Anda di halaman 1dari 8

BAB 3

Soalan 1

● Sebutkan tiga (3) elemen teras dalam peradaban Islam.

Jawapan :
❖ Tiga elemen teras dalam peradaban Islam adalah konsep wahyu, konsep al-
insan dan konsep al-Sa’adah.

● Huraikan konsep al-Insan dan matlamat penciptaannya.

Jawapan :
❖ Konsep al-Insan ini dipergunakan dalam aspek yang sangat luas iaitu
diantaranya adalah dalam konteks ilmu. Manusia didorong untuk meraih
pengetahuan sebanyak mungkin kerana pengetahuan merupakan kurniaan
khusus bagi manusia. Allah mengajarkan kepada manusia segala sesuatu yang
tidak mungkin diketahui oleh makhluk lain. Matlamat penciptaannya iaitu
manusia adalah, mengabdikan dirinya kepada Allah Yang Maha Esa. Ini dapat
dibuktikan melalui surah al Zariyat : ayat 56, “ Dan tidak Aku ciptakan jin dan
manusia melainkan untuk mereka mengabdikan diri (terhadap - Ku)”. Selain dari
matlamat tersebut, matlamat yang lain adalah untuk menjadikan manusia ini
khalifah di bumi. Surah al - Baqarah : ayat 30, “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu
berfirman kepada Malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang
khalifah di bumi…”.
Soalan 2

● Berikan maksud adil dalam Islam. Bincangkan peranan konsep al-’Adalah dalam
pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia.

Jawapan:

Maksud adil dalam Islam ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ini juga membawa
maksud bercakap dengan jujur, menjauhi perkara haram dan tidak bersubahat. Terdapat
banyak skop keadilan dalam Islam. Antaranya ialah adil terhadap mereka yang tidak
sependapat, adil dalam pengucapan, adil dalam perbicaraan dan hukuman, adil
terhadap pengurusan harta, adil terhadap urusan persendirian dan adil dalam timbangan
dan ukuran. Peranan konsep al-’Adalah dalam pembentukan masyarakat majmuk di
Malaysia ialah dengan memberi peluang yang sama kepada semua orang dan tidak ada
unsur berat sebelah. Ini kerana semua pihak berhak diberikan hak yang sama dalam
kehidupan. Contohnya ialah hak dalam memberikan pendapat, bersuara, mendapat
pendidikan dan mencari pekerjaan. Perbezaan yang dapat dilihat dalam masyarakat di
Malaysia ialah dari sudut kemampuan, latar belakang pendidikan dan kemahiran diri
yang dimiliki oleh individu yang boleh menyebabkan perbezaan darjat dan pencapaian
serta tidak dapat peluang-peluang yang lebih baik dari individu yg lain dalam
masyarakat.

Selain itu, konsep al-’Adalah berperanan untuk mencegah unsur negatif dalam diri
kerana ketidakadilan akan mendatangkan pelbagai kesan yang buruk. Contohnya
adalah rasuah, penipuan, pecah amanah dan banyak lagi. Kesimpulannya, peranan
konsep al-’Adalah dalam masyarakat di Malaysia sangat penting bagi melahirkan
masyarakat yang hidup harmoni dan berfikiran positif.

● Terangkan dua prinsip al-musawah dalam konteks negara

Jawapan:

Al-Musawah membawa maksud persamaan. Persamaan yang dimaksudkan dalam


konteks ini ialah mengenai persamaan taraf dan kedudukan setiap warganegara di sisi
undang-undang atau peraturan dalam memperolehi hak-hak asasi dalam sesebuah
negara. Semua manusia berasal daripada satu keturunan yang sama dan hanya
berbeza dari sudut amalan, tanggungjawab dan ketaqwaan sahaja.

Firman Allah S.W.T.


