Anda di halaman 1dari 12

TEKS PENGERUSI MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN

GRADUASI PRA SEKOLAH SK NANGA NANSANG 2018

Majlis mengumumkan ketibaan yang berusaha En. Juan Anak Jugah, Guru Besar SK Nanga
Nansang, diiringi En Eddy Patrick Ak Seman, Penolong Kanan 1 SK Nanga Nansang,diiringi
En Lumpong Ak Jalin, selaku Yang Di Pertua PIBG SK Nanga Nansang, para jemputan masuk
ke dalam dewan.

Majlis meminta semua hadirin berdiri tegak bagi sama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Ibu
Pertiwiku dan Lagu Sekolah.

Terima kasih atas semangat yang ditunjukkan. Hadirin dijemput duduk.

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput _______________________ untuk
memimpin bacaan doa,

Amin, Amin Ya Rabbal Alamin, Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas pimpinan bacaan
doa sebentar tadi.

Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum W.B.T, salam negaraku Malaysia, salam ibu


pertiwiku, salam sejahtera, salam sehati sejiwa, salam menjulang pendidikan Sarawak serta
Salam Fly Kenyalang Fly, Fly High. How Are You?

Kuntum melati tumbuh melata,


Burung merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Yang berusaha,
Encik Juan Anak Jugah,
Guru Besar SK Nanga Nansang,

Yang berusaha,
Encik Eddy Patrick Ak Seman,
Penolong Kanan 1 SK Nanga Nansang,

Yang berusaha,
Encik Lumpong Ak Jalin,
Yang Di Pertua PIBG SK Nanga Nansang,

Tuai-tuai rumah, para jemputan, penolong-penolong Kanan, guru-guru, ibu bapa dan murid-
murid serta hadirin yang dihormati sekalian.

Sayang selasih berisi minyak,


Bunga cengkih di atas jerami,
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Bersyukur ke hadrat tuhan, kerana dengan limpah kurnianya, dapat sama-sama kita
berkumpul pada pagi ini di SK Nanga Nansang bagi menjayakan Majlis Hari Anugerah
Kecemerlangan dan Graduasi Pra Sekolah bagi tahun 2018. Untuk pengetahuan hadirin
sekalian, Majlis ini diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid-
murid Tahun 1 hingga 6 yang telah mendapat pencapaian terbaik terutama dalam bidang
akademik mahupun kokurikulum sepanjang sesi pengajian bagi tahun 2017. Tahniah dan
syabas diucapkan kepada semua murid-murid yang telah berjaya dan diharapkan murid-murid
yang lain berusaha meningkatkan pencapaian pada masa akan datang.

Melati merah menghias gelas,


Tumbuh melata di tepi kali,
Hari anugerah cemerlang 2018,
Pelajar cemerlang kita hargai.
Hadirin sekalian,
Bukan rumput sebarang rumput,
Rumput penghias di tepi halaman,
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan

Bagi meneruskan lagi tentatif majlis kita pada hari ini, dijemput Yang Berusaha En Lumpong
Ak Jalin, Yang Di Pertua PIBG SK Nanga Nansang bagi menyampaikan ucapan. Dengan
segala hormatnya, dipersilakan.

(Ribuan terima kasih diucapkan kepada En Lumpong Ak Jalin atas ucapan yang disampaikan
sebentar tadi.)

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan mandat diberi,
Mohon disempurnakan majlis kami.

Bagi melengkapkan lagi majlis kita pada pagi ini.. majlis dengan sukacitanya menjemput, En
Juan Anak Jugah, Mantan Guru Besar SK Nanga Nansang untuk menyampaikan ucapan
perasmian. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat En Pengabang Ak Sumpeng atas ucapan
perasmian sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Majlis kita akan dimulakan dengan Majlis Graduasi Pra Sekolah bagi graduan-graduan cilik
kita pada pagi ini. Untuk itu dijemput, Guru Besar SK Nanga Nansang, En Juan Anak Jugah
diiringi Penolong Kanan 1, En Eddy Patrick Ak Seman naik ke pentas untuk menyampaikan
hadiah dan sijil.

