Anda di halaman 1dari 3

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha

penyayang,segala puji bagiNya,dan selawat ke atas Nabi


Muhammad saw.

“Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasih saudara masa berada”. Begitulah antara bait-bait
lirik lagu Kasih Ibu yang dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.Kedudukan ibu
dalam Islam juga diletakkan di tempat yang tinggi dan banyak ayat-ayat- al-Quran menyuruh
anak-anak berbuat baik kepada ibu bapa seperti ayat 14 dalam surah Luqman.Bagaimanapun,
dewasa ini penghormatan anak kepada ibu seakan-akan hilang. Buktinya berlaku pelbagai
insiden seperti anak mencaci dan memukul ibu termasuk yang ‘membuang’ ibu ke pusat-pusat
jagaan orang tua.

Kewajipan khusus anak-anak ialah menyediakan diri untuk menyenangkan hati ibu. Sebabnya,
dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda, keredaan Allah adalah pada keredaan ibu
bapa.Sebagai anak, kita perlu ingat bahawa sekuat mana pun kita beribadat tetapi jika kita
tidak menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa, Allah tidak akan reda kepada kita.Allah
berfirman, Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.
Ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah
pula...(al-Ahqaf: 15)

Pernah suatu ketika, Rasulullah didatangi oleh seorang budak yang bertanya, “ibu saya
lumpuh lalu semua urusan seperti memandikan dan menyuap makan saya lakukan
sepenuhnya. Saya berkhidmat kepada ibu. Adakah perbuatan itu sudah dikira berbakti kepada
ibu saya?” Rasulullah bersabda, “belum walaupun satu peratus tetapi engkau tidak termasuk
anak derhaka.” Pendek kata, walau sehebat itu pun khidmat anak kepada ibu, ia masih belum
mencukupi untuk membalas jasa dan susah payah ibu melahir, mendidik dan membesarkan
kita.

Larangan menderhaka kepada ibu bapa dinyatakan secara jelas dalam surah al-Israk:
23.Dalam ayat tersebut Allah berfirman, Dan Tuhanmu memerintahkan supaya jangan
menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-
baiknya. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya lanjut usia dalam
pemeliharaanmu, janganlah kamu mengatakan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka
dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.Jika berkata ‘ah’ pun tidak boleh apatah
lagi menyakitkan hati, memukul atau sehingga membunuh yang menjadi sebesar-besar dosa.
Dosa kita kepada ibu bapa ini adalah dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Sepatutnya, kita perlu melayan mereka dengan sebaik mungkin, mendoakan kesejahteraan
dan keselamatan mereka semasa hidup lebih-lebih lagi apabila mereka telah mati. Mendoakan
ibu bapa adalah antara sifat anak yang soleh.Perbuatan mengangkat suara kepada ibu bapa
sudah dikira derhaka. Kalau mengangkat tangan (memukul) lebih teruk lagi derhaka
seseorang anak itu.

Pada zaman Rasulullah s.a.w., baginda ditanya oleh seorang pemuda, “siapakah orang yang
paling perlu untuk saya berbuat baik”. Rasulullah bersabda, “ibumu, kata pemuda itu lagi,
selepas itu, ibumu, selepas itu, ibumu, selepas itu, bapamu.” Ada juga pendapat mengatakan
dua pertiga daripada khidmat bakti anak adalah untuk ibu dan hanya satu pertiga untuk bapa.
Terutama apabila ibu sudah lanjut usia.Ini membuktikan betapa menghormati ibu itu adalah
wajib selagi mana ia tidak menyalahi perintah Allah.

Pepatah Melayu ada menyebut, seorang ibu boleh menjaga 10 anak tetapi 10 anak tidak boleh
menjaga seorang ibu.Oleh sebab kasih sayang yang terlalu hebat terhadap anak-anak ,ibu
masih mampu tersenyum menjaga dan membesarkan walaupun 10 anak. Tetapi kasih anak
kepada ibu sedikit sahaja. Sepatutnya anak-anak perlu berebut-rebut untuk menjaga ibu bapa
semasa mereka sudah tua. Sebabnya, rumah siapa yang dipilih oleh ibu tinggal itulah anak
yang soleh atau solehah.
Dalam hal ini, ibu bapa juga berperanan mengasuh dan mendidik anak dengan baik sejak
mereka kecil. Ini supaya apabila kita tua, anak-anak pula akan menjaga kita. Ini ditegaskan
oleh Rasulullah dalam sabdanya, berbuat baiklah kepada ibu bapa kamu nescaya anak-anak
kamu berbuat baik kepada kamu.Jika ada perselisihan atau masalah dengan ibu bapa
selesaikan segera. Sebagai anak, kita jangan ego walau setinggi mana kedudukan atau
jawatan kita. Ibu tetap ibu walaupun jika mereka itu buta huruf.

