Anda di halaman 1dari 4

PENYELEWENGAN DI DALAM MASALAH KAFIR MENGKAFIR

Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini (http://kamarulazami.blogspot.com)


Untuk Usrah SISMA 16 Disember 2010 dari rujukan buku Tariqud Dakwah

PENGENALAN

Perjalanan usaha dakwah ini perlu diteruskan walau bagaimana sekalipun ujian dan desakan
yang datang bertamu. Perbincangan ini tidaklah begitu sesuai untuk kita bersama dibincangkan,
kerana Alhamdulillah, keadaan jemaah kita ini tidaklah sehingga tahap saling kafir mengkafir. Tetapi,
mengetahui serta memahami tentangnya pasti akan dapat membantu kita melalui beberapa cabaran
di dalam menelusuri usaha dakwah ini. Keadaan dan sejarah akan berulang dan kita seharusnya
mengambil iktibar dari apa sahaja yang berlaku dahulu agar ia menjadi benteng dan persiapan
samaada berhadapan atau mengatasi masalah itu.

ADAKAH MENGHUKUM ORANG LAIN ITU WAJIB BAGI SETIAP MUSLIM?

Hari ini, budaya menghukum ini telah berkembang dan menguasai sebahagian besar dari
mereka yang meletakkan diri mereka di dalam kerangka gerak kerja jemaah. Permasalahan ini timbul
apabila terdapat sebahagian daripada kita merasakan diri mereka lebih baik dari yang lainnya.
Ingatlah wahai sahabat-sahabatku, Allah tidak akan bertanya kepada kita, berapa ramai yang telah
kita hukum, tetapi berapa ramai yang telah kita dakwahkan? Menghukum menjadikan manusia itu
jauh hati sebaliknya berdakwah menjadikan mereka itu sebahagian daripada kita. Biarlah kerja-kerja
menghukum itu dikembalikan kepada mereka yang berada di dalam bidangnya kerana kita tidak
akan diberikan balasan jika tidak menjatuhkan hukuman sebaliknya jika sekiranya kita masih
menjatuhkan hukuman, kita akan terdedah dengan balasan dari Allah s.w.t.

MENGKAFIRKAN SEORANG ISLAM ADALAH SESUATU YANG AMAT BERBAHAYA

Sesungguhnya, menuduh atau mengkafirkan seseorang yang Islam itu adalah suatu
perbuatan mencabul kehormatan yang paling mulia. Berkata Imam Bukhari r.a. bahawa Abu Dzar
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, ‘Tidak boleh seorang lelaki menuduh lelaki
yang lain sebagai fasik atau kufur kerana tuduhan itu akan kembali semula kepadanya jika yang
dituduh itu tidak sedemikian.’

1
Membuat pertuduhan sebegitu, kepada sesama ummat Islam adalah suatu perilaku yang sia-
sia dan akan menyebabkan lebih banyak kerosakan bahkan tidak menurut syariah Islam. Kita boleh
teliti dalam perbuatan yang sama berlaku dikalangan ahli masyarakat kita, kesannya, kerja dakwah
tidak berlangsung dan seolah-olah mereka itu tiada lagi hak untuk ke syurga. Syurga neraka adalah
ketentuan dari-Nya, tugas kita hanya mengajak yang ma’aruf dan mencegah yang mungkar. Jika jelas
dihadapan mata, maka harus kita tangani dengan kuasa, jika tidak lidah jika tidak ada upaya juga,
bencilah dengan hati.

Dakwah perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas. Menghukum, bukanlah cara pandangan
pendakwah, oleh yang demikian, usaha dakwah itu pasti tidak akan dibantu Allah s.w.t. sekiranya
yang kita cari bukan keredhaan dari-Nya. Kesannya amat teruk. Terputus silaturrahim, membenci
ciptaan Allah s.w.t. serta menidakkan hak mereka ke syurga. Ayuhlah, kita hindari peringkat awal
permulaan penyelewengan ini iaitu dengan membanding siapa lebih baik atau siapa lebih alim.

MANAKAH YANG LEBIH PERLU DIAWASI?

Maka berhati-hatilah, apabila kita menjauhkan diri dengan kelompok yang kita sangkakan
mereka tidak berbuat sebagaimana kita berbuat, maka kita sebenarnya secara sendirinya telah
memecahkan usaha dakwah itu. Menjauhkan diri dengan sangkaan kita lebih baik dari mereka
sebenarnya adalah lambang kecilnya hati seorang pendakwah yang tidak akan menyuburkan
usahanya. Marilah kita bersama beristighfar dan bertaubat kepada Allah s.w.t. kerana antara sebab
perpecahan dan kegagalan kita dalam usaha dakwah ini adalah kuasa menghukum ini. Kita sudah
pun diingatkan tentang kita pendakwah bukan penghukum.

