Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN CARRABAO CYCLING CLUB

CARRABAO CYCLING CLUB atau singkatannya CCC


merupakan satu kelab berbasikal yang bertapak di
Limbang. Nama CARRABAO CYCLING CLUB diambil
sempena mengambil simbolik trademark bagi daerah
Limbang iaitu kerbau. Kelab ini dipengerusikan oleh
Encik/Ustaz Abdul Azim bin Abdul Rashid.

Kelab ini mula ditubuhkan pada 24 Ogos 2022.


Kelab ini pada asalnya bermula dengan satu kumpulan
melalui aplikasi WhatApps yang pada mulanya dinamakan
KAYUHAN SANTAI ENDURANCE. Pada asalnya
kumpulan tersebut hanya untuk mengumpul peminat
basikal untuk menyertai kayuhan santai di sekitar
Limbang. Lama-kelamaan pelbagai aktiviti seperti
kayuhan jarak jauh ke sempadan Tedungan, kayuhan
santai ke hujung jalan Batu Lapan dan penyertaan Ke kejohanan Pertandingan
Berbasikal di Labuan.
Oleh itu satu inisiatif untuk menubuhkan kelab ini secara rasmi dan berdaftar.
Berkat dan kerjasama dan komitment setiap ahli akhirnya membuahkan hasil maka
tertubuhnya CCC.
Antara tujuan utama penubuhan kelab ini adalah untuk:
 Merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sukan
berbasikal di kalangan ahli-ahli;
 Mempromosi, menggalak dan membangunkan sukan berbasikal
diperingkat kelab dan daerah.
 Memilih atlet bagi mewakili kelab dalam mana-mana pertandingan sukan
berbasikal; dan
 Bergabung dengan badan perwakilan di peringkat daerah.
 Mengalakkan para remaja meminati sukan berbasikal agar tidak terlibat
dengan gejala sosial yang tidak berfaedah.
 Berkongsi ilmu dan kemahiran berkenaan basikal.

CARRABAO CYCLING CLUB berharap agar sukan berbasikal semakin diminati


di daerah Limbang dan seterusnya melahirkan individu yang sihat dari segi mental dan
fizikal.

Anda mungkin juga menyukai