Anda di halaman 1dari 33

Jul 19, '06 1:59 PM

Risalah Ringkas tentang Tawassul for everyone


Risalah Ringkas tentang Tawassul
Dipetik dari laman blog : http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/34

Isu tawassul sebenarnya merupakan suatu isu yang berkaitan dengan bagaimana kaedah
berdoa, bukan berkaitan dengan aspek aqidah seperti yang cuba ditonjolkan oleh sesetengah
golongan Wahhabi dan orang-orang yang terpengaruh dengan pemikiran mereka, walaupun tidak
mengaku Wahhabi.

Ada yang cuba memberi kesamaran kepada masyarakat awam, dengan mengatakan,
tawassul dalam Islam hanya bermakna, kita meminta seseorang yang hidup untuk berdoa kepada
Allah s.w.t. untuk kita.

Makna yang sempit ini bukanlah makna sebenar tawassul dalam Islam, bahkan ia
merupakan satu bahagian daripada tawassul dalam Islam. Maka, takrif tawassul tersebut tidak
merangkumi seluruh intipate tawassul dalam Islam.

Definisi Tawassul:

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjelaskan bahawa, tawassul dari segi bahasa ialah,
mengambil wasilah (perantaraan) bagi mencapai sesuatu yang diingini.

Tawassul kepada Allah s.w.t. bermaksud: mengambil perantaraan untuk mendapatkan


keredhaan Allah s.w.t. dan mendapat pahala dengan mengambil jalan perantaraan dan sebab yang
membawa kepadanya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "wahai orang yang beriman, takutlah kepada Allah
dan carilah wasilah (perantaraan) kepada-Nya. (Al-Ma'idah: 35)

Jenis-jenis tawassul yang disepakati ulama' tentang keharusannya:

1)Tawassul kepada Allah s.w.t. dengan zat Allah s.w.t.. Ianya berdasarkan firman Allah
s.w.t.: "bersabarlah, dan tidaklah sabar kamu melainkan dengan Allah" (An-Nahl: 127)

2)Tawassul dengan nama Allah s.w.t. dan sifat-sifat-Nya. Hal ini berdasarkan firman
Allah s.w.t. yang bermaksud: "bagi Allah nama-nama yang mulia, maka berdoalah dengannya"
(Al-A'raf: 180)

3)Tawassul dengan amal soleh. Hal ini berdasarkan doa yang disebutkan di dalam Al-
Qur'an "wahai Tuhan kami, sesunnguhnya kami beriman, maka ampunilah kami…" (Ali- Imran:
10)

Adapun jenis-jenis tawassul yang diperselisihkan oleh para ulama' tentangnya ialah,
tentang tawassul kepada Allah s.w.t. dengan perantaraan Nabi Muhammad s.a.w., para Nabi a.s.,
para malaikat dan para solihin.
Sheikh Syed Abu Al-Husien Abdullah bin Abdul Rahman Al-Makki r.h.l. menegaskan
bahawa, para ulama sebelum Ibn Taimiyah sepakat tentang keharusan bertawassul dengan diri
Rasulullah s.a.w. dan para solihin, sehinggalah datang Ibn Taimiyah lantas menyalahi pendapat
para ulama' sebelumnya.

Sebenarnya, kebanyakkan para ulama empat mazhab bersepakat tentang keharusan


bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. dan orang-orang soleh, menurut pendapat Dr. Yusuf Al-
Qaradhawi.

Imam Ahmad bin Hanbal r.h.l. mengharuskan bertawassul kepada Rasulullah s.a.w.
semata-mata, tidak boleh baginya, bertawassul dengan selain Rasulullah s.a.w.

Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengandaikan bahawa, golongan yang membenarkan tawassul


kepada Rasulullah s.a.w. sahaja, kerana bagi mereka, hanya Rasulullah s.a.w. sahaja yang telah
dijamin sebagai ahli syurga dan diredhai Allah s.w.t., sedangkan orang-orang soleh yang lain
belum pasti diredhai Allah s.w.t.

Menurut beliau, qiyasan ini tidak tepat kerana ianya menghukum tentang sesuatu perkara
yang ghaib.

Hakikatnya, kita bertawassul kepada orang-orang yang soleh kerana husnu-dhon (pra
sangka baik) kita terhadap Allah s.w.t. dan para solihin, yang mana, mudah-mudahan Allah s.w.t.
meredhai mereka.

Adapun khilaf baru dalam Islam, tentang tawassul dengan Rasulullah s.a.w., lahir dari Ibn
Taimiyah kerana menurutnya, tidak boleh bertawassul dengan si mati sedangkan Rasulullah
s.a.w. telahpun wafat. Adapun tawassul yang dibolehkan hanyalah tawassul dengan orang-orang
yang masih hidup. Dalil yang beliau gunakan ialah tentang hadis di mana Saidina Umar Al-
Khattab bertawassul dengan Al-Abbas setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. dalam meminta hujan
kepada Allah s.w.t. Sebelum Ibn Taimiyah, dapat dilihat kesepakatan ulama bahawa, diharuskan
bertawassul kepada Rasulullah s.a.w. samada ketika baginda hidup mahupun setelah kewafatan
Baginda s.a.w.

Dalil Keharusan bertawasssul dengan Rasulullah s.a.w. sewaktu hidup dan setelah kewafatan
Baginda s.a.w.:

Seorang buta bertemu Rasulullah s.a.w. lalu meminta agar Rasulullah s.a.w. berdoa
kepada Allah supaya Allah menyembuhkannya. Rasulullah s.a.w. kemudiannya mengajarkannya
tentang suatu amalan, agar Allah s.w.t. memperkenankan hajatnya.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "ambillah wuduk dan perelokannya,


kemudian solat dua rakaat. Setelah itu, berdoalah dengan doa ini: "Wahai Tuhanku, aku berdoa
meminta kepada-Mu dengan Nabimu, Nabi rahmat, wahai Muhammad, aku mengadap Tuhan-Ku
dengan (perantaraan) mu, dalam meminta hajatku, maka perkenankanlah hajatku…"
Setelah lelaki buta itu berdoa dengan doa itu, Allah s.w.t. menyembuhkan penyakitnya.

Hadis ini riwayat Ahmad, An-Nasa'i, Ibn Majah dan Ibn Huzaimah.

Menurut Al-Baihaqi, Al-Haithami, At-Tabari, dan Az-Zahabi, hadis ini hadis sahih.

Hadis ini menunjukkan secara jelas, tentang kebolehan atau keharusan berdoa kepada
Allah s.w.t. dengan betawassul dengan Rasulullah s.a.w., secara mutlak, tanpa terbatas dengan
kehidupan Baginda s.a.w. semata-mata.

Pendapat yang menolak tawassul setelah kewafatan Baginda s.a.w. tidak tepat kerana
hadis ini mutlak, tentang doa bertawassul dengan Rasulullah s.a.w., tidak kira sama ada ketila
Baginda s.a.w. hidup ataupun setelah Baginda s.a.w. wafat.

Menurut Sheikh Syed Muhammad Alawi r.a., Imam At-Tabari turut meriwayatkan
bahawa, para sahabat masih menggunakan lafaz doa tawassul tersebut setelah kewafatan Baginda
s.a.w. (Mafahim yajib an-tusohhah)

Dalil yang lain: Tawassul Adam dengan Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Takkala Nabi Adam a.s. melakukan kesilapan, beliau berkata: : "Wahai Allah, dengan hak
Muhammad, ampunkanlah aku." Allah s.w.t. berfirman: " Wahai Adam, bagaimana engkau
mengenali Muhammad, sedangkan aku belum menciptakannya lagi?

