Anda di halaman 1dari 9

BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Bab ini menghuraikan dan membincangkan berkaitan reka bentuk kajian. Reka bentuk kajian
digunakan untuk mengumpul maklumat dan data yang diperlukan untuk kajian. Selain itu, dalam
bab ini juga pengkaji akan menerangkan terperinci tentang populasi dan pensampelan di
sampiung instrument yang pengkaji gunakan untuk melihat keberkesanan terapi doh dalam
meningkatkan kemahiran mengenal dan menulis huruf murid tahun 1.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian merupakan satu tatacara mengumpul dan mengolah data berdasarkan
perancangan khusus dan sistematik. Kajian ini dijalankan sepenuhnya menggunakan kaedah
kajian lepas. Pengkaji telah membuat beberapa pemerhatian tentang keberkesanan terapi doh
sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Kajian tinjauan dengan melakukan
pemerhatian dan temubual ialah reka bentuk kajian yang berbentuk deskriptif. Kaeadah kajian ini
diguna pakai kerana kaedah ini dapat membantu penyelidik untuk mengumpulkan maklumat.

Mengapa kajian tinjauan dipilih sebagai kaedah untuk pelaksaanaan kajian ini? Hal ini
kerana menurut Chua Yan Piaw (2011) kajian tinjauan adalah kaedah yang tidak melibatkan
eskprimental dan popular digunakan dalam bidang sains social dan bidang lain. Selaim itu juga,
menurut Zaidatun dan Lim Bee Yeok, 2011 menyatakan bahawa kaedah tinjauan juga boleh
digunakan sebagai pengukur pemboleh ubah berkaitan. Melalui kaedah tinjauan, set senarai
semak dan pemerhatian.
25

Pemerhatian ialah proses meneliti, melihat berdasarkan objektif yang dibina, situasi atau
kejadian secara kritikal. Ia sesuai digunakan untuk mengamati tingkah laku pelajar berdasarkan
objektif atau pemboleh ubah berdasarkan objektif kajian. pelaksanaannya adalah secara
sistematik kerana semasa pengkaji membuat pemerhatian dalam masa yang sama perlu membuat
kajian lapangan. Nota lapangan ini adalah hasil pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji. Ia
boleh dalam bentuk nota deskripsi, peta minda atau di rekod oleh pengkaji dengan menggunakan
pita rakaman. Pemerhatian dilaksanakan dengan membuat catatan tentang apa yang berlaku
semasa proses pengajaran dan pengajaran.

Pemerhatian boleh juga dilakukan dengan menggunakan pita rakaman video, pita
rakaman audio, kamera atau telefon bimbit yang mempunyai fungsi merakam video dan audio. Ia
mestilah dilakukan dengan sebaik mungkin dan pengkaji tidak boleh terpengaruh dengan tingkah
laku subjek semasa menjalankan pemerhatian.

Data pemerhatian merupakan sumber yang penting untuk melengkapkan maklumat


yang diperoleh melalui pengutipan data dengan kaedah yang lain. Melalui pemerhatian, banyak
maklumat dapat diperoleh dengan lebih cepat. Penyediaan soalan sebelum melakukan
pemerhatian adalah penting kerana menerusi soalan-soalan pemerhatian, pengkaji dapat
mengumpul banyak maklumat ke atas masalah.

Pengkaji menggunakan pemerhatian tidak berstruktur untuk mengumpul data.


Pemerhatian ini dilakukan ketika murid menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam
kelas. Tujuannya adalah untuk melihat sama ada subjek dapat menyebut huruf kecil dengan betul
ataupun tidak. Segala pemerhatian direkodkan dengan menggunakan nota lapangan.

Pemerhatian tidak berstruktur dilakukan tanpa merujuk kepada set aktiviti atau aspek
yang telah dikenal pasti secara khusus. Namun begitu, pengkaji perlu menentukan fokus
pemerhatian, iaitu perlakuan guru, tingkah laku pelajar, bahasa badan semasa pengajaran dan
pembelajaran, seorang pelajar atau sekumpulan pelajar dan pergerakan dalam bilik darjah.
Pengkaji juga perlu menentukan tingkah laku yang ada kaitan dengan isu yang dikaji. Pada
mulanya, pengkaji mungkin tidak tahu apa yang hendak dikaji namun selepas membuat
26

pemerhatian, barulah pengkaji mendapat maklumat. Pengkaji bebas mencatat mengikut


kesesuaian mereka.

