Anda di halaman 1dari 8

KOLEJ VOKASIONAL KUALA LIPIS

KM 13 JALAN LIPIS BENTA


27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


PROGRAM / ME-020-3:2012 HVAC INSTALLATION AND
PROGRAM’S CODE & MAINTENANCE SUPERVISION
NAME
TAHAP / LEVEL TIGA

NO. DAN TAJUK UNIT ME-020-3:2012/C07 – MANAGEMENT & TRAINING OF


KOMPETENSI /
SERVICE PERSONANEL
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1. CAREER DEVELOPMENT TRAINING PROGRAM FOR


AKTIVITI KERJA / WORK SERVICE TECHNICIAN
ACTIVITIES NO. AND 2. TRAINING AND IMPARTS OF KNOWLEDGE AND SKILL
STATEMENT
Muka Surat / Page : 1
NO. KOD –
Drpd / of : 8
Kod NOSS-No. CU/No.
Kertas Penerangan
NO. KOD / CODE NO. MUKA SURAT –
NYATAKAN JUMLAH
ME-020-3:2012/C07/P(1/2)
HELAIAN KERTAS
PENERANGAN

TAJUK/TITLE :
PENGENALAN LATIHAN KEMAHIRAN DAN KEMAHIRAN MOTIVASI

TUJUAN/PURPOSE :
Kertas penerangan ini akan menerangkan kepada pelatih-pelatih tentang latihan
kemahiran, kemahiran motivasi, yang dapat diterapkan dalam seseorang juruteknik.
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. ME-020-3:2012/C07/P(1/2)
Drpd / of : 8

1. PENGENALAN LATIHAN KEMAHIRAN

Peranan latihan kemahiran dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi adalah
salah satu strategi penting bagi memastikan Malaysia mencapai taraf negara maju dan
berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Jumlah pekerja mahir masih lagi tidak mencukupi untuk
menampung keperluan sebuah negara maju. Langkah untuk meningkatkan bilangan pekerja
mahir perlu dilaksanakan bagi memastikan matlamat negara tercapai. Selaras dengan usaha
mentransformasikan pendidikan kemahiran oleh kerajaan baru-baru ini, maka satu kajian perlu
dijalankan untuk mengenal pasti status penerimaan masyarakat terhadap latihan kemahiran
dan masalah-masalah berkaitan dengannya. Secara khususnya, kajian ini bertujuan:

i) Mengenalpasti faktor-faktor kritikal (imej dan kebanggaan kerja, gaji dan faedah sampingan,
kebolehpekerjaan, prospek kerjaya, dan jaminan kerja dan kerjaya lulusan latihan
kemahiran) yang mempengaruhi penerimaan masyarakat terhadap latihan kemahiran.
ii) Mengenalpasti tahap penerimaan masyarakat terhadap latihan kemahiran sebagai pilihan
untuk peningkatan kelayakan individu bagi persiapan kebolehpekerjaan
iii) Mencadangkan pelan tindakan pelaksanaan bagi meningkatkan tahap penerimaan
masyarakat terhadap latihan kemahiran.

1.1 KONSEP DAN PENGERTIAN KEMAHIRAN

Terdapat pelbagai istilah yang digunakan untuk menjelaskan maksud berkaitan dengan
kemahiran “employability”. Kebanyakan istilah tersebut memberi tumpuan ke atas tajuk yang
berkaitan dengan gambaran personal, sikap, tabiat, dan juga tingkah laku; cara berkomunikasi,
penyelesaian masalah dan kemahiran membuat keputusan serta proses mengurus organisasi.

Gainer (1988) telah membuat satu ringkasan terhadap satu kumpulan kemahiran
“employability” seperti berikut:
 Keterampilan individu yang meliputi (kemahiran komunikasi, kemahiran berhubung,
kemahiran komputer, dan kemahiran berbudaya)
 Kemahiran Kebolehpercayaan Individu yang meliputi (pengurusan individu, beretika,
dan kematangan vokasional)
 Kemahiran pengubahsuaian ekonomi (Kemahiran menyelesaikan masalah,
pembelajaran dan juga pembangunan kerjaya).

