Anda di halaman 1dari 2

KEINDAHAN

Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini (http://kamarulazami.blogspot.com)

Apabila kita bercerita tentang keindahan, apa yang kita fahami ia adalah sesuatu yang
abstrak dan tidak serupa pada nilaian manusia yang memiliki pelbagai kecenderungan dan
keutamaan. Ramai yang menafsirkan bahawa keindahan itu adalah suatu topeng yang menutupi
keadaan atau situasi yang sebenarnya. Akhirnya, keindahan itu disalahtafsirkan yang mana pada
hakikatnya Allah s.w.t. amat sukakan keindahan.

Allah itu Maha Indah. Kuasa-Nya telah melahirkan perasaan yang sukakan akan keindahan.
Adalah normal bagi manusia merasai senang apabila bersih dan akan ada rasa tidak senang apabila
ada kekotoran. Begitu juga apabila berkunjung ke tepi pantai. Perasaan yang aman mula terasa
apabila tiada ombak besar berbanding berlakunya ribut taufan sebagaimana tsunami itu. Ini adalah
fitrah yang tidak dapat dinafikan. Keindahan yang sebenar itulah yang dikurniakan kepada manusia
agar berakhlak mulia dan bersama kita adanya sifat-sifat yang penuh keindahan.

Keindahan yang sebenar haruslah hadir dari jiwa yang benar-benar ikhlas dan tunduk kepada
perintah Allah s.w.t. Tidak hairanlah apabila dapat kita lihat, ada dikalangan teman-teman kita, dari
sudut penampilannya sungguh indah, tetapi ramai yang tidak menyenanginya. Rumah cukup besar,
tetapi tidak gemar orang untuk mendatanginya. Ternyata, terdapat beberapa perkara pokok yang
harus diperhalusi untuk kita ini memiliki keindahan yang hakiki dan sebenar.

Pertama, keindahan itu letakknya pada kebersihan. Bersih ini adalah berbentuk fizikal dan
bukan fizikal. Bersih fizikal adalah cerminan kepada bersihnya bukan fizikal. Bersih pakai dan
penampilan adalah disebabkan bersihnya hati dan keikhlasan. Kadangkala, dapat kita lihat seseorang
yang pakaiannya tidaklah mewah, tetapi penampilannya cukup menyerlah dan meyakinkan.
Kebersihan yang sebenar datang dari hati bukan hanya apa yang ditonjolkan mata. Cuba nilai diri
kita, adakah kita seseorang yang sentiasa ingat bahawa ‘bersih itu sebahagian dari iman’? Bermula
dari hati yang bersih pasti akan menjadikan pemikiran dan fizikal yang bersih.

Syarat keindahan kedua adalah keserasian. Sebagai contohnya, kehidupan yang dilalui oleh
seorang guru dengan pendapatan yang ada cukuplah sekadar ia melambangkan kita itu seorang
guru. Hidup biar profesional, dan yang penting ukur baju pada badan sendiri. Apa yang perlu
diutamakan dalam keserasian ini ialah gunakan barangan yang mampu bukan boleh. Apapun yang

1
tidak serasi, seorang guru bergaya pakainya seperti seorang artis, sudah tentu akan hilang
keserasiannya. Maka, akan hilang preofesionalismenya. Cakapnya tepat pada masanya, tindakannya
sesuai dengan keadaan dan situasi semasa.

Perawatan pula merupakan syarat keindahan yang seterusnya. Apa makna perawatan?
Semua perkara yang hidup perlukan perawatan atau bahasa mudahnya penyelenggaraan. Kereta,
jika selamanya digunakan, tanpa penyelenggaraan atau perawatan maka akan lebih cepat rosaknya
dan makin pendek jangkamasa penggunaannya. Samalah dengan batang tubuh yang dipinjamkan
Allah s.w.t. ini. Jika ia tidak beriadah dan mendapat senaman secukupnya, maka akan sampai masa
ia akan memulakan protes dengan datangnya sakit. Samalah dengan iman yang perlu sentiasa
dirawat dengan zikir, bacaan Al-Quran, doa dan amalan-amalan sunat yang lain. Melalui amalan-
amalan inilah, akan memberikan rawatan secara rohaniah selain insaniah.

Anda mungkin juga menyukai