Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI WANITA PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2008, Pada 31 Oktober 2008M, Bertempat

di Dewan Suarah Negeri, Kuching, Jam 10.00 pagi.

. . .
Ya Allah, segala puji dan syukur hanya untukMu atas segala kurniaan rahmat dan nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami. Pada hari yang bersejarah dan penuh berkat ini, kami menadah tangan memohon ke hadratMu ya Allah, berkatilah dan rahmatilah Majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita 2008 Peringkat Negeri Sarawak yang akan disempurnakan oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengampun, Dengan penuh rasa pengharapan dan kehambaan kami merafakkan doa bermohon kepadaMu akan keampunan dan rahmat yang berkekalan dariMu. Ampunilah segala kesalahan yang telah kami lakukan sama ada yang kami sedari atau yang tidak kami sedari. Kurniakan taufiq dan hidayah kepada kami supaya jalan hidup kami sentiasa diberi petunjuk olehMu di dunia dan ganjaran yang sebaiknya di akhirat. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar dan Memakbulkan Segala Permohonan HambaNya, Kurniakanlah kesejahteraan dan kesihatan kepada kami semua khususnya para wanita yang menjadi tiang negara kami. Hiasilah mereka dengan kebijaksanaan, binakanlah benteng ketaqwaan dan keimanan yang teguh kepada wanita-wanita kami daripada perkara yang memudaratkan diri, keluarga, agama, bangsa dan Negara. Anugerahkanlah kepada mereka kekuatan semangat dan kesungguhan usaha untuk terus menjalankan tanggungjawab dan berperanan aktif dalam arus perdana dan menjana ekonomi Negara selari dengan tuntutan agama. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Berkuasa, Kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada wanita-wanita kami agar mendapat kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat. Berkatilah usaha dan sumbangan kebaikan mereka di dunia. Berikanlah kekuatan kepada mereka untuk sentiasa memperlengkap dan mempertingkatkan potensi, kemahiran diri dan daya saing demi kemajuan diri bagi mencapai kejayaan. Anugerahkanlah kepada mereka kualiti kehidupan yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Tinggikanlah darjat mereka di sisiMu, yang memiliki hati yang putih bersih dengan keihkhlasan berbakti untuk agama, bangsa dan Negara.

Anda mungkin juga menyukai