Lankard (1990) pula mendefinisikan kemahiran “employability” meliputi gambaran


personal,
kemahiran interpersonal dan juga sikap dan tingkah laku yang baik.

“The Conference Board of Canada” (1996) dalam satu artikal yang bertajuk, “Yukon
Work Futures: Skills for Today’s Workplace”, telah mendefinisikan kemahiran sebagai satu
istilah yang digunakan untuk menjelaskan kemahiran dan juga kualiti individu yang dikehendaki
oleh para majikan terhadap pekerja baru apabila mereka mula bekerja. Kemahiran-kemahiran
dan juga kualiti individu yang diperlukan ini adalah berguna kepada semua pihak, tidak kira
dalam bidang usaha secara kecil-kecilan, mahupun bidang usaha berskala besar, atau dalam
kerajaan. Kemahiran adalah kemahiran yang boleh dipindahkan dari satu bidang kerja ke satu
bidang kerja lain. Ia tidak meliputi kemahiran dan kualiti yang diperlukan oleh sesuatu bidang
pekerjaan yang khusus sahaja, malah merangkumi semua bidang kerjaya.
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. ME-020-3:2012/C07/P(1/2)
Drpd / of : 8

Overtoom (2000) dalam satu artikel “Eric Digest” bertajuk “Employability Skills: An
Update” telah mendefinisikan kemahiran “employability” seperti berikut:

“Employability skills are transferable core skill group that represent


essential functional and enabling knowledge, skills, and attitudes
required by the 21st century workplace. They are necessary for career
success at all levels of employment and for all levels of education.”

Di Barat, mereka telah melihat kemahiran ini adalah merupakan salah satu daripada
aspek kemahiran yang perlu diberi perhatian dan sering dikaji. Mereka menganggap bahawa
aspek
kemahiran ini adalah satu aspek kompetensi pekerjaan yang harus diketahui dan dimiliki oleh
setiap
pekerja untuk membolehkan mereka menjadi seorang pekerja yang benar-benar trampil dan
berkeupayaan tinggi dalam dunia pekerjaan yang mereka ceburi.

1.2 JENIS-JENIS KEMAHIRAN

Kajian yang dibuat telah mendapati beberapa kemahiran penting yang dipersetujui oleh
majikan industri dan perlu diberi perhatian telah digambarkan dalam satu model kajian. Model
tersebut mengandungi tiga aspek kemahiran yang harus diambil perhatian semasa
mengintegrasikan aspek kemahiran tersebut di institusi latihan vokasional pertanian bagi
memenuhi kehendak dan keperluan majikan industri. Kemahiran-kemahiran tersebut adalah
berdasarkan kepada min keutamaan yang dirujuk kepada kepentingan dan keperluan majikan
industri terhadap elemen-elemen kemahiran. Pola taburan elemen kemahiran yang dikaji dapat
dirumuskan seperti berikut:

a) Kemahiran Akademik dimana bagi kemahiran ini elemen kemahiran yang harus
diutamakan adalah:
 Kemahiran penyelesaian masalah
 Kemahiran berfikir secara kritikal
 Kemahiran komunikasi
 Matematik

b) Kemahiran Mengurus Diri dimana elemen kemahiran yang harus diberikan perhatian
adalah meliputi :
 Kemahiran bertanggungjawab
 Kemahiran bersikap positif
 Kemahiran membuat penyesuaian

c) Kemahiran Berpasukan di mana dalam kemahiran ini, elemen kemahiran meliputi :


 Kemahiran bekerja dengan orang lain
 Kemahiran melibatkan diri dalam sesuatu projek
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. ME-020-3:2012/C07/P(1/2)
Drpd / of : 8

1.3 KEPENTINGAN UNTUK PELAJAR

Kemahiran generik juga dikenali dengan “Soft Skills.” Ia merupakan elemen kemahiran
yang amat diperlukan oleh pihak majikan dan perlu diberi penekanan terhadap penerapannya
di institusi-institusi pengajian. Kajian yang dibuat mendapati antara kemahiran yang dianggap
penting oleh pihak majikan industri dan perlu diterapkan kepada para pelajar termasuklah:

