Anda di halaman 1dari 8

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 2, 170-177, 2020


http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Amalan Pengajaran Guru Bahasa Melayu Menggunakan Modul


PKJR
(Teaching Practice of Malay Language Teacher Using RSE Modules)
Roslinda Ghafar1*, Zamri Mahamod1
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

*Pengarang Koresponden: lindaghafar89@gmail.com

Accepted: 30 July 2020 | Published: 10 August 2020


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) merupakan satu elemen yang perlu
diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Bahasa Melayu di sekolah
rendah. PKJR ini merupakan satu perkara baharu yang perlu dilaksanakan oleh guru dalam
sesi PdPc sama ada sebagai aktiviti atau sebagai bahan bantu mengajar. Namun, para guru
menghadapi masalah dalam menyerapkan PKJR ini dalam penulisan rancangan pengajaran
harian (RPH) guru. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk melihat amalan pengajaran
guru Bahasa Melayu mengunakan Modul PKJR. Kajian ini mengunakan kaedah kajian kes
yang melibatkan seorang peserta kajian iaitu guru Bahasa Melayu sekolah rendah.
Pendekatan kualitatif dengan instrumen temu bual dan analisis dokumen digunakan dalam
kajian ini. Dapatan temu bual dianalisis secara naratif dan analisis dokumen iaitu
rancangan pengajaran harian peserta kajian yang berkaitan PKJR menunjukkan amalan
pengajaran peserta kajian menggunakan Modul PKJR secara optimum. Pengkaji berharap
dapatan kajian ini dapat menyedarkan pihak yang berkaitan dengan PKJR supaya dapat
menambah baik pelaksanaan PKJR agar objektif KPM dan JKJR dapat dicapai untuk
melahirkan generasi yang cakna akan keselamatan diri sendiri dan orang lain.

Kata kunci: Modul PKJR, Bahasa Melayu, amalan pengajaran


Abstract: Road Safety Education (RSE) is an element that should be integrated into teaching
and learning of Malay language in primary schools. This PKJR is something new that
teachers need to accomplish in the PdPc session either as an activity or as a teaching aid.
However, the teachers are having trouble incorporating the PKJR into writing a daily lesson
plan (RPH). The purpose of this study is to look at the practice of teaching English Module
using RSE. This study uses the case study method, which involves a joint study of Malay
Language teachers in primary schools. A qualitative approach with the interview instrument
and document analysis was used in this study. Interviews were analyzed narrative and
document analysis which is the PKJR study participant's daily lesson plan demonstrates the
study practice of participants using the PKJR Module optimally. The researchers hope that
the findings of this study can inform the parties related to PKJR in order to improve the
implementation of PKJR so that the objectives of the KPM and JKJR can be achieved to
produce a generation that care for itself and others' safety.
Keywords: RSE module, Malay language, teaching practices
_________________________________________________________________________
1. Pendahuluan
Sembilan strategi utama dinyatakan dalam rangka Pelan Strategik Keselamatan Jalan Raya
bagi membolehkan sektor pengangkutan memainkan peranan penting dalam memastikan
170
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 2, 170-177, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Antara starategi yang melibatkan bidang
pendidikan ialah Strategi 1: Penambahan dan pengekalan pendidikan serta langkah-langkah
psikologi dalam menangani isu keselamatan jalan raya dan Strategi 4: Meningkatkan
penyertaan masyarakat yang melibatkan majikan, pemimpin masyarakat, ahli politik,
pemimpin agama, pakar pendidikan, badan profesioanl, organisasi sukarela dan kumpulan
pemuda untuk mencapai pelaksanaan program dan inisiatif keselamatan jalan raya yang lebih
komprehensif dan berkesan.

Sejajar dengan strategi Pelan Keselamatan Jalan Raya yang dirangka, satu usaha sama antara
Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah ditubuhkan.
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun
2006 melalui Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010 yang dilancarkan oleh
mantan Perdana Menteri Kelima. Pelan ini diperkenalkan bagi memberi pendedahan kepada
murid-murid di sekolah tentang keselamatan jalan raya.

