Anda di halaman 1dari 24

KERTAS KERJA KONSEP

TAJUK

PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T.


(G-SMART)

DISEDIAKAN OLEH

IQ CLASS MANAGEMENT
No 17-B, Lorong Elmina 2, Sungai Buloh Country Resort
Saujana Utama, 47000, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan
No. Tel: 03-6038 8101 No. Faks: 03-6038 8102
Emel: iqclassmanagement@yahoo.com
Laman sesawang: http://iqclassmanagement.blogspot.com
PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)
MUKADDIMAH
Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)
IQ Class Management

Semua kita pada hari ini sedar dan tahu tentang pelbagai isu yang sedang marak melanda generasi muda
negara Malaysia. Pelbagai tohmahan serta kritikan yang diberikan berhubung isu pembangunan belia
yang secara umumnya menyatakan kesedihan dan kecewa kerana kegagalan melahirkan generasi pelapis
negara yang berwibawa dan komited terhadap agama, bangsa dan negara. Pelbagai agensi, badan
kerajaan dan bukan kerajaan diberikan kritikan oleh masyarakat tentang ketidakberkesanannya
pembangunan belia hari ini.

Bermula dari sistem pendidikannya, program berbentuk latihan dan peningkatan kendiri belia serta
pembangunan peribadi belia itu sendiri jelas sekali tidak menunjukkan kesan yang tidak begitu positif.
Mungkin ia berpunca dari usaha yang tidak menyeluruh atau kurang bersungguh-sungguh. Ini jelas
menunjukkan, bahawa, segenap masyarakat merasakan bahawa pembinaan generasi merupakan ramuan
utama dalam memastikan kelangsungan generasi, agama dan bangsa serta pembinaan sesebuah negara.
Generasi terdahulu terdidik dengan segala macam kesukaran dari zaman peperangan sehinggalah darurat
yang akhirnya melahirkan generasi yang memperjuangkan kemerdekaan dan pembinaan bangsa dan
negara.

Hari ini, generasi ini, tugas mereka bahkan lebih berat dan lebih besar. Ramai orang menuding jari, tetapi
dalam keadaan sebenar, ramai orang yang hanya pandai bercakap, tetapi perlaksanaan hampir tiada.
Tugas membina generasi bukan hanya terhad kepada kerajaan yang memerintah, sekolah atau mana-
mana agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan, tetapi ia adalah tugas semua orang yang bernama rakyat
Malaysia, ayah, ibu, guru mahupun pemimpin politik dan usahawan-usahawan besar. Ini kerana, ia bukan
berkaitan dengan kita pada hari ini, tetapi ia amat berkaitan dengan mereka dan anak, cucu, cicit kita
pada masa akan datang. Mengisi kemerdekaan dan mengekalkannya adalah tugas yang lebih besar serta
memerlukan peranan dan tanggungjawab yang lebih berat.

Kegagalan kita semua untuk bersama membina generasi adalah faktor penyumbang besar untuk kita
melihat anak, cucu, cicit kita pada masa hadapan untuk hidup merempat, sempit dan kembali ke zaman
sebelum kemerdekaan kita atau mungkin lebih teruk dari itu. Kami di IQ Class Management berasa amat
terpanggil untuk bersama dengan mana-mana pihak yang ingin terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam merangka dan merencana program-program latihan, motivasi, bimbingan dan tunjuk ajar
kepada generasi belia hari ini. Semoga dengan sumbangan kepakaran dan kemahiran kami dalam bidang
latihan dan motivasi akan memberikan natijah yang besar buat generasi anak, cucu, cicit kami secara
khususnya dan seluruh warga rakyat Malaysia secara amnya. Semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t.

IQ Class Management
21 September 2010

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [1]
PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)
PENGENALAN PROGRAM
Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)
IQ Class Management

Hampir 10 tahun IQ Class Management berkecimpung di dalam dunia latihan dan motivasi. Ia bermula
dari pengalaman asas sebagai fasilitator sehinggalah sekarang, IQ Class Management telah melahirkan
pelbagai modul untuk pelbagai peringkat masyarakat sehingga ke tahap pegawai-pegawai kerajaan dan
swasta. Melalui pelbagai maklumat melalui media dan pengalaman terlibat dalam dunia latihan, kami di
IQ Class Management berasa amat terpanggil untuk kembali bersama generasi belia di Malaysia. Dalam
pengamatan dan hasil kajian tidak rasmi kami, generasi belia yang seperti diumumkan Kerajaan Malaysia
mereka yang berumur 15 hingga 40 tahun, terlalu banyak yang menghadapi permasalahan yang berpunca
dari dalam diri mereka sendiri, juga kerana perubahan persekitaran yang kebanyakannya tidak
membantu dalam proses kematangan mereka.

Bermula dari langkah ketika berusia 14 tahun, akhir remaja mereka ini rosak dengan racun-racun
kehidupan serta pergaulan yang tidak sihat. Hasilnya, apabila mereka sudah bertanggungjawab untuk
membuat pilihan (khususnya dalam bidang pelajaran) ketika berusia 15 tahun, mereka telah hilang fokus
dan tidak punya sebarang cita-cita dalam hidup. Pemikiran mereka dirosakkan dan tidak lagi bersih untuk
berfikir secara positif dan rasional. Sikap mereka berubah terhadap kehidupan dan orang-orang yang
mereka sepatutnya kasihi. Bermula dari situlah, kehidupan mereka mula menjadi tidak bertanggungjawab
serta gagal dalam mengurus usia dan masa hadapan mereka.