Dimulakan dengan Graduan Cilik Berusia Enam Tahun Pra Sekolah SK Nanga Nansang
bagi sesi 2018 yang berjaya menamatkan pengajian dan bakal melanjutkan pelajaran di
Tahun 1 pada tahun hadapan. Syabas dan Tahniah diucapkan.
Dijemput Graduan:
1. Frederick Vincent Ak Cassedy
2. Hendry Sheamus Ak Nama
3. Marc Hanson Saba Ak Dorita
4. Maria Clara Ak Mengga
5. Trecie Ak Ukar

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk graduan-graduan cilik yang berusia
Lima Tahun Pra Sekolah SK Nanga Nansang bagi sesi 2018 dan bakal meneruskan lagi
pengajian pada tahun hadapan:
Dijemput :
1. Chepegi Sawai Ak Janda
2. Chanda Ak Ukar
3. Chris Evans Lansit Ak Lee
4. Menisa Nawie Ak Mengga
5. Eynanisha Sandra Ak Rubiah
6. Marisca Trisha Rinie Ak Marcos
7. Aliciea Cenai

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk graduan-graduan cilik yang berusia
Empat Tahun Pra Sekolah SK Nanga Nansang bagi sesi 2018 dan bakal meneruskan lagi
pengajian pada tahun hadapan:
1. Afeyrinna Monna Ak Cassedy
2. Penny Ak Nagie

Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Pra Sekolah 2018 dan dijemput
penerima bagi Anugerah:
1. Pelajar Cemerlang : Marc Hanson Saba Ak Dorita
2. Pelajar Dedikasi : Maria Clara Ak Mengga
3. Kepimpinan Terbaik : Hendry Sheamus Ak Nama
4. Pelajar Harapan 5 Tahun : Chepegi Sawai Ak Janda
5. Pelajar Harapan 6 Tahun : Frederick Vincent Ak Cassedy
6. Kehadiran Cemerlang : Trecie Ak Ukar

Terima kasih kepada Guru Besar SK Nanga Nansang, En. Juan Anak Jugah atas
penyampaian sijil dan hadiah sebentar tadi.

Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan kepada barisan Pengawas
Asrama dan Sekolah, sijil penghargaan pengawas pusat sumber dan penyampaian sijil
penghargaan Ketua Kelas serta Penolong Ketua Kelas yang telah berkhidmat sepanjang sesi
persekolahan 2018.

Untuk itu, dijemput Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Carolina Ak Chukan naik ke atas
pentas untuk menyampaikan sijil penghargaan.

Dijemput barisan pengawas asrama dan sekolah, dimulakan:


1. Ketua Pengawas: Villano Kiffler Ak Tony
2. Penolong Ketua Pengawas Lelaki : Jericho Ak Minggu
3. Ketua Pengawas Perempuan: Wendy Aleya Ak Rubiah
4. Penolong Ketua Pengawas Perempuan: Ameliana Ak Julin
Barisan pengawas yang lain:
5. Sofia Shahirah Bt Mohd Firdaus Lim
6. Melcy Winna Ak Michael
7. Royvester Ak Pawi
8. Nicholas Ak Umau
9. Edwilse Rachel Ak Wilfred
10. Rollandhy Aryen Jaraw Ak Rodi
11. Dellswence Axxel Ak Augustine
12. Vincent Ak Mikopoline
13. Vivianny Wirochie Ak Wilfred
14. Sylvester Gon Ak Janda
15. Sxerrienna Niarmirza Ak Delgalus
16. Manjah Ak Rina Kudang

Diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada pengawas pusat sumber sesi
2018, untuk itu dijemput:
1. Villano Kiffler Ak Tony
2. Sofia Shahirah Bt Mohd Firdaus Lim
3. Melcy Winna Ak Michael
4. Jericho Ak Minggu

Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaa kepada Ketua dan Penolong
ketua kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 6 bagi sesi 2018. Untuk itu, dijemput

1. Tahun 1 : Ketua Kelas – Rammyson Stewart Ak Kudi


Penolong Ketua Kelas - Meelwin Aniel Ak Geriting
2. Tahun 2 : Ketua Kelas – Robert Belikau Ak Kudi
Penolong Ketua Kelas - Rebecca Ak Rina Kidang