1) Kemahiran berkomunikasi
2) Kemahiran bekerja secara berkumpulan
3) Keterampilan pelajar dari segi kepimpinan
4) Kemahiran merancang dengan baik
5) Memahami etika kerja yang sesuai
6) Berdisplin
7) Boleh mengurus diri sendiri
8) Menggunakan masa dengan bijak
9) Dapat membuat sesuatu perbezaan
10) Berfikir secara kritikal
11) Mengurus beban kerja
12) Menyelesaikan sesuatu masalah
13) Menentukan keutamaan
14) Membuat sesuatu keputusan dengan bijak
15) Membuat anggaran
16) Berdaya saing
17) Kreatif
18) Fleksibal
19) Peka terhadap isu-isu persekitaran
20) Menghormati pemikiran dan pendapat orang lain
21) Boleh bekerjasama
22) Bergaul dan berunding dengan orang lain
23) Bersikap positif terhadap sesuatu perubahan
24) Bertindak tanpa pertolongan orang lain
25) Menyesuaikan diri
26) Berdaya saing
27) Peka terhadap isu-isu persekitaran
28) Menghargai diri sendiri
29) Bertanggungjawab terhadap tindakan yang diambil

Kemahiran-kemahiran tersebut penting kerana para pelajar yang berupaya memiliki


kemahiran tersebut akan dapat mempamerkan perwatakan yang penuh yakin serta bersedia
menempuh alam pekerjaan yang memerlukan para pekerja memiliki kepelbagaian kemahiran
“Soft skills” di samping kemahiran teknikal.
Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. ME-020-3:2012/C07/P(1/2)
Drpd / of : 8

2. KEMAHIRAN MOTIVASI

2.1 Pengenalan

Motivasi berpunca dari dalam ataupun dari luar diri seseorang. Dalam pembelajaran,
guru perlu tahu sama ada pelajarnya cenderung ke arah motivasi yang timbul dari dalam
ataupun dari luar diri mereka. Ini perlu supaya guru dapat bertindak dengan sewajarnya bagi
memberikan rangsangan kepada pelajarnya supaya berusaha. Motivasi yang berpunca dari
dalam diri iaitu yang didorong oleh faktor kepuasan dan ingin tahu disebut ‘motivasi intrinsik’.
Motivasi yang berpunca dari luar iaitu apabila kita buat sesuatu bagi mendapatkan ganjaran
adalah ‘motivasi ekstrinsik’

2.2 Motivasi Ekstrinsik

Motivasi ekstrinsik diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan


menggerakkan individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang membawa faedah kepadanya.
Motivasi ekstrinsik ini dapat dirangsang dalam bentuk-bentuk seperti pujian, insentif, hadiah,
gred dan membentuk suasana dan iklim persekitaran yang kondusif bagi mendorongkan pelajar
belajar. Contohnya, pujian yang diberikan oleh guru kepada seseorang pelajar kerana kerjanya
yang baik akan menyebabkan daya usaha pelajar itu meningkat. Peneguhan adalah suatu
motivasi ekstrinsik yang boleh memberi kesan kepada tingkah laku seseorang pelajar.

Di dalam kelas, guru perlu tahu jenis peneguhan yang hendak diberikan dan sekerap
mana ia perlu diberikan. Ada peneguhan yang dapat diberikan dengan kerap, contohnya pujian
sokongan ataupun pujukan. Menurut Kazdin(1984), peneguhan lebih berkesan sekiranya
diberikan dengan kerap pada peringkat pembelajaran baru. Oleh itu, semasa pelajar mula
mempelajari sesuatu tugasan yang baru, mereka sebaik-baiknya diberikan pujian dan
sokongan dengan kerap. Hukuman ataupun deraan adalah suatu bentuk peneguhan negatif
dan ia sebaik-baiknya tidak diberikan. Hukuman lazimnya digunakan oleh guru bagi
menghapuskan kelakuan pelajar yang tidak baik. Hukuman ini mungkin sebagai kerja
tambahan, kelas tahanan, deraan fizikal dan pelbagai jenis hukuman lagi. Guru juga
menggunakan sindiran, kemarahan dan kritikan bagi mengawal kelakuan pelajar. Hampir
semua jenis hukuman memberikan kesan buruk kepada pelajar. Oleh itu, peneguhan jenis ini
lebih baik dielakkan. Hukuman boleh diberikan sekiranya jenis hukuman itu dibenarkan oleh
pihak sekolah, Jabatan Pendidikan ataupun Kementerian Pendidikan.