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya merupakan pendidikan berterusan sepanjang hayat


dalam usaha melahirkan pengguna jalan raya yang bertanggungjawab dan mempunyai
kesedaran menghargai nyawa, kesihatan dan harta peribadi. Pemagkin kepada perubahan
sikap dan tingkah laku individu dalam usaha melahirkan generasi pengguna jalan raya yang
berhemah serta mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya adalah dengan
pembudayaan keselamatan jalan raya. Penyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara adalah usaha yang dijalankan dalam pendidikan
keselamatan jalan raya. Oleh hal demikian, Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
telah direncanakan yang melibatkan kerjasama antara Kementerian Pengangkutan Malaysia
dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program yang dirangka perlu dilaksanakan di sekolah mengikut pelan yang telah ditetapkan.
Pelaksana yang tepat bagi program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya di sekolah ialah
guru. Modul Pendedahan Guru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya atau Modul DeGuru
PKJR dirancang oleh JKJR dan Institusi Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
(MIROS) adalah bertujuan untuk memberi panduan yang lebih jelas kepada guru agar dapat
mengaplikasikan penyerapan ilmu keselamatan jalan raya dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu (BM) Program ini dirangka dan dilaksanakan secara
serapan dalam matapelajaran Bahasa Melayu di sekolah.

Pelaksanaan penyerapan PKJR ditetapkan 2 jam sebulan dalam matapelajaran Bahasa


Melayu. Guru perlu menyerapkan pengajaran PKJR ini sama ada sebagai aktiviti pengajaran,
penggunaan bahan PKJR sebagai bahan pengayaan atau menghasilkan rancangan pengajaran
harian (RPH) yang sesuai dengan tema, Standard Pembelajaran (SP) dan Standard
Kandungan (SK) BM dengan Hasil Pembelajaran (HP) PKJR itu sendiri. Sehubungan dengan
itu, pihak KPM telah memberi kuasa kepada Pejabat Pendidikan Daerah di setiap negeri bagi
melaksanakan kursus kepada para guru agar guru mendapat pendedahan yang sewajarnya
dalam memastikan pelaksanaan PJKR di sekolah berjalan lancar dan objektif PKJR tercapai
serta nilai dapat diserapkan kepada murid-murid.

2. Ulasan Kajian Lepas

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya di Malaysia


Sejumlah 830 orang responden telah terlibat dalam kajian ini. Borang soal selidik digunakan
sebagai instrumen dan diedarkan kepada setiap responden terlibat pada dua fasa iaitu sebelum
171
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 2, 170-177, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

kursus dan selepas kursus. Hasil kajian menunjukkan peningkatan tahap pengetahuan dan
tahap kemahiran yang signifikan (ρ = 0.001) antara fasa sebelum kursus dan selepas kursus.
Tahap kesediaan mengajar juga menunjukkan peningkatan yang positif (p=0.004). Analisis
juga menunjukkan kursus PKJR ini berjaya meningkatkan kemahiran responden mengenai
kaedah penggunaan alat bantu mengajar PKJR yang dibekalkan. Responden turut bersetuju
bahawa kemahiran mereka merancang jadual waktu pengajaran PKJR telah meningkat.

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya di luar negara


Pihak berkuasa keselamatan jalan raya Ireland (RSA) telah membina beberapa bahan untuk
kegunaan guru dalam pengajaran murid di sekolah berkaitan keselamatan jalan raya yang
boleh digun pakai untuk semua pengguna jalan raya seperti pejalan kaki, penunggang
motosikal, penunggang basikal dan pemandu kenderaan. Oleh yang demikian, dapat
disimpulkan bahawa pendidikan keselamatan jalan raya merupakan satu lamgkah proaktif
pihak kerajaan dengan pihak berkepentingan bagi memastikan pengguna jalan raya mendapat
maklumat dan ilmu tentang keselamatan jalan raya yang betul. Penghasilan bahan pengajaran
turut sama penting dalam membantu guru menyampaikan pengajaran kepada murid tentang
keselamatan jalan raya dengan berkesan. Program ini memberi pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang akan membina asas bagi pembangunan pengguna jalan raya yang selamat untuk
masa kini dan masa depan. Usaha berteruskan diteruskan lagi bagi memastikan impak positif
berterusan bagi jangka masa panjang tentang keselamatan jalan raya. (Pelan Strategi
Keselamatan Jalan Raya Ireland 2007-2012).