3. Tahun 3 : Ketua Kelas – Stanley Barnabas Ak James


Penolong Ketua Kelas - Puspalela Bt Muhammad Ashaari

4. Tahun 4 : Ketua Kelas - Freedy Jawa Ak Enggang


Penolong Ketua Kelas – Zulkarnain Mustapha Bin Abdullah

5. Tahun 5 : Ketua Kelas – Ameliana Ak Julin


Penolong Ketua Kelas – Annarianna Ameliz Ak Nama

6. Tahun 6 : Ketua Kelas – Anthony Ak Umau


Penolong Ketua Kelas – Jackson Vedik Ak Embat

Terima kasih kepada Puan Carolina atas penyampaian sijil sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis kita berehat sebentar dan kita akan dihiburkan dengan persembahan daripada
kumpulan hijau yang merupakan johan malam kebudayaan Unit Beruniform Tunas Kadet
Remaja Sekolah yang telah diadakan pada minggu lepas yang akan mempersembahkan
persembahan sketsa dan tarian. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan.

Demikianlah tadi, persembahan daripada kumpulan hijau yang sungguh menghiburkan. Untuk
pengetahuan semua, persembahan sebentar tadi adalah dibawah bimbingan dan tunjuk ajar
daripada Cikgu Rahul Matius sepenuhnya. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang mendapat
kedudukan pertama, kedua, dan ketiga bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 6 berdasarkan
markah Ujian Akhir Semester 1 & Semester 2 2017. Untuk pengetahuan semua hadirin,
kedudukan murid-murid ditentukan berdasarkan matapelajaran teras yang lulus sahaja.

Untuk itu dijemput En Lumpong Ak Jalin, Yang Dipertua PIBG SK Nanga Nansang, untuk
menyampaikan hadiah. Majlis mempersilakan.
Dimulakan dengan murid-murid yang mendapat kedudukan Pertama, Kedua dan Ketiga bagi
Ujian Akhir Semester 1 2017 dahulu, dimulakan:

Tahun 1: Tahun 2: Tahun 3:


1. Hannah Elisha Satah Ak James 1. Sxerrienna Niamirza Ak Delgalus 1. Vincent Ak Mikopoline
2. Valentino Steve Ak Christopher 2. Sylvester Gon Anak Janda 2. Aliceia Olivia Marshall
3. Cathrinna Marsha Ak Augustine 3. Viviany Wirochie Anak Wilfred 3. Dellswence Axxel

Tahun 4: Tahun 5: Tahun 6:


1. Wendy Aleya Ak Rubiah 1. Vilano Kiffler Ak Tony 1. Hafizruddin Bin Zaidi Tion
2. Edwilse Rachel Ak Wilfred 2. Melcy Winna Ak Michael 2. Klentin Ak Robert
3. Nicholas Ak Umau 3. Valentino Ak Gerinting 3. Winston Ak Ading

Terima kasih En. Lumpong Ak Jalin atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

Diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang mendapat kedudukan


Pertama, Kedua dan Ketiga bagi Ujian Akhir Semester 2 2016 , Untuk itu, dijemput En. Eddy
Patrick Ak Seman naik atas pentas untuk penyampaian hadiah kepada murid-murid. Bagi:

Tahun 1: Tahun 2: Tahun 3:


1. Valentino Steve Ak Christopher 1. Sylvester Gon Ak Janda 1. Aliceia Olivia Marshall Ak
2. Hannah Elisha Satah Ak James 2. Vivianny Wirochie Ak Wilfred 2. Vincent Ak Mikopoline
3. Rebecca Ak Rina 3. Sxerrienna Niamirza Ak Delgalus 3. Dellswence Axxel Ak

Tahun 4: Tahun 5: Tahun 6:


1. Wendy Aleya Ak Rubiah 1. Vilano Kiffler Ak Tony 1. Klentin Ak Robert
2. Edwilse Rachel Ak Wilfred 2. Melcy Winna Ak Michael 2. Hafizruddin Bin Zaidi Tiong
3. Royvester Ak Pawi 3. Sofia Shahirah Bt Mohd Lim 3. Ben Affleck Ak Embat

