Anda di halaman 1dari 10

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 1-10, 2021


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Elemen Kemahiran Teknikal Dari Perspektif Majikan Industri:


Satu Tinjauan Awal
(Elements of Technical Skills from the Perspective of Industrial
Employers: A Preliminary Study)
Nadhirah Manap1*, Yahya Buntat1
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor, Malaysia

*Pengarang Koresponden: nadhirahmanap@graduate.utm.my

Accepted: 15 May 2021 | Published: 1 June 2021


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kemahiran teknikal yang dikuasai oleh graduan adalah kriteria utama dalam
menempatkan diri mereka di pasaran pekerjaan. Walau bagaimanapun, terdapat juga aduan
dari majikan industri mengenai graduan yang kekurangan kemahiran teknikal yang
diperlukan. Kajian ini adalah kajian awal untuk mengetahui berkenaan majikan industri masa
kini memerlukan elemen kemahiran teknikal yang tertentu. Kajian ini menggunakan
pendekatan meta-kandungan yang dianalisis dari pelbagai sumber penerbitan yang berkaitan
dengan isu kemahiran teknikal. Maklumat yang diperolehi dirumuskan sebagai dapatan kajian
bagi kajian ini.

Kata kunci: tinjauan, elemen, kemahiran teknikal, majikan industri

Abstract: The technical skills mastered by the graduates are important criteria to enable them
to gain a place in the job market. However, there are also complaints from industry employers
about graduates lacking the required technical skills. This study is a preliminary study to
identify the elements of technical skills required by today’s industrial employers. This study
employed a meta-content approach that is analyzed from various publication sources related
to technical skills issues. The information obtained is summarized as research findings for this
study.

Keywords: review, element, technical skills, industrial employers


_________________________________________________________________________
1. Pengenalan

Bidang kemahiran di Malaysia sering disalah anggap oleh ibu bapa, pelajar dan masyarakat
sebagai bidang yang menjadi pilihan terakhir dalam meneruskan pengajian kerana sistem
pendidikan negara lebih tertumpu kepada pencapaian akademik selain mempertengah potensi
dan nilai pelajar. Malah, universiti awam mahupun swasta lebih menekankan ilmu saintifik
berbanding bidang kemahiran yang ditolak tepi dan dijadikan sebagai latihan untuk pekerjaan
tertentu sahaja. Berbeza dengan negara luar, mereka mengangkat bidang kemahiran dalam
TVET sebagai pendidikan utama dalam pendidikan yang fleksibel dan prospek kerja yang
setara. Dengan kata lain, mereka menganggap kualiti dalam bidang kemahiran adalah setanding
dengan kualiti dalam akademik pendidikan (Jalil, Hisham, & Annas, 2015).

Kajian yang dibuat oleh Rizal, Malyia, Rasid, Zaid dan Yahya (2008), mendapati para graduan
masih tidak diminati oleh pihak industri disebabkan wujudnya kelemahan dalam kemahiran

1
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 1-10, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

teknikal, malahan industri beranggapan bahawa mereka ini hanya cemerlang dari segi aspek
akademik semata tanpa memikirkan kemahiran yang lain. Menurut Needham & Papier (2012),
sumbangan graduan lulusan kemahiran dalam produktiviti dan pertumbuhan ekonomi
mempunyai imej yang tersendiri dan menjadi kebanggan di negara mereka. Sebaliknya kajian
yang dijalankan oleh Esa, Asri, Suhaili dan Jaslina (2014) mendapati bahawa pelajar yang
mengikuti aliran kemahiran adalah berdasarkan bakat dan minat, ianya bukan berdasarkan
keputusan peperiksaan atau kelas kedua.

Kajian yang dilaksanakan oleh Hair, Azimi, Rahmah dan Jegak Uli (2004) mendapati bahawa
pihak majikan industri memerlukan graduan yang memiliki pengetahuan asas teknikal di mana
penguasaan kemahiran teknikal ini ditunjukkan oleh tahap kecekapan yang diperolehi oleh
graduan setelah tamat latihan industri. Begitu juga hasil kajian Zuhdi, Nizam dan Ruhizan
(2017), kemahiran yang para graduan perolehi adalah tidak sepadan dengan keperluan industri
kini dan juga mendapati bahawa kebanyakan industri di Malaysia menghadapi masalah
kekurangan kemahiran teknikal dalam kalangan pekerja.