"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbilang bangsa dan bersuku-suku supaya
kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya , semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang-
orang yang paling bertaqwa."
Surah Al-Hujurat ayat 13

Ayat ini membawa maksud manusia adalah sama dan terikat di sisi peraturan
atau undang-undang syarie, tanpa sebarang pengecualian atau keistimewaan. Tiada
sesiapa yang boleh menjatuhkan taraf dan kehormatan orang lain melainkan jika ianya
dibenarkan oleh undang-undang. Islam menentang keras kewujudan sistem kasta iaitu
membezakan manusia berdasarkan warna kulit, bahasa, bangsa, budaya, pangkat, asal
keturunan dan sebagainya. Sistem kasta mengundang pelbagai masalah terhadap
masyarakat dan negara serta mencetuskan perbalahan dan persengketaan yang
mungkin berpanjangan. Maka, manusia seharusnya diberi persamaan dari segi
tanggungjawab terhadap undang-undang, hukuman serta agihan penerimaan
kemudahan .

Tanggungjawab terhadap undang-undang

Semua manusia terikat dengan peruntukan undang-undang yang sama tanpa


dibezakan bangsa, keturunan, pangkat, warna kulit dan lain-lain. Undang-undang
tidak boleh digubal hanya untuk dikuatkuasakan kepada golongan atau bangsa
tertentu sahaja.

Tanggungjawab terhadap hukuman

Semua manusia mesti dipertanggungjawabkan dengan hukuman yang telah


dijatuhkan tanpa mengira kedudukan, taraf, waran kulit, bangsa ataupun keturunan
seseorang. Semua manusia terikat dengan undang-undang, peraturan dan hukuman
yang sama. Hukuman tidak boleh dijatuhkan berbeza dengan mengikut taraf dan
darjat seseorang.

Agihan dan penerimaan kemudahan

Harta yang telah diiktirafkan sebagai harta awam seperti sekolah, hospital,
jalanraya serta taman permainan dan sebagainya haruslah dikongsi bersama. Penafian
terhadap hak ini akan menimbulkan konflik sosial yang mengakibatkan kesan negatif
seperti rusuhan kaum dan tunjuk perasaan .

Kesimpulannya, al-Musawah merupakan prinsip pengurasan Islam yang melambangkan


kesejagatan dan keadilan. Pendekatan Islam tidak berlandaskan keturunan, waran kulit,
jantina, suku kaum dan sebagainya, namun dibina atas dasar persamaan agar semua
warganegara diberikan kedudukan yang adil untuk berkhidmat dan menyumbangkan
usaha dalam memajukan negara.
Soalan 3

● Jelaskan dua (2) peranan ilmu dalam kehidupan manusia.

○ Ilmu sebagai pembina akhlak.


■ Ilmu itu penting untuk kita membina akhlak terpuji dan membimbing
manusia ke arah yang betul. Akhlak yang baik akan melahirkan
masyarakat yang bersikap terpuji dan bertamadun.

○ Ilmu sebagai Asas Kemakmuran.


■ Manusia dipilih oleh Allah S.W.T untuk menjadi khalifah yang
bertanggungjawab memakmurkan dunia ini. Dengan adanya ilmu, kita
dapat menjaga dunia ini dengan baik. Contohnya, kita dapat pelihara
alam sekitar dan malah dapat hidup bersama-sama dengan semua
makhluk di bumi ini dengan makmur.

● Cadangkan tiga (3) kaedah untuk mengekalkan kebahagiaan dalam hidup


bermasyarakat yang berbilang kaum dan agama.

○ Bertolak Ansur Antara Satu Sama Lain.


■ Mengasihi bangsa sendiri bukannya satu kesalahan, namun Islam tidak
membenarkan cinta dan kasihkan bangsa sehingga berlaku kezaliman
kepada bangsa atau etnik lain khususnya kumpulan minoriti. Kita perlulah
bertolak ansur dengan satu sama lain dan saling bantu-membantu.