Terima kasih En. Eddy Patrick Ak Seman atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian sijil dan hadiah bagi pelajar yang mendapat
pencapaian mata pelajaran teras terbaik (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan
Sains) bagi Tahun 1 hingga Tahun 6 berdasarkan keputusan keseluruhan bagi kedua-dua
ujian Akhir Semester 1 dan Semester 2 2017.
Untuk itu, dijemput sekali lagi Yang Dipertua PIBG, Encik Lumpong Ak Jalin naik ke atas
pentas untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada pelajar.

Dimulakan dengan mata pelajaran Teras Bahasa Melayu:


1. Tahun 1 – Valentino Steve Ak Mikopoline
2. Tahun 2 – Vivianny Wirochie Ak Wilfred
3. Tahun 3 – Vincent Ak Mikopoline
4. Tahun 4 – Wendy Aleya Ak Rubiah
5. Tahun 5 – Melcy Winna Ak Michael
6. Tahun 6 – Klentin Ak Robert

Diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pencapaian mata pelajaran teras terbaik
Bahasa Inggeris:
1. Tahun 1 – Hanna Elisha Satah Ak James
2. Tahun 2 – Sxerrienna Niamirza Anak Delgalus
3. Tahun 3 – Aliceia Olivia Marshall Ak Alice
4. Tahun 4 – Wendy Aleya Ak Rubiah
5. Tahun 5 – Villano Kiffler Ak Tony
6. Tahun 6 – Hafizruddin Bin Zaidi Tiong

Diteruskan lagi penyampaian sijil pencapaian mata pelajaran teras terbaik Matematik:
1. Tahun 1 – Hannah Elisha Satah Anak James
2. Tahun 2 – Sylvester Gon Ak Janda
3. Tahun 3 – Vincent Ak Mikopoline
4. Tahun 4 – Wendy Aleya Ak Rubiah
5. Tahun 5 – Villano Kiffler Ak Tony
6. Tahun 6 – Klentin Ak Robert

Akhir sekali, penyampaian sijil bagi pencapaian mata pelajaran teras terbaik Sains:
1. Tahun 1 – Valentino Steve Ak Christopher
2. Tahun 2 – Vivianny Wirochie Ak Wilfred
3. Tahun 3 – Vincent Ak Mikopoline
4. Tahun 4 – Wendy Aleya Ak Rubiah
5. Tahun 5 – Valentino Ak Gerinting
6. Tahun 6 – Klentin Ak Robert

Terima kasih En Lumpong Ak Jalin atas penyampaian sijil sebentar tadi.


Tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian,
Jika tadi kita telah dihiburkan dengan persembahan daripada kumpulan hijau TKRS 2017,
sekarang kita akan saksikan persembahan yang kedua iaitu merupakan persembahan khas
daripada murid-murid Tahun 6 dan mungkin ini akan menjadi persembahan terakhir mereka
di pentas SK Nanga Nansang sebelum mereka melangkah meninggalkan SK Nanga
Nansang. Untuk itu sama-samalah kita menyaksikan dan menghayati persembahan mereka.
Majls mempersilakan.

Itulah tadi persembahan khas yang begitu menghiburkan dan sungguh bertenaga daripada
murid-murid Tahun 6. Berikan tepukan yang gemurh sekali lagi.

Hadirin yang dihormati,


Majlis kita pada pagi ini diteruskan dengan penyampaian sijil kepada pelajar-pejar yang
terlibat dalam Tunas Kadet Remaja Sekolah dan penyampaian hadiah bagi pertandingan
sukan bagi sesi 2017. Untuk itu dijemput Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Meryilen
Gerinching Ak Nyelipan naik atas pentas untuk menyampaikan sijil dan hadiah.

Bagi penerima sijil Tunas Kadet Remaja Sekolah sesi 2017, dijemput wakil:

1. Winston Ak Ading

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah pertandingan sukan 2017. Bagi
pertandingan bola tampar,
1. Johan :
2. Naib Johan :
3. Tempat Ketiga :

Diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan sukaneka.