Program Generasi S.M.A.R.T. atau G-SMART dibina dengan kekuatan untuk mengembalikan generasi
belia ke landasan yang sepatutnya menjadi pilihan mereka. Membina matlamat dan halatuju,
membersihkan pemikiran, memperbetulkan sikap, menghidupkan kembali rasa tanggungjawab serta
memanfaatkan masa muda mereka dengan berkesan. Namun, ini hanyalah usaha kami yang sedikit dan
memerlukan sokongan dan dokongan dari pihak-pihak lain untuk bersama-sama menggemblengkan
tenaga dalam usaha membina generasi belia di Malaysia. Semoga segala usaha ini mendapat keberkatan
dari Allah s.w.t.

MATLAMAT PROGRAM
Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)
IQ Class Management

Melahirkan generasi belia yang berfikiran strategik, punya minda yang bersih, sikap yang terpuji,
bertanggungjawab dan sentiasa memanfaatkan setiap masa dan ruang yang mereka ada untuk
melakukan sesuatu yang memberikan manfaat kepada diri mereka, keluarga dan seterusnya masyarakat
sekitar mereka.

OBJEKTIF PROGRAM
Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)
IQ Class Management

Selepas mengikuti program ini peserta akan dapat;


1. Membentuk pemikiran yang strategik dalam menentukan halatuju hidup;
2. Membersihkan minda dari pemikiran yang menyekat perkembangan;
3. Memperbaiki sikap terhadap diri sendiri serta persekitaran;
4. Membina rasa tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara serta;
5. Mengetahui kepentingan masa muda dalam mencorak kehidupan mereka akan datang.

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [2]
PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)
SASARAN PROGRAM
Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)
IQ Class Management

Program Generasi S.M.A.R.T. atau G-SMART mensasarkan kelompok peserta dari generasi pertengahan
belia (bermula umur 18 hingga 25 tahun). Terhad kepada 40 orang untuk satu sesi latihan bagi
memastikan keberkesanan perlaksanaan latihan.

MODUS OPERANDI PROGRAM


Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)
IQ Class Management

Penerapan objektif Program Generasi S.M.A.R.T. atau G-SMART akan dilaksanakan melalui beberapa
kursus iaitu;

1. Seminar Generasi Belia ‘SMART’ – lampiran A


2. Kem Motivasi Kembara Bina Diri Belia (KeMBara) – lampiran B
3. Kursus Bina Insan Minda Strategik (BIMS) – lampiran C
4. Kursus Belia Sukarelawan Prihatin (Belia Prihatin) – lampiran D

Keterangan lanjut berkenaan kursus-kursus di atas ada disediakan dilampiran dalam bentuk
pembentangan kertas kerja cadangan di hujung kertas kerja konsep ini.

HARAPAN
Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)
IQ Class Management

Perlaksanaan Program Generasi S.M.A.R.T. atau G-SMART ini dipelbagai peringkat agensi atau badan
kerajaan, juga badan bukan kerajaan akan dapat membantu dalam merealisasikan belia yang komited,
berdisiplin dan berketrampilan dari pelbagai aspek khususnya jasmani, emosi, rohani juga intelektual.
Maka, melalui pembangunan aspek-aspek tadi akan lahir dalam diri setiap belia ini kemahiran-kemahiran
seperti kemahiran sosial, komunikasi serta berorganisasi yang baik serta boleh menjadi teladan kepada
sesiapa sahaja yang mengenali mereka. Oleh yang demikian, kami di IQ Class Management amat
berharap agar, program ini akan diberikan ruang perlaksanaannya dan menjadikan ia sebagai satu yang
dapat direalisasikan. Sekian.

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [3]
PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)
LAMPIRAN A:
KERTAS KERJA CADANGAN

TAJUK

SEMINAR GENERASI BELIA ‘SMART’

UNTUK
PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T.
(G-SMART)

DISEDIAKAN OLEH

IQ CLASS MANAGEMENT
No 17-B, Lorong Elmina 2, Sungai Buloh Country Resort
Saujana Utama, 47000, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan
No. Tel: 03-6038 8101 No. Faks: 03-6038 8102
Emel: iqclassmanagement@yahoo.com
Laman sesawang: http://iqclassmanagement.blogspot.com

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [4]
PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)
PENDAHULUAN
Seminar Generasi Belia ‘SMART’
Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)
IQ Class Management

Seminar Generasi Belia ‘SMART’ merupakan idea keluaran dari Program Generasi S.M.A.R.T. atau G-
SMART yang menggabungkan beberapa elemen dalam proses melahirkan generasi belia yang terbaik. Ia
merupakan satu produk pengenalan kepada keseluruhannya Program Generasi S.M.A.R.T. atau G-
SMART yang mana, elemen yang diketengahkan di dalam seminar ini adalah pembentangan,
perbincangan dan penjelasan matlamat. Mereka yang telah menyertai seminar ini akan dipelawa untuk
bersama dalam beberapa siri kursus lagi yang disusun agar menjadi suatu kesinambungan dalam
perlaksanaan merealisasikan objektif Program Generasi S.M.A.R.T. atau G-SMART seterusnya dapat
mengisi sebahagian dari keperluan pembinaan generasi belia di Malaysia.

OBJEKTIF SEMINAR
Seminar Generasi Belia ‘SMART’
Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)
IQ Class Management

Selepas mengikuti seminar ini, peserta akan dapat;


1. Mengetahui keperluan untuk menyertai Program Generasi S.M.A.R.T;
2. Memahami apakah objektif sebenar Program Generasi S.M.A.R.T;
3. Melalui pengalaman sebahagian daripada modul untuk Program Generasi S.M.A.R.T serta;
4. Memahami apakah konsep S.M.A.R.T yang bakal diperbincangkan.