2. Ulasan Kajian Lepas

Kemahiran teknikal dinilai oleh pihak industri terhadap pekerja mahir untuk melihat tahap
kualiti kerja yang ditunjukkan oleh mereka. Penilaian ini bertujuan untuk menerangkan bahawa
pekerja yang memanfaatkan kemahiran teknikal semata-mata tidak mencukupi untuk dijadikan
persediaan dalam menghadapi keperluan industri yang maju, kuat serta berdaya saing. Sektor
ekonomi memerlukan tenaga mahir dengan kriteria kemahiran teknikal yang berkualiti bukan
sahaja di Malaysia namun di seluruh pelusuk dunia (Thomas, 2008). Industri kini lebih
memfokuskan pekerja mahir yang mempunyai intergrasi yang sangat baik antara kemahiran
teknikal dan bukan teknikal. Setiap individu yang ingin memasuki bidang kemahiran teknikal
perlu memiliki kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi (Affero dan Zeti, 2020).
Walaupun kedua-dua kemahiran itu penting, namun dari penelitian yang dibuat didapati
terdapat majikan industri yang mengatakan para graduan masa kini masih lagi menghadapi
kekurangan dari aspek kemahiran teknikal terutamanya kemahiran penggunaan teknologi yang
terkini.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Nabil, Khair, Dayana dan Safarin (2011), kemahiran
teknikal ialah pengetahuan asas bagi setiap pekerjaan khususnya dalam industri. Menurut Salah
(2001), kemahiran teknikal ialah kecekapan dan kefahaman dalam satu bentuk aktiviti yang
melibatkan kaedah, proses, prosedur dan teknik. Mesheta dan Norazah (2020) mendapati
bahawa permintaan tinggi dalam kalangan majikan bukan sahaja kepada kemahiran
employabiliti malah termasuk juga aspek kemahiran teknikal. Kedua-duanya berkait rapat dan
menjadi titik fokus yang dilihat oleh majikan kepada pelajar lepasan kolej berkemahiran
teknikal. Majikan melakukan pemerhatian lengkap sepanjang pelajar menjalani latihan industri
dari segi aspek tingkah laku, peraturan keselamatan serta kemahiran teknologi, Lain pula kajian
yang dibuat oleh Sarimah, Aidah dan Norlizah (2020) berkenaan dengan usahawan iaitu
kejayaan seseorang usahawan dipengaruhi oleh sikap mereka yang bijak mengambil peluang
perniagaan terutamanya dalam menguasai kemahiran teknologi dan digital.

Industri yang dibangunkan di Malaysia mempunyai peralatan, mesin dan teknologi canggih
sesuai dengan kemampuan pekerja sebagai pakar dalam bidang tertentu. Peralatan canggih
seharusnya dimanfaatkan oleh pekerja mahir dengan kemahiran teknikal yang tinggi agar dapat
digunakan dengan kecekapan semaksimum mungkin (Handler dan Healy, 2009). Kebanyakan
pihak majikan melontarkan komen negatif bahawa kemahiran dan kelayakan yang dimiliki oleh

2
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 1-10, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

para pekerja adalah kurang dan tidak selari dengan keperluan yang dikehendaki kerana mereka
menunjukkan prestasi kerja yang tidak memuaskan. Manakala bagi bakal pekerja pula, mereka
gagal menggabungkan antara kemahiran teknikal yang dipelajarinya dengan persekitaran alam
pekerjaan yang diceburi (Hasliza, 2004). Justeru itu, beberapa elemen kemahiran teknikal perlu
diberi tumpuan yang lebih supaya para pekerja tidak tercicir dengan keperluan industri masa
kini.