Sabda Rasulullah, “sesiapa yang bangun pagi dan melakukan sesuatu yang menyenangkan
hati ibu bapanya maka terbuka dua pintu ke syurga. Begitulah juga pada waktu petang. Tetapi
barang siapa yang melakukan sesuatu yang tidak diredai oleh ibu bapanya maka terbuka dua
pintu neraka”.Sebab itu anak-anak perlu segera memohon maaf kepada ibu bapa jika
berselisih faham. Jangan biarkan sehingga tidak bertegur sapa bertahun-tahun lamanya. Jika
semasa kecil kita tidak mendapat didikan yang sewajarnya disebabkan oleh keadaan ketika
itu, apabila dewasa hendaklah kita memaafkan ibu kita.

Ingatkah kita akan kisah si tanggang atau malim kundang dan kisah Alqamah?Kedua-dua
kisah ini mempunyai persamaan dari segi perbuatan anak yang tidak mahu makan masakan
ibu sehingga menyebabkan ibu tadi berkecil hati.Kes si Tanggang, dia enggan makan pisang
salai yang dimasak oleh ibunya selepas beroleh kekayaan dan tidak mengaku ibunya sehingga
menyebabkan hati ibunya terguris. Akhirnya Tanggang disumpah menjadi batu.

‘Alqamah pula adalah anak yang baik. Setiap kali pergi ke masjid, dia akan menziarahi ibunya.
Cuma pada suatu hari, ibunya memberitahu ingin pergi ke rumah ‘Alqamah. ‘Alqamah dan
isterinya amat gembira mendengar berita tersebut. Mereka pun menyediakan pelbagai jenis
masakan sebagai menyambut kedatangan ibu ‘Alqamah.Rupa-rupanya, ibu tadi membawa
makanan yang telah dimasaknya untuk dinikmati di rumah ‘Alqamah. Bagaimanapun, isterinya
menyimpan makanan tersebut dan menghidangkan apa yang dimasaknya. Disebabkan
perkara itu, ibu ‘Al`qamah berkecil hati sehingga menyukarkan anaknya itu menyebut kalimah
tauhid semasa sakaratul maut.Rasulullah pun diberitahu tentang hal tersebut dan baginda
bertanya kepada ‘Alqamah bagaimana hubungannya dengan ibu. Lalu beliau menjawab, ada
sedikit salah faham. Rasulullah kemudiannya memanggil ibu ‘Alqamah dan memintanya
memaafkan anaknya supaya boleh mengucap syahadat. Bagaimanapun, ibunya enggan
kerana hatinya sangat terguris akibat peristiwa tempoh hari.Oleh sebab itu, Rasulullah
mengarahkan para sahabat mengumpul kayu untuk membakar ‘Alqamah. Sabda baginda,
sebelum dibakar di akhirat aku ingin tunjukkan dia dibakar di dunia.Melihatkan keadaan itu,
barulah ibunya memaafkan ‘Alqamah. Sejurus itu, barulah ‘Alqamah boleh mengucap dengan
lancar.

