Anda di halaman 1dari 2

MEMAKNAKAN USIA

Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini (http://kamarulazami.blogspot.com)

Marilah kita hayati bersama, sepotong hadis, pesanan dari Rasulullah s.a.w. kepada umat
manusia yang mengingatkan kita bahawa akan datang kiamat kecil, ia menjengah kita setiap saat,
dan ia telah ditentukan Allah s.w.t. kepada manusia. Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, sabda
Rasulullah s.a.w. bermaksud, “Belum hilang jejak telapak kaki orang-orang yang menghantarnya ke
kubur, seorang hamba (yang telah habis usianya) akan ditanya mengenai empat perkara, iaitu
usianya ke mana dihabiskannya, tubuhnya untuk apa digunakannya, ilmunya seberapa yang
diamalkannya serta hartanya, dari mana diperolehnya dan untuk apa dibelanjakannya.”

Allah telah memberikan kita kurnia yang paling berharga dan juga merupakan modal utama
dalam hidup di dunia iai iaitu nyawa atau usia. Apa sahaja yang dimiliki oleh manusia akan menjadi
sia-sia sekiranya sudah tidak lagi bernyawa atau telah tamat usia. Menurut Al-Razi, jika hilangnya
masa difahami sebagai hilangnya modal sedangkan modal manusia dalah usia yang dimilikinya,
bahkan manusia juga selalu mengalami kerugian. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Asr;

          
     
“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan
beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan
kesabaran.” (Al-Asr 103: 1 – 3)

Bagaimanakah kita telah memanfaatkan hidup kita ini? Selagi ada nyawa dan usia, kita
habiskan ia dengan aktiviti maksiat dan perilaku yang melanggar perintah dari Allah s.w.t. Kita
sentiasa merasakan bahawa kematian itu jauh dari kita sedangkan ia menjengah kita setiap masa.
Kita sentiasa membahayakan diri kita tanpa memikirkan natijah kehidupan selepas kematian kita
nanti. Jika aktiviti yang dijalankan adalah perkara yang diharuskan, ia masih tidak memberikan kesan
yang baik kepada masa hidup akhirat kita.

Apakah makna usia? Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “ Apabila hari ini amal
pekerjaanmu masih sama dengan hari semalam, bererti kamu dalam kerugian. Bila lebih buruk
daripada semalam, itu adalah terkutuk. Bila hari ini lebih baik dari semalam maka kamu adalah

1
dikalangan orang –orang yang beruntung.” Bagaimana dengan kita? Golongan yang rugi, untuung
atau terkutuk?

Usia yang dimanfaatkan adalah bergantung kepada bagaimana kita berusaha untuk
memberikan manfaat untuk orang lain. Tidak ada pilihan kerana itulah sebabnya amanah khalifah
diberikan kepada manusia. Iaitu memberikan manfaat kepada orang lain. 2 perkara yang perlu
diberikan perhatian serius oleh kita semua terhadap usia iaitu yang pertama, sebagaimana pernah
ditanya seorang sahabat kepada Rasulullah s.a.w. mengenai nikmat yang paling kecil diterima
manusia. Lalu Rasulullah s.a.w. pun menarik nafas dan bersabda yang bermaskud, “Bahkan, ia akan
ditanya untuk apa ia digunakan.”

Kedua, usia adalah peluang bagi manusia untuk menentukan baik dan buruknya. Hidup
manusia dianugerahkan pilihan dan ianya hanya 2 iaitu syurga atau neraka. Setiap amal kita menuju
ke arah pilihan tersebut. At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa ada seseorang bertanya kepada
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Siapakah manusia terbaik?” Rasulullah s.a.w. menjawab,
“Manusia yang usianya panjang dan dihabiskan untuk kebaikan.” Dia bertanya lagi, “Siapakah
manusia terburuk?” Baginda bersabda lagi, “Manusia yang usianya panjang namun dihabiskan
untuk keburukan.” Mari bersama kita TUNE diri kita dengan ilmu. Jom fikirkan.

Anda mungkin juga menyukai