Nabi Adam a.s. menjawab, takkala engkau menciptakan aku dengan tangan-Mu
(kekuasaan-Mu), dan meniupkan ke dalamku roh-Mu, aku mengangkatkan kepalaku lantas
terlihat di arasy ada tertulis, "Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad ialah Rasulullah". Maka, aku
tahu, engkau tidak akan meletakkan suatu nama beriringan dengan nama-Mu, melainkan engkau
teramat mencintainya."

Allah s.w.t. berfirman: "benar wahai Adam. Dia (Muhammad) sangat ku cintai, maka,
berdoalah dengan haknya, sesungguhnya aku telah mengampunimu. Ketahuilah bahawasanya,
kalau tidak kerananya (Rasulullah s.a.w.) nescaya aku tidak menciptamu."

Hadis riwayat Al-Hakim, As-Suyuti dan Al-Baihaqi. Menurut Al-Hakim dan As-Suyuti,
hadis ini hadis sahih. Menurut Al-Baihaqi, hadis ini tidak paslu. Hadis ini juga turut disahihkan
oleh Al-Qostolani, Az-Zarqoni dan As-Subki.

Hadis ini juga ada jalan yang lain, melalui riwayat Ibn Abbas, dengan lafaz, kalau bukan
kerananya (Muhammad), nescaya Aku tidak menciptakan Adam, Syurga dan Neraka." dan
diriwayatkan oleh Al-Hakim, Al-Jauzi dan Ibn Kathir dalam Al-Bidayah wa An-Nihayah (jilid 1,
m/s 180)
Walaupun ada sebahagian ulama yang mendakwa hadis ini hadis palsu, namun menurut
ulama' muhaqqiqin, makna hadis tersebut tetap sahih, seperti yang dijelaskan oleh Sheikh Syed
Muhammad Alawi Al-Maliki dalam bukunya, Mafahim yajib An Tusohhah.

Dalil tentang keharusan bertawassul dengan selain daripada Rasulullah s.a.w.

Majoriti ulama Islam juga mengharuskan bertawassul kepada para solihin dan para wali
Allah, selain daripada bertawasul dengan Rasulullah s.a.w.

Hal ini seperti yang dijelaskan di dalam hadis sahih Al-Bukhari r.a., di mana, Saidina
Umar pernah berdoa meminta hujan kepada Allah s.w.t. dengan menyebut "Wahai Tuhan kami,
kami pernah bertawassul (meminta hujan) dengan (perantaraan) Nabimu, maka Engkau
menurunkan hujan, kini, kami bertawassul dengan bapa saudara Nabimu (Al-Abbas), maka
turunkanlah hujan kepada kami".

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa, keharusan berdoa dengan orang-orang soleh selain
daripada bertawassul dengan Rasulullah s.a.w.. Adapun Ibn Taimiyah menggunakan hadis ini
untuk membela pendapat beliau bahawa, tawassul kepada Rasulullah s.a.w. tidak dibolehkan
selepas kewafatan Baginda s.a.w. kerana Saidina Umar tidak bertawassul dengan Rasulullah
s.a.w. lagi setelah ketiadaan Baginda s.a.w. dalam hadis tersebut.

Kefahaman Ibn Taimiyah mengenai hadis tersebut disanggah oleh ramai para ulama yang
muktabar. Hal ini kerana, telah terbukti di dalam hadis yang lain, di mana para sahabat masih
lagi bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. setelah kewafatan Baginda s.a.w., seperti yang
dinukilkan oleh Shiekh Syed Muhammad Alawi Al-Maliki.

Menurut Sheikh Syed Muhammad Alawi Al-Maliki lagi, Saidina Umar r.a. tidak
bertawassul kepada Allah dengan Rasulullah s.a.w. untuk meminta hujan dalam hadis tersebut
untuk menjelaskan bahawa, kita boleh bertawassul dengan selain daripada Rasulullah s.a.w.

Saidina Umar tida bertawassul dengan Rasulullah s.a.w. dalam perkara meminta hujan
kerana hujan merupakan rahmat dan keperluan bagi yang masih hidup, bukan bagi yang telah
tiada. Maka, Saidina Umar bertawassul dengan Al-Abbas kerana Al-Abbas masih lagi hidup, dan
beliau (Al-Abbas) berhajat juga kepada air pada musim kemarau tersebut. Jadi kefahaman
Saidina Umar r.a. dalam situasi tersebut, menyebabkan beliau bertawassul kepada Allah s.w.t.
dengan kedudukan Al-Abbas di sisi Allah s.w.t. kerana pada ketika itu, Saidina Al-Abbaslah
memerlukan air dari hujan, berbanding dengan Rasulullah s.a.w. yang telah wafat pada ketika
itu, yang tidak berhajat kepada hujan. Maka, beliau meminta belas kasihan Allah s.w.t. dengan
kedudukan Al-Abbas yang juga masih hidup dan memerlukan hujan pada ketika itu.

Maka, Saidina Umar r.a. bertawassul dengan Saidina Al-Abbas di hadapan Allah s.w.t.
untuk menagih simpati Allah s.w.t. supaya menurunkan hujan, dan memberi minum umat Islam
yang masih hidup termasuklah kekasih Allah dan Rasulullah s.a.w., Al-Abbas, bukan kerana
tidak boleh bertawassul kepada Rasulullah s.a.w. setelah kewafatan Baginda s.a.w.
Dalil yang lain tentang keharusan bertawassul dengan orang-orang soleh, seperti yang
diriwayatkan oleh Ibn Majah r.a., tentang doa sewaktu keluar dari rumah menuju solat, iaitu
"Wahai Tuhanku, aku meminta kepada-Mu, dengan hak orang-orang yang berjalan (di atas jalan)
menujumu, dengan hak orang yang berjalan ini… maka jauhilah kami dari azab neraka…"
(Hadis riwayat Ibn Majah) Al-Hafiz Abu Hasan mengatakan, hadis ini, hadis hasan.

Berdasarkan hadis-hadis tersebut, jelaslah bahawa, berdoa kepada Allah dengan


perantaraan Rasulullah s.a.w., para solihin dan sebagainya, dibenarkan di dalam Islam. Ini
kerana, tawassul tidak ada kaitan dengan aqidah, kerana, setiap orang yang bertawassul, hanya
menyakini, hanya Allah s.w.t. lah yang mampu memberi manfaat dan kemudaratan kepada
mereka. Tawassul cuma suatua kaedah, diantara pelbagai kaedah-kaedah dalam berdoa kepada
Allah s.w.t.

Rahsia kaum sufi dalam persepsi Tawassul

Ada juga di kalangan masyarakat awam yang terkeliru dengan dakwaan Wahhabi, yang
mengatakan bahawa, tawassul kepada Allah dengan para masyaikh seperti yang dilakukan oleh
golongan sufi adalah syirik.

