Anda di halaman 1dari 7

“IKTIBAR DARIPADA PERISTIWA NUZUL AL-QURAN"

(01 Jun 2018 / 16 Ramadan 1439)


_______________________________________________________________________

‫﴿ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ‬
﴾‫ﮣ‬

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat sekalian,
marilah kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan
melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
Mudah-mudahan kita sentiasa berada dalam rahmat serta mendapat
perlindungan Allah SWT demi mencari redha-Nya di dunia ini, mahu pun di
akhirat nanti. Mimbar Jumaat pada hari ini akan membicarakan khutbah
bertajuk, “Iktibar Daripada Peristiwa Nuzul Al-Quran”.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Allah SWT telah menurunkan Al-Quran sebagai mukjizat terbesar yang
membuktikan kerasulan Nabi SAW dan kewujudan Allah SWT dengan
1
segala sifat-sifat kesempurnaan. Justeru peristiwa Nuzul Al-Quran memberi
makna yang amat besar kepada umat Islam di sepanjang zaman. Al-Quran
adalah sumber hidayah, rahmat, syifa’ (penawar) dan pemberi penjelasan
kepada manusia. Al-Quran juga dikenali sebagai an-Nur (cahaya) yang
menerangi dan Al-Furqan (yang dapat membezakan) di antara yang hak dan
batil, Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 185:

‫﴿ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ‬
﴾‫ﮣ‬
Maksudnya: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur'an,
menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-
keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar
dan yang salah)”.

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN


Peristiwa Nuzul al-Quran ini, mengajar umat Islam betapa kita perlu
menghayati ajaran Al-Quran dengan sebenar-benarnya. Al-Quran bukan
sekadar dibaca dan dihafaz sahaja, bahkan lebih penting adalah menginsafi
maqasid atau tujuan ia diturunkan. Di dalamnya penuh dengan pelbagai
panduan dan falsafah kehidupan yang tinggi nilainya seperti beramanah,
berdisiplin, bersatu padu yang perlu menjadi amalan kita seharian.
Ini bertepatan dengan tujuan penurunan al-Quran itu sendiri iaitu
pertama, sebagai keterangan dan panduan kepada manusia. Firman Allah
SWT dalam surah al-Nahl, ayat 44:

﴾ ‫﴿ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ‬
Maksudnya: "Dan Kami turunkan kepada mu (Wahai Muhammad) al-
Quran yang memberi peringatan supaya engkau menerangkan kepada umat
manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka
memikirkannya."
2
Yang kedua, sebagai hukum yang membawa kebenaran dan keadilan
kepada manusia. Firman-Nya dalam surah al-Nisa', ayat 105:

‫﴿ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱﯲ ﯳ‬
﴾‫ﯴﯵ‬
Maksudnya: "Sesungguhnya Kami menurunkan kepada mu (Wahai
Muhammad) kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau
menghukum dalam kalangan manusia menurut apa yang Allah telah
tunjukkan kepada mu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi
pembela bagi orang yang khianat."

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN


Apa yang jelas, pengajaran isi Al-Quran ini telah mengangkat Islam sebagai
sebuah agama yang lengkap bersifat rahmat, selamat, adil, sederhana dan
toleransi sebagai panduan untuk kehidupan manusia seluruhnya. Firman
Allah SWT dalam surah al-Furqan ayat 16:

‫﴿ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ‬
﴾‫ﮏ ﮐ ﮑ ﮒﮓ ﮔ ﮕ ﮖ‬
Maksudnya: "Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan
keselamatan kepada sesiapa yang mengikut keredhaan-Nya, dan dengannya
(al-Quran), Tuhan keluarkan mereka dari gelap gelita kepada cahaya yang
terang-benderang, dengan izin-Nya; dan (dengannya juga – al-Quran)
Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus".

Justeru, menjadi tanggungjawab kita semua untuk membuktikan


bahawa Islam bukan agama kekerasan, keganasan, atau kezaliman dalam
memperkenalkan ajarannya. Islam bukan tempat melahirkan golongan yang
sempit pemikirannya dan berjuang secara ekstrem tanpa menghormati hak-
hak kemanusiaan. Sebaliknya kita berpegang berasaskan kefahaman yang
3
jelas berpandukan ajaran al-Quran dan as-Sunnah yang disepakati oleh
ulamak Ahli Sunnah wal Jamaah. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan
oleh Imam Malik:

Mafhumnya:"Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang


kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada
keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW.”

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Kitab al-Quran yang ada pada kita adalah satu-satunya panduan utama bagi
manusia yang kekal terpelihara. Allah SWT telah menjamin bahawa al-
Quran ini terpelihara hingga ke hari kiamat. Al-Quran adalah panduan
harian, yang membimbing kita dalam menghadapi kemelut dan cabaran
kehidupan.
Bersempena peristiwa Nuzul al-Quran pada Ramadan kali ini, khatib
mengajak sidang jemaah sekalian untuk sama-sama merenung kembali,
sejauh manakah Al-Quran dapat kita hayati dan amalkan secara tuntas.
Ingatlah, asas kemuliaan umat Islam terdapat pada al-Quran sebagai sumber
utama yang mampu mendatangkan kebaikan dalam kehidupan. Mudah-
mudahan kita mengambil peluang dalam bulan penuh barakah ini untuk
meningkatkan mutu dan nilai ibadah seharian dengan al-Quran. Mengakhiri
khutbah kali ini, khatib ingin merumuskan hikmah Nuzul al-Quran adalah
seperti berikut:
Pertama: Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW dan
panduan hidup bagi umat Islam sepanjang zaman.
Kedua : Al-Quran menjadi rujukan dan penawar diri bagi umat Islam
yang inginkan kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan
akhirat.

4
Ketiga : Kandungan ajaran al-Quran adalah bersifat mukjizat (I'jaz al-
'Ilmi) sehingga merentasi zaman dan tempat sekali pun telah
diturunkan lebih 1400 tahun yang lalu.

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬
‫﴿ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ‬
﴾‫ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ‬
Maksudnya: "Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang
amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan
orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka
beroleh pahala yang besar." (Surah al-Isra': 9)

5
KHUTBAH KEDUA
_____________________________________________________________

6
Ya Allah, kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan Mu,
negara kami ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan
kesejahteraan. Tanamkanlah rasa kasih sayang dan kekalkanlah perpaduan
di kalangan kami. Semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai,
sejahtera dan selamat sepanjang zaman.

Anda mungkin juga menyukai