Anda di halaman 1dari 1

Nama Guru Nadia Azira binti Jasni

Tajuk Pengurusan Keselamatan Kebakaran di Pejabat-Pejabat dan Swasta


Pengarang Bahagian Pencegah dan Keselamatan Kebakaran
Terbitan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya
Sinopsis

Buku ini memberi pendedahan yang berguna kepada khusunya pada pentadbir,
pegawai, kakitangan dan anggota di mana-mana organisasi. Contohnya di bangunan
pejabat-pejabat kerajaan, premis-premis swasta mahupun sekolah. Isi kandunganya mudah
difahami kerana diterjemahkan dalam bentuk senarai, carta dan ilustrasi. Sebagai contoh,
pengetahuan asas dan berciri saintifik tentang api ditunjukkan menerusi segitiga kebakaran
iaitu bahan api, haba dan oksigen. Kehadiran ketiga-tiga sumber ini mampu mengakibatkan
kebakaran. Oleh itu, pengetahuan asas mengenainya perlu difahami supaya kita boleh
memilih kaedah yang bersesuaian dan terbaik dalam mengawal kebakaran yang berlaku,
Alat pemadam api yang disediakan pula hendaklah bersesuaian dengan risiko
kebakaran seperti persekitaran, kemalangan atau perbuatan khianat. Selain itu, pengetahuan
tentang cara api marak dan merebak boleh membantu pengawalan kebakaran dan langkah
bagi mengelakkan kecederaan dan kehilangan nyawa. Segala tatacara pengungsian
bangunan perlu dipatuhi supaya tiada sesiapa yang terperangkap.
Buku ini juga menunjukkan kaedah pemadaman dengan memutuskan segi tiga
kebakaran, iaitu dengan cara melaparkan, melemaskan dan menyejukkan bahan api.
Bahagian akhir buku menampilkan audit kebakaran, pengurusan keselamatan bangunan dan
peruntukkan undang-undang yang berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai