Anda di halaman 1dari 2

DOA RESEPSI

‫ وال جتعل اللهم فينا وال معنا وال من يتبعنا‬,‫ وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما‬,‫اللهم اجعل مجعنا هذا مجعا مرحوما‬
‫وارضنا وارض عنا‬,‫ وأكرمنا وال هتننا‬,‫ وأعطنا وال حترمنا‬,‫ اللهم زدنا وال تنقصنا‬,‫شقيا وال مطرودا وال حمروما‬
.‫يأحم الرامحني‬

‫ وارزقهما‬،‫ وألّف بني قلوهبما باملودة والرمحة‬،‫اللهم بارك هلذا العقد امليمون واجعل اجتماعهما على حصول اخلري‬
‫ يا أرحم‬،‫ واح َفظهما من مكايد اخللق برمحتك وكرمتك‬،‫ووسع عليهما الرزق‬ ِّ ،‫النسل الصاحل تَِقُّر هبم أعينهما‬
.‫الرامحني‬

‫ اللهم بارك‬.‫ وعلى أكمل الطاعة مع إخالص النية يف األعمال‬،‫اللهم احفظهما على أحسن األحوال واألفعال‬
‫ واغرس يف قلوهبما املودة والطمأنينة يف‬،‫ واجعل الربكة منك ُمفضيا إىل حياهتما يف الدنيا واآلخرة‬،‫هلذين العروسني‬
‫إحياء املعاشرة السعيدة‬

Ya Allah ya tuhanku, kau berkatilah majlis pada hari ini, kau limpahkan rahmat dan kebaikan
pada pertemuan kami pada hari ini, dan janganlah kau jadikan perpisahan kami selepas ini
melainkan setelah kau ampunkan dosa-dosa kami dan kau terima segala amal salih kami,
sesungguhnya engkaulah yang maha pengampun dan maha mengasihani.

Wahai tuhan kami, tuhan bagi penghuni langit dan bumi, Kami memohon agar kau
permudahkan urusan dan perancangan kami pada hari ini, kau lancarkanlah perjalanan majlis
perkahwinan ini, seterusnya kau limpahkanlah rahmat, kebaikan dan keberkatan kepada
seluruh tetamu yang datang pada majlis ini, seperti mana yang telah engkau janjikan bagi
mereka yang bertemu dan berpisah hanya kerana engkau. Kau satukanlah hati-hati kami di atas
kalimat mu yang tinggi iaitu ‘lailahaillallah’.

Ya Alllah ya tuhan kami, kami memohon dengan keberkatan nama-nama mu yang agung dan
sifat-sifat mu yang mulia agar kau berkati kedua pasangan mempelai pada hari ini iaitu (Nama),
kau limpahkanlah kebaikan, keberkatan dan rahmat di dalam perkahwinan mereka, serta kau
kurniakan mereka zuriat yang soleh dan solehah sebagai penyejuk mata dan hati mereka.
Janganlah kau cabut perasaan kasih sayang yang bersemai dalam diri mereka buat selamanya,
sebaliknya kau wujudkanlah sikap saling menghormati dan memahami di antara mereka, agar
rumah tangga yang dibina kekal berada di bawah naungan redhaMu. Berikanlah ketabahan dan
kekuatan jiwa kepada mereka saat menempuhi bahtera rumah tangga yang mencabar ini,
seandainya kau uji mereka, maka kurniakanlah mereka kesabaran yang tinggi agar ujian
tersebut menjadi sebab untuk dilimpahkan kebaikan kepada ikatan mulia yang telah terpatri ini,
Sesungguhnya hanya kepada engkaulah kami memanjatkan doa, dan mengharapkan belas serta
ehsanMu.

Ya tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasihani, kami memohon agar kau lindungi
mempelai dan tetamu pada hari ini dari sebarang musibah dan malapetaka, dan jangan kau uji
kami melainkan setelah engkau kuatkan hati-hati kami untuk menempuhnya. Kau pasakkan
sikap tawakkal dan insaf dalam jiwa-jiwa kami, serta kau permudahkan urusan kami dalam
meniti kehidupan berlandaskan syariatMu, sesungguhya redha dan Kasih sayangMu sahajalah
yang menjadi dambaan kami.

DOA PENUTUP
‫ وجعلنا للمتقني إماما‬،‫ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعني‬

‫اللهم ربنا آتنا يف الدنيا حسنة ويف اآلخرة حسنة وقنا عذاب النار‬

,‫ سبحان ربك رب العزة عما يصفون وسالم على املرسلني‬,‫وصلى اهلل على حممد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم‬
‫واحلمد هلل رب العلمني‬

Anda mungkin juga menyukai