Sahabat yang dikasihi. Beranikah kita menyatakan orang yang sakit itu telah mati? Walau
dalam keadaan dia tidak sedarkan diri dan koma? Melainkan setelah pasti kematiannya. Bahkan
usaha kita sebagai teman atau saudaranya, mencari penawar serta berdoa untuk keselamatannya di
dunia dan di akhirat? Keutamaan dalam tindakan kita adalah mencari penawar dan sentiasa
mendoakan kesejahteraannya. Apabila kita memarahinya, biarlah kerana Allah s.w.t. bukan kerana
benci kepadanya.

BATAS PEMISAH ANTARA KUFUR DAN ISLAM

2
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, "Serulah mereka supaya naik saksi bahawa tidak
ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah", maka jika mereka mengucapkan
demikian maka sesungguhnya darah dan harta mereka telah terpelihara."

Ini juga dikisahkan tentang seorang Muslim yang berperang di dalam barisan musyrikin dan
mengucapkan dua kalimah syahadah, kemudian dia dibunuh oleh Usamah bin Zaid r.a. setelah dia
mengucap dua kalimah syahadah kerana Usamah menyangkanya sebagai satu helah untuk
mengelakkan dirinya dari dibunuh, tetapi Rasulullah s.a.w. sangat marah dan kesal terhadap
tindakan Usamah. Usahlah keliru wahai sahabat-sahabatku, kerana mereka itu Islam sebagaimana
Islamnya kita. Cuma, di dalam persoalan amalan Islaminya, kita serahkanlah kepada Allah s.w.t. Yang
Maha Mengetahui, melainkan dengan jelas telah berlaku penyelewengan dan kesalahan dalam
tindakan mereka.

MEMECAHKAN OBJEK DAKWAH

Melakukan pertuduhan samaada mengkafirkan atau sekadar memburukkan mereka hanya


akan menjauhkan diri mereka dari usaha dakwah kita. Kita sebenarnya memecahkan objek dakwah
kita itu sendiri. Maun dari sudut perbincangan kita bersama, sehingga ke hari ini, yang perlu kita
perhalusi bersama belumlah sampai ke tahap kafir mengkafir, tetapi mungkin siapa yang kata diri
mereka lebih baik dari yang lain. Namun, kerisauan ini harus ada kerana, ia tidak mustahil berlaku
kerana inilah bibit-bibit permulaannya. Jangan kita bersama membuka ruang kepada penyelewengan
yang amat berbahaya ini. Harus kita fahami bersama bahawasanya, penyelewengan fikrah adalah
lebih berbahaya berbanding penyelewengan harakah. Oleh itu penyempurnaan akidah yang perlu
diberikan keutamaan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

JALAN-NYA YANG BENAR

Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Ahzab ayat 23 dan 24 yang bermaksud:

"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka
janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada pula
yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak mengubah (janjinya)"'. Supaya Allah s.w.t.
memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu kerana kebenarannya dan menyiksa

3
orang munafik jika dikehendakiNya atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzab: 23 - 24)

Saranan bersama di dalam usrah SISMA kita hari ini, marilah kita bertaubat kepada Allah
s.w.t. Bukan kerana permintaan sesiapa tetapi tanda kesungguhan kita di dalam mencari keredhaan
Allah s.w.t. Marilah kita saling memperingatkan akan amanah yang Allah berikan kepada kita. Ini
tidak bermakna, kita patut berhenti dari melalui jalan ini. Bertaubatlah kerana dikhuatiri apa yang
kita niatkan adalah untuk memenuhi permintaan manusia atau memusuhi sesama manusia. Maka,
teruskanlah perjalanan selagi ia tidak menyalahi akidah serta syariah Islam. Perhalusi semula
perbincangan kita yang terdahulu dalam urusan mengutamakan yang dasar berbanding yang cabang.
Firman Allah s.w.t. lagi di dalam surah Yusuf ayat 108 yang bermaksud:

"Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu)
kepada Allah s.w.t. dengan hujjah yang nyata. Maha Suci Allah s.w.t. dan aku tiada termasuk
orang-orang yang musyrik". (Yusuf: 108)

Anda mungkin juga menyukai