Anda di halaman 1dari 1

DOA PEMBUKA DAN PENUTUP MAJLIS

Assalamualaikum w.b.t..

Al- Fatihah..

Bacaan awal..
TUHAN YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG,

Kami menzahirkan kesyukuran kami kepada-Mu Ya Allah, kerana dengan keizinan-mu,


kami dapat berhimpun pada hari ini, dalam Majlis Hari Anugerah Ko-Kurikulum
Peringkat Sekolah SMK jalan 3 , bagi tahun 2018.

YA RAHMAN YA RAHIM,

Kami memohon kepada-Mu Ya Allah, limpahkanlah taufiq, hidayah, petunjuk dan inayah-
Mu kepada kami,mudah-mudahan majlis kami ini, menjadi suatu program yang engkau
redhai dan rahmati.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI,

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini,
sebagai murid-murid yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka murid-
murid yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi
dan prestasi mereka dalam bidang Sukan, akademik mahupun ketrampilan peribadi yang
luhur.kami juga memohon padamu Ya Allah, agar majlis anugerah ini menjadi sumber
inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat untuk
mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini

YA AZIZ YA JABBAR,

Hindarkanlah kami daripada sesuatu, yang boleh menjejaskan kesejahteraan dan


perpaduan kami. kami juga memohon perlindungan dari Mu, dari segala perkara yang
boleh mencacatkan majlis kami, dan perkara yang melalaikan. Berikanlah kami kejayaan
di dunia dan di akhirat, hanya padamu kami menyerahkan, segala urusan kami.

YA ZAL JALA LI WALIKROM

Bacaan akhir…

Anda mungkin juga menyukai