Anda di halaman 1dari 1

BORANG SINOPSIS BUKU LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)

Nama Sekolah 1 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 9 (F)

Kod Sekolah

: NBA 6020

Nama Guru : Jenis Bahan Bacaan: (Ilmiah/Umum) Sinopsis:

NOR AINI BINTI MUDA ILMIAH


3. Bil. Muka Surat : 155 4. Tajuk : TEKNIK INGATAN - KAEDAH MENGATASI LUPA & LEMAH INGATAN

Lupa dan daya ingat yang lemah adalah masalah yang paling banyak dihadapi oleh orang ramai sama ada yang telah tua mahupun yang masih kecil, perempuan ataupun lelaki. Ahli jiwa menamakannya dengan fenomena kejiwaan. Dalam buku ini juga dikemukakan perkara-perkara yang membawa pada sifat lupa dan lemah daya ingat. Perkara-perkara tersebut diterangkan dengan sejelas-jelasnya dengan menjelaskan proses otak kita dalam mengingati sesuatu. Selain itu, buku ini juga menjelaskan bagaimana cara untuk menyusun maklumat-maklumat di dalam fikiran sehingga mudah untuk dikeluarkan bila-bila masa dan cara tepat untuk mengingati apa yang anda baca dan dengar dengan mudah serta langkah-langkah yang paling baik untuk memperbaiki kekuatan pemerhatian dan meningkatkan kemampuan untuk mengingati sesuatu.
6 Nilai Pengetahuan / Pengajaran:

Nilai pengetahuan yang diperolehi melalui buku ini tentang teori-teori ilmiah yang terkini pada abad moden ini yang disebut dengan latihan ilmiah yang memungkinkan kita untuk menguatkan saraf-saraf otak sehingga kita dapat menguatkan daya ingat dan menghafal perkara-perkara dalam hidup ini seperti mengingati nombor, nama-nama orang, hari dan kejadian yang dialami dengan sempurna. Selain itu, kita juga dapat mengetahui perkara-perkara yang membawa pada sifat lupa dan lemah daya ingat dengan menjelaskan proses otak kita dalam mengingati sesuatu.
7 Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P:

1. Sebagai guru adalah sangat perlu teknik ingatan ini digunakan ketika mengajar murid terutama tahap dua. Murid diajar teknik menyimpan maklumat, menghafal maklumat dan memanggil maklumat bagi meningkatkan teknik ingatan mereka semasa di dalam kelas. 2. Sebagai seorang pendidik kaedah bagi menghilangkan tekanan dan bebanan yang terdapat di dalam saraf telah membantu bagi mengatasi tekanan bekerja dengan teratur dan dapat meningkatkan kaedah menyimpan maklumat dengan baik.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

.......................................................... ( PN. NOR AINI BINTI MUDA )

........................................................ ( EN. MOHD TAUFIK BIN AWAP )

Anda mungkin juga menyukai