Model Pengajaran SIM


Model SIM menjadi dasar kepada kajian ini yang memberi fokus kepada amalan pengajaran
guru menggunakan Modul PKJR dalam penulisan RPH. Model SIM mempunyai empat
elemen yang mendasari iaitu, guru, murid, isi pelajaran dan objektif pengajaran. Elemen-
elemen tersebut berinteraksi antara satu sama lain. Elemen yang dijadikan model dalam
kajian ini melibatkan tiga elemen utama membuat persediaan pengajaran iaitu guru, objektif
dan isi pelajaran. Faktor objektif dan isi pelajaran perlu dititikberatkan oleh guru dalam
penyediaan persediaan mengajar agar pengajaran guru berada dalam kawalan, sistematik dan
berjaya dilaksanakan untuk mencapai objektif seperti Rajah 2.3. di bawah:

GURU

OBJEKTIF ISI

Rajah 1: Persediaan untuk Pengajaran Guru

Selain itu, elemen-elemen ini memainkan peranan penting dalam persediaan guru dalam
pengajaran khususnya pengajaran menggunakan Modul PKJR. Elemen isi pelajaran yang
difokuskan dalam kajian ini ialah Modul PKJR. Modul PKJR ini terdiri daripada tiga teras
yang merangkumi Modul DeGuru, Buku Aktiviti Murid dan Bahan Bantu Mengajar (BBM).

Perancangan Pengajaran
Dalam pengajaran, guru perlu merancang pengajarannya agar dapat memastikan pengajaran
dan pembelajaran menepati kehendak objektif dan matlamat pembelajaran. Thomas F. Green
(1971) menyatakan tujuan mengajar adalah menukar tingkah laku dan kelakuan pelajar
172
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 2, 170-177, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

menerusi ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Perancangan terbahagi kepada empat
peringkat iaitu, pra perancangan, perancangan aktif, perancangan semasa dan pasca
perancangan. Perancangan yang teliti dan komprehensif akan memberi kesan yang positif
kepada pembelajaran pelajar. Perancangan juga akan memastikan setiap minit dalam tempoh
pengajaran guru sepanjang tahun memberi kesan yang bermakna kepada guru dan murid. Isi
kandungan dan bahan yang hendak disampaikan perlu lengkap dan menepati kehendak
sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang telah ditentukan. Melalui perancangan yang teliti,
guru dapat menentukan jarak, urutan dan penekanan kepada isi pelajaran agar dapat dikuasai
oleh murid dengan baik.

Amalan Pengajaran
Carroll (1963, 1989) telah memperkenalkan model awal amalan pengajaran guru yang
berkesan yang melibatkan lima faktor iaitu sikap (attitute), kebolehan untuk memahami
pengajaran (ability to understand), ketekunan (perseverance), peluang (oppurtunity) dan
pengajaran yang berkualiti (Quality of instruction). Model Carroll ini menekankan bahawa
pengajaran guru perlu baik agar murid dapat belajar dengan mudah. Faktor-faktor ini menjadi
satu penanda aras bagi setiap guru dalam memastikan pengajaran mereka dapat mencapai
objektif dan membantu murid memahami pembelajaran yang disampaikan. Guru perlu
mempelbagaikan kaedah pengajaran, alat bantu mengajar yang menarik dan pelbagai jenis,
perancangan isi pengajaran dirancang dengan baik, sistem ganjaran disediakan dan masa
perlu dijaga dengan baik.

Pengajaran Guru
Pengajaran merupakan salah satu aspek yang amat penting dalam memastikan keberkesanan
program PKJR. Guru selaku tenaga pengajar utama dalam proses pembelajaran PKJR,
memerlukan ilmu dan kemahiran supaya mampu menyampaikan pengajaran secara berkesan.
Sejak dari tahun 2008, setiap guru yang terlibat dalam pengajaran PKJR diberikan latihan
melalui Kursus Latihan Guru PKJR yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Keselamatan Jalan
Raya (JKJR). Kursus ini memberi pendedahan ilmu dan kemahiran berkaitan pengajaran dan
pembelajaran PKJR. Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan kursus yang dilaksanakan
dalam kalangan guru Tingkatan 1. Analisis juga menunjukkan kursus PKJR ini berjaya
meningkatkan kemahiran responden mengenai kaedah penggunaan alat bantu mengajar PKJR
yang dibekalkan. Responden turut bersetuju bahawa kemahiran mereka merancang jadual
waktu pengajaran PKJR telah meningkat.

