Anda di halaman 1dari 1

' (

HOMEPAGE & GAYA HIDUP & GAYA HIDUP

Gaya Hidup

Ini Maksud
Kemerdekaan
Sebenar Dalam
Islam, Ramai Yang
Masih Belum ‘Bebas’
Sepenuhnya

) HAYATI makna kemerdekaan sebenar


menurut perspektif Islam.

Oleh DR AZRI BHARI

SABAN tahun, pada tanggal 31


Ogos, hari kemerdekaan negara
pasti akan diingati dan dirai seluruh
rakyat Malaysia berbilang kaum dan
agama.

Namun, disebabkan oleh pandemik


Covid-19 yang masih belum
menghentikan amukannya,
kemeriahannya tidak seperti tahun-
tahun sebelum ini. Pun demikian, ia
tidak bermakna semangat
patriotisme dan sambutannya tidak
boleh diteruskan. Ia masih boleh
dilakukan, dengan syarat sesuai
dengan norma baharu kini.

DeNnisi merdeka secara asasnya


bermaksud bebas daripada
penjajahan, kurungan, naungan dan
sebagainya. Menurut seorang tokoh
Islam, Syed Muhammad Naquib al-
Attas, dalam konteks Islam,
kebebasan merujuk kepada ikhtiyar
dan bukan hurriyyah.

Ikhtiyar adalah memilih sesuatu


untuk yang lebih baik dan menurut
tuntutan sifat atau dasar yang benar,
selari dengan Ntrah insani dan
tuntutan ILAHI.

Persoalannya, adakah memadai dan


cukup untuk umat Islam
melaungkan slogan merdeka,
mengibarkan Jalur Gemilang dan
menyambut peristiwa 31 Ogos
sahaja?

Iklan

Ketahuilah, hakikat kemerdekaan


sebenarnya adalah bukan sekadar
kebebasan daripada penjajahan
musuh seperti yang difahami oleh
kebanyakan daripada kita.

Menurut perspektif Islam, ia


terkandung erti tersirat dan tersurat
di sebalik sebuah kemerdekaan.
Huraiannya adalah seperti berikut:

1. Kebebasan manusia dalam


menikmati kehidupan.

Ia sesuai dengan Ntrah dan selaras


dengan matlamat sebenar
penciptaan manusia iaitu hanya
untuk beribadah kepada ALLAH
SWT.

Perkara itu telah dijelaskan oleh


ALLAH SWT dalam Nrman-NYA yang
bermaksud: “Dan (ingatlah) AKU
tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepada-
KU.” (Surah al-Dzariyat, ayat 56)

Dalam sebuah kisah yang mashyur,


diceritakan tentang pertemuan
bersejarah Rib’ie bin Amir dengan
panglima tentera Parsi bernama
Rustum yang telah menzahirkan
sebuah slogan kemerdekaan dan
kebebasan yang sebenar seperti
yang dianjurkan dalam Islam.

PENGERTIAN kemerdekaan menurut konteks Islam


begitu luas maknanya yang perlu kita fahami
supaya menjadi insan yang bebas sepenuhnya
daripada belenggu penjajahan pemikiran,
pengaruh sikap dan aklak buruk serta selainnya.

2. Kebebasan daripada belenggu


penjajahan pemikiran dan
ideologi.

Dua elemen berkenaan merupakan


ancaman yang jauh lebih besar
daripada penjajahan secara Nzikal.

Firman ALLAH SWT yang


bermaksud: “Sesungguhnya agama
(yang benar dan diredai) di sisi
ALLAH ialah Islam…” (Surah Ali
‘Imran, ayat 19)

Iklan

Baca juga Pengisian Hari


Kemerdekaan Menerusi Surah Al-
Mulk dan Tujuh Surah
Musabbihat dalam Malaysia
#QuranHour

Kedatangan Islam itu sendiri


adalah bertujuan untuk
membawa mesej dan bersifat
kemerdekaan. Agama suci ini
juga sejak sekian lama
menyeru manusia supaya
membebaskan diri daripada
pemikiran dan ideologi yang
salah.

Islam sendiri bermaksud


kesejahteraan, kedamaian dan
keamanan. Kesemuanya menjurus
kepada maksud kemerdekaan. Islam
juga adalah satu sistem, cara hidup
yang benar dan bersifat
komprehensif untuk memandu
kehidupan manusia di dunia dan
mencapai kejayaan di akhirat.

Ketika dunia dilanda pelbagai Ntnah,


ujian dan cabaran pada akhir zaman,
keteguhan iman dan kebijaksanaan
akal sangat diperlukan bagi
membuat pilihan yang tepat.

Kaedah dan cara berNkir masyarakat


memerlukan asas kefahaman Islam
yang mantap supaya misi dan
matlamat kehidupan di dunia dan
akhirat lebih jelas.

Jikalau aspek itu dapat dipenuhi,


sebarang ideologi yang
bertentangan tidak dapat
mempengaruhi, apalagi
mengganggu gugat pendirian
masyarakat Islam.

3. Kebebasan daripada pengaruh


sikap dan akhlak buruk yang
merosakkan imej masyarakat dan
Islam.

Islam juga menyifatkan merdeka


sebagai bebas daripada keruntuhan
akhlak dan kemurkaan ALLAH.

