Anda di halaman 1dari 1

DOA ANNUAL GRAND MEETING

Auzubillahiminishayitanirrrajim.. Bismillahrirrahmanirrahim. Alhamdulillahirrabil 'alamni.


Hamdan syakirin, hamdan hamidin, hamdan sabirin. Hamdan Yuwafi ni'amahu wa yu
kafiumazidah. Allahuma salli'ala saidinia muhammdin waala alahi wasahbihi wabarik
wasallim.
Ya Allah, ya tuhan kami. Segala puji hanya bagimu Ya Allah. Tuhan semesta alam. Kapadamu
kami berserah dan kepadaMu jualah kami memohon perlindungan. Selawat dan salam ke atas
Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga baginda, para sahabat dan
tabiin.
Ya Allah, kami pohon kepadaMu akan keimanan yang sempurna Ya Allah, keyakinan yang
benar Yang Allah, ilmu yang berguna hati yang khusyuk, lidah yang sentiasa berzikir
kepadaMu Ya Allah, limpah dan kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati.
Engkau lapangkanlah hati kami, kau satukanlah hati-hati kami.
Kau berkatilah perhimpunan kami ini pada hari ini Ya Allah. Semoga ianya diterima sebagai
satu perhimpunan yang hanya mengharapkan keredhaan dariMu. Kau pandanglah kepada
usaha kami yang kerdil ini, melalui wadah yang dinamakan Persatuan Siswa Siswi Diploma
Perakaunan (PERSIDA), sebagai satu usaha yang mulia di sisiMu. Kau kurniakan persatuan
ini dengan bimbingan yang berterusan Ya Allah. Bantulah kami, bimbinglah kami untuk
menjadi ahli-ahli yang taat kepada kepimpinannya. Ahli-ahli yang beramanah terhadap
tanggungjawab yang diberikan. Kau jadikanlah kami ahli-ahli yang sentiasa berusaha ke arah
kebaikan.
Berikanlah kami Ya Allah, pimpinan yang berwibawa untuk mempimpin kami, pimpinan yang
mampu memberikan tunjuk ajar dan halatuju yang selaras dengan hasrat dan matlamat yang
sama-sama kami hajati. Kurniakanlah kami dengan pimpinan yang sentiasa bersama-sama
dalam setiap aktiviti yang kami jalankan, sentiasa melibatkan diri menentukan perjalanan
setiap aktiviti. Pimpinan yang memahami akan kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri
kami. Kau kuatkan persatuan ini dengan tatacara pengurusan dan pentadbiran yang
mantap. Kau arahkanlah hati-hati kami untuk terus bekerjasama, saling hormat menghormati
dan secara berterusan mengamalkan cirri-ciri musyawarah yang berkesan.
Kau permudahkanlah untuk kami terus menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Kau
berkatilah segala usaha kami dan bantulah kami untuk tidak sedikit pun mengabaikan
tanggungjawab hakiki.Ya Allah. Kau padamkan dari hati-hati kami sifat-sifat yang tidak
engkau restui Ya Allah. Tanamkanlah di lubuk hati-hati kami dengan sifat-sifat kasih-sayang,
bantu-membantu dan bertoleransi. Sesungguhnya, hanya kepada Engkaulah kami berserah dan
hanya kepada Engkau jualah kami memohon perlindungan.
Allahum ma’firlana, zunubana ,wali wlidaiya, warhammu ma, kama rabayana, sghira.
Rabbana atina fiddunya hasanah….wa fil akhirati hasanah waqina ‘azabanna

Anda mungkin juga menyukai