Penggunaan Modul
Meyer (1998) menyatakan pengajaran bermodul merupakan pakej pengajaran yang
mengabungkan pengalaman belajar mengikut urutan aktiviti pembelajaran dan objektif
pengajaran dapat dinyatakan dengan jelas. Hal ini bertepatan dengan penggunaan Modul
PKJR yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu dalam merancang dan melaksanakan aktiviti
pengajaran dengan baik. Aktiviti pengajaran dirancang dengan merujuk Modul PKJR yang
telah ditetapkan pelaksanaan aktiviti dan bahan pengajarannya.

173
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 2, 170-177, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Jadual dan Rajah


Dapatan Kajian
Demografi Peserta Kajian
Jadual 1: Demografi Peserta Kajian
Nama Umur Jenis Tempoh Tempoh Bidang Menghadiri Kursus
Samaran (Tahun) Sekolah Pengalaman Mengajar Opsyen atau PKJR
Mengajar Bahasa Melayu tidak opsyen
Peserta A 42 SABK 22 12 Opsyen Anjuran BPI untuk
SABK Johor &
Melaka

Analisis Data Temu Bual


Hasil temu bual menunjukkan peserta kajian menggunakan Modul PKJR dalam penulisan
RPH yang dirancang.

Amalan Pengajaran Menggunakan Modul PKJR


Pengkaji:Adakah cikgu menggunakan Modul PKJR dalam pengajaran matapelajaran
Bahasa Melayu? Cuba cikgu jelaskan.
PK :Ya, saya memang menggunakan Modul PKJR dalam pengajaran matapelajaran
Bahasa Melayu kerana memudahkan saya ketika melaksanakan pengajaran dalam
kelas untuk memberi kefahaman kepada murid tentang keselamatan jalan raya.

Penggunaan Modul PKJR dalam penulisan RPH


Pengkaji: Bagaimanakah cikgu menulis RPH dengan penyerapan PKJR?
PK : Akak tengok matapelajaran dulu. Kalau ada tajuk PKJR, akak akan buat RPH PKJR
sepenuhnya. Tapi kalau tiada PKJR minggu tersebut, akak akan buat secara
penyerapan dengan glosari yang ada dalam BAM secara berulang.

Analisis Dokumen
Peserta kajian yang telah faham akan penggunaan Modul PKJR dalam pengajaran PKJR
secara serapan akan menyemak Rancangan Pengajaran Tahunan atau buku teks Bahasa
Melayu untuk memastikan tema dan tajuk yang akan dirancang penulisan RPH.

Penulisan Rancangan Pengajaran Harian dengan Serapan PKJR

2
1

Rajah 2: RPH dengan serapan PKJR

174
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 2, 170-177, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Penyerapan yang dilakukan adalah dengan penyerapan dalam langkah aktiviti pengajaran dan
penggunaan BAM. Label 1 yang ditulis oleh peserta kajian pada ruangan kiri menunjukkan
penyerapan PKJR telah dilakukan oleh peserta kajian. Tema, fokus dan HP PKJR telah
dinyatakan dengan jelas oleh peserta kajian dalam penulisan rph ini. Label 2 menunjukkan
tema matapelajaran Bahasa Melayu bertarikh 19 Ogos 2019 ini adalah tidak sama dengan
tema PKJR. Oleh sebab itu, peserta menulis rph dengan penyerapan PKJR dalam langkah
aktiviti 4 yang ditanda dengan Label 3. Peserta kajian menulis langkah aktiviti 4 yang
memerlukan murid-murid mengaitkan tajuk pengajaran dengan tanda-tanda isyarat jalan raya.
BAM juga digunakan oleh peserta kajian sebagai BBM untuk mengukuhkan kefahaman
murid tentang tanda isyarat jalan raya yang dilabelkan dengan Label 4.