MAKLUMAT PERLAKSANAAN SEMINAR


Seminar Generasi Belia ‘SMART’
Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)
IQ Class Management

Jangkamasa Perlaksanaan Seminar


Seminar ini akan berlangsung selama 9 jam bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang.

Tarikh Perlaksanaan Seminar


Tertakluk kepada perbincangan bersama pihak penganjur.

Tempat Perlaksanaan Seminar


Tertakluk kepada perbincangan bersama pihak penganjur.

Keperluan Perlaksanaan Seminar


1. Dewan seminar atau kelas yang dapat memuatkan bilangan peserta seramai 80 orang bersama
meja dan kerusi.
2. Dewan solat berjemaah untuk 80 orang.

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [5]
PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)
MODUS OPERANDI SEMINAR
Seminar Generasi Belia ‘SMART’
Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)
IQ Class Management

Jadual Seminar

JADUAL SEMINAR GENERASI BELIA ‘SMART’


Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)

MASA TAJUK AKTIVITI BENTUK AKTIVITI


7.30 pagi Peserta tiba dan mendaftar
8.00 pagi Sesi Pembukaan dan Penyerahan Peserta Majlis
8.30 pagi Sesi Pengenalan dan Taklimat Seminar Taklimat
Perbincangan Dalam
9.30 pagi Suaikenal dan Pembahagian Kumpulan
Kumpulan
10.30 pagi Rehat, minum pagi dan solat sunat Dhuha
Ceramah dan
11.15 pagi Pengenalan: Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)
persembahan slaid
12.30 tengahari Rehat, makan tengahari dan solat Zohor berjemaah
Latihan Dalam
2.15 petang Aktiviti G-SMART
Kumpulan
4.00 petang Kesimpulan dan Majlis Penutupan Majlis
5.00 petang Solat Asar berjemaah, minum petang dan bersurai

KOS PERLAKSANAAN SEMINAR


Seminar Generasi Belia ‘SMART’
Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)
IQ Class Management

HARGA KUANTIT JUMLAH JUMLAH BESAR


BIL PERKARA
SEUNIT I (RM) (RM)
Sewaan kemudahan dewan dan
1. RM500.00 1 hari 500.00
surau
2. Pengangkutan RM1,000.00 2 buah 2,000.00
3. Makanan
a. Minum pagi (40 peserta + 2
RM3.00 86 orang 258.00
pegawai + 4 jurulatih)
b. Makan tengahari (40 peserta +
RM5.00 86 orang 430.00
2 pegawai + 4 jurulatih)
c. Minum petang (40 peserta + 2
RM3.00 86 orang 258.00 3,446.00
pegawai + 4 jurulatih)

Bayaran Konsultasi dan


4. RM3,500.00 1 hari 3,500.00
Penyediaan Tenaga Pengajar
Bayaran Tempahan T-Shirt untuk
5. RM25.00 86 orang 2,150.00
peserta, pegawai dan jurulatih
Bayaran Persiapan Kit untuk
6. RM7.00 86 orang 602.00 6,252.00
peserta
JUMLAH KESELURUHAN 9,698.00

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [6]
PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)
LAMPIRAN B:
KERTAS KERJA CADANGAN

TAJUK

KEM MOTIVASI KEMBARA BINA DIRI BELIA


(KeMBara)

UNTUK
PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T.
(G-SMART)

DISEDIAKAN OLEH

IQ CLASS MANAGEMENT
No 17-B, Lorong Elmina 2, Sungai Buloh Country Resort
Saujana Utama, 47000, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan
No. Tel: 03-6038 8101 No. Faks: 03-6038 8102
Emel: iqclassmanagement@yahoo.com
Laman sesawang: http://iqclassmanagement.blogspot.com

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [7]
PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)
PENDAHULUAN
Kem Motivasi Kembara Bina Diri Belia (KeMBara)
Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)
IQ Class Management

Remaja merupakan satu peringkat umur dimana ia melalui proses kematangan bermula dari akhir kanak-
kanak sehinggalah sebelum belia atau dewasa. Zakiah Darajad mendefinisikan remaja adalah masa
peralihan, yang ditempuh oleh seseorang dari anak-anak menuju dewasa, meliputi semua perkembangan
yang dialami sebagai persiapan memasuki masa dewasa (Zakiah Darajad, Remaja Harapan dan
Tantangan, (Jakarta:Ruhana, 1995)). Kebiasaannya, mereka ini digolongkan dalam kelompok berumur
diantara 13 sehingga ke 19 tahun. Mereka merupakan generasi muda yang merupakan aset penting bagi
sesebuah negara. Melalui remaja, ibu bapa mula mencorakkan mereka sesuai dengan nilai-nilai yang
dipegang di dalam sesebuah kekeluargaan. Bagi sekolah mahupun institusi pendidikan, remaja adalah
kelompok yang perlu dicorak sesuai dengan kehendak dan aspirasi yang ditiupkan oleh dasar-dasar
kerajaan melalui pembabitan golongan pendidik seperti guru dan sebagainya.