3. Dapatan Kajian

Hasil analisis kajian dirumuskan seperti ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Elemen Kemahiran Teknikal Yang Diperlukan Majikan Industri


Elemen Kemahiran Teknikal

Kemahiran Mengetahui Fungsi


Kemahiran Penyelenggaraan

Kemahiran Mengendalikan

Kemahiran Merekabentuk

Kemahiran Mengenalpasti
Kemahiran Menggunakan

Kemahiran Operasi Rutin


Kemahiran Berkomputer

Kemahiran Pemasangan
Kemahiran Penyediaan
Kemahiran Pengujian
Kemahiran Numerasi

Peralatan

Peralatan

Peralatan

Peralatan
Mesin
No. Pengarang & Tahun

Zalizah Hanapi, Arasinah Kamis


(2017). Analisis Perbandingan
di Antara Industri, Pensyarah
dan Graduan Terhadap
Kepentingan Kemahiran
1 / / / /
Teknikal dan Kemahiran
Employabiliti Yang Perlu
Dikuasai oleh Graduan Bidang
Elektrik di Kolej Komuniti –
Sains Humanika 9:1-5, 67-75

Yahya Buntat, Sukri Saud dan


Hairul Anuar (2006). Cabaran
Politeknik Sultan Ahmad Shah
2 / / /
(POLISAS) Membangunkan
Modal Insan Sejajar Dengan
Keperluan Sektor Industri

Wan Khairuzzaman, Abdul


Aziz, Shah Kassim dan Novi
Fitri (2005). Impak
3 / / /
Penggunaan Automasi
Terhadap Prestasi Kerja
Operator

3
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 1-10, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Elemen Kemahiran Teknikal

Kemahiran Mengetahui Fungsi


Kemahiran Penyelenggaraan

Kemahiran Mengendalikan

Kemahiran Merekabentuk

Kemahiran Mengenalpasti
Kemahiran Menggunakan

Kemahiran Operasi Rutin


Kemahiran Berkomputer

Kemahiran Pemasangan
Kemahiran Penyediaan
Kemahiran Pengujian
Kemahiran Numerasi

Peralatan

Peralatan

Peralatan

Peralatan
Mesin
No. Pengarang & Tahun

Suhaili Hanafi (2015).


Kesediaan Pelajar Dari Aspek
Kemahiran Teknikal Terhadap
4 / / /
Pembentukan Kebolehkerjaan
Di Kolej Vokasional Wilayah
Selatan

Abd Hair, Azimi Hamzah,


Rahmah Ismail, dan Jegak Uli
5 (2004). Keseimbangan Antara / /
Tuntutan Majikan dan
Penguasaan Pelatih
Zalizah Hanapi (2015).
Kesepadanan Latihan
Terhadap Pekerjaan Dalam
6 / / / /
Kalangan Graduan
Kejuruteraan Elektrik Di Kolej
Komuniti

Zuhdi Ibrahim, Mohd Nizam


dan Ruhizan Yasin (2017).
Ketidaksepadanan Kemahiran
dan Kolaborasi Industri -
7
Institusi PLTV di Malaysia :
/ /
Satu Cadangan Penyelesaian -
SkillsMalaysia Journal Vol 3
No. 1 (17-22)

Sarimah Hassan, Aidah Karim


dan Norlizah Hassan (2020).
Memperkasa Usahawan
Wanita Menerusi Pendidikan
Teknikal dan Latihan
8 Vokasional (TVET) dan /
Keusahawanan di Kolej
Komuniti, Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia -
Jurnal Dunia Pengurusan Vol 2
No. 3 (101-111)

4
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 1-10, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Elemen Kemahiran Teknikal

Kemahiran Mengetahui Fungsi


Kemahiran Penyelenggaraan

Kemahiran Mengendalikan

Kemahiran Merekabentuk

Kemahiran Mengenalpasti
Kemahiran Menggunakan

Kemahiran Operasi Rutin


Kemahiran Berkomputer

Kemahiran Pemasangan
Kemahiran Penyediaan
Kemahiran Pengujian
Kemahiran Numerasi

Peralatan

Peralatan

Peralatan

Peralatan
Mesin
No. Pengarang & Tahun

Zafir Khan & Nazmy Latif


(2018). Mengurus Modal Insan
Dalam Industri 4.0 Ke Arah
9 / /
Kecemerlangan Negara -
Journal of Social Sciences and
Humanities Vol 16 No. 6 (1-13)