Secara tidak langsung, agama yang


mulia ini telah berjaya
menyelamatkan tamadun manusia
daripada sistem perhambaan, sama
ada antara sesama manusia ataupun
hawa nafsu yang diselubungi oleh
kesyirikan, kekufuran, kemungkaran
dan kemaksiatan.

SINGKIRKAN sikap negatif dan gantikannya dengan


akhlak mahmudah sebagaimana yang disyorkan
oleh Nabi Muhammad SAW. Demikianlah pengisian
kemerdekaan yang sebaik-baiknya.

Pada era milenial ini, masyarakat


dilihat pada zahirnya tidak banyak
bercakap, tetapi cenderung
berkomunikasi secara maya melalui
media sosial dengan laras bahasa
dan ekspresi kata-kata yang
membimbangkan.

Iklan
Ad

Pesan Nabi Muhammad SAW:


“Kamu hendaklah menjauhi
prasangka buruk kerana
sesungguhnya prasangka buruk itu
percakapan yang paling dusta,
janganlah kamu berdiam (kerana
ingin mendengar dan mencari
keburukan orang), jangan kamu
mengintip (kerana mencari
kesalahan), jangan kamu saling
mendengki, jangan kamu saling
membelakangi (kerana bermusuh),
dan jangan kamu saling membenci.
Hendaklah kamu menjadi hamba-
hamba ALLAH yang bersaudara.”
(Riwayat al-Bukhari)

Justeru, apalah erti sebuah


kemerdekaan sekiranya
akhlak kita masih dijajah,
ditakluk dengan gaya hidup
negatif masyarakat jahiliah
seperti berkata lucah, cepat
marah, bercakap hal yang keji,
menuduh tanpa bukti,
menyebar Ntnah,
mewujudkan ketegangan
kaum dan sebagainya.

Sikap negatif tersebut perlu


segera disingkir dan
digantikan dengan akhlak
mahmudah seperti yang
disyorkan Nabi Muhammad
SAW yang merupakan
kesayangan kita semua. Itulah
pengisian kemerdekaan
sebaik-baiknya yang perlu
diterapkan dalam kalangan
masyarakat Malaysia.

***Dr Azri Bhari ialah Pensyarah


Kanan, Akademi Pengajian Islam
Kontemporari, Universiti
Teknologi Mara, Shah Alam,
Selangor

Foto: 123rf

Iklan

Iklan

Nurul Fatiha Muah

NEXT

Hati-hati pakai jubah, dress. Wanita


'bertelanjang' tak cium bau Syurga »

PREVIOUS

« Begitu Besarnya Jihad Ibu Hamil, ALLAH


Janjikan Imbalan Yang Bukan Calang-Calang

SHARE

! " # $ %

PUBLISHED BY

Nurul Fatiha Muah

TAGS:

Kemerdekaan dalam Islam / sinarislamplus

1 YEAR AGO

RELATED POST

Qanaah, tanda reda dengan


kurnia Ilahi, tidak terkilan kalau
rezeki itu sedikit

Sunnah kibas tilam sebelum


tidur. Ini sebabnya

Perkasakan peranan ibu bapa,


usah biarkan gajet kuasai anak-
anak

RECENT POSTS

S E M A R A K PAT R I O T I K : 6 5 TA H U N M A L AY S I A M E R D E K A

Jiwa Hamba – Dato’


Usman Awang
BERSEMPENA sambutan Hari Kebangsaan negara
kita yang ke-65 dengan tema keluarga Malaysia
teguh bersama ,…
16 hours ago

S E M A R A K PAT R I O T I K : 6 5 TA H U N M A L AY S I A M E R D E K A

Erti Kemerdekaan – A
Samad Said
BERSEMPENA sambutan Hari Kebangsaan negara
kita yang ke-65 dengan tema keluarga Malaysia
teguh bersama ,…
17 hours ago

S E M A R A K PAT R I O T I K : 6 5 TA H U N M A L AY S I A M E R D E K A

Damai (Tanahairku dan


dunia) – Dato’ Usman
Awang
BERSEMPENA sambutan Hari Kebangsaan negara
kita yang ke-65 dengan tema keluarga Malaysia
teguh bersama ,…
20 hours ago

S E M A R A K PAT R I O T I K : 6 5 TA H U N M A L AY S I A M E R D E K A

Senja Hari Merdeka – Siti


Zainon Ismail
BERSEMPENA sambutan Hari Kebangsaan negara
kita yang ke-65 dengan tema keluarga Malaysia
teguh bersama ,…
20 hours ago

U N C AT E G O R I Z E D

Merdeka Jiwa – Awang


Sariyan
BERSEMPENA sambutan Hari Kebangsaan negara
kita yang ke-65 dengan tema keluarga Malaysia
teguh bersama ,…
20 hours ago

B E R I TA S E M A S A

Ayuh bersujud, Malaysia


#QuranHour hari ini
angkat surah as-Sajdah
PROGRAM Malaysia #QuranHour yang bakal
diadakan hari ini mengajak rakyat amalkan
bersujud menerusi surah as-Sajdah.…
22 hours ago

All Rights Reserved View Non-AMP Version


t! " # $ % L

Anda mungkin juga menyukai