Namun, dalam kebanjiran dan lambakan gejala sosial yang wujud pada hari ini, remaja menjadi sebuah
agenda utama dalam masyarakat dek kerana kerosakan yang mula wujud di dalamnya. Ini menjadikan,
remaja-remaja mula dibentuk dengan nilai dan aspirasi yang bertentangan atau tidak sesuai dengan
kehendak dan aspirasi yang dibangunkan oleh ibu bapa, guru-guru serta negara itu sendiri. Sesuai dengan
pendapat seorang ahli psikologi bahawa remaja adalah sebagai masa penuh kegoncangan, taraf mencari
identiti diri dan merupakan jangkamasa yang paling berat (E. B. Hurlock, Psikologi Perkembangan Edisi ke-
5, (Jakarta:Erlangga, 1993)). Inilah yang menjadi kerisauan atau punca kepada timbulnya pelbagai idea
untuk menjalankan serta mewujudkan pelbagai cara bagi mendepani isu ini yang saban hari semakin
sukar untuk difikirkan.

Sehubungan dengan itu, atas dasar keprihatinan dan rasa bertanggungjawab, kami di IQ Class
Management ingin menawarkan sebuah program yang bertujuan untuk mendasari dan memberikan
kefahaman semula kepada diri belia itu sendiri yang telah melepasi tahap kritikal mereka (remaja)
mengenai peranan, tanggungjawab serta fokus yang perlu diberikan oleh mereka di dalam kehidupan.
Kem Motivasi Kembara Diri Belia atau lebih dikenali sebagai KeMBara merupakan sebuah produk yang
dibangunkan untuk membantu memperbaiki diri belia melalui beberapa konsep latihan sebagai
pendekatan yang digunakan. Semoga, usaha yang sedikit ini mendapat bantuan daripada Allah s.w.t. dan
diberikan kemudahan dan keberkatan dalam perlaksanaannya pada masa akan datang.

OBJEKTIF KEM
Kem Motivasi Kembara Bina Diri Belia (KeMBara)
Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)
IQ Class Management

Selepas menghadiri kem ini peserta akan dapat;


1. Mengenali lebih mendalam mengenai potensi diri secara individu;
2. Memahami cabaran sebagai kehidupan sebagai seorang belia;
3. Menanamkan motivasi diri serta keutamaan untuk memperbaiki sikap pada diri serta;
4. Menimbulkan rasa kasih sayang dan tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat.

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [8]
PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)
MAKLUMAT PERLAKSANAAN KEM
Kem Motivasi Kembara Bina Diri Belia (KeMBara)
Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)
IQ Class Management

Sasaran Penyertaan Kem


Peserta adalah seramai 40 orang sahaja. Mereka mestilah telah mengikut Seminar Generasi Belia
‘SMART’.

Jangkamasa Perlaksanaan Kem


Kem ini akan berjalan selama 3 hari 2 malam bermula jam 5.00 petang hari pertama dan tamat pada jam
3.00 petang hari ketiga.

Tarikh Perlaksanaan Kem


Tertakluk kepada perbincangan bersama pihak penganjur.

Tempat Perlaksanaan Kem


Tertakluk kepada perbincangan bersama pihak penganjur.

Keperluan Perlaksanaan Kem


1. Dewan yang dapat memuatkan seramai 40 orang peserta dengan meja dan kerusi.
2. Surau yang dapat memuatkan 40 orang untuk solat berjemaah.
3. Kemudahan aktiviti lasak seperti tasik, kolam, menara, hutan dan sebagainya yangberkaitan.

MODUS OPERANDI SEMINAR


Kem Motivasi Kembara Bina Diri Belia (KeMBara)
Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)
IQ Class Management

Jadual Kem : Sila rujuk lampiran mukasurat [10]


Pelan Pembelajaran Kem : Sila rujuk lampiran [11]

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [9]
PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)
Jadual Kem

Jadual Kem Motivasi Kembara Bina Diri Belia (KeMBara)


Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)

MASA / HARI PERTAMA KEDUA KETIGA


4.30 pagi Bangun dan bersiap diri
5.00 pagi Qiyamullail Bangun dan bersiap diri
6.00 pagi Solat Subuh berjemaah Solat Subuh berjemaah
Tazkirah Subuh dan
6.45 pagi Senaman pagi
gotong-royong
Sarapan pagi dan Sarapan pagi dan
8.00 pagi
bersiap diri bersiap diri
9.00 pagi KeMBara2 KeMBara 6
Minum pagi dan solat Minum pagi dan solat
10.30 pagi
sunat Dhuha sunat Dhuha
11.15 pagi KeMBara 3 Resolusi KeMBara
Makan tengahari, solat Makan tengahari, solat
12.45 tengahari
Zohor berjemaah Zohor berjemaah
Peserta mula tiba,
Majlis Penutup dan
2.30 petang mendaftar dan taklimat KeMBara 4
bersurai
penginapan
Minum petang, solat Minum petang, solat
4.30 petang
Asar berjemaah Asar berjemaah
Sesi Pengenalan dan
5.15 petang Rehat
Taklimat KeMBara
Makan malam dan
6.30 petang Rehat dan bersiap diri
bersiap diri
Solat Maghrib
Solat Maghrib
7.30 malam berjemaah dan makan
berjemaah dan rehat
malam
8.40 malam Solat Isyak berjemaah Solat Isyak berjemaah
9.15 malam KeMBara 1 KeMBara 5
Minum malam dan Minum malam dan
10.45 malam
bersiap diri bersiap diri
11.45 malam Tidur Tidur

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [10]
PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)
Pelan Pembelajaran Kem

PELAN PEMBELAJARAN KEM MOTIVASI KEMBARA BINA DIRI BELIA (KeMBara)


PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

BIL TAJUK AKTIVITI OBJEKTIF INGIN DI CAPAI PENDEKATAN


- Mengetahui peraturan dalam KeMBara
- Mengenali fasilitator
Sesi Pengenalan dan Taklimat dan
1. - Memulakan perkenalan awal dengan peserta
Taklimat KeMBara mengisi borang
lain
- ‘expectation check’
- Mengenali rakan dalam kumpulan Latihan Dalam
KeMBara 1 (Bina dan
2. - Membina kejelikitan dalam kumpulan Kumpulan dan
Bentuk Kumpulan)
- Memahami diri sebagai belia pembentangan
- Senaman regangan Regangan dan
3. Senaman Pagi
- Persiapan untuk aktiviti lasak permainan
- Komunikasi dalam kumpulan
KeMBara 2 (Mencari - Mewujudkan perbincangan Permainan dan
4.
Yang Tersembunyi) - Mengenali dengan lebih dalam rakan aktiviti lasak
sekumpulan
- Bekerjasama menyediakan makanan
5. KeMBara 3 (Survivor) - Mengenali diri lebih lebi mendalam Aktiviti lasak
- Mewujudkan interaksi dan ambil berat
- Aktiviti lasak menggunakan tali (bina keyakinan
KeMBara 4 (I Will diri)
6. Aktiviti lasak
Succeed) - Aktiviti lari berhalangan (bina kekuatan jasmani,
emosi dan mental) hadapi tekanan
- Perbincangan mengenai pengalaman kehidupan
Permainan dan
KeMBara 5 (What I hari ini
7. perbincangan
Know?) - Pengajaran yang diperolehi
dalam kumpulan
- Kehidupan tidak semudah yang dijangka
- Memahami kepentingan peranan diri sebagai
belia
- Membina matlamat dalam kehidupan sebagai
8. Tazkirah Subuh Ceramah pendek
belia
- Berkongsi sejarah belia pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w.
- Mengenali lebih mendalam mengenai potensi
diri secara individu
- Memahami cabaran sebagai kehidupan sebagai
Perbincangan
seorang belia
KeMBara 6 (Where I dan
9. - Menanamkan motivasi diri serta keutamaan
want to go?) pembentangan
untuk memperbaiki sikap pada diri
kisah teladan
- Menimbulkan rasa kasih sayang dan
tanggungjawab terhadap keluarga dan
masyarakat

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [11]
PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)
KOS PERLAKSANAAN SEMINAR
Kem Motivasi Kembara Bina Diri Belia (KeMBara)
Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)
IQ Class Management

HARGA KUANTIT JUMLAH JUMLAH BESAR


BIL PERKARA
SEUNIT I (RM) (RM)
1. Keperluan Logistik
a. Sewaan dewan dan surau RM500.00 3 hari 1,500.00
b. Penginapan (40 peserta + 2
RM120.00 47 orang 5,640.00
pegawai + 5 jurulatih)
2. Pengangkutan RM1,000.00 1 buah 1,000.00
3. Makanan
a. Minum petang (40 peserta + 2
RM3.00 94 pek 282.00
pegawai + 5 jurulatih) x 2
b. Makan malam (40 peserta + 2
RM5.00 94 pek 470.00
pegawai + 5 jurulatih) x 2
c. Sarapan pagi (40 peserta + 2
RM4.00 94 pek 376.00
pegawai + 5 jurulatih) x 2
d. Minum pagi (40 peserta + 2
RM3.00 94 pek 282.00
pegawai + 5 jurulatih) x 2
e. Makan tengahari (40 peserta +
RM5.00 94 pek 470.00 10,020.00
2 pegawai + 5 jurulatih) x 2

Bayaran Konsultasi dan


4. RM4,000.00 3 hari 12,000.00
Penyediaan Tenaga Pengajar
Bayaran Tempahan T-Shirt untuk
5. RM25.00 47 orang 1,175.00
peserta, pegawai dan jurulatih
Bayaran Persiapan Kit untuk
6. RM5.00 47 orang 235.00 13,410.00
peserta
JUMLAH KESELURUHAN 23,430.00

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [12]
PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)
LAMPIRAN C:
KERTAS KERJA CADANGAN

TAJUK

KURSUS BINA INSAN MINDA STRATEGIK


(BIMS)

UNTUK
PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T.
(G-SMART)

DISEDIAKAN OLEH

IQ CLASS MANAGEMENT
No 17-B, Lorong Elmina 2, Sungai Buloh Country Resort
Saujana Utama, 47000, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan
No. Tel: 03-6038 8101 No. Faks: 03-6038 8102
Emel: iqclassmanagement@yahoo.com
Laman sesawang: http://iqclassmanagement.blogspot.com

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [13]
PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)
PENGENALAN
Kursus Bina Insan Minda Strategik (BIMS)
Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)
IQ Class Management

Penciptaan manusia merupakan sejarah terbesar yang wajib dan perlu diketahui oleh setiap mereka yang
bernama insan. Ia merupakan sebahagian daripada keperluan dalam usaha mengenali yang Maha
Pencipta. Melahirkan seorang insan yang terbaik harus bermula dengan tunjangan utama iaitu Iman
mereka. Menanamkan kepercayaan tauhid yang akhirnya melahirkan insan yang mengamalkan Islam dan
bersifat Ihsan.

Pembinaan insan merupakan perkara yang perlu diberikan keutamaan dalam memastikan terbinanya
keluarga, masyarakat dan negara. Seseorang insan perlu membangunkan pelbagai aspek diri termasuk,
fizikal, intelektual, sosial dan emosi dan ia haruslah dipagari dan kukuhkan dengan kerohanian yang
berpaksikan keesaan Allah s.w.t.

