Anda di halaman 1dari 7

DOKUMENTASI MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE 56 SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 9(2) BAGI TAHUN 2013.

PENDAHULUAN Sambutan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke 56 Tahun 2013 merupakan satu program yang telah disusun khas untuk semua pelajar di sekolah ini. Program ini bertujuan untuk menyemaikan semangat kecintaan kepada negara yang aman dan merdeka. Pembangunan insan melalui program ini juga diharapkan dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan, berdedikasi, berwawasan dan berakhlak mulia yang bakal menentukan halatuju negara seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani yang bersandarkan kepada fakta-fakta sebenar hasil dari kemerdekaan yang dikecapi masa kini. Sehubungan itu pihak warga Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) telah sepakat mengambil langkah proaktif untuk

mendedahkan pelajar-pelajar dengan pelbagai aktiviti yang merangsang minda pelajar menghayati erti kemerdekaan melalui program Sambutan Bulan

Kemerdekaan ke 56.

1.0 MAKLUMAT PROGRAM 1.1 Tema dan logo Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 56 tahun 2013

1.2 Tarikh pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan : 23 Ogos 2013 ( Jumaat ) 1.3 Tempat pelancaran : Tapak Perhimpunan SK Putrajaya Presint (2) 1.4 Kumpulan sasaran Semua murid Sek. Keb. Putrajaya Presint 9(2) 1.5 Anjuran Panitia Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dengan kerjasama Unit Kokurikulum. 2.0 OBJEKTIF Untuk memberi kesedaran dalam diri pelajar menghayati erti kemederkaan yang sebenarnya. Semoga pelajar-pelajar dapat mengenali pemimpim-pemimpim negara yang telah berjuang untuk mencapai kemerdekaan. Menanamkan semangat patriotik dalam diri setiap pelajar-pelajar melalui aktiviti-aktiviti di sepanjang program bulan kemerdekaan ini. Memberikan sepenuh komitmen yang disarankan oleh pemimpim-pemimpim negara yang bertujuan untuk mengekalkan keamanan bagi generasi masa depan. 3.0 MATLAMAT : Mengekalkan semangat jatidiri dalam diri setiap pelajar dalam menghayati erti kemerdekaan yang dinikmati generasi masa kini. Semangat dan motivasi diri juga perlu dipupuk agar pelajar-pelajar mempunyai ketahanan jati diri dari segi fizikal, emosi dan mental dalam usaha mengekalkan keamanan tersebut. 4.0 CARTA ORGANISASI 4.1 Ahli Jawatankuasa Induk

Penasihat Pn Khamisah Noor bt Md Zin (Guru Besar Cemerlang SKPP9(2))

Pengerusi Pn. Noor Hizah Bt Khalid (GPK Kokurikulum)

Naib Pengerusi

Pn Loh Chiew Imm (GPK Kurikulum)

Hjh Sopiah bt Omar (GPK HEM)

Pn. Norhanizah Bt Abdul Halim (GPK PKhas)

Penyelaras Program Pn. Saliza bt Saad

Setiausaha Pn. Suria Saznizan bt Mohd. Shokri

4.2 Ahli Jawatankuasa Kerja

Pengacara Majlis En. Farizal Bin Fuad Ustaz Mohd Zaki Bin Mohd Diah Bacaan Doa Ustaz Khairul As`ad PA Sistem & Peralatan (notebook, LCD dsb) En Shamsul bin Sayuti Ustaz Abdul Hakim bin Ibrahim Persediaan Gimik Pn.Fazlina Bt Abd Jalil Pamplet Pn. Suhainah bt Abas Pn. Kamiha bt Kamis Gambar/Dokumentasi Pn. Rosilawati bt Muhamad Cik Norhafidzah bt Othman Disiplin/Kawalan Murid Semua Guru Kebersihan Pn Nor Hazami bt Che Abdullah Penyelaras Tahun

5.0 Tentatif Program 7.30 7.45 pagi: Berkumpul Di dataran Perhimpunan Bacaan surah Yaasin

7.45 - 8.30 pagi:

Ucapan Alu aluan Pengacara Majlis) Bacaan Doa Ceramah Kemerdekaan Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Kibaran Jalur Gemilang Ucapan Guru Besar SKPP9(2) Nyanyian Lagu Patriotik ~ Jalur Gemilang ~ Keranamu Malaysia ~ Tanggal 31 Bersurai ke Kelas

8.30-10.45 pagi:

Pengajaran dan Pembelajaran

6.0 Laporan Aktiviti Pelancaran Bulan Kemerdekaan Pada jam 7.20 pagi, semua murid tahun 1 hingga 6 berkumpul di tapak Majlis

perhimpunan bagi memulakan majlis pelancaran bulan kemerdekaan.

pelancaran ini dimulai dengan majlis bacaan Yaasin yang diketuai Ustaz Norhan. Acara berikutnya ialah ucapan alu-aluan diikuti bacaan doa. Guru Besar SKPP9(2), Pn Hjh Khamisah Noor bt Md Zin menyampaikan ucapan sempena bulan kemerdekaan seterusnya merasmikan Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke 56. Guru Besar turut menyempurnakan acara penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua Murid sebagai simbolik sambutan bulan kemerdekaan. Acara yang lain ialah acara di mana Ketua Murid memalu gong sebanyak 12 kali disusuli dengan laungan kemerdekaan oleh semua murid SKPP9(2). Warga SKPP9(2) turut dipertontonkan persembahan gimik sambutan bulan kemerdekaan di mana beberapa murid menunggang basikal bersama kibaran Jalur Gemilang dan laungan kemerdekaan. Selain itu, seluruh warga sekolah bersemangat menyanyikan beberapa lagu Sebelum majlis bersurai,

patriotic sambil mengibarkan bendera masing-masing.

majlis pelancaran kemerdekaan ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan lakonan oleh murid-murid tahun 4 di bawah pimpinan Cikgu Shamsul bin Sayuti. PENUTUP Semoga program yang dilaksanakan ini dapat memberi pendedahan sejarah bagaimana kemerdekaan yang kita kecapi dan pentingnya semangat kecintaan kepada negara yang jitu melalui aktiviti yang dijalankan sepanjang Bulan

Kemederkaan ini. Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan untuk menjayakan program ini dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(Rosilawati binti Muhamad)

.. (Pn Saliza binti Saad) Penyelaras Program

Disahkan oleh,

(Pn Hjh Khamisah Noor binti Md. Zin) Guru Besar SKPP (2)

LAMPIRAN

Ucapan GPK Hem

Paluan gong oleh ketua murid

GPK Hem membaca perutusan

Guru Besar memerhatikan ketua murid memalu gong

Penyerahan Jalur Gemilang kepada ketua murid

Murid-murid menyanyi lagu patriotik

Guru-guru turut menyanyi lagu patriotik

Gimik pelancaran

Ucapan perasmian Guru Besar, Puan Hajah Khamisah Noor

Anda mungkin juga menyukai