Affero Ismail & Zeti Kasman


(2020). Pembangunan
Kompetensi Kemahiran
10 Teknikal bagi Sektor / / / /
Pengangkutan di Malaysia -
Jurnal Kajian Pendidikan Vol
10 (1)

Masheta Noor & Norazah


Abdullah (2020). Persepsi
Majikan Terhadap Pelajar
Kolej Komuniti Jempol semasa
11 Menjalani Latihan Industri - / /
BITARA International Journal
of Civiizational Studies and
Human Sciences Vol 2 Issue 4
(026-035)

Usha Malini & Choong Yeun


(2007). Persepsi Pelajar
Terhadap Atribut Pekerjaan
12 /
dan Implikasinya ke atas
Pendidikan Universiti - Sains
Malaysiana 36 (2) : 213-223

Ahmad Nabil, Khair Noordin,


Dayana Farzeha & Safarin
13 Nordin (2011). Technical Skills /
and Non-Technical Skills :
Predefinition Concept

5
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 1-10, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Elemen Kemahiran Teknikal

Kemahiran Mengetahui Fungsi


Kemahiran Penyelenggaraan

Kemahiran Mengendalikan

Kemahiran Merekabentuk

Kemahiran Mengenalpasti
Kemahiran Menggunakan

Kemahiran Operasi Rutin


Kemahiran Berkomputer

Kemahiran Pemasangan
Kemahiran Penyediaan
Kemahiran Pengujian
Kemahiran Numerasi

Peralatan

Peralatan

Peralatan

Peralatan
Mesin
No. Pengarang & Tahun

Zaliza Hanapi, Safarin Nordin


& Ridzwan (2014).
Unemployment Problem
amoung Graduates of
14 / / / / /
Technical Field : Competencies
of the Graduates and Quality
of the Education - Sains
Humanika 2:2, 53-57

Nasyitah, Balkhis, Najihah, Mai


Shiha dan Azhari (2017).
Kompetensi Pembimbing
15 dalam Sistem Latihan / / / /
Kemahiran Dua Hala : Satu
Sorotan Literatur - Sains
Humanika 9:1-5, 59-66

Anuar & Zulhilmi (2017).


Pengetahuan Dan Pengamalan
Keselamatan Bengkel Di
16 / /
Kalangan Pelajar Di Sebuah
Institusi Kemahiran Belia
Negara Di Negeri Terengganu.

Rahmah & Norlinda (2008).


Analisis Kecekapan Teknikal
17 Firma Melayu Dalam Sektor / / /
Pembuatan Malaysia - IJMS 15
(2), 143-163

Sattar, Rose, Busu & Azlin


(2012). Kepentingan
Kemahiran Kebolehdapatan
18 /
Kerja Kepada Bidang Teknikal -
Jurnal Teknologi (Social
Sciences) 59, 93-101

6
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 1-10, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Elemen Kemahiran Teknikal

Kemahiran Mengetahui Fungsi


Kemahiran Penyelenggaraan

Kemahiran Mengendalikan

Kemahiran Merekabentuk

Kemahiran Mengenalpasti
Kemahiran Menggunakan

Kemahiran Operasi Rutin


Kemahiran Berkomputer

Kemahiran Pemasangan
Kemahiran Penyediaan
Kemahiran Pengujian
Kemahiran Numerasi

Peralatan

Peralatan

Peralatan

Peralatan
Mesin
No. Pengarang & Tahun

Hasril, Norain & Noorazman


(2017). Tahap Pengetahuan,
Kemahiran dan
Kebolehupayaan Pelatih
19 /
Pendawaian Elektrik dalam
Pembentukan Usahawan
Teknikal di Giatmara Negeri
Johor - 9:1-5, 109-117