Justeru, Kursus Bina Insan Minda Strategik atau BIMS merupakan sebuah modul yang dibangunkan bagi
membantu proses pembinaan diri insan secara holistik. Ia bukanlah satu cara menyelesaikan masalah
khususnya dalam suasana perkembangan gejala dalam masyarakat hari ini, namun kami berharap ia
adalah sebagai sebahagian dri usaha memberikan kesedaran dan peringatan mengenai kepentingan
hidup bertuhankan Allah Yang Esa.

Perlaksanaan Kursus Bina Insan Minda Strategik atau BIMS ini diharapkan dapat membentuk sikap yang
positif pada diri peserta bahkan mampu menjadi pencetus kepada pembinaan generasi melalui keluarga
yang sihat serta masyarakat yang cemerlang.

OBJEKTIF KURSUS
Kursus Bina Insan Minda Strategik (BIMS)
Program Generasi S.M.A.R.T (G-SMART)
IQ Class Management

Selepas mengikuti kursus ini peserta akan dapat;


1. Memahami makna insan;
2. Mengetahui peranan insan;
3. Mempelajari proses pembinaan insan;
4. Mengetahui kepentingan ilmu dalam pembinaan insan serta;
5. Menerapkan nilai insan dalam setiap sudut kehidupan.

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [14]
PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)
MAKLUMAT KURSUS
Kursus Bina Insan Minda Strategik (BIMS)
Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)
IQ Class Management

Sasaran Penyertaan Kursus


Peserta adalah seramai 40 orang sahaja. Mereka mestilah telah mengikut Seminar Generasi Belia
‘SMART’.

Jangkamasa Perlaksanaan Kursus


Kem ini akan berjalan selama 3 hari 2 malam bermula jam 5.00 petang hari pertama dan tamat pada jam
3.00 petang hari ketiga.

Tarikh Perlaksanaan Kursus


Tertakluk kepada perbincangan bersama pihak penganjur.

Tempat Perlaksanaan Kursus


Tertakluk kepada perbincangan bersama pihak penganjur.

Keperluan Perlaksanaan Kursus


1. Dewan yang dapat memuatkan seramai 40 orang peserta dengan meja dan kerusi.
2. Surau yang dapat memuatkan 40 orang untuk solat berjemaah.

MODUS OPERANDI KURSUS


Kursus Bina Insan Minda Strategik (BIMS)
Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)
IQ Class Management

Jadual Kursus : Lihat lampiran di muka surat 16


Pelan Pembelajaran Kursus : Lihat lampiran di muka surat 17

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [15]
PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)
Jadual Kursus

JADUAL KURSUS BINA INSAN MINDA STRATEGIK (BIMS)


PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

MASA / HARI PERTAMA KEDUA KETIGA


4.30 pagi Bangun dan bersiap diri
5.00 pagi Qiyamullail Bangun dan bersiap diri
6.00 pagi Solat Subuh berjemaah Solat Subuh berjemaah
Senaman pagi, rehat Tazkirah Subuh dan
6.45 pagi
dan bersiap diri bersiap diri
8.00 pagi Sarapan pagi Sarapan pagi
9.00 pagi BIMS 2 BIMS 6
Minum pagi dan solat
10.30 pagi Minum pagi dan rehat
sunat Dhuha
Resolusi dan
11.15 pagi BIMS 3
Kesimpulan BIMS
Makan tengahari, solat
Makan tengahari dan
12.45 tengahari Zohor berjemaah dan
solat Zohor berjemaah
rehat
Peserta mendaftar dan Majlis Penutup dan
2.30 petang BIMS 4
diberikan penginapan bersurai
Minum petang dan solat Minum petang dan solat
4.30 petang
Asar berjemaah Asar berjemaah
Sesi Pengenalan dan
5.00 petang Riadah petang
Taklimat BIMS
Makan malam dan
6.30 malam Bersiap diri
bersiap diri
Solat Maghrib Solat Maghrib
7.30 malam berjemaah dan makan berjemaah dan Tazkirah
malam Maghrib
8.40 malam Solat Isyak berjemaah Solat Isyak berjemaah
9.15 malam BIMS 1 BIMS 5
11.00 malam Minum malam Minum malam
11.45 malam Tidur Tidur

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [16]
PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)
Pelan Pembelajaran Kursus

PELAN PEMBELAJARAN KURSUS BINA INSAN MINDA STRATEGIK (BIMS)


PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

AKTIVITI YANG
BIL TAJUK AKTIVITI OBJEKTIF YANG AKAN DICAPAI
DIJALANKAN
- Menjelaskan objektif kursus
Persembahan
Suaikenal dan - Pemeriksaan ekspektasi
1. ‘powerpoint’ dan
Taklimat BIMS - Kontrak kursus
Taklimat
- Suaikenal bersama jurulatih
- Pemecah bendungan Aktiviti bermodul,
BIMS 1: Tak Kenal
2. - Pembentukan kumpulan Perbincangan kumpulan
Maka Tak Cinta
- Pembinaan kumpulan dan Pembentangan
- Memahami apa erti hamba Aktiviti bermodul,
BIMS 2: Hamba dan
3. - Menginsafi peranan khalifah Perbincangan kumpulan
Khalifah
- Keperluan keduanya dalam pembinaan insan dan Pembentangan
- Mengetahui keperluan ilmu dalam menjadi Aktiviti bermodul,
BIMS 3: Ilmu dan
4. hamba dan khalifah Perbincangan kumpulan
Insani
- Kesan ilmu dalam kehidupan insan dan Pembentangan
- Memahami apa itu akhlak
Aktiviti bermodul,
BIMS 4: Akhlak dan - Menghayati kepentingan akhlak dalam
5. Perbincangan kumpulan
Keperibadian kehidupan manusia
dan Pembentangan
- Keterikatan antara akhlak dan insan
- Matlamat Hidup Muslim
6. Tazkirah Maghrib Ceramah pendek
- Persiapan sesudah hidup
BIMS 5: Permainan - Menilai keberkesanan perbincangan kursus
7. Permainan bermodul
Liga Bola Sepak - Memberikan penegasan objektif kursus
- Hari ini untuk persiapan hari esok
8. Tazkirah Subuh Ceramah pendek
- Nikmat dan pilihan Allah
- Mengetahui perkaitan antara diri, keluarga
BIMS 6: Bina Diri, Aktiviti bermodul,
dan masyarakat
9. Keluarga dan Perbincangan kumpulan
- Kesan secara menyeluruh pembinaan insan
Masyarakat dan Pembentangan
kepada negara
- Membincangkan peranan yang akan di ambil
Aktiviti bermodul,
selepas tamat kursus ini
10. Resolusi BIMS Perbincangan kumpulan
- Membuat kesimpulan keseluruhannya bagi
dan Pembentangan
kursus ini.