Penulisan Rancangan Pengajaran Harian sebagai RPH PKJR

Rajah 3: RPH PKJR sepenuhnya

Rancangan Pengajaran Harian ini merupakan satu-satunya RPH yang ditulis sebagai RPH
PKJR. Hail nii adalah kerana tema matapelajaran Bahasa Melayu pada 5 November 2019
ialah tema keselamatan dengan tajuk ‘Kita Waspada Kita Selamat’. Kemahiran yang
diajarkan pada hari tersebut ialah kemahiran menulis ayat yang diimlak dengan ejaan yang
betul. Langkah aktiviti pengajaran sepenuhnya adalah aktiviti PKJR. BAM digunakan oleh
guru sebagai BBM untuk mnegukuhkan kefahaman murid. Murid menulis ayat penyata dan
membentang hasil perbincangan di hadapan kelas. Penulisan RPH PKJR yang berdiri sendiri
lebih mudah dilaksanakan dan ditulis kerana guru tidak perlu tergesa-gesa untuk
menyegerakan aktiviti pdpc.

3. Perbincangan dan Kesimpulan


Perbincangan
Perbincangan dapatan kajian yang diperoleh pengkaji dibincangan secara mendalam dalam
memenuhi objektif kajian ini. Kajian ini membincangkan amalan pengajaran guru Bahasa
Melayu menggunakan Modul PKJR. Temu bual yang telah dijalankan menunjukkan peserta
kajian mempunyai tahap kefahaman yang baik berkaitan penggunaan Modul PKJR. Peserta
kajian boleh menerangkan submodul PKJR yang terdiri daripada tiga komponen iaitu, Modul
DeGuru, BAM dan BBM. Modul DeGuru merupakan panduan kepada guru tentang
pelaksanaan penyerapan PKJR, penulisan RPH pengajaran PKJR secara penuh atau serapan
sahaja dan Huraian Pelajaran PKJR yang perlu peserta kajian gunakan dalam penulisan RPH.

Penggunaan Modul PKJR membantu peserta kajian selaras dengan Asran et. All (2007) yang
menyatakan kaedah pengajaran bermodul merupakan kaedah pengajaran terancang dan

175
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 2, 170-177, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

sistematik. Penggunaan Modul PKJR ini membantu guru dalam amalan pengajaran PKJR
dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Hal ini juga disokong dengan penyataan Caroll (1989)
tentang kebolehan guru untuk memahami pengajaran membantu murid lebih memahami apa
yang dipelajari.

Peserta kajian faham tentang penggunaan Modul PKJR memudahkan pengajaran dan
penyerapan PKJR dalam pdpc dan seterusnya memberi kefahaman yang jelas kepada murid-
murid tentang PKJR yang diajarkan oleh guru. Penggunaan Modul DeGuru sebagai panduan
guru merancang pengajaran, BAM dan BBM untuk mengukuhkan kefahaman murid tentang
PKJR. Kefahaman guru tentang penggunaan Modul PKJR ini juga dapat dilihat menerusi
penulisan RPH peserta kajian yang membuat penyerapan PKJR dalam langkah pengajaran
dan BAM digunakan sebagai BBM untuk mengukuhkan kefahaman murid. Peserta kajian
juga ada menjelaskan dalam temu bual bahawa sepanjang mengajarkan BM dengan serapan
PKJR, peserta kajian akan mengulang sebut glosari yang ada dalam BAM.

Kesimpulan
Kajian ini melibatkan seorang peserta kajian yang merupakan seorang guru Bahasa Melayu di
sebuah sekolah rendah agama. Kajian yang dijalankan ini dalam skala yang kecil dan tidak
sesuai untuk mengeneralisasikan secara keseluruhan kajian dengan amalan pengajaran guru
Bahasa Melayu mengunakan Modul PKJR dalam dunia pendidikan di Malaysia Dapatan
kajian ini adalah bersifat individu yang berfokuskan peserta kajian sahaja.

Kajian ini juga hanya menerangkan tiga aspek iaitu kefahaman guru, amalan pengajaran guru
dalam penulisan RPH dan masalah yang dihadapi oleh guru dalam penyerapan PKJR.
Pengkaji seterusnya yang berminat untuk mengkaji tentang pelaksanaan PKJR ini boleh
melibatkan lebih ramai peserta kajian dan menggunakan pendekatan kuantitatif untuk
membantu membuat generalisasi kajian yang akan datang.