Sebenarnya, berdasarkan dalil-dalil yang dijelaskan sebelum ini, menunjukkan kepada


kita bahawa, tawassul merupakan ajaran Islam. Tawassul bukanlah bererti menyembah selain
daripada Allah s.w.t., tetapi tawassul merupakan salah satu kaedah berdoa kepada Allah s.w.t.,
dan salah satu simbol adab kita di hadapan Allah s.w.t.

Para sufi yang berpegang teguh dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah memahami makna
tawassul dan rahsia disebalik tawasssul. Ia bukanlah bermakna, kita berdoa kepada selain Allah
s.w.t., kerana tawassul dalam Islam hanya sekadar menggunakan kedudukan seseorang di sisi
Allah, dalam berdoa kepada Allah s.w.t.

Persoalannya, mengapakah kita perlu menggunakan kedudukan orang lain antara kita
dengan Allah s.w.t, sedangkan Allah s.w.t. menegaskan bahawa, tiada sempadan antara kita
dengan Tuhan?

Tawassul bukanlah sempadan antara kita dengan Tuhan. Tawassul bukanlah perantaraan
dalam pengabdian kita kepada Tuhan. Tawassul sekadar kaedah berdoa yang diajarkan oleh
Rasulullah s.a.w., kepada Allah s.w.t., dengan menjadikan kedudukan seseorang di sisi Allah
s.w.t., supaya Allah s.w.t. menerima hajat kita.

Tetapi, tanpa tawassul juga, tidak menafikan bahawa Allah s.w.t. mampu menunaikan
hajat kita. Malah, tawassul juga tidak mewajibkan Tuhan menunaikan hajat kita. Samada kita
bertawassul dengan seseorang atau tidak, doa kita tetap sampai kepada Allah s.w.t. selagi kita
ikhlas dalam berdoa, dan terserah kepada Allah s.w.t. untuk menunaikan hajat kita atau tidak.
Adapun di sisi para sufi, tawassul merupakan suatu simbol adab kita di hadapan Allah
s.w.t.. Kita berdoa, misalnya, "wahai Tuhanku, dengan kedudukan Sheikhku di sisi-Mu,
ampunkanlah aku."

Mengapa para sufi menganggap tawassul ialah adab kita di hadapan Allah s.w.t.. Ini
kerana, para sufi merasakan diri mereka sangat hina dan kerdil di hadapan Allah s.w.t., dan
mereka teramat malu untuk mengadap Allah s.w.t. dengan dosa mereka yang menggunung,
kemudian meminta pula daripada Tuhan untuk menunaikan hajat kita, sedangkan kita empunya
dosa yang menggunung di hadapan Allah s.w.t.

Maka, para sufi merasa tidak layak untuk mengharapkan agar Allah s.w.t. menunaikan
hajat mereka, sedangkan mereka juga yakin Allah s.w.t. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Namun, rasa rendah diri mereka di hadapan Allah s.w.t. membuatkan mereka bertawassul dengan
orang-orang yang mempunyai kedudukan di sisi Allah, menurut prasangka mereka.

Seolah-olah, lafaz doa mereka di hadapan Allah s.w.t., Ya Allah, aku begitu hina di
hadapan-Mu. Aku tidak layak untuk menghadap-Mu dengan tubuh badan yang diselaputi maksiat
dan dosa ini. Namun, Engkau Maha Penyayang dan Maha Pengampun, tetapi Engkau juga Maha
Adil. Jika Engkau membenci aku sekalipun dengan kemaksiatanku, maka ampunilah dosaku
dengan hak para guruku yang berkedudukan di sisi-Mu. Ampunilah aku kerana aku juga umat
kekasih-Mu Muhammad s.a.w. Aku juga anak murid kepada Sheikh Fulan bin Fulan yang aku
rasakan mempunyai kedudukan di sisimu. Maka, ampunilah aku dengan kedudukan mereka di
sisi-Mu."

Lihatlah, inilah makna sebenar tawassul dalam berdoa, iaitu beradab kepada Allah s.w.t.
Siapalah kita untuk merasa besar dan hebat di sisi Allah s.w.t. Jika seseorang itu merasa kerdil di
hadapan seorang raja sekalipun, dia akan mencari seseorang yang mempunyai kedudukan yang
dekat di sisi raja tersebut, sebagai perantaraan untuk bertemu raja tersebut melalui orang
tersebut. Jadi, bagaimana pula dengan orang yang merasa kerdil di hadapan Allah s.w.t., salahkah
dia mengunakan kedudukan seseorang di sisi Allah s.w.t. untuk berhadapan dengan Allah s.w.t.?

Maka, tawasssul hanyalah sekadar adab dalam berdoa kepada Allah s.w.t., kerana merasa
diri kita kerdil dan hina di sisi Allah s.w.t. Bukankah Allah s.w.t. memberitahu kepada kita
tentang betapa hinanya kita di hadapan Allah s.w.t. dengan firman-Nya "kamu semua fuqoro'
(faqir) di hadapan Allah"?

Bagi para sufi juga, mereka berdoa kepada Allah s.w.t. juga bukanlah kerana mereka
inginkan sesuatu hajat, atau minta kepada Allah s.w.t. sesuatu hajat, tetapi mereka berdoa kerana
Allah s.w.t. yang menyuruh mereka berdoa, dan menjadikan doa itu ialah salah satu simbol
ibadah kepada Allah s.w.t. Jika tidak, nescaya mereka tidak berdoa kepada Allah s.w.t. kerana
mereka faham dan yakini bahawa, Allah s.w.t. Maha Mengetahui hajat kita walaupun kita tidak
memberitahu kepada-Nya dengan doa tersebut. Jadi, doa itu sendiri bagi para sufi, ialah untuk
menunjukkan rasa rendah diri kita kepada Allah s.w.t., kerana meminta-minta merupakan suatu
sifat yang hina, maka berdoa dan meminta di hadapan Allah s.w.t. merupakan adab dan simbol
rendah diri kita di depan Allah s.w.t. Mereka tidak berdoa kerana menginginkan sesuatu, tetapi
mereka berdoa juga untuk merendahkan diri mereka kepada Allah s.w.t., kerana mereka yakin
Allah s.w.t. Maha Mengetahui tentang hajat kita, tanpa perlu kita memberitahunya.

Maka, kefahaman para sufi dalam masalah doa dan tawassul merupakan mutiara yang
terang dan jelas tentang aqidah mereka yang utuh dan mantap kepada Allah s.w.t.

Jadi, tawassul kepada Allah s.w.t. dalam pengertian ini, bukanlah suatu perkara yang
syirik ataupun boleh membawa kepada syirik. Golongan yang cuba mengharamkan tawassul
yang merupakan ajaran Islam, semata-mata kerana takut umat Islam akan menyembah selain
daripada Allah s.w.t. dan melakukan syirik dengan menyembah para wali dan berdoa kepada
selain Allah s.w.t., merupakan suatu usaha yang batil dan melampui. Ini kerana, perjuangan
mereka berdasarkan su'uk adhon (buruk sangka) terhadap umat Islam yang bertawassul.

Mereka cuba membuang tawassul yang merupakan adab dalam berdoa yang diajarkan
oleh Rasulullah s.a.w., semata-mata kerana takut umat Islam jatuh ke jurang syirik, adalah tidak
berasas sama sekali.

Rasulullah s.a.w. sediri tidak takut umat Baginda s.a.w. kembali syirik dan menyembah
selain daripada Allah s.w.t., kerana perkara tersebut tidak akan berlaku dalam umat Islam.