○ Menghormati Hak Kebebasan Peribadi Satu Sama Lain.


■ Masyarakat di Malaysia adalah masyarakat yang berbilang kaum. Setiap
rakyat mempunyai hak mereka yang tersendiri seperti hak bergerak, hak
keamanan, hak kehormatan tempat tinggal dan hak kerahsiaan
perhubungan. Islam melarang kita bersikap buruk terhadap satu sama
lain seperti menghalau bangsa lain dengan menyuruh mereka kembali ke
negara asal mereka. Sedangkan mereka lahir dan membesar di
Malaysia, maka mereka adalah rakyat Malaysia dan berhak untuk tinggal
di Malaysia.

○ Menghormati Hak Kebebasan Pemikiran Satu Sama Lain.


■ Contoh-contoh hak pemikiran adalah bebas berakidah, bebas mengajar
dan belajar, bebas berfikir dan bebas bersosial dan ekonomi. Selain itu,
masyarakat Malaysia juga adalah masyarakat yang berbilang agama.
Setiap rakyat berhak untuk menganut agama masing-masing, malah
Allah SWT juga telah berfirman mengenainya dalam ayat yang berikut:
“Bagimu agamamu, bagiku agamaku,” (surah al-Kafirun, Ayat 6). Islam
tidak memaksa orang bukan islam untuk memeluk agama Islam.
BAB 4

Soalan 1
●Nyatakan asas ajaran Islam sebenar

Agama islam dari segi bahasa dan Istilah dikenali sebagai ad-Din. Ruang lingkup ajaran islam
terbahagi kepada beberapa perkara iaitu aqidah, syariat dan akhlak.Sumber- sumber ajaran
islam boleh dirujuk kepada Al-Quran iaitu kitab suci Alla SWT ,Al-Sunnah dan Al-Ijtihad.

Pengertian Akidah bermaksud Iman Tauhid. Asas -Asas akidah kepercayaan kepada Allah
juga terbahagi kepada beberapa perkara dan membuktikan kewujudan Allah serta keyakinan
terhadap hakikat Allah. Contohnya asas akidah juga merangkumi nama-nama dan sifat Allah
SWT seperti di dalam zikir asmaul husna. Asas akidah juga merangkumi kepercayaan kepada
malaikat ,kejadian dan hakikat malaikat serta tanggungjawab malaikat yang semua umat islam
perlu pelajari bagi mempercayai kewujudan malaikat.Seterusnya Kepercayaan Kepada Kitab.
Kita sebagai umat islam hendaklah Memiliki, Membaca, Memahami dan Menghayati kitab-kitab
suci yang telah diturunkan kepada kita. Contohnya Al-quran dan Al-sunnah. Asas akidah
seterusnya ialah Kepercayaan Kepada Rasul. Sebagai mukmin yang berjaya kita hendaklah
mengetahui Peranan Rasul dan mengaplikasikan sifat-sifat Rasul pada diri Manusia. Selain itu
dalam konteks akidah, Kepercayaan Kepada Hari Akhirat juga adalah perkara yang wajib untuk
kita percaya kerana sudah tertulis di dalam al-Quran tentang pembalasan Syurga dan Neraka
supaya umat islam sentiasa membuat persiapan menghadapi Hari Akhirat. Asas akidah yang
terakhir ialah Kepercayaan Kepada Qada dan Qadar dimana kita hendaklah mengetahui
Pengertian Qada dan Qadar dan Kepentingan menyakini Qada dan Qadar. Terdapat juga
beberapa Faktor yang membatalkan akidah.Contohnya Percakapan, Perbuatan, dan keyakinan.
Antara Peranan akidah dalam pembangunan Ummah ialah Melahirkan ummah yang tunduk dan
patuh kepada ajaran Allah dan Rasul dan Melahirkan ummah yang mempunyai halatuju dan
matlamat hidup yang jelas.

