Anda di halaman 1dari 1

DOA FESTIVAL NASYID

. . . . selawat dan salam ke atas Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir seluruh alam,
junjungan Nabi Muhammad S.A.W, ke atas keluarga dan sahabat baginda. Ya Allah ya Tuhan, di hari yang barakah ini kami zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala anugerah-Mu kepada kami seluruhnya. Lantaran itu ya Allah jadikanlah kami semua sebagai hamba-Mu yang beriman, yang bertaqwa, yang berilmu, yang berakhlak mulia, yang sejahtera di dunia dan di akhirat. Ya Allah. Ya Tuhan kami Cucurilah rahmat dan rahimMu ke atas majlis festival nasyid dan marhaban sempena Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan pada hari Ini. Berkatilah ia dari awal hingga akhirnya, dan kau jadikanlah majlis kami ini bernaung di bawah lembayung keredhaanMu Ya Allah. Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya AllahKami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-MuKami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim,bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan lagi potensi kami .

Anda mungkin juga menyukai