Renungilah hadis ini:

Seorang sahabat bernama Syaddad bin Aus bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "apa yang
menyebabkan aku lihat pada mukamu (iaitu kemuraman)?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "aku
memikirkan tentang perkara yang paling aku takut, yang akan berlaku pada umatku, setelah
ketiadaanku". Syaddad bertanya: " Apakah yang akan berlaku?" Rasulullah s.a.w. menjawab:
"Syirik dan syahwat yang tersembunyi". Syaddad bertanya lagi: " Wahai Rasulullah, adakah
umat kamu akan kembali mempersekutukan Allah setelah ketiadaanmu?" Rasulullah s.a.w.
menjawab: "Syaddad…mereka tidak akan menyembah matahari, bukan, berhala dan batu, tetapi
(yang aku takut ialah) mereka riya' dalam amalan mereka" Syaddad bertanya lagi, "adakah riya'
itu syirik?" Rasulullah s.a.w. menjawab, "ya". Syaddad bertanya lagi: "apa pula syahwat yang
tersembunyi itu?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "seseorang berpuasa pada waktu paginya,
kemudian, apabila timbul keinginan syahwat kepada dunia, dia aka membuka puasanya". (Hadis
riwayat Ahmad dan Al-Hakim, dan hadis ini sahih dari sudut sanadnya).

Oleh itu, tawassul bukanlah pintu kepada syirik jika kita memahami tawassul hanyalah
sekadar adab dalam berdoa kepada Allah s.w.t. Ini kerana, syirik tidak akan kembali ke dalam
jiwa umat Islam, kerana perkara tersebut dinafikan sendiri oleh Rasulullah .s.a.w. Apa yang
ditakuti hanyalah syirik kecil, iaitu penyakit riya' dalam beribadah, di kalangan umat Islam.

Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita dan membantu kita untuk ikhlas dalam
pengabdian kita kepada-Nya. Isu tawassul ini merupakan suatu isu yang tidak perlu menjadi titik
perpecahan umat Islam, kerana ianya masalah khilafiyah, dan tidak ada kaitan dengan aqidah.
Ikutilah pendapat majoriti ulama' Islam yang membenarkan tawassul dengan Rasulullah s.a.w.
dan para solihin kerana hujah mereka amat kuat daripada Sunnah.
Semoga Allah membantu kita semua dalam menghirup secebis keredhaan dan rahmat-
Nya.

Al-Faqir ila Allah…

Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin


Al-Azhar…Mesir…

Sumber:

Mafahim yajib an Tusohhah (Shiekh Al-Arif billah Syed Muhammad Alawi Al-Maliki)
Fusul fi Al-Aqidah baina As-Salaf wa Al-Khalaf (Dr. Yusuf Al-Qaradhawi)
As-Salafiyah Al-Mu'asoroh, munaqosyat wa rudud ( Sheikh Abu Al-Husien Abdullah bin Abdul
Rahman)
As-Salafiyah (Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buti)
La dharo'I' li hadmi al-athar an-nabawiyah (Dr. Umar Abdullah Kamil dll)
Tags: aqidah
Prev: ‫النهي عن الغلو في الدين‬
Next: Refutations of Ibn Taymiyya's Two Tawheeds
reply share

45 CommentsChronological Reverse Threaded


reply
mdsg wrote on Jan 9, '07
anda faham bahasa mat salleh?

dari Tafsir Ibn Kathir


Al-Maidah :35
Allah commands His faithful servants to fear Him in Taqwa, which if mentioned along with acts of
obedience, it means to refrain from the prohibitions and the prohibited matters. Allah said next,

َ َ ‫سيل‬
﴿‫ة‬ ِ َ‫﴾وَابْتَغُوا ْ إِلَيهِ الْو‬

(seek the Wasilah to Him.) Sufyan Ath-Thawri said that Talhah said that `Ata' said that Ibn
`Abbas said that Wasilah means `the means of approach'. Mujahid, Abu Wa'il, Al-Hasan,
Qatadah, `Abdullah bin Kathir, As-Suddi, Ibn Zayd and others gave the same meaning for
Wasilah. Qatadah said that the Ayah means, "Seek the means of approach to Him by obeying
Him and performing the acts that please Him.''

َ َ ‫﴾أُولَـئ‬
َ َ ‫سيل‬
﴿‫ة‬ ِ َ‫م الْو‬
ُ ِ‫ن إِلَى َرب ِّه‬
َ ‫ن يَبْتَغُو‬ َ ‫ك ال ّذِي‬
َ ‫ن يَدْع ُو‬ ِ

(Those whom they call upon seek a means of access to their Lord (Allah).) ﴿17:57﴾ Wasilah is a
means of approach to achieve something, and it is also used to refer to the highest grade in
Paradise, and it is the grade of the Messenger of Allah , his residence and the nearest grade in
Paradise to Allah's Throne. Al-Bukhari recorded that Jabir bin `Abdullah said that the Messenger
of Allah said,
«،‫ة‬َ َ ‫ضيل‬
ِ َ‫ة وَالْف‬ َ َ ‫سيل‬
ِ َ‫مدًا الْو‬ َّ ‫ح‬
َ ‫م‬
ُ ‫ت‬ ِ ‫ آ‬،ِ‫مة‬َ ِ ‫صَلةِ الْقَائ‬ َّ ‫ وَال‬،ِ‫مة‬َّ ‫ب هذِهِ الدَّع ْوَةِ التَّا‬ َّ ُ‫ اللَّه‬:َ‫معُ النِّدَاء‬
َّ ‫م َر‬ َ ‫س‬
ْ َ‫ن ي‬
َ ‫حي‬ َ ‫ن قَا‬
ِ ‫ل‬ ْ ‫م‬
َ
‫مة‬ ْ َ ّ ‫ه ال‬ َ َ ّ َ ّ َ ّ ْ‫ث‬
َ ‫م القِيَا‬ َ ْ‫ة يَو‬
ُ َ ‫شفَاع‬ ُ ‫تل‬ ْ ‫حل‬ َ ‫إ ِل‬،‫ه‬
ُ َ ‫مودًا الذِي وَعَدْت‬ ُ ‫ح‬
ْ ‫م‬ َ ‫ما‬ ً ‫مقَا‬
َ ‫ه‬ ُ َ‫»وَابْع‬

(Whoever, after hearing to the Adhan says, "O Allah! Lord of this perfect call and of the regular
prayer which is going to be established! Grant Muhammad the Wasilah and superiority and send
him ﴿on the Day of Judgment﴾ to the praiseworthy station which You have promised him," then
intercession from me will be permitted for him on the Day of Resurrection.) Muslim recorded that
`Abdullah bin `Amr bin Al-`As said that he heard the Prophet saying,