Satu contoh lagi ialah kisah Juraij. Beliau adalah seorang yang kuat beribadat. Setelah lama
tidak bertemu, pada suatu hari, ibunya datang ke rumah Juraij dan mengucap salam. Ketika
itu Juraij sedang solat sunat di tempat khas di dalam rumahnya.Kerana terlalu kuat beribadat,
Juraij tidak menghiraukan kedatangan ibunya. Sebaliknya dia meneruskan solat sunat. Ini
menyebabkan ibunya berkecil hati dan berdoa supaya anaknya dipertemukan dengan wanita
jahat.Kebetulan berdekatan kediaman Juraij terdapat sekumpulan pengembala kambing
wanita. Salah seorang daripadanya amat tertarik kepada Juraij tetapi dia mengetahui yang
tidak akan mendapat perhatian daripada Juraij.Wanita itu pun berzina dengan pengembala
kambing yang lain dan apabila mendapat anak mendakwa itu adalah hasil hubungannya
dengan Juraij. Apabila berita itu tersebar, maka penduduk kampung datang memukul Juraij
kerana mendakwanya bertopengkan agama tetapi sebenarnya jahat.Akhirnya, Juraij meminta
kebenaran untuk bertanya dengan bayi itu siapakah bapanya yang sebenar. Dengan kuasa
Allah, bayi yang masih merah itu boleh berkata-kata dan menceritakan hal yang sebenarnya.
Barulah Juraij dilepaskan oleh penduduk kampung.

Kisah-kisah ini memberi pengajaran kepada kita betapa pentingnya kita menghormati ibu.
Hatta dalam kesibukan beribadat pun tidak boleh dijadikan alasan mengabaikan ibu. Apa yang
penting, kita perlu sentiasa menjaga hubungan baik dengan ibu bapa.

Ingatlah sabda Rasulullah, “dua perkara yang siapa melakukannya akan diazab oleh Allah
semasa di dunia lagi iaitulah berbuat zalim dan menderhaka kepada ibu bapa.Ramai yang
menyedari harga kasih sayang ibu setelah mereka meninggal dunia. Bagaimana kita
menunjukkan kasih sayang kepada mereka semasa hayat masih ada?Oleh itu,mereka yang
ada ibu bapanya masih hidup perlu merebut peluang untuk berbakti kepada mereka. Anak-
anak perlu sentiasa berusaha menggembirakan hati ibu bapa.

Elakkan daripada perbuatan yang menyakitkan hati atau yang boleh merunsingkan fikiran
mereka.Tunjukkan kasih sayang kepada mereka sebagaimana mereka mengasihani dan
menjaga kita semasa kecil.Kalau kesihatan mereka kurang baik, boleh kita bekalkan dengan
makanan tambahan supaya mereka lebih sihat dan bertenaga untuk beribadat.Janganlah
menjadi seperti lagu UNIC,lafaz yang tersimpan,di mana lafaz kasih syang tersimpan sehingga
ibu meninggal dunia.Hal ini berlaku sendiri kepada diri saya(moga Allah mengampuni diri
saya),di mana selepas seminggu saya menghabiskn pengajian A-level di KYUEM ibu saya
kembali ke rahmatullah kerana kanser. Tidak banyak yang saya lakukan semasa hayatnya dan
tidak berbayar pengorbanannya yang bergolok gadai untuk diri ini walaupun saya mampu
membeli satu dunia ini untuknya.Apatah lagi sebak hati apabila tiadanya seorang ibu yang
menghantar saya untuk menyambung pengajian ke luar negara. Dan sehingga kini rasa
bersalah masih terasa di jiwa ini, dan terasa sangat-sangat keistimewaan mempunyai seorang
ibu. Moga Allah merahmati ibu saya dan menempatnya di tempat orang-orang mukmin.Moga
tidak terlambat bagi diri-diri saudara sendiri untuk menyayangi dan menghargai ibu.Kadang-
kadang selepas kehilangannya barulah kita terasa yang amat sangat.Adakah kita mahu
kematiannya menggantikan lafaz yang tersimpan?

Selepas kematian mereka bukan bermakna tugas anak sudah selesai. Sebaliknya kita perlu
terus berkhidmat dengan mendoakan mereka agar mendapat pengampunan Allah dan
diangkat martabat mereka.Doa anak soleh kepada ibu bapa adalah antara tiga perkara yang
dijelaskan oleh Nabi Muhammad yang dapat membantu Muslim selepas kematian.Seperkara
lagi yang boleh dilakukan apabila ibu bapa meninggal ialah berbuat baik dengan adik-beradik
dan sahabat mereka.Bagi mereka yang tidak mempunyai anak, adalah menjadi
tanggungjawab anak saudara menjaga ibu saudara semasa mereka lanjut usia. Anak-anak
saudara tidak boleh lepas tangan begitu sahaja.Moga kita menjadi anak-anak yang soleh.

Anda mungkin juga menyukai