Haryanto (2016). Kecekapan


Teknikal Pertanian Padi di
20 Indonesia : Kajian di Pulau / /
Jawa – Jurnal Ekonomi
Malaysia 50(2), 143-154

JUMLAH 14 2 2 2 6 3 3 8 2 2 2 4

4. Perbincangan
Berdasarkan data yang telah dianalisis seperti dalam Jadual 1, pengkaji telah dapat mengenal
pasti antara elemen-elemen kemahiran teknikal yang majikan industri paling perlukan iaitu
kemahiran berkomputer yang mendapat pernyataan yang paling tinggi diikuti dengan
kemahiran menggunakan peralatan, kemahiran penyelenggaraan, kemahiran operasi rutin,
kemahiran merekabentuk, kemahiran mengendalikan mesin dan akhir sekali mendapat
pernyataan yang sama iaitu kemahiran pemasangan, kemahiran pengujian, kemahiran
penyediaan peralatan, kemahiran mengenalpasti peralatan, kemahiran mengetahui fungsi
peralatan, dan kemahiran numerasi.

Ini jelas sekali menunjukkan kemahiran berkomputer adalah sebagai satu pelengkap tugas di
mana ia akan menggantikan teknik lama yang selari dengan tuntutan pelanggan dalam industri.
Tuntutan majikan pula menghendaki pekerja yang ingin memasuki pasaran buruh perlulah
terlebih dahulu menguasai kemahiran komputer kerana para pekerja perlu menyediakan
laporan kerja yang memerlukan penggunaan komputer (Hair, Azimi, Rahmah, dan Jegak Uli,
2004). Ini selari dengan keperluan kerajaan terhadap kepentingan kemahiran industri 4.0 dalam
kalangan para graduan bagi memenuhi tenaga kerja di industri masa kini. Kecanggihan dalam
sistem perkomputeran bakal menggantikan tenaga manusia dan pengecilan saiz organisasi.
Pada masa yang sama, tenaga fizikal pekerja amat dipentingkan dalam memastikan operasi
terus mencapai matlamat yang telah ditetapkan (Zafir & Nazmy, 2018). Masheta dan Norazah

7
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 1-10, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

(2020) menegaskan bahawa pekerja yang mahir dalam mengendalikan teknologi maklumat
seperti kemahiran berkomputer memberi peluang yang besar untuk mereka menjadi seorang
pekerja yang imaginatif dan kreatif seiring dengan keperluan semasa dalam menentukan
keberkesanan kerja.

Seterusnya, kemahiran menggunakan peralatan yang mempunyai pernyataan kedua tertinggi


dan juga kemahiran penyelenggaraan yang mempunyai pernyataan ketiga tertinggi adalah
merupakan satu kemahiran penting yang diutamakan oleh majikan industri. Walaupun
kemahiran merekabentuk serta kemahiran mengendalikan mesin mempunyai pernyataan kedua
terendah, ia juga merupakan kemahiran teknikal yang masih dalam kategori sangat diperlukan
oleh pihak industri. Manakala bagi kemahiran pemasangan, kemahiran pengujian kemahiran
penyediaan peralatan, kemahiran mengenalpasti peralatan, kemahiran mengetahui fungsi
peralatan dan kemahiran numerasi yang mempunyai pernyataan yang terendah dan sama,
namun ianya tetap berada dalam lingkungan kemahiran teknikal yang penting dalam keperluan
majikan serta industri.

Elemen kemahiran teknikal yang diperlukan oleh industri masa kini telah dapat dikenalpasti
dalam kajian ini dan ia berguna sebagai rujukan dalam usaha menerapkan kemahiran teknikal
perlu dalam kalangan pekerja di sektor industri.