َ َّ َ ‫صلَّى ع َل‬ َّ َ ‫صلُّوا ع َل‬


«،‫شًرا‬ ْ َ‫ه ع‬ ِ ْ ‫ه ع َلَي‬
ُ ‫صل ّى الل‬ َ ً ‫صَلة‬ َ ‫ي‬ َ ‫ن‬ْ ‫م‬
َ ‫ه‬ ُ َّ ‫ فََإِن‬،‫ي‬ َ ‫م‬ َّ ُ‫ ث‬،‫ل‬
ُ ‫ما يَقُو‬ َ ‫ل‬ َ ْ‫مث‬ ِ ‫ن فَقُولُوا‬ ُ ْ ‫م ال‬
َ ّ‫مؤ َ ِذ‬ ُ ُ ‫معْت‬
ِ ‫س‬ َ ‫إِذ َا‬
َ َ ُ َ َ َ ّ َ َ ْ َ َ َ َ ْ ُ َ
‫ن‬ ‫م‬
ْ َ ‫ف‬ ،َ ‫ُو‬ ‫ه‬ ‫ا‬ ‫ن‬
َ َ ‫أ‬ ‫ن‬ ‫و‬ ‫ك‬ ‫أ‬ ‫ن‬
ْ ‫أ‬ ‫جو‬
ُ ‫ر‬ ‫أ‬ ‫و‬ ،ِ ‫ه‬ ‫الل‬ ‫د‬ ‫ا‬ ‫عب‬
ِ ‫ن‬‫م‬
ِ َ ْ ِ ٍ ْ َ ‫د‬ ‫ب‬‫ع‬ ِ ‫ل‬ ‫ل‬ ‫إ‬ ‫ِي‬ ‫غ‬ ‫ب‬
ََْ‫ن‬‫ت‬ ‫ل‬ ‫ة‬
ِ َ ّ ‫ن‬ ‫ج‬ ‫ال‬ ‫ي‬ ِ ‫ف‬ ‫ة‬
ٌ ‫ل‬ ‫ز‬ْ ‫من‬
ِ َ َ ِ ‫ا‬ ‫ه‬ ّ ‫ن‬ ‫إ‬ ‫ف‬ ،‫ة‬
َ ‫سيل‬
ِ ‫و‬ ‫ال‬ ‫ي‬ ِ ‫ل‬ ‫وا‬ َ ّ ُ‫ث‬
‫سل‬ ‫م‬
َّ ‫ت ع َلَيْهِ ال‬ َّ ‫ل لي ال َْو ْسيل َة حل‬ َ َ ‫»سأ‬ ِ َ َ
‫شفَاعَة‬ ْ َ َ ِ َ َ ِ َ

(When you hear the Mu'adhdhin, repeat what he says, and then ask for Salah (blessing, mercy
from Allah) for me. Verily, whoever asks for Salah for me, then Allah will grant ten Salah to him.
Then, ask for the Wasilah for me, for it is a grade in Paradise that only one servant of Allah
deserves, and I hope that I am that servant. Verily, whoever asks (Allah) for Wasilah for me, he
will earn the right of my intercession.) Allah said,

َ
َ ‫حو‬
﴿‫ن‬ ْ ُ ‫سبِيلِهِ لَعَل ّك‬
ُ ِ ‫م تُفْل‬ َ ‫جـهِدُوا ْ فِى‬
َ َ‫﴾و‬

(and strive hard in His cause as much as you can. So that you may be successful.) After Allah
commanded Muslims to avoid the prohibitions and to work towards obedience, He commanded
them to fight against their enemies, the disbelievers and idolators who have deviated from the
straight path and abandoned the correct religion. Allah encouraged the believers by reminding
them of the unending success and great happiness that He prepared for them for the Day of
Resurrection, which will never change or decrease for those who join Jihad in His cause. They
will remain in the lofty rooms of Paradise that are safe and beautiful. Those who live in these
dwellings will always be comfortable and will never be miserable, living, never dying, and their
clothes will never grow thin, nor will their youth ever end.

reply
mdsg wrote on Jan 9, '07
When My servants ask You concerning Me, I am indeed close (to them): I listen to the prayer of
every suppliant when he calls on Me: Let them also, with a will, Listen to My call, and believe in
Me: That they may walk in the right way [Baqarah 2:186]
reply
mukhlis101 wrote on Jan 9, '07
Bismillah...Alhamdulillah...Selawat dan Salam buat Rasulillah s.a.w... Alhamdulillah...segala
pujian bagi Allah s.w.t. yang memahamkan saya sebahagian daripada Bahasa Inggeris dan
Bahasa Arab, buat rujukan saya kepada sumber Islam yang lebih asli berbanding bersumberkan
bahan yang diterjemah ke dalam bahasa lain.

Segala puji bagi Allah s.w.t. juga yang telah mengurniakan kepada saya nikmat belajar di Al-
Azhar dalam pengkhususan tafsir, dan diajarkan kepada saya (alfaqir) tentang kaedah-kaedah
umum dalam memahami tafsiran Al-Qur'an.

Terima kasih buat tuan yang menukilkan tafsiran-tafsiran tersebut sebagai penambahan
terhadap maklumat yang saya miliki.
Secara umumnya, ayat-ayat Al-Qur'an yang diberikan dan tafsiran-tafsiran tersebut tidak
sedikitpun menjadi hujah untuk menolak konsep tawassul yang juga termasuk dalam ajaran
Islam.

Kepelbagaian kaedah doa yang diajarkan di dalam Islam menunjukkan keindahan Islam itu
sendiri. Islam menggalakkan umatnya berdoa terus kepada Allah s.w.t. seperti yang termaktub
dalam surah Al-Baqarah: 186 tersebut, dan dalam masa yang sama juga, Islam turut mengajar
konsep lain dalam berdoa iaitu, dengan meminta oranglain berdoa untuk kita, seperti yang
dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. takkala meminta doa dari Saidina Umar r.a. sewaktu beliau
(Saidina Umar r.a.) pergi menunaikan haji, sedangkan Baginda s.a.w.-lah sebaik-baik dan
sehampir-hampir manusia dengan Allah s.w.t.. Pun begitu, Baginda s.a.w. merendah diri di
hadapan Allah s.w.t. dengan meminta Saidina Umar r.a. berdoa untuk Baginda s.a.w. juga.

Ayat-ayat Al-Qur'an itu bersifat yang pelbagai. Ada ayat yang menjelaskan ayat yang lain dan
ada ayat yang menceritakan tentang suatu bentuk ibadah tanpa menolak bentuk ibadah yang
lain. Begitulah perihalnya dengan ayat-ayat yang saudara berikan itu, menceritakan tentang
satu bentuk doa, dan tidak pula menafikan bentuk doa yang lain seperti meminta doa dari orang
lain mahupun berdoa secara tawassul yang juga dimuatkan di dalam hadis-hadis sahih.

Saudara turut membawa tafsiran-tafsiran tentang ayat "wabtaghi ilaihi Al-Wasilah" dari
sebahagian ulama' tentang bertawassul dengan amalan, tidak pula menafikan ada tafsiran-
tafsiran lain yang menafsirkan ayat tersebut dengan konsep tawassul dengan kedudukan
seseorang. Silalah rujuk keseluruhan tafsir Ibn Kathir dalam masalah itu dan tafsir-tafsir lain
seperti Tafsir Ar-Razi, tafsir Al-Qurtubi dan lain-lain yang jelas menukilkan pelbagai tafsiran lain
tentang ayat itu.

Apapun, tafsiran ulama' dalam ayat itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mengingkari amalan
tawassul yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. dan diamalkan oleh Saidina Umar dan lain-
lainnya, kerana bentuk-bentuk ibadah dalam Islam tidak menafikan bentuk ibadah yang lain,
selagimana tidak ada kenyataan berbentuk larangan.