Asas ajaran islam yang seterusnya ialah Syariah. Pengertian terminologi tentang syariah
bermasud hukum dan Undang-undang. Maqasid syariyah pula bermaksud Memelihara
kesucian dan kepercayaan beragama . Hal ini demikian kerana untuk Menjamin keselamatan
nyawa dan anggota tubuh badan manusia, Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasaan akal
dan Menjamin kehormatan dan maruah diri serta Menjamin usaha pemilikan harta .
Skop syariah terbahagi kepada 3 iaitu, Hubungan manusia dengan Allah, Hubungan antara
manusia sesama manusia dan Hubungan antara manusia dengan alam. Peranan syariah
menurut Islam adalah pembangunan mengikut sistem Khilafah dan banyak lagi. Selain itu
Pembangunan ummah dari segi Individu, Fizikal, Kognitif, Emosi, Spiritual, Masyarakat, dan
negara. Syariat Islam berperanan sebagai pemacu pembangunan ummah dengan Mendidik
manusia, Memelihara lima asas, Menegakkan keadilan dan menumpukan Keperluan manusia
kepada syariat dan kesan pengabaiannya. Seterusnya Ibadah yang terbahagi kepada
ibadah umum dan Ibadah khusus dimana ianya fokus kepada solat . Syarat-syarat amalan
dikira sebagai ibadah.

Akhir sekali ialah Akhlak. Akhlak adalah sangat penting Dalam Pembentukan jati Diri Muslim.
Akhlak membawa mengertian Moral dan Etika. Skop akhlak terbahagi kepada beberapa
Kategori iaitu Mahmudah dan Mazmumah. Akhlak mahmudah atau akhlakul karimah
merupakan akhlak terpuji yang seharusnya dimiliki oleh seorang muslim. Pengertian akhlak
mazmumah ialah segala bentuk perbuatan manusia yang dapat mendatangkan kemudharatan
bagi diri sendiri dan orang lain, serta dapat membahayakan iman dan mendatangkan dosa.

Soalan 2
●Jelaskan konsep perjanjian al-Mithaq secara terperinci

Perjanjian al-Mithaq bukan sahaja terikat kepada orang yang memeluk Islam sahaja, malah
juga kepada semua manusia.

Antara konsep perjanjian al-Mithaq adalah perjanjian di alam ruh antara manusia, para nabi dan
Allah SWT bahawa mereka akan saling menolong, saling mempercayai dan beriman kepada
Allah SWT.

Sejak azali manusia dilahirkan dengan fitrah yang beriman kepada Tuhan, dan ibubapalah yang
bertanggungjawab dalam membentuk anak mereka sebagai seorang muslim atau sebaliknya
sebagaimana disebut dalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah yang
bermaksud:

“Setiap bayi itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (yang beriman), kemudian kedua ibubapanya
itulah yang menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

Turut dinyatakan mithaq yang dianggap oleh Junayd al-Bahgdadi, Jalal al-Din al-Rumi dan al-
Attas, bahawa manusia telah berhutang kepada Allah sejak azali dan segala yang dimilik oleh
manusia adalah hak milik Allah termasuklah kesenangan dan kekayaan dunia. Jadi lahirnya
rasa keberhutangan terhadap Allah itu daripada mithaq ini.

Justeru, manusia yang beriman sebagai hamba Allah atau berpegang kepada rububiyyah Allah
pasti akan berusaha memulangkan segala hutang kepada Allah dalam bentuk yang amat baik
sebagaimana sewaktu pertama kali diturunkan ke bumi iaitu diri sendiri dan amalannya.
Kesimpulannya, mithaq ialah suatu perjanjian asal di waktu Sebelum Perpisahan antara
manusia dan para Nabi dengan Tuhan di alam ruh sebelum lahirnya manusia di dunia dan
pentingnya membawa manusia kembali kepada al-Din sebagai fitrah asal kejadian manusia.

