Anda di halaman 1dari 3

2.

2 JENIS PERKHIDMATAN KAUNSELING


Intervensi kaunseling sama ada individu dan kelompok adalah kaedah yang digunakan oleh guru kaunseling bagi membantu pelajar yang menghadapi masalah peribadi. Orientasi perkhidmatannya adalah pencegahan, pemulihan dan krisis. guru kaunseling perlu memiliki kepakaran dan kemahiran yang khusus dalam bidang kaunseling. boleh menggunakan modul aktiviti berstruktur. membina modul aktiviti berstruktur mengikut acuan mereka sendiri berpandukan pada modul-modul yang sedia ada. personel lebih tahu keperluan klien mereka dan ke mana klien mereka hendak dibawa.

I.

KAUNSELING INDIVIDU

Suradi (2001) mentakrifkan kaunseling individu sebagai perhubungan peribadi secara bersemuka antara 2 orang, seorang adalah kaunselor dan seorang lagi klien. Kaunselor melalui hubungan dan kebolehannya menggunakan kemahiran khusus, menyediakan situasi dan suasana, klien seorang yang normal, dibantu memahami atau mengetahui tentang dirinya, memahami situasi semasanya dan juga kemungkinan situasi pada masa hadapannya, supaya dapat menggunakan sifat-sifat keperibadian serta potensinya dengan cara yang memuaskan dirinya dan dapat memberi faedah pada masyarakat. Beliau mempelajari cara menyelesaikan masalah, dan memenuhi keperluannya pada masa akan datang.

Kaunseling individu Mizan Adiliah dan Halimatun Halaliah (1996) menyatakan kaunseling adalah proses berinteraksi secara bersemuka yang melibatkan hubungan dua hala. kaunselor membimbing dan mewujudkan persekitaran yang menggalakkan klien mencari sumber dirinya memahami peranan diri dan persoalan yang dihadapinya. proses pembelajaran semula melalui perkongsian maklumat atau pengalaman perasaan, klien mendapat maklumat atau pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru

melalui model yang ditunjukkan oleh kaunselor atau melalui aktiviti main peranan.

II.

KAUNSELING KELOMPOK

Ialah suatu interaksi di antara beberapa orang klien dengan kaunselor. Ia lebih menumpukan pada perkembangan diri individu, membaiki tingkahlaku, membina kemahiran-kemahiran, membuat keputusan serta penyelesaian masalah individu di dalam kelompok. Dalam kaunseling kelompok terdapat seorang kaunselor yang berinteraksi dengan beberapa klien. Interaksi sebegini bertujuan memudahkan pemahaman kendiri yang lebih terperinci serta penerimaan kendiri yang lebih baik. (Amir Awang, 1988)

Kepentingan: 1. Membantu individu yang normal dan menghadapi masalah emosi supaya

merasa yakin dengan kekuatan dalam dirinya 2. Mengembangkan personaliti klien ke arah yang positif serta memahami

dirinya untuk menyelesaikan kerumitan kehidupan dengan lebih berkesan 3. Menjadikan klien seorang yang berani dalam menghadapi cabaran hidup,

berfikir lebih matang dan rasional memilih alternatif yang dirancang bersama.

Bagaimana perkhidmatan ini boleh dilaksanakan di sekolah. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. GB menyebarkan maklumat tentang perkhidmatan dalam kelas gantian GB melaksana pendekatan sebaran perkhidmatan GB mempamerkan pendekatan hubungan baik dengan pelajar GB mengadakan perbincangan dengan guru-guru lain GB melaksana kaedah call them in GB membuat pendekatan the developing a desire for counseling GB membuat semakan rekod pelajar

Anda mungkin juga menyukai