Tentang hadis Nabi s.a.w. mengenai meminta doa umatnya supaya berdoa untuknya agar
dikurniakan oleh Allah s.w.t. Al-Wasilah sebenarnya tidak juga boleh dijadikan sebagai hujah
untuk menolak konsep tawassul bahkan ianya pada hakikatnya merupakn hujah yang
menyokong konsep berdoa dalam bentuk lain iaitu, meminta doa dari orang lain.

Syarah kepada hadis tersebut antaranya ialah: "Al-Wasilah" dalam hadis itu bermaksud
kedudukan yang tertinggi di dalam syurga menurut hadis yang lain. Tetapi, Al-Wasilah di dalam
hadis tersebut berbeza dengan makna Al-Wasilah dalam ayat Al-Qur'an sebelum ini, kerana
dalam bahasa arab, ada banyak perkataan yang mana, ianya membawa banyak makna lain
yang dipanggil sebagai Al-Alfaz Al-Musytarak.

Contohnya: Al'Ain di dalam bahasa arab ada banyak makna antaranya: mata, mata air,
penyiasat dan sebagainya. Di dalam ayat Al-Qur'an sendiri, Al-'Ain digunakan dengan makna-
maknanya yang berbeza berdasarkan kondisi ayat tersebut.

Jadi, hadis tentang berdoa untuk Al-Wasilah tiada kaitannya dengan perbincangan mengenai
tawassul. Pun begitu, kalau ingin digali lebih mendalam, hadis tentang Al-Wasilah tersebut juga
menunjukkan di mana Rasulullah s.a.w. meminta umat Baginda s.a.w. berdoa untuknya, dan ini
menunjukkan ayat Al-Baqarah 186 tidak melarang seseorang meminta doa dari orang lain,
kerana berdasarkan hadis yang saudara sendiri berikan, menunjukkan Nabi s.a.w.
menggalakkan umatnya berdoa untuk Baginda s.a.w..

Saya tidak faham persoalan saudara dari nas-nas tersebut, tetapi apa yang jelas, tawassul
merupakan salah satu konsep dalam Islam, yang berlandaskan dalil-dalil yang sahih, dan nas-
nas yang saudara bagi tidak sedikitpun menunjukkan pengingkaran terhadap konsep tawassul
yang dibentangkan, bahkan sauadara sendiri ada membawa (atsu terbawa) dalil yang
menyokong konsep berdoa dalam bentuk lain iaitu "meminta doa dari orang lain".

Ingatlah saudara, ramai orang yang boleh menukilkan nas-nas, tetapi ramai juga dari kalangan
mereka (yang menukilkan nas) tidak memahami nas itu sendiri, dan semoga Allah s.w.t.
memahamkan kita...Amin...

Insya Allah...boleh terus dimuzakarah, tetapi dengan harapan agar Allah s.w.t. memberi hidayah
kepada kita semua.

Sebenarnya, ilmu agama ini perlu diambil dari basic untuk memahami masalah-masalah furu'
(cabang). Seseorang tidak mampu membincangkan persoalan-persoalan Quadratik, Teorem
Pythagoras dan lain-lain masalah yang tinggi dalam bidang MAtematik, kalau dia masih tidak
memahami ilmu-ilmu asas dalam bidang tersebut seperti, Pendaraban, tolak tambah,
Penggandaan, Pembahagian, titik perpuluhan dan sebagainya. Ini kerana, perkara-perkara
yang cabang amat berkait rapat dengan perkara-perkara basic dalam setiap lapangan ilmu.

Oleh yang demikian, saya nasihatkan kepada diri saya sendiri dan kepada mereka yang ingin
menerima nasihat yang baik, agar mempelajari ilmu agama dari "basic" agar mudah memahami
masalah-masalah furu' dan mudah juga mengamalkan ilmu agama. Ini kerana, ilmu agama ini
lebih kepada amalan, daripada berjidal (berdebat) apatah lagi dalam masalah khilafiyah.

Semoga Allah s.w.t. membantu kita dalam urusan agama-Nya.

Amin...

Wallahu a'lam...

reply
mdsg wrote on Jan 9, '07

Tawhid
Tawassul
Intermediation Between Allaah and the Creation
Author: Muhammad Bin Jameel Zainoo
Source: Al-Waasitah of Ibn Taymiyyah
Article ID : TAW030001

The subject of intermediation between Allaah and the creation is an extremely important one.
Unfortunately, many of the Muslims are ignorant of it. A result of this is that we have forbidden
ourselves the help of Allaah and being strengthened by Him, something which He promised us,
should we seek refuge in Him (alone) and follow his command.

Allaah the Exalted said:

And it is a duty upon Us to help the Believers [Rum 30:47]

If you aid Allaah He will aid you and establish your feet firmly (upon the earth) [Muhammad 47:7]

And to Allaah, His Messenger and the Believers belongs the Honour [Munaafiqoon 63:8]

Mankind can be divided into three groups in terms of their understanding of how intermediation
exists between Allaah and His creation.

THE FIRST: Those who reject that Allaah sent the Messenger (sallallaahu alayhi wasallam) as
an intermediary to teach the Sharee'ah (Allaah's right to be worshipped alone, His commands
and prohibitions and all the ways and means Allaah has legislated to help mankind achieve their
purpose on this earth) and claim that this Sharee'ah is for the common people, naming it the
External Knowledge. They depend upon opinions and dotings for their form of worship and have
given it the name Internal Knowledge. They also call it Kashf (sudden enlightenment). In reality
however, these are nothing but whisperings of Shaytaan and the satanic means and ways which
are in opposition to the simplest pillar of Islaam! Their well known saying in this regard is: My
heart informed me about my Lord.[1]

They ridicule the scholars of the Sharee'ah and criticise them because they claim theytake their
knowledge 'from the dead'. As for themselves, they claim to take their knowledge (directly) with
good tidings (i.e. they receive revelation) from the Ever-Living and Self-Sustaining. As a result of
this they have put many to trial and have led them astray. They commit such actions which are
in complete opposition to the Sharee'ah and which are can be found in their books, that the
scholars have declared them to be disbelievers and also declared their blood to be lawful due to
their apostacy; being ignorant or feigning ignorance of the first pillar principle of the Sharee'ah
which is that whoever worships Allaah by something other than what was revealed to
Muhammad is a Kaafir without a doubt, due to the saying of Allaah the Exalted:

But no by your Lord! They do not believe until they make you judge in all their disputes and then
find no resistance in their souls to what you decide and offer their fullest submission [Nisaa 4:65]

As such, Shaytaan has made their actions alluring to them by corrupting their knowledge and
extinguishing its light. As a result they travel in darkness upon darkness and resort to their
desires and imaginations worshipping Allaah by them. They are those whom Allaah has
described in the Qur'aan:

Say: Shall we tell you of those who lose most in respect of their deeds?-Those whose efforts
have been wasted in this life, while they thought that they were acquiring good by their works?
They are those who deny the Signs of their Lord and the fact of their having to meet Him (in the
Hereafter): Vain will be their works, nor shall We, on the Day of Judgment, give them any weight.
[Kahf 18:103-105]

This group has also been divided into a number of factions each of them disagreeing and
fighting with another due to their being far from the Straight Path, the Path of those whom Allaah
has favoured, not of those upon whom is His anger nor of those who go astray. All of these
groups are in the Fire like the Messenger (sallallaahu alayhi wasallam) mentioned: Ummah will
split into 73 groups. Seventy two will be in the Fire and one in Paradise: (the one) which is upon
what I and my companions are upon.orted by Abu Daawood, Tirmidhee and Nasaa'ee with an
authentic chain of narration from Abu Hurairah]

THE SECOND:Then there are others who exaggerate in this intermediation. This particular
understanding is one of error.They have made it carry a meaning which, in reality, it does not.
They have taken the physical essence of the Messenger (sallallaahu alayhi wasallam) and
others from among the prophets and righteous as intermediaries believing that Allaah the
Exalted will not accept any action from His servants unless they approach Him through these
intermediaries. Exalted is Allaah from what they say. They have described Allaah - and refuge is
sought from Allaah - with something He refuses to be described with. It is the oppressive kings
of this world who place barriers at their own doors so that none can enter (and converse with
them or request from them) except he who has some sort of intermediary between himself and
the king.