Soalan 3

●Bincangkan kesan sekularisme ke atas dunia Islam

Ideologi sekular ini secara umumnya menimbulkan banyak kesan negatif berbanding positif ke
atas dunia Islam, terutamanya dalam aspek akidah dan pemikiran. Ideologi ini kelihatan seolah-
olah melanda umat Islam seluruhnya, malah juga dunia secara amnya. Alan Richardson dalam
bukunya The Religion in Contemporary Debate menjelaskan :

Bahawa dunia yang kita lihat sekarang ini adalah hasil daripada sekularisasi umat Kristian dan
peradaban mereka.

Berikut ialah beberapa kesan secara umum dalam pelbagai aspek yang melanda umat Islam,
hasil daripada penularan ideologi sekular:

Pemikiran

Ia dapat melemahkan keimanan dan menggoyangkan akidah serta keyakinan terhadap


kekuasaan Allah s.w.t. Keraguan terhadap rasul, para malaikat, hari kiamat dan Al-Quran serta
pembalasan Qadha dan Qadar menyebabkan keimanan umat Islam semakin rapuh dan
terkeliru dengan pendapat aliran-aliran Barat. Masyarakat islam mula mempertikaikan hal-hal
agama terutamanya yang beruipa metafizika dan tidak logik pada pemikiran mereka, seperti
kewajipan menutup aurat, hal-hal berkaitan solat dan sebagainya.

Sosial

Kedapatan perubahan perwatakan individu dari segi berfikir, bertindak, gaya hidup.
Pengasingan diri dari kepentingan beragama menyebabkan kekosongan di dalam diri dan jiwa
dan kelahiran pembangunan yang tidak seimbang. Akibatnya keruntuhan moral dan akhlak
berleluasa serta gejala-gejala seperti dadah, arak, aids, lesbian, homoseks dan LGBT semakin
berleluasa peningkatannya.

Politik
Aliran politik Barat tertanam di dalam jiwa umat di negara-negara Islam seperti fahaman
kapitalisme, sosialisme, nasionalisme dan lain-lain. Pada dasarnya, matlamat untuk
mendapatkan pengaruh, pangkat dan kuasa bertentangan dengan politik Islam yang
memandang jawatan itu sebagai amanah dan tugas khallifah Allah. Begitu juga, apabila
berkuasa, hendaklah menggunakan kuasa untuk menunaikan amanah, tanggungjawab dan
kebajikan kepada masyarakat.

Ekonomi

Lahirnya dua bentuk sistem ekonomi iaitu sistem ekonomi kapitalis dan sosialis yang
bermatlamatkan kekayaan dan material semata-mata tanpa memikirkan halal, haram, keadilan
sosial, perkhidmatan serta kebajikan masyarakat.

Pendidikan

Corak sistem pendidikan yang lebih mementingkan hal-hal dunia tanpa mengambil kira
kepentingan jiwa dan iman yang diperlukan bagi membentuk akhlak dan moral. Sistem
pendidikan dualisem telah diperkenalkan ke seluruh dunia termasuk negara-negara Islam.
Disiplin pengajian ilmu telah memisahkan nilai-nilai agama Islam dalam semua mata pelajaran
bagi subjek-subjek ilmu fardu kifayah seperti sastera, sains, teknologi, ekonomi dan
sebagainya. Akhirnya lahirlah para ilmuan yg tandus terhadap nilai-nilai agama dalam disiplin
ilmu mereka.

Perundangan

Penggantian undang-undang dari undang-undang Islam kepada sistem perundangan Barat


menyebabkan dewasa ini umat Islam tanpa segan silu mempertikaikan keadilan perundangan
Islam dan mempersendakan golongan yang mengamalkannya. Kerajaan Mesir umpamanya
telah menghapuskan mahkamah syariah dengan memasukkan peranannya di dalam struktur
mahkamah sivil negara.

Anda mungkin juga menyukai