2.3 Motivasi intrinsik

Motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi daripada rangsangan dalaman. Ia


terdiri daripada dorongan dan minat individu bagi melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharap
ataupun meminta ganjaran. Sebagaimana yang sudah dibincangkan, Bruner (1966)
mengaitkan motivasi intrinsik ini dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan
bagi murid yang baru masuk sekolah. Bagaimanapun, bukan semua motivasi intrinsik
diwujudkan secara semula jadi. Terdapat juga motivasi intrinsik dibentuk daripada
pembelajaran dan pengalaman yang membawa kepuasan. Contohnya, tabiat membaca buku
cerita dan bermain alat muzik adalah gerakan motivasi intrinsik yang dibentuk daripada
pembelajaran dan pengalamannya. Harter (1981) mengenal pasti lima dimensi kecenderungan
motivasi intrinsik dalam bidang pembelajaran. Dimensi-dimensi ini adalah cabaran, insentif
bekerja bagi memuaskan minat dan sifat ingin tahu, percubaan penguasaan yang bebas,
Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. ME-020-3:2012/C07/P(1/2)
Drpd / of : 8
penilaian yang bebas berkenaan apa yang hendak dilakukan di dalam kelas dan kriteria
dalaman untuk kejayaan.

Pelajar yang lebih cenderung ke arah motivasi intrinsik sukakan pekerjaan yang
mencabarkan. Mereka mempunyai insentif yang lebih untuk bekerja bagi memanfaatkan
kepuasan diri sendiri daripada mengambil hati guru bagi mendapat gred yang baik. Mereka
lebih suka mencuba mengatasi masalah dengan sendiri daripada bergantung pada bantuan
ataupun bimbingan guru. Mereka juga menerapkan suatu sistem penguasaan matlamat dan
taraf penilaian yang membolehkan mereka membuat penilaian bebas berkenaan kejayaan
ataupun kegagalan mereka di dalam kelas tanpa bergantung pada guru bagi mendapat
maklumat ataupun penilaian.

Menurut Deci (1975), motivasi intrinsik dapat diterangkan sebagai suatu keadaan
psikologi yang diakibatkan apabila individu menganggap diri mereka berkebolehan dan dapat
menentukan sesuatu dengan sendiri. Seseorang itu mengalami motivasi intrinsik yang tinggi
sekiranya dapat melakukan sesuatu yang digemari seperti memandu kereta, melawat tempat-
tempat yang disukai, memilih tempat penginapan dan memilih makanan yang diidamkan.
Sekiranya dia diberikan hadiah seperti lawatan ke tempat-tempat yang ditentukan oleh badan
penganjur, tempat penginapan dan jenis makanan juga ditentukan oleh pihak itu, dia tidak
mendapat peluang hendak menentukan segala-galanya sendiri. Oleh itu, motivasi intrinsik nya
menjadi terlalu rendah.

Guru yang mahu meningkatkan motivasi intrinsik pelajar dalam bidang akademik perlu
mewujudkan suasana akademik yang memberi peluang kepada pelajar mengawal. Guru juga
perlu menentukan pelajar itu dapat melakukannya dengan cemerlang dalam keadaan itu.
Walau bagaimanapun, perlu ditentukan terlebih dahulu yang pelajar itu mempunyai persepsi
yang diri mereka berkebolehan. Sekiranya mereka tidak mempunyai persepsi seperti itu,
peluang-peluang yang diberikan bagi mengawal tidak akan digunakan dengan sempurna.

