Anda di halaman 1dari 3

TEKS DOA IMAM BESAR

S.F TUAN HAJI ABD FARID BIN HAJI SALLEH

‫الرحيم‬
ّ ‫الرمحن‬
ّ ‫بسم اهلل‬
‫وخصنا برسالة حبيبه‬
ّ ‫احلمد هلل الّذى وفّقنا لطاعته وهدانا لعبادته‬
‫حممد‬
ّ ‫صل وسلّم وبارك على عبدك ورسولك سيّدنا‬
ّ ‫اللهم‬
ّ .‫ورسوله‬
‫وعلى آله واصحابه صالة وسالما دائمني متالزمني إىل يوم الدين‬.
‫اللهم يا ذاجلالل واإلکرام‬
ّ
Segala kepujian dan kesyukuran dipersembahkan ke hadrat-Mu ya Allah, di atas limpah
rahmat perlindungan kepada kami sekalian dengan aman tenteram, sihat wal afiat dan
selamat sejahtera. Kami memohon kepada-Mu ya Allah semoga diperkukuhkan
perpaduan, dipereratkan persaudaraan dan diperkuatkan keazaman, hasrat dan cita-cita
agar sentiasa mendapat keredhaan-Mu ya Allah.

‫ذاملن واإلحسان‬
ّ ‫اللهم يا‬
ّ
Kami juga memohon berkat dan rahmat-Mu, bersempena Majlis Perasmian ETS2 dan
Pembangunan Bersepadu Stesen Keretapi Ipoh yang akan disempurnakan oleh DYMM
Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfur-lah. Semoga majlis kami ini sentiasa di
bawah rahmat perlindungan-Mu dan keberkatan-Mu ya Allah.

‫اللهم يا اكرم األكرمني‬


ّ

1
Kami juga memohon kasih sayang-Mu ya Allah agar jiwa dan kehidupan kami berada
dalam aman sejahtera di dunia agar kami dapat mengimarahkan bumi sepertimana yang
Engkau perintahkan. Semoga dengan pelancaran ETS2 ini, meningkatkan lagi kemajuan
system pengangkutan awam dan seterusnya memberi kemudahan kepada kami untuk
memakmurkan bumi tercinta ini. Begitu juga Pembangunan Bersepadu Stesen Keretapi
Ipoh ini, semoga mendapat kelancaran dalam meningkatkan kualiti kehidupan seharian
rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

‫ واإلنعام‬F‫اللهم يا ذاجلالل‬
ّ
Sesungguhnya kami bersyukur di atas nikmat kurniaan-Mu. Jadikanlah kami hamba-
hamba-Mu yang sentiasa mensyukuri nikmat, dengan melaksanakan titah perintah-Mu.
Jauhilah kami daripada kekufuran dengan melanggar perintah-Mu. Pandulah kami
dengan hidayah-Mu, mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami laksanakan
mendapat sepenuh kejayaan dalam keredhaan dan restu-Mu di sepanjang zaman.

‫ واآلخرة‬F‫اللهم يا مالك ال ّدنيا‬


ّ
Berkatilah negara Malaysia ini dan rahmatilah di bawah Perlindungan-Mu sekalian.
Peliharalah kami dan negara kami daripada mara bahaya dan bala bencana.
Kurniakanlah keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran yang berpanjangan.

‫الرامحني‬
ّ ‫برمحتك يا ارحم‬
‫يا اهلل يا حفيظ‬
Dengan sifat ehsan-Mu, ya Rahman kurniakanlah taufiq dan hidayah, inayah dan riayah-
Mu kepada Raja yang kami kasihi, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan,
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-
Maghfur-lah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim,
putera dan puteri baginda serta kaum kerabat diraja serta rakyat jelata sekalian.

2
‫رب العرش العظيم‪ .‬إرمحنا يا ربّنا‬
‫اللهم بك نستعني وعليك نتو ّكل وأنت ّ‬
‫ّ‬
‫الرامحني‬
‫‪.‬فإنّك انت أرحم ّ‬
‫تفرقا معصوما‬
‫وتفرقنا من بعده ّ‬
‫اللهم اجعل مجعنا هذا مجعا مرحوما ّ‬
‫ّ‬
‫‪.‬ربّنا آتنا ىف ال ّدنيا‪ F‬حسنة وىف اآلخرة حسنة وقنا عذاب النّار‬
‫رب‬
‫حممد وعلى آله وصحبه امجعني واحلمد هلل ّ‬
‫وصلّى اهلل على سيّدنا ّ‬
‫‪.‬العاملني‬

‫‪3‬‬

Anda mungkin juga menyukai