5. Kesimpulan
Kemahiran yang dipelajari adalah melalui aktiviti sosial harian, kesedaran awam terhadap
seseorang melalui persekitaran serta tingkah laku dan mental positif digalakkan untuk lelaki
dan wanita untuk sama-sama belajar kemahiran yang sama. Pada asasnya, pelajar perlu diberi
bimbingan kerana ianya telah menjadi tanggungjawab institusi untuk menyediakan pendidikan
yang relevan dalam memenuhi kehendak pasaran industri semasa (Ibrahim, Ab. Rahman, &
Ruhizan, 2017). Bagi memastikan pelajar mendapat kemahiran yang sesuai dengan keperluan
majikan, isi kandungan kurikulum pelajaran sesuatu kursus perlulah menyentuh elemen-
elemen kemahiran teknikal yang selari dengan keperluan majikan industri.
Justeru itu, kurikulum pendidikan perlu dikaji dari semasa ke semasa untuk memastikan
bahawa pendidikan itu diterima oleh pelajar adalah relevan dan terkini. Latihan industri yang
diterima oleh pelajar perlu dinilai keberkesanannya untuk memastikan bahawa pelajar
mendapat kemahiran teknikal di industri selari dengan apa yang dipelajari di bengkel
kuliahnya. Akhir sekali, tenaga pengajar harus mempraktikkan kemahiran kerja semasa proses
pembelajaran sehingga dapat membantu pelajar memahami cara-cara menerapkan kemahiran
teknikal yang diperlukan (Ismail & Kasman, 2020).
Rujukan

Abd Hair Awang, Azimi Hamzah, Rahmah Ismail & Jegak Uli (2004). Kemahiran Bolehkerja
: Keseimbangan Antara Tuntutan Majikan dan Penguasaan Pelatih.
Affero Ismail & Zeti Kasman (2020). Pembangunan Kompetensi Kemahiran Teknikal bagi
Sektor Pengangkutan di Malaysia.
Ahmad Esa, Asri Selamat, Suhaili Padil & Jaslina Jamaludin (2014). Applications Of Soft
Skills In Engineering Programme At Polytechnic Malaysia – Procedia Social and
Behavioral Sciences 140, 115-120.
Ahmad Nabil, Muhammad Khair, Dayana Farzeeha & Mohd Safarin (2011). Non-Technical
Skills For Technical Skilled Workers In Malaysia.