Where is this belief in the speech of Allaah:

When My servants ask You concerning Me, I am indeed close (to them): I listen to the prayer of
every suppliant when he calls on Me: Let them also, with a will, Listen to My call, and believe in
Me: That they may walk in the right way [Baqarah 2:186]

This noble verse indicates that the one and only intermediary for coming closer to Allaah the
Exalted is correct and true Eemaan in Him, then worshipping Him by what He has commanded.
This verse has placed the righteous action as being above Eemaan so as to make mankind
aware of the significance of correct and righteous action and that it is a necessary condition for
attaining success with Allaah's happiness and entering into His Paradise.

Allaah the Exalted has mentioned Waseelah (the means of getting closer to Him) in the Quran
intending by it acts of obedience. This is the one intermediary which will bring you closer to Him,
open up for you the doors of His Mercy and enter you into His Paradise.

O you who believe! Fear Allaah and seek the means of approach to Him and strive in His path in
order that you may succeed [Maa'ida 5:35]

Allaah has mocked the unmindful ignorants who have taken the righteous servants of Allaah as
intermediaries while these servants themselves are in need of the means of approach to Allaah.
This the obedience which will bring them closer to Allaah. Their is no other path for attaining
closeness to Him besides it just like Allaah the Exalted has mentioned:

Those whom they call upon do desire (for themselves) means of access to their Lord, - even
those who are nearest: they hope for His Mercy and fear His Wrath: for the Wrath of thy Lord is
something to take heed of. [Israa 17:57]

It is sad that out of neglecting the correct and righteous actions and committing sins, these
unmindful people have been enticed into depending upon such intermediaries. This is what has
caused the failure of those Muslims who have forgotten or affected ignorance of the speech of
Allaah to His Messenger (sallallaahu alayhi wasallam) who is the leader of all the sons of
Aadam:

Say: I have no control of benefit or harm over myself [A'raaf 7:188]

and also the saying of the Messenger (sallallaahu alayhi wasallam) to his daughter, the myrtle of
his heart: "O Faatimah!... I can avail you nothing from Allaah." and his (sallallaahu alayhi
wasallam) saying: "When a man dies his actions cease except for three: recurring charity,
knowledge which he imparted and a son which supplicates for him."

If there had not been in the Qur'aan and the Sunnah proof of the impermissibility of seeking
nearness to Allaah through the prophets and the righteous except that of Umar Ibn Al-Khattaab
when he requested his uncle, Al-'Abbaas, to supplicate for the Muslims and abandoned
Tawassul through the Messenger (sallallaahu alayhi wasallam) , it would be enough as a
refutation against this group. How excellent is what Imaam Abu Haneefah said (rh): And I detest
that Allaah should be asked (for something) except by Allaah (i.e. directly)ias occurs in Durr ul-
Mukhtaar and other books of the Hanafees. If seeking nearness to Allaah by means of the
bodies of those whom we have mention were permissible then we would have found
supplications in the Qur'aan and the Hadeeth - and how great is their number - linked to making
tawassul through them!

THE THIRD: Amongst the Muslims are those who understand intermediation between Allaah
and His creation to be the Messengership, which consists of knowledge, education and training.
They have comprehended its great importance and the extent of mankind's need for it. So they
hurry towards the Messenger (sallallaahu alayhi wasallam) taking him as the greatest
intermediary and means of approach for obtaining the Sharee'ah and seeking light (i.e.
guidance) with the light of revelation. They study, together, the Messenger' Seerah and his
Sunnah just as they study the Qur'aan, their motto being the call of Allaah the Exalted:
There hath come to you from Allaah a (new) light and a perspicuous Book,- by which Allaah
guides all who seek His good pleasure to ways of peace and safety, and leadeth them out of
darkness, by His will, unto the light,- guideth them to a path that is straight. [Maaidah 5:17-18]

This group is the saved one which has been mentioned in the previous hadeeth and which has
been given the glad tidings of Paradise.

It is unfortunate that the way of this group is full of harm. This is because the correct form of
Islaam has become strange and the majority of Muslims have become distant from it and have
turned to innovations and opinions.

The Messenger (sallallaahu alayhi wasallam) has informed us that the correct Deen is like a
stranger to the people when he said: Indeed Islaam began as a stranger and shall return as a
stranger just as it began, so Toobaa (a tree in Paradise) for the strangers. [Reported by Muslim
from Abu Hurairah]. And in the narration of Imaam Ahmad and Ibn Maajah: It was then said: O
Messenger of Allaah, who are the strangers? He replied: Those looked down upon in every tribe.
And in the narration of Tirmidhee: So Toobaa for the strangers, those who rectify what the
people have corrupted of my Sunnah. And also in the authentic narration of Imaam Ahmad the
Messenger (sallallaahu alayhi wasallam) after being questioned as to who the strangers were,
said: Righteous people amidst a majority of evil people. Those who disobey them are greater
than those who obey them.

This group strives for the ways of correction and reform and carries the torch of revival so that
the Muslims awaken and return to the correct form of Islaam. Let us say to those who turn away,
to their own ruin, what Allaah has said to their equals:

"No reason have we why we should not put our trust on Allaah. Indeed He Has guided us to the
Ways we (follow). We shall certainly bear with patience all the hurt you may cause us. For those
who put their trust should put their trust on Allaah" [Ibraaheem 14:12]

Footnotes

1. Ibn al-Qayyim said: He (Shaikhul Islam) said: And as for what many of the people of
imaginations and foolishness say: Haddathanee qalbi an Rabbi (My heart informed me of my
Lord) then it is correct that his heart informed him. However from whom? His Shaytaan or from
His Lord? When he says: My heart informed me about my Lord he is ascribing this informing to
someone about whom he does not know whether he actually informed him or not. And this is a
lie. He said (Shaikhul- Islam): And the muhaddath of this Ummah (i.e. Umar ibn Al-Khattab)
[referring to the hadeeth in Bukhaaree: Indeed in the nations before you there were
muhaddathoon (people who were spoken to) and if there was one in this Ummah it would be
Umar Ibn al-Khattab] never used to say this and this saying [my heart informed me of my Lord]
was never uttered by him on a single day. Allaah protected him from saying that. In fact his
scribe wrote one day: This is what Allaah showed to the Ameer ul-Mumineen, Umar ibn al-
Khattab. So he (Umar said: No. Erase it and write: This is what Umar ibn al-Khattab saw. If it is
correct it is from Allaah and if it is wrong then it is from Umar and Allaah and His Messenger are
free from it. And he said: I speak about it with my opinion. If it is correct it is from Allaah and if it
is wrong it is from me and Shaytaan. So this the saying of al-Muhaddath (i.e. Umar) who has the
testification of the Messenger (sallallaahu alayhi wasallam) and you will see the Ittihaadi
(believing in the Divine Union) and the Hulooli (believing in the inclusion of Allaah in His creation
or parts of His creation) and the licentious unrestrained strayer giving rise to forgery saying: My
heart has informed me about My Lord.