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [17]
PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)
KOS PERLAKSANAAN KURSUS
Kursus Bina Insan Minda Strategik (BIMS)
Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)
IQ Class Management

HARGA KUANTIT JUMLAH JUMLAH BESAR


BIL PERKARA
SEUNIT I (RM) (RM)
1. Keperluan Logistik
a. Sewaan dewan dan surau RM500.00 3 hari 1,500.00
b. Penginapan (40 peserta + 2
RM120.00 46 orang 5,520.00
pegawai + 4 jurulatih)
2. Pengangkutan RM1,000.00 1 buah 1,000.00
3. Makanan
a. Minum petang (40 peserta + 2
RM3.00 92 pek 276.00
pegawai + 4 jurulatih) x 2
b. Makan malam (40 peserta + 2
RM5.00 92 pek 460.00
pegawai + 4 jurulatih) x 2
c. Sarapan pagi (40 peserta + 2
RM4.00 92 pek 368.00
pegawai + 4 jurulatih) x 2
d. Minum pagi (40 peserta + 2
RM3.00 92 pek 276.00
pegawai + 4 jurulatih) x 2
e. Makan tengahari (40 peserta +
RM5.00 92 pek 460.00 9,860.00
2 pegawai + 4 jurulatih) x 2

Bayaran Konsultasi dan


4. RM3,500.00 3 hari 10,500.00
Penyediaan Tenaga Pengajar
Bayaran Tempahan T-Shirt untuk
5. RM25.00 46 orang 1,150.00
peserta, pegawai dan jurulatih
Bayaran Persiapan Kit untuk
6. RM5.00 46 orang 230.00 11,880.00
peserta
JUMLAH KESELURUHAN 21,740.00

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [18]
PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)
LAMPIRAN D:
KERTAS KERJA CADANGAN

TAJUK

KURSUS BELIA SUKARELAWAN PRIHATIN


(BELIA PRIHATIN)

UNTUK
PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T.
(G-SMART)

DISEDIAKAN OLEH

IQ CLASS MANAGEMENT
No 17-B, Lorong Elmina 2, Sungai Buloh Country Resort
Saujana Utama, 47000, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan
No. Tel: 03-6038 8101 No. Faks: 03-6038 8102
Emel: iqclassmanagement@yahoo.com
Laman sesawang: http://iqclassmanagement.blogspot.com

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [19]
PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)
PENGENALAN
Kursus Belia Sukarelawan Prihatin (Belia Prihatin)
Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)
IQ Class Management

Kursus Belia Sukarelawan Prihatin atau Belia Prihatin merupakan sebuah kursus yang dibangunkan oleh
pihak IQ Class Management bagi memenuhi keperluan masyarakat hari ini. Kursus ini dirangka dan
dibentuk sesuai dengan sasaran kelompok belia yang berhasrat untuk menyumbang kepada masyarakat.
Keperluan hari ini juga mendesak kami di IQ Class Management untuk menghasilkan satu produk atau
program yang mana di dalamnya bukan sahaja memberikan kemahiran sebagai seorang sukarelawan
bahkan memberikan semangat dan galakan kepada mereka yang baru ingin melibatkan diri. Kursus ini
merupakan satu program pencetus pergerakan sukarelawan setempat yang mana dijalankan selama 2
hari 1 malam.

OBJEKTIF KURSUS
Kursus Belia Sukarelawan Prihatin (Belia Prihatin)
Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)
IQ Class Management

Selepas mengikuti kursus ini peserta akan dapat;


1. Memahami konsep kerja sukarela dan kesukarelawanan;
2. Mengetahui tentang prinsip dan etika kesukarelaan;
3. Mempelajari beberapa kemahiran dalam kerja-kerja sukarela; serta
4. Membuat perancangan untuk menarik minat lebih ramai golongan muda untuk terlibat dalam
aktiviti sukarela.

MAKLUMAT KURSUS
Kursus Belia Sukarelawan Prihatin (Belia Prihatin)
Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)
IQ Class Management

Sasaran Penyertaan Kursus


Peserta adalah seramai 40 orang sahaja. Mereka mestilah telah mengikut Seminar Generasi Belia
‘SMART’ dan Kem Motivasi Kembara Bina Diri Belia (KeMBara) atau Kursus Bina Insan Minda Strategik
(BIMS)

Jangkamasa Perlaksanaan Kursus


Kem ini akan berjalan selama 2 hari 1 malam bermula jam 5.00 petang hari pertama dan tamat pada jam
5.00 petang hari kedua.

