Anda di halaman 1dari 1

Nama Guru Nadia Azira binti Jasni

Tajuk Mudahkan Jangan Susahkan


Pengarang Syed Alwi Alatas
Terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd
Sinopsis

Buku ini merupakan sebuah buku motivasi islam yang memberi kesedaran kepada
kita untuk kita melihat sesuatu perkara itu mudah. Walaupun ada ketikanya, sesuatu perkara
itu adalah pertama kali kita lakukan, ataupun sesuatu perkara itu tidak suka kita lakukan,
kita perlu melihatnya dari sudut positif dan meraikan ia sebagai sebahagian daripada
pengalaman baru yang berguna dalam hidup kita. Lantaran itu segala perkara yang kita lalui
akan lebih mudah dan dipermudahkan.
Dalam kehidupan kita, pastinya kita sering diuji dengan keadaan yang sukar dan
susah. Mereka yang melalui keadaan yang sukar dan susah ini dengan tabah sudah tentu
nilai ketabahan tidak akan dipersia-siakan oleh Allah SWT. Oleh itu, pada saat kita ditimpa
musibah, tanamkanlah dalam hati bahawa Allah sedang memilih kita untu diberi pahala
yang berlipat kali ganda. Ringkasnya, kesusahan yang Allah berikan kepada kita adalah
bersesuaian dengan kemampuan kita untuk menghadapinya. Pada satu ketika yang lain, jika
kita dilimpahi dengan kekayaan dan kesenangan, bolehkah kita mensyukuri nikmat yang
diberikan oleh-NYA? Maka, adalah lebih baiknya jika kita diuji dengan kesusahan supaya
kita lebih muhasabah dan sentiasa bersyukur.
Antara saranan buku ini untuk menghadapi musibah adalah dengan perbanyakkan
beristighfar, berusaha untuk mencari penyelesaian terhadap musibah yang dihadapa dan
seterusnya mengantungkan sepenuh tawakal kepada Allah SWT. Selain itu, menerusi buku
ini juga disertakan cerita-cerita motivasi, potongan ayat al-Quran dan Hadis yang menjadi
panduan kepada kita dalam menghadapi ujian dalam kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai