Anda di halaman 1dari 2

Khat nasakh merupakan satu kaedah penulisan khat yang paling praktikal penggunaannya berbanding khat-khat yang lain,

kerana disamping mempunyai bentuk yang


cantik, ia juga senang ditulis dan mudah dibaca. Khat nasakh sangat sesuai digunakan untuk menulis teks Al-Quran, buku, majalah, akhbar dan sebagainya yang sering
dibaca oleh orang awam.
Dinamakan khat ini sebagai Khat Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Qur’an serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak
dari kurun pertama Hijrah lagi. Ia terus menjadi tulisan utama bahan-bahan ilmiah hingga ke hari ini samada di dalam akhbar, majalah, komputer dan sebagainya selain
terus menjadi tulisan utama al-Qur’an.
Ada juga pendapat yang menjelaskan punca khat ini dinamakan sebagai Khat Nasakh ialah kerana peranannya menasakhkan yang beerti menghapuskan atau
menggantikan penggunaan khat Kufi dalam penulisan wahyu Allah iaitu al-Qur’an. Setelah kemunculan khat Nasakh, khat Kufi tidak lagi digunakan untuk menulis al-
Qur’an tetapi tempatnya telah diambil alih oleh Khat Nasakh. Khat Nasakh dikatakan sebagai seni yang berasal dan berkembang dari tulisan Arab asli. Ia bermula dari
asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi. Tulisan ini melalui proses pembaikannya dalam beberapa peringkat. Pada kurun ketiga dan keempat
Hijrah, seorang menteri dari kerajaan Abbasiah iaitu Ali bin Muqlah atau lebih dikenali dengan Ibnu Muqlah bersama saudaranya Abdullah, telah memperhaluskan tulisan
ini dan mencipta satu kaedah yang dikenali kini sebagai Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Ia menjadi terkenal terutamanya pada kurun kelima. Khat ini terus diminati dan
mula dipelajari secara meluas. Semasa pemerintahan Atabikah khat ini seterusnya melalui satu proses yang dikatakan sebagai proses pengindahan menyeluruh. Lantaran
itu ada yang menggelar khat ini sebagai ‘Khat Nasakh Atabik’. Khat ini pada dasarnya lebih mudah daripada khat thuluth dan senang diajarkan kepada orang ramai,
pelajar sekolah dan kanak – kanak sebagai asas untuk menulis khat atau jawi. Penggunaannya amat meluas sekali sehingga mesin menaip, komputer dan mesin cetak
kebanyakannya menggunakan fon jenis Khat Nasakh. Ia sering digunakan dalam penulisan disebabkan sifatnya yang cantik dan mudah dibaca. Maka oleh sebab itulah
Khat Nasakh amat praktikal digunakan untuk penyalinan mushaf al Quran, kitab-kitab, hadith, majalah, akhbar dan lain - lain lagi . Pada kebiasaannya Khat Nasakh
ditulis dengan saiz yang kecil dan tidak terlalu besar dengan kadar 1mm saiz pena.

Sejarah Khat Nasakh

Khat Nasakh dikatakan sebagai seni yang berasal dan berkembang dari tulisan Arab
asli. Ia bermula dari asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi
sebelum kebangkitan dakwah Nabi Muhammad S.A.W. (Ibrahim Damrah, 1987)
Tulisan ini melalui proses pengindahannya secara berperingkat-peringkat. Pada kurun
ketiga dan keempat Hijrah, seorang menteri dari kerajaan Abbasiah - Ali bin Muqlah
(272-328H) bersama saudaranya Abdullah, telah memperhaluskan tulisan ini dan
mencipta satu kaedah yang dikenali kini sebagai Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Ibnu
Muqlah sendiri pada asalnya menamakan khatnya ini sebagai al-Badi' tetapi dikenali
oleh ramai sebagai Nasakh, mungkin lantaran peranan yang dimainkan oleh khat ini.
Ia menjadi terkenal terutamanya pada kurun kelima.(Maarof Zuraiq, 1985). Khat ini
terus diminati dan mula dipelajari secara meluas. Semasa pemerintahan Atabikah
(545 H) khat ini seterusnya melalui satu proses yang dikatakan sebagai proses
pengindahan menyeluruh. Lantaran sumbangan Atabik tersebut, ada yang
menggelar khat ini sebagai 'Khat Nasakh Atabik'.
Atabikah telah memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan Khat
Nasakh Di zaman ini selain melengkapkan keindahannya, mereka dikatakan sebagai
yang bertanggungjawab menggantikan Khat Kufi kepada Khat Nasakh dalam
penulisan al-Qur'an. Lebih dari itu, ia bukan sahaja digunakan dalam penulisan al-
Qur'an, bahkan telah tersebar di timur dan barat dunia Islam, digunakan untuk
pelbagai peranan dan di atas pelabagi media, menjadikan Khat Kufi mula dilupai atau
kurang diminati.

Mengapa Dipanggil Nasakh

Ada beberapa pandangan mengenai nama Khat Nasakh. Ada yang mengatakan ia
dinamakan Nasakh kerana tulisan ini digunakan untuk menaskhahkan - atau dalam
kata lain- membukukan al-Qur'an serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak dari
kurun pertama Hijrah lagi. Ia terus menjadi tulisan utama bahan-bahan ilmiah hingga
ke hari ini samada di dalam akhbar, majalah, komputer dan sebagainya selain terus
menjadi tulisan utama al-Qur'an. Bagi tujuan penulisan bahan-bahan ilmiah ini,
terdapat dua aliran yang jelas iaitu

Nasakh Klasik dan Nasakh Akhbar

• Nasakh Klasik

Nasakh jenis ini merupakan gaya yang sampai kepada kita hasil tinggalan penulis-
penulis khat terdahulu termasuklah tokoh yang terkenal iaitu Thnu Muqlah. Mereka
telah membekalkan kaedah-kaedah penulisan khat jenis ini dengan begitu jelas dan
terpeinci. Mungkin di sana terdapat beberapa perbezaan kecil antara penulis-penulis
khat namun mereka tetap menjaga kaedah yang telah ditetapkan. Perbezaan kecil itu
adalah dianggap sebagai lumrah manusia yang cenderong kepada bawaan atau
kemahirannya. (AI-Bahi Ahmad Muhammad, 1993)

• Nasakh Akhbar

Nasakh Akhbar merupakan gaya Nasakh yang bentuk asalnya ditebal dan
diperjelaskan sesuai dengan tujuan pembacaan umum. Tulisan ini diriamakan tulisan
Nasakh Akhbar kerana penggunaannya yang meluas dalam lapangan persurat
khabaran (Haji lainal Sakiban, 1998). la juga digunakan dalam pelbagai media cetak
yang lain termasuk majalah, juga di dalam media elektronik sebagaimana ia
digunakan dalam mesin taip atau komputer..

Selain dan pendapat pertama, ada pengkaji yang menjelaskan punca khat ini
dinamakan sebagai Khat Nasakh ialah kerana peranannya. 1a telah me'nasakhkan
yang beerti menghapuskan atau menggantikan penggunaan khat Kufi dalam
penulisan wahyu Allah iaitu al-Qur'an. Setelah kemunculan khat Nasakh, khat Kufi
tidak lagi digunakan untuk menulis al-Qur'an tetapi tempatnya telah diambil alih oleh
Khat Nasakh.

Anda mungkin juga menyukai