Selain itu, pengkaji seterusnya boleh juga melibatkan murid dalam kajian yang akan dibuat
untuk meninjau pelaksanaan PKJR ini dari sudut murid dan pembelajaran agar pelaksanaan
PKJR ini dapat dikaji dengan menyeluruh melibatkan guru dan murid.

Kesimpulannya, peserta kajian dilihat dapat melaksanakan PKJR dengan baik dalam
pengajaran dan penulisan RPH kerana telah didedahkan dengan kursus yang dihadiri sendiri.
Peserta kajian lebih faham pelaksanaan apabila menghadiri kursus berbanding hanya
mendengar perkongsian rakan guru lain yang mengahadiri kursus PKJR.

Rujukan

Asran, H,. Mustafa, M. Z., & Idris, M. S. (2007). Pedagogi pendidikan (DBE1213).
Johor: UTHM.
A.S. Arul Lawrence & Dr. S.Amaladoss Xavier. 2014. Teacher Education. APH Publishing
Corporation Ansari Road, Darya Ganj, New Delhi India.
Bogdan & Bicklen. (2003). Qualitative research for education: An introduction to theory and
method. Boston: Allyn &Bacon.
Braun, V., & Clarke, V. (2006). using themtic analysis in psychology (vol. 3).
qualitative research in psychology. http://doi.org/10.1191/1478088706qp063oa
Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.
Esah Sulaiman (2004). Pengenalan Pedagogi. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Fraenkel, J.&Wallen, N. (1996). How to design and evaluate research. USAMcGraw-Hill Inc.
176
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 2, 170-177, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Gilbert, N. (2008). Researching social life. Sage.


Perangkaan Kemalangan Jalan Raya. Indeks Kematian di Malaysia.
http://www.mot.gov.my/my/darat/keselamatan-jalan-raya/perangkaan-kemalanga n-
jalan-raya-indeks-kematian
Kamdi Kamil. (1990). Keberkesanan Program Pengayaan Alam Dan Manusia Secara
Bermodul Untuk Murid-Murid Berpencapaian Tinggi Tahun Lima. Phd
Thesis.Universiti Sains Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Surat Pekeliling Ikhtisas
Krippendorff, K. (2004). Content analysis: an introduction to its methodology (2nd Ed.)
Thousand Oaks, CA: Sage
Mazlan Ismal, Mohamad Ibrani Shahrimin Adam Assim, Et All. (2016). Kesan Pendidikan
Keselamatan Jalan Raya Terhadap Tingkha Laku Berencana Pengguna Jalan Raya
Dalam Kalangan Kanak-Kanak. Jurnal Pengguna Malaysia. 18-35
Mpyoye Lazarus Sentsho. (2010). Exploring the response of rural primary school children to
road safety education programmes. Faculty of education university of pretoria SA.
MRR No. 256 Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014–2020: 19
Muhamad Muda. (2003). Apa itu kajian kes? Kertas Kerja. Dibentangkan di Bengkel
Penyelidikan dan Penulisan Kes Siri 1 Universiti Sains Islam Malaysia.
Páirc Ghnó Ghleann na Muaidhe, Cnoc an tSabhaircín, Bóthar Bhaile Átha Cliath,
Road Safety Authority Moy Valley Business Park, Primrose Hill, Dublin Road,
Ballina, Co. Mayo.
Rohizani Yaakub,Shahabuddin Hashim &Mohd.Zohir Ahmad. (2003). Pedagogi: Strategi
Dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Pts Publications & Distributors Sdn.. Bhd.
Sihes, A.J.,Ibrahim, M. A. & A.Wahab, Z.(2007). Pembinaan perisian multimedia berasaskan
model konstruktivisme: kitaran pembelajaran sains lima fasa. Seminar Kebangsaan
JPPG 2007: Teknologi dalam Pendidikan. 18 - 20 November 2007. UTHO Malaysia.
Thomas F. Green. (1971). The activities of teaching. McGraw-Hill: Universiti Michingan.
Yin, R. K. (2009). Case study research: design and methods, 4th, ed. London: Sage.
Zakiah Mohamad Ashari1, Azlina Mohd. Kosnin , Yeo Kee Jiar. (2013) The Effectiveness Of
Learning Through Play Module On The Understanding Of Number Concept Among
Preschool Children. Faculty Of Education, Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Utm Skudai, Johor Bahru, Malaysia

177
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Anda mungkin juga menyukai