Pengkaji menyediakan senarai semak sebelum pemerhatian dibuat. Senarai semak


pemerhatian boleh digunakan dalam proses pengumpulan data. Pemerhatian dilakukan bersama
dengan senarai semak agar pemerhatian dan pengumpulan data berfokus. Kompilasi data yang
begini boleh digunakan untuk mengumpul data terkini atau mengesahkan sesuatu perlakuan.
Senarai semak yang dibuat mestilah mempunyai integriti, keesahan, nilai dan relevan terhadap
isu untuk data yang hendak dikumpulkan

Senarai semak digunakan untuk mengetahui jenis huruf yang belum dikenal oleh subjek
dan dapat mengetahui jenis huruf kecil yang menimbulkan kekeliruan. Ini memudahkan pengkaji
untuk menganalisis data yang diperoleh. Semua data direkodkan pada borang senarai semak.

3.3 LOKASI KAJIAN

Lokasi kajian ini ialah di Sekolah Kebangsaan Nanga Nansang, Song iaitu sebuah sekolah di
kawasan pedalaman Song, Sarawak. Pada tahun 2018, semua murid sekolah adalah seramai 44
orang dan merupakan sekolah kurang murid. Sekolah ini juga terdiri daripada 16 orang guru
termasuk pentadbir. Anggota kakitangan pejabat pula terdiri daripada 8 orang dan terdapat
beberapa orang pekerja swasta.

Daerah Song ini terletak di tengah-tengah Negeri Sarawak di mana merupakan daerah
yang kecil terletak di dalam bahagian Kapit, Sarawak. Daerah Song bersempadan dengan
Kalimantan Barat, Indonesia di Selatan. Ia berkeluasan 3,935.20 km persegi dan memiliki jumlah
penduduk sebanyak 20,595 orang (perangkaan 2010).

Pengkaji memilih SK Nanga Nansang untuk menjalankan kajian kerana ianya adalah
tempat bekerja pengkaji dan memudahkan pengkaji mendapatkan maklumatb pekerjaan.
27

3.4 POPULASI DAN PERSAMPELAN KAJIAN

Persampelan adalah berkaitan dengan proses mimilih sebilangan subjek sesuatu populasi untuk
dijadikan sebagai sampel kajian.

3.4.1 Populasi

Menurut Gay dan Airasian (2003), populasi adalah kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan
kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan. Penetapan populasi kajian adalah penting
dalam kajian disebabkan populasi akan menentukan bagaimana dan berapa ramai sampel yang
akan kita pilih serta perbelanjaan kajian. Sebagai contoh, kajian tentang keperluan murid-murid
untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka di sekolah luar bandar tertentulah berbeza
daripada kajian tentang keperluan murid-murid luar bandar di Malaysia. Populasi bagi kedua-dua
kajian adalah berbeza, saiz sampel akan berbeza, begitu juga reka bentuk kajian yang akan
digunakan juga berbeza.

Lim Chong Hin (2007) menyatakan bahawa populasi adalah merujuk kepada satu kelas
kes yang diminati pengkaji dalam konteks penyelidikan. Kelas ke situ boleh dalam bentuk
individu, organisasi, institusi, peristiwa sesuatu tempat, fenomena atau kejadian, suatu tempoh
masa atau hal-hal yang diminati oleh pengkaji untuk dikaji.

Namun, untuk kajian ini, pengkaji hanya memilih populasi tahun 1 di SK Nanga Nansang
untuk dijadikan populalsi kajian mengikut kepada kehendak objektif kajian yang ingin dicapai
oleh pengkaji.

3.4.2 Pensampelan

Menurut Aziz dan Lim Hui Ling (2011) menyatakan bahawa persampelam dikaitkan dengan
proses untuk memilih subjek daripada populasi untuk dijadikan responden dan generalisasi
berkait dengan populasi dapat dibuat oleh pengkaji. Pemilihan sampel yang sesuai adalah
penting kerana sampel yang kurang sesuai menyebabkan kebolerhpercayaan dan kesahan kajian
28

berkurangan. Oleh itu, perancangan teliti haruslah dilakukan oleh pengkaji dalam pengumpulan
data daripada sampel kajian. Hal ini bersesuaian dengan pendapat Chau (2001) yang
menjelaskan bahawa perancangan pensampelan yang rapi tidak hanya dapat memudahkan
pengkaji, malahan juga dapat mengurangkan berlakunya ralat dalam pengukuran, disamping
menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan.

Teknik pensampelan dalam kajian ini adalah menggunakan teknik pensampelan


bertujuan, di mana pengkaji sudah menetapkan maklumat dan cirri tertentu yang perlu ada pada
sampel. Pengkaji juga membuat pertimbangan (judgment) berdasarkan pengetahuan dan tujuan
kajian dalam memilih sampel.

