Anda di halaman 1dari 7

ADAKAH MEMBERUS GIGI BOLEH DISAMAKAN

DENGAN TUNTUTAN BERSIWAK?


Kami mulakan dengan riwayat daripada Abu Hurairah RA anhu,
Rasulullah SAW bersabda:

َ  ‫ ُك ِّل‬ ‫مع‬  ِ‫بالس َِّواك‬ ‫أَل َ َمرْ ُت ُه ْم‬ ‫اس‬


‫صاَل‬ ُ
ِ ‫ال َّن‬ ‫ع َلى‬ ‫ ْأو‬ ‫أمَّتي‬ ‫ع َلى‬ ‫ش َّق‬
ُ ‫أ‬  ْ‫أن‬  ‫َل ْواَل‬
‫ٍة‬
Maksudnya: Kalaulah tidak menyusahkan umatku nescaya aku
akan perintahkan mereka bersiwak pada setiap sembahyang.

Riwayat al-Bukhari (887)

Hadis ini menunjukkan bahawa bersiwak  bukan kewajipan


seperti mengambil wuduk untuk solat (Lihat Fath al-Bari Ibn
Rejab (8/122). Imam Ibn Hajar ‘Asqalani mendatangkan pendapat
daripada Imam Syafie  ketika mensyarahkan hadis diatas:

َ ‫ب أِل َ َّن ُه َل ْو َك‬


‫ان‬ َ ‫اك َلي‬
ٍ ‫ْس ِب َوا ِج‬ َ ‫َو َقا َل ال َّشا ِفعِيُّ فِي ِه َدلِي ٌل َع َلى أَنَّ الس َِّو‬
‫ُوب ِه‬
ِ ‫دَم وُ ج‬ ْ
ِ ‫ش َّق اه َوإِ َلى ال َق ْو ِل ِب َع‬ ُ ‫َوا ِجبًا أَل َ َم َر ُه ْم َش َّق َع َلي ِْه ْم ِب ِه أَ ْو َل ْم َي‬
‫ار أَ ْك َث ُر أَهْ ِل ْالع ِْل ِم‬
َ ‫ص‬ َ
“ Berkata Imam Syafie  hadis tersebut menyatakan bahawa
siwak sebelum solat  tidak wajib kerana sekiranya hukumnya
wajib nescaya Baginda SAW tetap menyuruh umatnya bersugi
sama ada menyusahkan atau tidak menyusahkan mereka.
Kebanyakan ulama berpegang pendapat tersebut ” (Lihat Fath
al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari (2/375).

Oleh itu, bersiwak hukumnya sunat yang disukai ( ‫) مُسْ َت َحب‬  setiap
kali sebelum solat  fardhu mahupun nawafil (sunat). (Lihat Fath
al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari (2/376).
Matan hadis " kalaulah tidak menyusahkan umatku  " 
menunjukkan  ianya  perkara sunat yang disukai (‫ )مُسْ َت َحب‬kerana
kelebihannya dapat menghilangkan bau mulut serta sentiasa
bersih ketika hendak bermunajat kepada Allah SWT. Antara
sunat-sunat hari jumaat ialah berwangi-wangian, memakai
pakaian yang terbaik  termasuklah amalan bersiwak (Lihat: Syarh
Sahih al-Bukhari lbn Battal (2/486).  

Seterusnya,  hadis tersebut menunjukkan bersiwak disunatkan


sebelum  solat. Maka  fuqaha  mazhab membahaskan  waktu
disunatkan  bersiwak berdasarkan kalimah dalam  hadis   ‫مع‬  ِ‫بالس َِّواك‬
َ  ‫ ُك ِّل‬  seperti berikut:
‫صاَل ٍة‬
 Mazhab Hanafi berpandangan bahawa sunat bersiwak setiap kali
wuduk ketika berkumur-kumur
 Mazhab Maliki berpandangan bahawa bersiwak merupakan
kelebihan wuduk yang dilakukan sebelum berkumur-kumur
 Mazhab Syafie dan Hanbali sependapat menyatakan siwak sunat
yang disukai (‫ َت َحب‬mm‫ )م ُْس‬iaitu sebelum kumur-kumur selepas basuh
tangan (Lihat: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu (1/301).

Walaubagaimapun, bersiwak tidak  terikat pada waktu tertentu


mahupun keadaan bahkan pada bila-bila masa. Sementara waktu
bersiwak yang sangat digalakan oleh muslim adalah ketika ingin
mendirikan solat, ketika sedang berwuduk, ketika ingin membaca
al-Quran, ketika gigi berubah kekuningan  mahupun ketika
berubah berbau busuk kerana makan sesuatu atau mulut berbau
kerana meninggalkan makanan mahupun terlalu lama berdiam
diri dan ketika bangun tidur. ( Lihat al-Mu’tamad fi Fiqh al-
Syafie (1/60)

Hadis yang diriwayatkan daripada Huzaifah RA anhu:

ُ ‫ َي‬ ،‫صلَّى هللاُ عليه وسلَّ َم إ َذا َقا َم م َِن اللَّي ِْل‬


ِ‫بالس َِّواك‬ ُ‫ َفاه‬  ُ‫شوص‬ َ ُّ‫كان النبي‬
َ .
Maksudnya:  Rasulullah SAW apabila bangun di malam hari
Baginda SAW mengosok mulutnya dengan siwak".

