teman seperjuangan yang saya cintai dan saya


banggakan.Puji dan syukur kita panjatkan kehadirat Allah SWT karena
telah melimpahkan rahmat dan karunia sehingga kita dapat menghadiri
acara kali ini tanpa kekurangan suatu apapun. Tak lupa juga, salawat dan
juga salam kita panjatkan kepada junjungan nabi agung Muhammad
SAW. Semoga kita mendapatkan syafaatnya di hari kiamat nanti.

Sidang hadirin sekalian,

Pada kesempatan kali ini, saya akan menyampaikan pidato tentang


pentarifan atau definisi kemerdekaan didalam islam.Difinisi merdeka
secara asasnya bermaksud bebasdaripada penjajahan musuh,kurungan,
naungan, dan sebagainya.Menurut seorang tokoh islam Syed
Muhammad Nqiuddin al-Attas, dalam konteks Islam, kebebasan merujuk
kepada ikhtiyar dan bukan hurriyyah.

Ikhtiyar adalah memilih sesuatu untuk yang lebih baik dan menurut
tuntutan sifat atau dasar yang benar,selari dengan tuntutan insani dan
tuntutan ILAHI.

Persoalannya, adakah memadai dan cukup untuk umat islam


melaungkan slogan merdeka, mengibarkan Jalur Gemilang dan
meyambut peristiwa 31 Ogos sahaja?
Ketahuilah,hakikat kemerdekaan sebenarnya adalah bukan sekadar
kebebasan daripada penjajahan musuh seperti yang difahami oleh
kebanyakan daripada kita.

Menurut perspektif Islam, ia terkandung erti tersirat dan tersurat di sebalik


sebuah kemerdekaan .Huraiannya adalah seperti berikut:

1. Kebebasan manusia dalam menikmati kehidupan.

Ia sesuai dengan fitrah dan selaras dengan matlamat sebenar penciptaan


manusia iaitu hanya untuk beribadah kepada ALLAH SWT.

Perkara itu telah dijelaskan oleh ALLAH SWT dalam firman-NYA yang
bermaksud: “Dan (ingatlah) AKU tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-KU.” (Surah
al-Dzariyat, ayat 56)

Dalam sebuah kisah yang mashyur, diceritakan tentang pertemuan


bersejarah Rib’ie bin Amir dengan panglima tentera Parsi bernama
Rustum yang telah menzahirkan sebuah slogan kemerdekaan dan
kebebasan yang sebenar seperti yang dianjurkan dalam Islam.

2. Kebebasan daripada belenggu penjajahan pemikiran dan ideologi.

Dua elemen berkenaan merupakan ancaman yang jauh lebih besar


daripada penjajahan secara fizikal.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya agama (yang


benar dan diredai) di sisi ALLAH ialah Islam…” (Surah Ali ‘Imran, ayat
19)

Islam sendiri bermaksud kesejahteraan, kedamaian dan keamanan.


Kesemuanya menjurus kepada maksud kemerdekaan. Islam juga adalah
satu sistem, cara hidup yang benar dan bersifat komprehensif untuk
memandu kehidupan manusia di dunia dan mencapai kejayaan di akhirat.
Ketika dunia dilanda pelbagai fitnah, ujian dan cabaran pada akhir
zaman, keteguhan iman dan kebijaksanaan akal sangat diperlukan bagi
membuat pilihan yang tepat.

Kaedah dan cara berfikir masyarakat memerlukan asas kefahaman Islam


yang mantap supaya misi dan matlamat kehidupan di dunia dan akhirat
lebih jelas.

Jikalau aspek itu dapat dipenuhi, sebarang ideologi yang bertentangan


tidak dapat mempengaruhi, apalagi mengganggu gugat pendirian
masyarakat Islam.

3. Kebebasan daripada pengaruh sikap dan akhlak buruk yang


merosakkan imej masyarakat dan Islam.

Islam juga menyifatkan merdeka sebagai bebas daripada keruntuhan


akhlak dan kemurkaan ALLAH.

Secara tidak langsung, agama yang mulia ini telah berjaya


menyelamatkan tamadun manusia daripada sistem perhambaan, sama
ada antara sesama manusia ataupun hawa nafsu yang diselubungi oleh
kesyirikan, kekufuran, kemungkaran dan kemaksiatan.

Pada era milenial ini, masyarakat dilihat pada zahirnya tidak banyak
bercakap, tetapi cenderung berkomunikasi secara maya melalui media
sosial dengan laras bahasa dan ekspresi kata-kata yang
membimbangkan.

Pesan Nabi Muhammad SAW: “Kamu hendaklah menjauhi prasangka


buruk kerana sesungguhnya prasangka buruk itu percakapan yang paling
dusta, janganlah kamu berdiam (kerana ingin mendengar dan mencari
keburukan orang), jangan kamu mengintip (kerana mencari kesalahan),
jangan kamu saling mendengki, jangan kamu saling membelakangi
(kerana bermusuh), dan jangan kamu saling membenci. Hendaklah kamu
menjadi hamba-hamba ALLAH yang bersaudara.” (Riwayat al-Bukhari)

Demikian pidato ini saya sampaikan. Semoga bermanfaat bagi kita


semua. Mon maaf ada salah kata. Wabillahi Taufiq
walhidayah.Assalamualikum W.B.T

Anda mungkin juga menyukai