3.5 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen yang pengkaji gunakan dalam kajian tindakan saya adalah ujian, pemerhatian, senarai
semak dan temubual untuk menghasilkan data deskriptif agar gambaran yang lebih menyeluruh
tentang proses yang berlaku dalam kajian ini diperoleh. Ujian terbahagi kepada dua iaitu ujian
pra dan ujian pos mengenal dan menyebut huruf.

Ujian pra diadakan sebelum intervensi dijalankan. Kajian ini dijalankan bagi menilai
sejauh mana pencapaian dan kelemahan murid dalam menguasai kemahiran mengenal dan
menulis huruf. Dalam ujian yang dijalankan, pengkaji meminta kanak-kanak tersebut menyebut
huruf berdasarkan kad huruf yang ditunjukkan. Ujian pos diberikan kepada subjek kajian setelah
proses rawatan selesai dijalankan. Ujian ini sama dengan ujian pra dengan meminta murid tahun
1 menyebut huruf berdasarkan kad huruf yang ditunjukkan. Perbezaan pencapaian antara ujian
pos dan ujian pra digunakan untuk mengesan kemajuan dan pencapaian murid-murid. Ujian pos
dibuat selepas intervensi dibuat iaitu selepas empat minggu.

Pengkaji menggunakan pemerhatian tidak berstruktur untuk mengumpul data.


Pemerhatian ini dilakukan ketika murid menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam
kelas. Tujuannya adalah untuk melihat sama ada subjek dapat menyebut huruf kecil dengan betul
ataupun tidak. Segala pemerhatian direkodkan dengan menggunakan nota lapangan.
29

Senarai semak digunakan untuk mengetahui jenis huruf yang belum dikenal oleh subjek
dan dapat mengetahui jenis huruf kecil yang menimbulkan kekeliruan. Ini memudahkan pengkaji
untuk menganalisis data yang diperoleh. Semua data direkodkan pada borang senarai semak.

Temu bual digunakan untuk meninjau persepsi subjek. Temu bual digunakan sebagai
kaedah untuk mendapatkan data supaya dapat menjawab persoalan kajian penyelidikan ini.
Sebanyak tiga soalan pertanyaan diajukan kepada murid selepas intervensi dijalankan. Pengkaji
menggunakan soalan yang ringkas dan berstruktur untuk mendapatkan maklumat daripada
mereka. Semasa temubual, pengkaji mengumpul data dengan menulis jawapan subjek kajian
pada lembaran soalan yang telah pengkaji berikan.

3.6 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN KAJIAN

Kesemua item-item dalam senarai semak diambil daripada senarai semak dari “Based on the
Early Childhood Environment Rating Scale” oleh Sue Clark Wortham (1995) yang mana beliau
adalah pakar dalam senarai semak untuk kanak-kanak. Selain itu, item-item senarai semak juga
dirujuk melalui Surayah Zaidon dan Haslinda Md. Ali (2009), dalam Penilaian Dalam
Pendidikan Prasekolah, Kuala Lumpur. Tokoh-tokoh seni dan kreativiti kanak-kanak seperti
Torrance, Taylor, Lowenfeld, McFee dan Rogers mempunyai pandangan tersendiri untuk
mengenal pasti perkembangan kreativiti kanak-kanak. Mereka telah berusaha untuk
membangunkan kreativiti kanak-kanak dan memberi impak yang positif kepada masa depan
kanak-kanak. Torrance telah mencipta satu kaedah penanda aras untuk mengukur tahap kreativiti
seseorang kanak-kanak. Beliau menggunakan Torrence Test of Creative Thinking untuk menguji
tahap kreativiti seseorang kanak-kanak.

Untuk memastikan kesahan kandungan item-item yang ingin dikaji, pengkaji telah
mendapatkan nasihat daripada pensyarah yang mengajar. oleh kerana item-item yang digunakan
adalah terjemahan daripada Bahasa Inggeris, ubah suai ke atas struktur ayat dan bahasa.
Ketepatan item dan juga dalam mengelaskan item. Hasilnya dibuat beberapa pindaan dalam item
yang berkaitan komunikasi, kreativiti, motor halus dan pergaulan kanak-kanak. Item-item yang
digunakan adalah bersesuaian dengan tahap perkembangan dan kebolehan kanak-kanak.
30

