Anda di halaman 1dari 1

Seterusnya,  

hadis tersebut menunjukkan bersiwak disunatkan sebelum  solat.


Maka  fuqaha  mazhab membahaskan  waktu disunatkan  bersiwak berdasarkan
َ  ‫ ُك ِّل‬ ‫مع‬  ِ‫ بالس َِّواك‬seperti berikut:
kalimah dalam  hadis  ‫صاَل ٍة‬

 Mazhab Hanafi berpandangan bahawa sunat bersiwak setiap kali wuduk


ketika berkumur-kumur
 Mazhab Maliki berpandangan bahawa bersiwak merupakan kelebihan wuduk
yang dilakukan sebelum berkumur-kumur
 Mazhab Syafie dan Hanbali sependapat menyatakan siwak sunat yang
disukai (‫ )مُسْ َت َحب‬iaitu sebelum kumur-kumur selepas basuh tangan (Lihat: al-
Fiqh al-Islami wa Adillatuhu (1/301)

Namun, makruh  bagi orang berpuasa  bersiwak setelah zohor waktu gelincir matahari


kebarat. (Lihat Faidh al-Ilahi al-Malik (1/22: Lihat Hasyiyah al-Baijuri (1/83); (Lihat: al-
Fiqh al-Islami wa Adillatuhu (1/300-301)

Ciri-ciri alat yang sesuai  bersugi adalah  yang suci dan kesat seperti, kayu siwak atau
dikenali kayu ( ‫) أراك‬, dahan zaiton,  kayu yang berbau  menyegarkan, pelepah kelapa  dan
kain. Namun,  akar pokok arak ( ‫ ) أراك‬merupakan alat sugi yang lebih afdhal kerana Baginda
SAW bersugi mengunakan akar pokok arak

Faedah dan Hikmah  Bersugi

Ulama menyenaraikan antara faedah siwak ialah membersihkan mulut, memutihkan


gigi, menghilangkan bau, mengukuhkan gusi,  kesegaran mulut, menajamkan 
penglihatan, kecergsan fikiran, membersihkan hati dan kemuliaan untuk mengucap
syahadah ketika menghadapi kematian. Bersiwak  termasuk dalam sunat fitrah
dalam agama  kerana  membersihkan mulut membawa keredhaanNya. (Lihat: al-
Fiqh al-Islami wa Adillatuhu (1/300).Ini berdasarkan riwayat  daripada ‘Aisyah 
RA‘anha Rasulullah bersabda:

َّ  ٌ‫مرضاة‬ ‫للفم‬
‫للرب‬ ِ  ٌ‫ َمط َهرة‬ ‫السوا ُك‬
ِّ
Maksudnya , “Siwak itu menyucikan mulut dan mendatangkan keredhaan Rabb.”

Riwayat Nasa’ie (4)

Anda mungkin juga menyukai