Anda di halaman 1dari 4

Mengajar Dengan Penuh Keyakinan.

Definisi:
1. Mengajar: satu proses menyampaikan /
mengunakan kaedah dan teknik yang tertentu.

penyebaran

ilmu

dengan

2. Keyakinan:
- Kepercayaan yang tidak berbelah bagi terhadap diri bahawa boleh
mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang
dihadapi dengan jayanya.
- Kepercayaan tentang kemampuan atau kebolehan seseorang itu
melakukan tingkah laku dengan berjaya.
- Self-esteem - yang ditunjukkan / lahir dari kebolehan dan personaliti.
Ia akan mempengaruhi prestasi dengan meningkatkan usaha.
Kepentingan Membina Keyakinan
Kebolehan mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan
banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri. Ini bermakna lebih yakin pada diri serta
masa hadapan, lebih terbukalah jalan menuju kejayaan
Orang yang mempunyai keyakinan yang tinggi akan cenderung untuk bekerja
dengan penuh rajin dan mampu bekerja dalam tempoh yang lama berbanding
mereka yang mempunyai keyakinan yang rendah.
Keyakinan pada diri sendiri akan membuat kita lebih berkebolehan untuk
meninggikan daya pengeluaran Tun Dr. Mahathir Mohamad
Punca-Punca Utama Ketidakyakinan Diri
Kurang pengetahuan, pengalaman dan pendedahan
Tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup
Tidak mempunyai prinsip hidup yang mantap
Kurang kemahiran dan persediaan
Suka bergaul dengan orang-orang yang berfikiran negatif atau dilahirkan
di kalangan orang-orang yang pesimis
Kemiskinan (Idea & Sains Kejayaan Hidup)
Berpenyakit kronik atau badan kerap kurang cergas / sihat
Petanda-Petanda Orang yang Kurang Keyakinan Diri
Kurang senyum
Risau dan kelihatan risau
Gugup dan kelihatan gugup

Kurang berinteraksi
Malas bekerja atau berusaha
Bersikap meminta-minta
Mudah putus asa
Suka gossip dan mengumpat
Defensif dan pemarah

Ciri-ciri / Bagaimana hendak menjadi yakin:


1. Menguasai
a) Bidang yang diceburi.
- Guru hendaklah memahami kehendak dan objektif profesion
perguruan falsafah pendidikan kebangsaan, dsb.
- Apabila seorang guru mengetahui serta memahami kehendak dan
objektif profesion yang diceburi, mereka dapat mengetahui hala tuju
serta pandu arah dalam menjalankan tanggungjawab mereka.
b) Ilmu Pengetahuan
- Menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang yang diajari.
- Keyakinan dan penguasaan mendalam dalam sesuatu ilmu akhirnya
membentuk seorang guru menjadi guru bukannya bekerja sebagai
guru.
c) Cara pengajaran yang berkesan
- Kemahiran / Teknik / Kaedah / Teori
- Penyampaian.
2. Sikap dan minat
- Minat yang kurang serta sikap yang negatif bukan sahaja menjadi
penghalang kepada p&p yang berkesan tetapi turut menjejaskan dan
meninggalkan kesan yang mendalam terhadap prestasi guru dan juga
pelajar.
3. Jelas dengan matlamat diri
- mempunyai matlamat dan hala tuju dalam hidup.
4. Bersedia memperbaiki diri
- belajar dan terus belajar seiring dengan peredaran masa.
- Menerima perubahan / cabaran dengan positif.
- Mendapat latihan.
- Berubah dari segi tingkah laku, kebiasaan dan amalan pengajaran
dalam melaksanakan perubahan kurikulum. (Orntein, 1998; Fullan,
1991)
5. Persediaan yang rapi

mental - stress
Fizikal.
P&P perancangan yang baik dan teliti.

6. Berketerampilan
- Sentiasa kelihatan dan berpakaian kemas, bersih dan segak yang
mana dapat meyakinkan orang lain yang melihat.
7. Pengurusan yang bijak
a) Masa / Waktu
- Tidak leka dan suka membuang masa.
- Sentiasa mengisi masanya dengan sesuatu yang berfaedah.
b) Kerja
- Tidak menangguh kerja.
- Prioriti mengikut kepentingan.
8. Komunikasi :
a) Murid
- Tegas dan bersikap autokratik
- mudah didekati
- konsisten maklumat dan ilmu.
b) Rakan Sekerja:
- Mempunyai hubungan yang baik dengan rakan sekerja.
9. Mengamalkan apa yang kita ajar dalam kehidupan.
- Sepertimana yang diamalkan oleh Rasulullah.
- Menjadi contoh dan ikutan role model kepada murid.
10. Penuh semangat
- Seorang guru yang berkesan akan menunjukkan tahap semangat yang
tinggi yang mana menggambarkan kemahiran profesional dan
keyakinan mereka.
- Ciri-ciri ini lahir daripada pengetahuan guru tentang subjek yang diajari
serta pengalaman mereka mengajar.
11. Berani.
- Guru yang berkeyakinan lebih berani untuk tampil kehadapan dalam
membuat kerja.
- Tidak gentar menghadapi cabaran.
- Tidak takut untuk gagal belajar melalui kegagalan.
12. Perfikiran Positif dan terbuka

Seorang yang berkeyakinan akan sentiasa berfikiran positif dan


terbuka.

Kepentingan mengajar dengan penuh keyakinan.


1. Guru akan dihormati dan disukai.
2. P&P lebih berkesan dan menarik.
3. Guru akan berasa puas hati dan akan berusaha dengan lebih di masa akan
datang.
4. Menaikkan semangat guru untuk buat yang lebih baik.

Rujukan:
Taidin Suhaimin, Pengertian, Kepentingan dan Keajaiban Keyakinan Diri,
http://www.ugmc.bizland.com/ak-keyakinan.htm
(Journal of Effective Teaching, Vol. 5, No. 2, 2002 Stack the Deck in Favor
of Your Students by Using the Four Aces of Effective Teaching )
Lawrence, D, Teaching With Confidence- A Guide to Enhancing Teacher SelfEsteem,

Anda mungkin juga menyukai