Anda di halaman 1dari 3

Doa Karnival Penerangan Jerlun

Sejahtera Daerah Kubang Pasu


.‫ بسم هللا الرحمن الرحيم‬
،‫ حم دا ش اكرين‬،‫ حم دا حام دين‬،‫ الحمد هلل رب العالمين‬
‫ يا ربن ا ل ك الحم د كم ا‬،‫حمدا يوافي نعمه ويكافئ مزيده‬
.‫ينبغي لجالل وجهك وعظيم سلطانك‬
‫ وعلى أل ه وأص حابه‬،‫ اللهم صل وسلم على سيدنا محمد‬
‫أجمعين‬

‫اللهم يا منزل البركات‬


Ya Allah! Engkaulah Penguasa Langit dan Bumi,
serta (menguasai) perbendaharaan di antara kedua-
duanya. Kami merafa’kan kesyukuran ke hadratMu,
Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
dengan izinMu jua kami mampu menyusun dan
melaksanakan satu majlis yang amat bermakna,
iaitu; Karnival Penerangan Jerlun Sejahtera
Daerah Kubang Pasu, yang akan disempurnakan
sebentar lagi oleh Yang Berhormat,

1
Brigedier Jeneral (B) Dato' Haji Najmi bin Haji
Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Kedah.

‫اللهم يا دائم اإلحسان‬


Sesungguhnya kemurahan-Mu Ya Allah amat kami
pohonkan, sifat ihsan-Mu amat kami harapkan, sifat
Rahman dan Rahim-Mu amat kami dambakan;
restuilah perancangan dan pembangunan yang
telah disusun, direncana dan diatur oleh kami;
anugerahkanlah kepada para pemimpin kami di
segenap lapisan, pegawai-pegawai dalam semua
jabatan dan agensi; Negeri dan Persekutuan, serta
seluruh rakyat negeri Kedah Darul Aman; dengan
anugerah kekuatan dan ketabahan dalam
melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas,
dengan penuh semangat dan iltizam; saling
bekerjasama ke arah meningkatkan mutu kerja,
kecekapan dan kemahiran, dalam menaikkan imej
negari Kedah yang tercinta ini ke persada
kegemilangan dan kecemerlangan.

2
‫اللهم يا حفيظ يا رقيب‬
Hindarkanlah kami dari segala malapetaka dan
mara bahaya, sifat-sifat keji, hasad dengki, semua
sifat-sifat mazmumah yang merajai jiwa kami yang
lemah ini. Engkau selamatkanlah kami sekalian, dari
perselisihan dan persengketaan, yang bakal
mengundang perpecahan dan kebinasaan yang
menghancurkan. Kami jua memohon, jauhilah kami
dari segala kecelakaan dan keburukan yang bakal
menimpa; sama ada berupa peringatan mahupun
ujian yang tidak diduga. Jika ia berupa ujian, maka
kurniakanlah kepada kami ketabahan dan
kesabaran. Jika berupa peringatan, maka ampunilah
kami wahai Tuhan Pemilik Semesta Alam.

Anda mungkin juga menyukai