Anda di halaman 1dari 2

AMBILLAH CONTOH KEHIDUPAN PARA SAHABAT

Mari kita kembali ke suatu hari bersama salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang sangat
terpilih dan sangat agung, Ali bin Abi Thalib, bersama isterinya, Fatimah iaitu anak kesayangan dan
buah hati Rasulullah s.a.w.. Suatu pagi Ali bangun dari tidur bersama isterinya, Fatimah, kemudian
mereka mencari sesuatu untuk dimakan.

Namun, tidak menemui sesuatu apa pun untuk dimakan. Ali pun memakai jubah berlapis
bulu binatang kerana kota Madinah pada ketika itu amat sejuk sekali, lalu keluar mencari makanan
ke sekeliling kota Madinah. Tiba-tiba dia teringat kepada seorang Yahudi yang mempunyai kebun
dan segera menuju kepadanya. Melihat kedatangan Ali, orang Yahudi itu menyapa, “Wahai orang
Badwi, kemarilah, bantu kami mengambil air. Aku akan mengupahmu untuk setiap timba dengan
satu biji kurma.”

Ali pun membantunya hingga kedua-dua tangannya bengkak dan badannya letih. Kemudian
Ali pulang membawa kurma tersebut. Di dalam perjalanan pulang, dia bertemu Rasulullah s.a.w.,
dan dia pun memberikan sebahagian kurma itu kepada Rasulullah s.a.w.. Sisanya dimakan bersama
Fatimah pada hari itu.

Seperti itulah kehidupan mereka, tetapi mereka merasakan rumah mereka penuh dengan
kebahagiaan, ketenangan, cahaya dan keriangan.

Hati mereka hidup dengan prinsip-prinsip luhur yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.. Mereka
hidup dengan idealisme yang tinggi. Mereka berbuat menurut gerak hati dan jiwa yang suci sehingga
mampu melihat mana yang benar dan mana yang tidak, mana yang harus diamalkan dan yang mana
harus dijauhi. Mereka mengetahui nilai sesuatu, hakikat permasalahan dan apa sahaja yang ada
disebalik permasalahan yang ada.

Lalu di mana kebahagiaan Qarun, di mana kesenangan, kegembiraan dan ketenangan


Haman. Yang pertama dikuburkan hidup-hidup, sedangkan yang kedua terkutuk. Firman Allah s.w.t.
di dalam surah Al-Hadid ayat ke 20 yang bermaksud;
“...seperti hujan yang tanam-tanamannya mengkagumkan para penanamnya, kemudian
tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya menguning, kemudian menjadi hancur...”
(Al-Hadid: 20)

1
Kebahagiaan itu juga ada dalam diri Bilal, Salman dan Ammar r.a.. Ini kerana Bilal yang
mengumandangkan azan kebenaran, Salman bersaudara dengan kebenaran dan Ammar memenuhi
setiap janji. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Ahqaf ayat 16 yang bermaksud;
“Mereka itulah orang-orang yang Kami terima dari mereka amal baik yang telah mereka kerjakan
dan Kami ampuni kesalahan-kesalahan mereka, bersama penghuni-penghuni syurga, sebagai
janji benar yang telah dijanjikan kepada mereka.” (Al-Ahqaf: 16)

Anda mungkin juga menyukai