2.4 FUNGSI MOTIVASI

Motivasi mendorong timbulnya kelakuan dan mempengaruhi serta merubah kelakuan. Fungsi motivasi
tersebut adalah
 
1) Mendorong timbulnya kelakuan atau suatu perbuatan.
2) Tanpa motivasi tidak akan timbul sesuatu tindakan atau perbuatan.
3) Motivasi berfungsi sebagai pengaruh ertinya mengarahkan perbuatan untuk mencapai tujuan yang di
inginkan.
4) Motivasi berfungsi sebagai penggerak . Besar kecilnya motivasi akan menentukan cepat atau
lambatnya suatu pekerjaan.
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. ME-020-3:2012/C07/P(1/2)
Drpd / of : 8

2.5 KEMAHIRAN MOTIVASI DI TEMPAT KERJA

Motivasi adalah kunci kepada kepuasan kerja dan kejayaan dalam hidup. Motivasi ialah
daya dinamik yang mendorongkan tingkah laku pekerja untuk mencapai prestasi kerja
cemerlang atau matlamat yang lebih baik. Motivasi merupakan suatu dinamo kuasa terpendam,
apabila digunakan dengan betul, dapat membina semangat bertekun dalam individu dan
kumpulan untuk mencapai matlamat-matlamat unggul walaupun mereka menempuhi banyak
cabaran-cabaran dan halangan-halangan besar. Walaupun subjek motivasi ini sangat penting,
namun banyak organisasi tidak memberi latihan rasmi kemahiran motivasi yang mencukupi
untuk melengkapkan pekerja apabila melantik mereka ke pangkat penyeliaan atau ketua
kumpulan. Mereka beranggap bahawa apabila dilantik, penyelia atau ketua kumpulan secara
automatik akan tahu memotivasikan orang-orang dibawah jagaan mereka. Anggapan ini bukan
sahaja salah, malah ia menimbulkan banyak isu-isu di mana ramai pekerja-pekerja bawahan
merasa tiada kepuasan kerja dan menghampakan

2.6 KEMAHIRAN MOTIVASI - BERFIKIR SECARA KREATIF

Percaya atau tidak, orang yang mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif adalah orang
yang susah hidupnya.

Kesusahan hidup mendesak minda orang itu untuk memikirkan cara-cara kreatif bagaimana
keluar dari kemiskinan.

Orang sebegini, apabila menghadapi masalah, fikirannya lebih terarah kepada memikir
penyelesaian, bukan pada memikir masalah itu sendiri.

Oleh kerana mindanya terarah kepada mencari penyelesaian, tanpa dia sedari dia telah melatih
mindanya supaya berfikir secara kreatif, iaitu mencari penyelesaian kepada permasalahan
yang di hadapi olehnya.

Desakan hidup membuat dia memiliki kemahiran berfikir secara kreatif, menjadikan dia memiliki
idea-idea tidak di miliki oleh orang lain, mengeluarkan idea lebih cepat daripada orang lain
serta membuat analisis dengan cukup mendalam.

Minda yang dibentuk oleh desakan akan mempunyai kekuatan tersendiri.

Minda yang tidak di desak dengan tekanan akan menjadi jumud, iaitu tidak berkembang, tidak
menyerlahkan kehebatan. Orang yang memiliki minda sebegini akan tenggelam dalam
kesenangan yang mela laikan.
Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. ME-020-3:2012/C07/P(1/2)
Drpd / of : 8

SOALAN :

1 ) Berikan 3 jenis-jenis kemahiran?

a) …………………….........................................................................................
b) ......................................................................................................................
c) ......................................................................................................................

2) Huraikan maksud Motivasi Ekstrinstik ?

………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
………………………….

3) Huraikan maksud Motivasi Intrinsik ?

…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
……………………..

RUJUKAN:

1. Rujuk manual prosedur kerja


2. Teknologi Penyejukan & Penyamanan Udara, Hamdan Ali, Cetakan 1990, Art Printing
Works Sdn. Bhd.
3. Penyejukan & Penyamanan Udara Praktikal, S.C.Laroiya,Cetakan 2001, ibsBUKU
4. Buku Jihat Motivasi, Dato,Dr Fadzilah Kamsah, Cetakan 2005, Pelangi Traiding
Sdn.Bhd.

Anda mungkin juga menyukai