Tarikh Perlaksanaan Kursus


Tertakluk kepada perbincangan bersama pihak penganjur.

Tempat Perlaksanaan Kursus


Tertakluk kepada perbincangan bersama pihak penganjur.

Keperluan Perlaksanaan Kursus


1. Dewan yang dapat memuatkan seramai 40 orang peserta dengan meja dan kerusi.
2. Surau yang dapat memuatkan 40 orang untuk solat berjemaah.
3. Kawasan lapang untuk aktiviti luar.

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [20]
PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)
MODUS OPERANDI KURSUS
Kursus Belia Sukarelawan Prihatin (Belia Prihatin)
Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)
IQ Class Management

Jadual Kursus

JADUAL KURSUS BELIA SUKARELAWAN PRIHATIN (BELIA PRIHATIN)


PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

MASA / HARI PERTAMA KEDUA


4.30 pagi Bangun dan bersiap diri
5.00 pagi Qiyamullail
6.00 pagi Solat Subuh berjemaah
6.45 pagi Senaman pagi dan bersiap diri
8.00 pagi Sarapan pagi
9.00 pagi BP 2
10.30 pagi Minum pagi dan solat Sunat
Dhuha
11.15 pagi BP 3
12.45 tengahari Rehat, makan tengahari dan solat
Zohor berjemaah
2.15 petang Peserta tiba, mendaftar dan Resolusi dan Majlis Penutup Belia
diberikan penginapan Prihatin (BP)
4.30 petang Minum petang dan solat Asar Minum petang dan solat Asar
berjemaah berjemaah dan bersurai
5.00 petang Sesi Pengenalan dan Taklimat
Belia Prihatin (BP)
6.30 petang Makan malam dan bersiap diri
7.30 malam Solat Maghrib berjemaah dan
tazkirah Maghrib
8.40 malam Solat Isyak berjemaah
9.15 malam BP 1
11.00 malam Minum malam dan bersiap diri
11.45 malam Tidur

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [21]
PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)
Pelan Pembelajaran Kursus

PELAN PEMBELAJARAN KURSUS BELIA SUKARELAWAN PRIHATIN (BELIA PRIHATIN)


PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)

BIL TAJUK OBJEKTIF YANG INGIN DICAPAI PENDEKATAN


Sesi Pengenalan - Pengenalan latihan
Taklimat dan mengisi
1. dan Taklimat Belia - Fokus minda dalam latihan
borang
Prihatin (BP) - Ekspektasi peserta latihan
Tazkirah Maghrib
- Menerangkan tentang peranan manusia
2. (Khalifah & Ceramah pendek
- Tanggungjawab yang perlu dilaksana
Hamba)
- Pemecah bendungan
BP 1: Pemecah Permainan dan
3. - Suaikenal
Bendungan pembentangan
- Kejelikitan kumpulan
- Definisi kesukarelawanan
BP 2: Pengenalan Perbincangan dalam
- Skop sukarela
4. Kepada kumpulan dan
- Mengenali badan-badan sukarela yang lain
Kesukarelawanan Pembentangan
- Perkongsian pengalaman
- Menerangkan konsep RELA
BP 3: Konsep RELA
- Matlamat sukarela Permainan dan
5. dalam IQCM (Asas
- Prinsip dan etika sukarela pembentangan
Kesukarelaan)
- Kemahiran Asas Sukarela
Perbincangan dalam
- Mencari alternatif penyelesaian
6. Resolusi kumpulan dan
- Menyusun perancangan selepas tamat latihan
Pembentangan

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [22]
PROGRAM GENERASI S.M.A.R.T. (G-SMART)
KOS PERLAKSANAAN KURSUS
Kursus Belia Sukarelawan Prihatin (Belia Prihatin)
Program Generasi S.M.A.R.T. (G-SMART)
IQ Class Management

HARGA KUANTIT JUMLAH JUMLAH BESAR


BIL PERKARA
SEUNIT I (RM) (RM)
1. Keperluan Logistik
a. Sewaan dewan dan surau RM500.00 2 hari 1,000.00
b. Penginapan (40 peserta + 2
RM70.00 46 orang 3,220.00
pegawai + 4 jurulatih)
2. Pengangkutan RM1,000.00 1 buah 1,000.00
3. Makanan
a. Minum petang (40 peserta + 2
RM3.00 46 orang 138.00
pegawai + 4 jurulatih)
b. Makan malam (40 peserta + 2
RM5.00 46 orang 230.00
pegawai + 4 jurulatih)
c. Sarapan pagi (40 peserta + 2
RM4.00 46 orang 184.00
pegawai + 4 jurulatih)
d. Minum pagi (40 peserta + 2
RM3.00 46 orang 138.00
pegawai + 4 jurulatih)
e. Makan tengahari (40 peserta +
RM5.00 46 orang 230.00 6,140.00
2 pegawai + 4 jurulatih)

Bayaran Konsultasi dan


4. RM3,500.00 2 hari 7,000.00
Penyediaan Tenaga Pengajar
Bayaran Tempahan T-Shirt untuk
5. RM25.00 46 orang 1,150.00
peserta, pegawai dan jurulatih
Bayaran Persiapan Kit untuk
6. RM3.00 46 orang 138.00 8,288.00
peserta
JUMLAH KESELURUHAN 14,428.00

IQ CLASS MANAGEMENT “Penganjur Terbaik Program Latihan dan Motivasi Yang Holistik” [23]

Anda mungkin juga menyukai