Riwayat al-Bukhari ( 245)

Fuqaha  sepakat  menyatakan Baginda SAW akan mengosok gigi


selepas bangun tidur (Lihat Syarh Riyadh al-Solihin (5/525). 

Namun, makruh  bagi orang berpuasa  bersiwak setelah zohor


waktu gelincir matahari kebarat. (Lihat Faidh al-Ilahi al-
Malik (1/22: Lihat Hasyiyah al-Baijuri (1/83); (Lihat: al-Fiqh al-
Islami wa Adillatuhu (1/300-301)

Bagi persoalan yang diajukan  berkaitan tanggapan memberus


gigi (bersugi) tidak sunnah kerana bersiwak khusus
menggunakan kayu siwak ( ‫ ) أراك‬ sahaja. Maka, perkara yang
perlu diperhalusi ialah  pengertian siwak serta jenis alat-alatnya

Siwak menurut bahasa ialah 


perbuatan mengosok dan alatnya, sementara definisi menurut
syarak ialah penggunaan kayu atau  seumpamanya dan ubat
gigi untuk mengosok gigi agar menghilangkan perubahan (bau
atau warna) dan seumpamanya disusuli niat kerana Allah 
(Lihat : al-Majmu’ Syarh al-Muhadzzab (1/270); (Lihat: al-Fiqh
al-Islami wa Adillatuhu (1/300). Pengarang kitab al-Mu’tamad
menghuraikan maksud siwak menurut syarak  dengan  memberi
contoh berus gigi yang digunakan pada zaman sekarang adalah
seumpama alat  siwak  yang bertujuan membersihkan gigi dan
sekitarnya seperti gusi dan lidah bagi menghilangkan kesan bau
makanan. (Lihat al-Mu’tamad fi Fiqh al-Syafie (1/59).
Sementara, pengarang kitab al-Taqrirat al-Sadidah
memperluaskan maksud siwak  kerana tidak merujuk hanya pada
kayu siwak bahkan menyatakan bersiwak dengan segala alat
yang bersifat kesat. (Lihat al-Taqrirat al-Sadidah (84).

Alat untuk bersugi


Ciri-ciri alat yang sesuai  bersugi adalah
yang suci dan kesat seperti, kayu siwak atau dikenali kayu ( ‫أراك‬
), dahan zaiton,  kayu yang berbau  menyegarkan, pelepah
kelapa  dan kain. Namun,  akar pokok arak ( ‫ ) أراك‬merupakan alat
sugi yang lebih afdhal kerana Baginda SAW bersugi mengunakan
akar pokok arak. Ini  berdasarkan riwayat  daripada Abdullah bin
Mas’ud RA anhu berkata:

ٍ‫أراك‬ ‫من‬ ‫سِ وا ًكا‬ ‫عليه وسلَّم‬ ُ‫هللا‬ ‫صلَّى‬ ‫هللا‬


ِ  ‫لرسول‬
ِ ُ
 ‫أج َتني‬ ‫كنت‬
Maksudnya “ Aku telah memotongkan untuk Rasullullah SAW
alat mengosok gigi daripada akar pokok arak.

Pengarang kitab Faidh al-Ilah al-Maliki  menyebutkan bahawa :

‫ذكر المصنف محال التي يطلب لها سواك شرع يبين ما يحصل به‬
‫ بكل خشن طاهر يزيل القلح أى صفرة االسنان وقد‬ ‫سنية االستياك‬
‫ولو بنحو خرقة خشنة‬  ‫سبق الكالم عليه‬
“seseorang dikatakan menunaikan tuntutan  sunat  bersiwak
sekiranya menggunakan  segala sesuatu yang bersifat
kesat (‫)خشِ َنة‬ dengan
َ syarat suci dan dapat menyingkirkan warna
kuning gigi sekalipun hanya secarik kain perca yang kesat”.
(Lihat : Faidh al-Ilah al-Maliki (1/22).

Adapun jari sendiri tidak dikira sebagai alat bersugi bagi mazhab
Syafie yang asah (paling kuat). Namun sekiranya tiada alat untuk
bersugi, maka boleh menggunakan jari sendiri mengikut
pandangan imam Nawawi (Lihat: al-Majmu’ Syarh al-
Muhadzzab (1/282). Justeru, bersugi mahupun mengosok gigi 
menunjukkan perbuatan membersihkan gigi dan keseluruhan
rongga mulut sama seperti tujuan bersiwak. Oleh yang demikian,
memberus gigi dianggap tuntutan sunnah kerana menepati
maksud bersiwak. Walaubagaimanapun penggunaan akar pokok
arak sangat digalakkan kerana Rasullullah SAW menggunakan
akar pokok arak ( ‫) أراك‬.