3.7 ANALISIS DATA

Pengkaji menggunakan analisis kandungan untuk menganalisis data yang dikumpul melalui ujian
pra, ujian pos, pemerhatian, senarai semak dan temu bual. Bagi ujian pra dan ujian pos pula,
pengkaji dianalisis dengan menukarkan kepada bentuk peratusan untuk menerangkan kajian yang
telah pengkaji lakukan. Dengan cara membandingkan data-data daripada ujian pra dan ujian pos
itu, perkaitan antara data dapat dilihat dengan jelas. Dalam kajian ini data yang dikumpul
diproses dalam bentuk peratusan.Formula ini dikira dengan membahagikan bilangan huruf yang
dapat dijawab dengan jumlah abjad (26 huruf kecil) dan didarab dengan 100 peratus (%).Ujian
pos diberikan kepada subjek kajian setelah proses rawatan selesai dijalankan. Ujian ini sama
dengan ujian pra dengan meminta murid tahun 1 menyebut huruf berdasarkan huruf yang
ditunjukkan. Perbezaan pencapaian antara ujian pos dan ujian pra digunakan untuk mengesan
kemajuan dan pencapaian murid-murid. Ujian pos dibuat selepas intervensi dibuat iaitu selepas
empat minggu. Pencapaian ujian pos subjek kajian dalam bentuk peratus boleh dilihat dalam
jadual 1.

Subjek Kajian Ujian Pos


Subjek 1 93.30%
Subjek 2 100%
Subjek 3 100%
Subjek 4 88.46%

Jadual 1: Peratus Ujian Pos Mengenal dan Menulis Huruf

Pengkaji juga telah menggunakan skala untuk menilai dan menentukan pencapaian subjek bagi
ujian pra dan ujian pos mengenal huruf. Berdasarkan skala gred bagi ujian pos subjek yang
mendapat gred A dikatakan telah menguasai kemahiran mengenal dan menulis huruf dengan
betul. Berdasarkan jadual 2, Subjek 2 dan Subjek 3 mencapai tahap paling cemerlang kerana
dapat mengenal dan menulis 26 huruf dengan baik.
31

Gred Tahap Pencapaian Markah Interpretasi


A Cemerlang 90-100 Menguasai kemahiran mengenal dan
menulis huruf dengan sangat baik
B Baik 80-89 Menguasai kemahiran mengenal dan
menulis huruf dengan baik
C Memuaskan 60-79 Masih dalam proses penguasaan kemahiran
mengenal dan menulis huruf
D Lemah 30-59 Lemah dalam menguasai kemahiran dan
menulis huruf
E Sangat Lemah 0-29 Sangat lemah dalam menguasai kemahiran
mengenal dan menulis huruf

Jadual 2: Skala Gred Bagi Ujian Pra dan Ujian Pos Mengenal dan Menulis Huruf

Pengkaji juga menganalisis kandungan bagi setiap temu bual. Pengkaji aktif mendengar dan
meneliti isi perbincangan dalam sesi temu bual untuk menjaga kesahan data. Pengkaji memetik
ungkapan sebenar peserta kajian dan dijadikan data sokongan berhubung dengan soalan kajian.
Pngkaji menggunakan soalan yang ringkas untuk mendapatkan maklumat daripada mereka.
Soalan yang digunakan adalah seperti jadual 3 berikut.

Bil. Soalan
1. Jika diberikan peluang, mahukah anda memiliki sendiri doh ini?
2. Adakah susah menggunakan doh untuk membentuk huruf?
3. Adakah anda seronok bermain menggunakan doh?

Jadual 3: Soalan Temu Bual

Pengkaji telah menganalisis kandungan nota lapangan bagi setiap sesi pembelajaran dan
pengajaran yang dilaksanakan. Rajah 4 adalah contoh analisis kandungan nota lapangan.
Pengkaji telah membaca nota lapangan berulang kali untuk mendapatkan gambaran umum bagi
32

tujuan interpretasi. Pengkaji melabelkan perkara penting bagi memudahkan saya untuk
menjawab soalan kajian.

3.8 KESIMPULAN

Kesimpulannya, dalam bab ini kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis data diterangkan
secara terperinci. Selain itu, melalui bab ini juga pengkaji membincangkan reka bentuk kajian
yang dijalankan. Penjelasan tentang lokasi kajian, populasi dan persampelan juga dinyatakan.
Selain itu, penggunaan instrumen kajian dan penganalisisan data turut dibincangkan. Dalam bab
ini juga pengkaji menjelaskan bahawa kaedah tinjauan menggunakan pemerhatian dan temubual
dalam kajian ini sangat efektif untuk mengumpul semua maklumat dan data yang diperlukan.
Ianya disokong pula dengan adanya instrument lain seperti temu bual, ujian pra dan pos. Di
samping itu, hasil analisis data yang diperoleh akan dijelaskan pula secara terperinci dalam Bab
4, iaitu pada bahagian dapatan.

Anda mungkin juga menyukai