8
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 1-10, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Ahmad Rizal Madar, Malyia Afzan Abd Aziz, Abdul Rasid Abd.Razzaq, Mohamad Zaid
Mustafa & Yahya Buntat (2008). Kemahiran Employabiliti Bagi Memenuhi Keperluan
Industri.
Charles A. Handler & Mark C. Healy (2009). Hiring Manufacturing Staff in the 21st Century:
A Fundamental Shift in Skills.
Hasliza Hashim (2004). Kajian Tahap Keperluan Terhadap Kemahiran Teknikal di Industri.
Ibrahim, M.Z., Ab. Rahman, M.N. & Ruhizan, M.Y. (2017). Ketidaksepadanan Kemahiran dan
Kolaborasi Industri–Institusi PLTV di Malaysia: Satu Cadangan Penyelesaian. Jurnal
SkilMalaysia. Vol.3, No.1. November 2017.
Ismail, A. & Kasman, Z. (2020). Pembangunan Kompetensi Kemahiran Teknikal bagi Sektor
Pengangkutan di Malaysia. Jurnal Kajian Pendidikan, Volume 10(1), Jun 2020.
Masheta Mohd Noor & Norazah Abdullah (2020). Persepsi Majikan Terhadap Pelajar Kolej
Komuniti Jempol Semasa Menjalani Latihan Industri.
Mohd Anuar Bin Abdul Rahman & Mohamad Zulhilmi Bin Abdul Wahab (2017). Pengetahuan
Dan Pengamalan Bengkel Di Kalangan Pelajar Di Sebuah Institut Kemahiran Belia
Negara Di Negeri Terengganu.
Mohd Hasril, Siti Norain & Noorazman (2017). Tahap Pengetahuan, Kemahiran dan
Kebolehupayaan Pelatih Pendawaian Elektrik dalam Pembentukan Usahawan Teknikal di
Giatmara Negeri Johor - 9:1-5, 109-117.
Mohd Jalil Ahmad, Noor Hisham Jalani & Annas Akhmal Hasmon (2015). TEVT di Malaysia
: Cabaran dan Harapan.
Mohd Zuhdi Ibrahim @ Ahyat, Mohd Nizam Ab Rahman & Ruhizan Mohammad Yasin
(2017). Ketidaksepadanan Kemahiran dan Kolabrasi Industri – Institusi PLTV di
Malaysia: Satu Cadangan Penyelesaian.
Mohamad Sattar, Rose Amnah, Busu Sulong & Azlin Norhaini (2012). Kepentingan
Kemahiran Kebolehdapatan Kerja Kepada Bidang Teknikal - Jurnal Teknologi (Social
Sciences) 59, 93-101.
Nasyitah, Balkhis, Najihah, Mai Shiha & Azhari (2017). Kompetensi Pembimbing dalam
Sistem Latihan Kemahiran Dua Hala : Satu Sorotan Literatur - Sains Humanika 9:1-5,
59-66.
Needham, S., and Papier, J (2012). Practical Matters : What Young People Think About
Vocational Education in South Africa. London : City and Guilds.
Rahmah Ismail & Norlinda Tendot (2008). Analisis Kecekapan Teknikal Firma Melayu Dalam
Sektor Pembuatan Malaysia - IJMS 15 (2), 143-163.
Salah El Sabaa (2001). The Skills and Career Path ofan Effective Project Manager.
Sarimah Che Hassan, Aidah Abdul Karim & Norlizah Che Hassan (2020). Memperkasa
Usahawan Wanita Menerusi Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) Dan
Keusahawanan Di Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Suhaili Binti Hanafi (2015). Kesediaan Pelajar Dari Aspek Kemahiran Teknikal Terhadap
Pembentukan Kebolehkerjaan di Kolej Vokasional Wilayah Selatan.
Thomas, C. (2008). China 2nd High Skills Development Forum.
Tri Haryanto (2016). Kecekapan Teknikal Pertanian Padi di Indonesia : Kajian di Pulau Jawa
Jurnal Ekonomi Malaysia 50(2), 143-154.
Usha Malini Maniam & Liong Choong Yeun (2007). Persepsi Pelajar Terhadap Atribut
Pekerjaan dan Implikasinya ke atas Pendidikan Universiti.
Wan Khairuzzaman, Abdul Aziz, Mohd Shah & Neng Sri (2005). Impak Penggunaan Automasi
Terhadap Prestasi Kerja Operator.
Yahya Buntat, Muhammad Sukri Saud & Hairul Anuar Hussain (2006). Cabaran Politeknik
Sultan Ahmad Shah (POLISAS) Membangunkan Modal Insan Sejajar Dengan Keperluan
Sektor Industri.

9
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 1-10, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Zafir Khan Mohamed Makhbul & Mohd Nazmy Abd Latif (2018). Mengurus Modal Insan
Dalam Industri 4.0 Ke Arah Kecemerlangan Negara.
Zalizah Hanapi (2015). Kesepadanan Latihan Terhadap Pekerjaan Dalam Kalangan Graduan
Kejuruteraan Elektrik Di Kolej Komuniti.
Zalizah Hanapi & Arasinah Kamis (2017). Analisis Perbandingan di Antara Industri,
Pensyarah dan Graduan Terhadap Kepentingan Kemahiran Teknikal dan Kemahiran
Employability yang Perlu Dikuasai oleh Graduan Bidang Elektrik di Kolej Komuniti.
Zaliza Hanapi, Safarin Nordin & Ridzwan (2014). Unemployment Problem amoung Graduates
of Technical Field : Competencies of the Graduates and Quality of the Education
- Sains Humanika 2:2, 53-57.
Zuhdi Ibrahim, Mohd Nizam & Ruhizan Yasin (2017). Ketidaksepadanan Kemahiran dan
Kolaborasi Industri - Institusi PLTV di Malaysia : Satu Cadangan Penyelesaian -
SkillsMalaysia Journal Vol 3 No. 1 (17-22).

10
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Anda mungkin juga menyukai