Tatacara bersugi

Kaedah mengosok gigi yang sempurna dan afdhal  memulakan


dengan niat lintasan hati  sunat bersugi " ِ‫ ِتيَاك‬mm‫ َّن ُة االِ ْس‬mm‫ْت ُس‬
ُ ‫نَوي‬
َ " .
Seterusnya menggunakan tangan kanan  kerana  bersiwak
merupakan sesuatu kemuliaan (‫)لِ َّت ْك ِر َمة‬.  Mula mengosok gigi
daripada kanan  kekiri dengan cara melintang   dari  gigi 
geraham  hingga ke gigi kacip  atas dan bawah. Kemudian  gigi
geraham  kiri hingga ke gigi kacip atas dan bawah. Seterusnya
bahagian sebelah  dalam  bahagian atas dan bawah bermula
kanan dan diikuti sebelah kiri. Sementara lidah digosok dari
pankgal lidah kehujung sama ada melintang  atau membujur.
(Lihat: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu (1/30).

Sebahagian ulama  menyatakan sebaiknya diserta pada awalnya


doa berikut:

ِ ‫ِّت ِب ِه َل َهاتِي َو َب‬


‫اركْ لِي فِي ِه َيا‬ ُ ‫اللَّ ُه َّم َبيِّضْ ِب ِه أَسْ َنانِي َو‬
ْ ‫ش َّد ِب ِه َل َثاتِي َو َثب‬
َ ‫أَرْ َح َم الرَّ ا ِحم‬
‫ِين‬
Maksudnya: Ya Allah putihkanlah  gigiku dengan sebab
bersiwak ini, mantapkanlah gusiku, kukuhkan dengan sebab anak
tekakku dan berkatilah aku padanya. Wahai Tuhan yang Maha
Penyayang (Lihat : al-Majmu’ Syarh al-Muhadzzab (1/283)

Faedah dan Hikmah  Bersugi

Ulama menyenaraikan antara faedah siwak ialah membersihkan


mulut, memutihkan gigi, menghilangkan bau, mengukuhkan gusi,
kesegaran mulut, menajamkan  penglihatan, kecergsan fikiran,
membersihkan hati dan kemuliaan untuk mengucap syahadah
ketika menghadapi kematian. Bersiwak  termasuk dalam sunat
fitrah dalam agama  kerana  membersihkan mulut membawa
keredhaanNya. (Lihat: al-Fiqh al-Islami wa
Adillatuhu (1/300).Ini berdasarkan riwayat  daripada ‘Aisyah 
RA‘anha Rasulullah bersabda:

‫للرَّ ب‬ ٌ‫مرضاة‬ ‫للفم‬
ِ  ٌ‫ َمط َهرة‬ ‫ك‬
ُ ‫السِّوا‬
Maksudnya , “Siwak itu menyucikan mulut dan mendatangkan
keredhaan Rabb.”

Riwayat Nasa’ie (4)

Antara hikmah bersiwak yang dinukilkan oleh Imam Hajar


‘Asqalani  dalam kitab Fath al-Bari:

َّ ‫ب الس َِّواكِ عِ ْن َد ْالقيام إِ َلى ال‬


‫صاَل ة‬ ِ ‫ِيق ْالعِي ِد ْال ِح ْك َم ُة فِي اسْ ِتحْ َبا‬
ِ ‫َقا َل بن َدق‬
‫ال َو َن َظا َف ٍة‬ َ ‫ضى أَنْ َت ُك‬
ٍ ‫ون َحا َل َك َم‬ َ ‫ب إِ َلى هَّللا ِ َفا ْق َت‬
ٍ ُّ‫َكون َها َحاال َت َقر‬
‫إِ ْظ َهارً ا لِ َش َرفِ ْال ِع َبادَ ِة‬
“Berkata Ibn Daqiq al-‘Eid: Hikmah disunatkan bersiwak 
mendirikan solat  kerana waktu solat merupakan waktu
mendekatkan diri kepada Allah SWT, maka seseorang perlu
dalam keadaan sempurna dan bersih  untuk mezahirkan
kemuliaan ibadah. ( Lihat   Fath al-Bari Syarh Sahih al-
Bukhari (2/376).

Penutup

Konklusinya, berdasarkan perbahasan fuqaha  yang telah


dibentangkan, membersihkan gigi menggunakan alat  berus gigi
adalah untuk menghilangkan bau  mulut dan kekuningan  yang
sama fungsinya dengan  penggunaan kayu siwak selain sifatnya
kesat.  Seseorang boleh dikatakan  menunaikan tuntutan
bersiwak sekiranya menggunakan sesuatu alat yang bersifat
kesat (‫)خشِ َنة‬
َ dan suci disertakan  dengan niat, membaca doa dan 
dimulakan dengan sebelah kanan.  Namun, penggunaan kayu
siwak  lebih afdhal dan perlu diberikan keutamaan  kerana  cara
Rasulullah  SAW bersiwak menggunakan  kayu siwak atau
dikenali akar pokok arak  (‫)أراك‬.

Akhir kalam, semoga mendapat pahala  amalan sunat dan


mendapatkan keredhaanNya. Ameen

Anda mungkin juga menyukai