1. Johan :
2. Naib Johan :
3. Tempat Ketiga

Dan seterusnya, bagi markah keseluruhan pertandingan sukan 2017, diumumkan.


1. Johan :
2. Naib Johan :
3. Tempat Ketiga :

Terima kasih Puan Meryilen Gerinching atas penyampaian sijil dan hadiah sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan dan hadiah kepada pelajar
contoh dan murid yang telah mencapai kehadiran penuh bagi sesi 2017.

Untuk itu, dijemput sekali En. Pengabang Ak Sumpeng, Mantan Guru Besar SK Nanga
Nansang, diiringi En. Eddy Patrick Ak Seman, Penolong Kanan 1 SK Nanga Nansang, diiringi
En. Lumpong Ak Jalin, Yang DiPertua SK Nanga Nansang naik ke atas pentas bagi
menyempurnakan majlis penyampaian sijil dan hadiah.

Bagi Pelajar contoh SK Nanga Nansang 2017, dijemput:


1. Klentin Ak Robert
2. Wendy Aleya Ak Rubiah

Diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada murid yang berjaya mencapai
kehadiran penuh sesi persekolahan SK Nanga Nansang 2017.
1. Valentino Steve Ak Christopher
2. Puspalela
3. Freedy Jawa Ak Enggang
4. Wendy Aleya Ak Rubiah
5. Jericho Ak Minggu
6. Fahrin Daniel Ak Jalai

Sekarang tibalah kita pada kemuncak majlis pada hari ini, dimana kita akan menyaksikan
barisan graduan Tahun 6 2016 yang telah berjaya menamatkan pengajian di SK Nanga
Nansang dengan keputusan UPSR yang amat membanggakan. Di kesempatan ini, saya bagi
pihak guru-guru dan seluruh warga SK Nanga Nansang mengucapkan sekalung tahniah dan
syabas atas usaha dan kejayaan untuk semua pelajar Tahun 6 SK Nanga Nansang. Ingatlah
pesan ini.

Bintang tujuh sinar berseri,


Bulan purnama datang menerpa;
Ajaran guru hendaklah dicari,
Mana yang dapat janganlah dilupa

Untuk itu, dijemput kesemua Graduan Tahun SK Nanga Nansang naik ke atas pentas
menerima Sijil Penghargaan dan Berhenti Sekolah/Intensif UPSR 2017 dan seterusnya
bersalam-salaman dengan semua guru serta warga SK Nanga Nansang sebagai tanda
kenang-kenangan dan terima kasih. (dijemput semua guru dan kakitangan sekolah berbaris
dan bersalaman dengan murid Tahun 6)

Dimulakan dengan graduan Tahun 6:


1. Ben Affleck Ak Embat
2. Carlos Fernandez Ak Nama
3. Christie Ak Kaya
4. Fahrin Daniel Ak Jalai
5. Hafizruddin Bin Zaidi Tiong
6. Jackline Ak James
7. Klentin Ak Robert
8. Milla Ak Hasar
9. Winston Ak Ading

Terima kasih atas penyampaian sijil dan hadiah sebentar tadi. Dijemput semua guru dan
jemputan mengambil tempat duduk masing-masing

Inilah yang dikatakan,


Umpama belayar sudah sampai ke pelabuhan,
Umpama berjalan sudah sampai ke destinasi,
Umpama berkayuh sudah sampai ke haluan.

Dengan berakhirnya majlis penyampaian sijil sebentar dan hadiah sebentar tadi, maka
berakhirlah majlii Hari Kecemerlangan Pelajar Sekolah Kebangsaan Nanga Nansang 2017
ini.

Saya Mohd Fadhil bin Ismail dari meja pengacara, menyusun jari memofon maaf sekiranya
ada kekurangan, terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar
tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Tuhan yang Maha Kuasa dan
kekurangan itu adalah kelemahan kami dari pihak penganjur.
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua hamba pohonkan

Kalau ada sumur di ladang


Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Tahun hadapan kita berjumpa lagi

Sekian, Terima kasih


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Anda mungkin juga menyukai