So look at these two sayings (that of Umar and that of those claiming to receive knowledge of
Allaah direct, from their hearts) and these two grades, those who say both these sayings (i.e.
Umar and those making this claim) and these two states (that of Umar and of those besides him)
and give every owner of a right his due right and do not make the counterfeit/imposter and the
sincere the one and the same thing.

Madaarij us-Saalikeen (1/64)


reply
mdsg wrote on Jan 9, '07
http://www.al-firdaus.com/BidahHasanah/Bab3.htm#sunnahHasanah
reply
mukhlis101 wrote on Jan 10, '07
Sebenarnya...apa yang tuan nukilkan dari perkataan Ibn taimiyah dan lain-lain, sudahpun
dibaca oleh saya (alfaqir), namun sedikitpun tidka menafikan sunnah bertawassul dalam
berdoa. Ini berdasarkan banyak hadis yang jelas mengenainya.

Ibn taimiyah dan Muhammad bin Jameel Zainoo tersalah faham dalam hakikat tawassul itu
sendiri, kerana dalam tawassul, kita bukan meminta kepada selain dari Allah s.w.t., tetapi kita
meminta kepada Allah s.w.t. dengan keberkatan seseorang yang mana amalan itu sudahpun
jelas di dalam Sunnah.

Jadi, Ibn Taimiyah dianggap Syaz (ganjil dan terasing) dalam masalah ini kerana tawassul
kepada orang mati tidak pernah diingkari oleh seorang pun ulama' sebelum beliau. hatta, Imam
Ahmad bin Hanbal r.a. sendiri, walaupun menegah kita bertawassul kepada selain Rasulullah
s.a.w., tetapi beliau sendiri membenarkan tawassul kepada orang yang mati (iaitu Rasulullah
s.a.w.). Namun, hadis tentang tawassul Saidina Umar dengan menggunakan kedudukan Al-
Abbas di sisi Allah s.w.t. menunjukkan bolehnya bertawassul kepada selain Rasulullah s.a.w..

Apa yang jelas, Ibn taimiyah dan pengikut-pengikutnya tidak ada dalil untuk menegah amalan
yang termaktub di dalam sunnah ini, kerana seluruh nas-nas dan dalil yang diberikan tidak
sedikitpun menafikan dan menolak konsep tawassul. Ibn Taimiyah (walaupun kita akui keilmuan
beliau dalam bidang agama) tidak memahami dengan jelas dalam masalah ini, demikian
menurut para ulama' muktabar termasuklah Dr. Al-Qaradhawi..

Harap fahamilah betul-betul, apa yang saudara baca, dan lihatlah hujah kami, jelas tidak kena
pada tempatnya, kerana tawassul yang difahami oleh majoriti Ahlul Sunnah Wal Jamaah
bukanlah menjadikan seseorang tempat meminta sesuatu dan berdoa, yang dianggap sebagai
perantaraan antara manusia dengan Allah s.w.t., tetapi tawassul di sisi kami ialah, kita meminta
doa kepada Allah s.w.t. dengan keberkatan seseorang yang ada kedudukan di sisinya.

Harap tuan faham apa yang tuan nukilkan ini, dan rujuklah karangan saya kembali, nescaya
ianya jelas bahawa, tawassul memang ada dalam Islam...Siapa mahu buat, maka silakan, dan
sesiapa yang tidak mahu, tidak boleh mengingkari orang yang membuatnya kerana ianya masih
dalam ajaran Islam yang murni.

Tentang website hafiz firdaus itu, terima kasih. Saya memang selalu merujuk kepada karangan-
karangan beliau walaupun banyak yang (pada saya) masih perlu diperbaiki dari sudut
kefahaman beliau terhadap Al-Qur'an dan As-Sunnah itu sendiri. Saudara Hafiz Firdaus
memang dikenali umum, dan saya akui beliau seorang pengkaji yang gigih. Namun, masih
ramai lagi para ulama' yang muktabar di zaman ini yang boleh menjadi rujukan dalam
perbahasan ilmiah yang mencabar ini.

rujuklah buku-buku yang saya tulis sebagai rujukan dalam artikel tersebut insya Allah saudara
akan faham.

Insya Allah...semoga Allah s.w.t. memahamkan kita semua dan memberi hidayah kepada kita
semua.
reply
mdsg wrote on Jan 10, '07
cubalah tegur saudara hafiz firdaus kalau anda fikir dia silap. :)

saya lihat, dia ada jugak memetik dari Dr. Al-Qaradhawi


reply
mdsg wrote on Jan 10, '07
daripada website saudara hafiz firdaus, saya lihat dia cenderong kepada Ikwanul Muslimin.
Anda pun begitu ke?
reply
mukhlis101 wrote on Jan 11, '07
Saya tegur dengan beliau secara "direct", kalau ada yang silap...Tidak secara
terbuka...melainkan dalam masalah ilmiah, dan saya kenal beliau...walaupun beliau tidak kenal
saya...just contact jarak jauh melalui telepon suatu ketika dahulu.. dll...

Semoga Allah s.w.t. saudara Hafiz Firdaus tersebut dan seluruh penyeru ke arah Islam. Saya
tidaklah bersikap "ke-kelompokan" dan cenderung mana-mana jamaah. Namun, saya
menyokong seluruh jamaah yang membawa mafum Islam yang sebenar dan manhajnya yang
sederhana yang menggambarkan Islam itu sendiri...

Ya, saya amat menyokong usaha Ikhwanul-Muslimin..bahkan..sewaktu di Mesir...saya juga


pernah melihat perkembangan mereka secara mata kasar dan memahami dasar mereka dalam
menggabungkan umat...Mereka cuba menggabungkan golongan salafi-Wahabi dan sufi dari
perpecahan dan pergaduhan...

Saya sokong manhaj Al-Qaradhawi dalam banyak masalah dasar dan usul, dari sudut
keterbukaannya, dan saya antara yang mengkagumi pemikiran beliau. Beliau amat
bersederhana dalam setiap masalah khilafiyah.

Tentang tawassul ini sendiri, beliau bersikap terbuka dengan mengatakan: "dalil golongan yang
membenarkannya (tawassul dengan orang mati) lebih kuat....Tetapi, pendirian Ibn Taimiyah juga
tidak tertolak kerana beberapa faktor lain...Apa yang penting, tidak ada pengingkaran dalam
masalah khilaf (tidak boleh mengingkari antara satu sama lain, siapa yang mahu buat, maka
dipersilakan, dan sesiapa yang tidak mahu, maka terserahlah kepadanya)...

kalaulah semua orang bersikap seperti Dr. Al-Qaradhawi, maka amanlah dunia Islam. Tetapi, di
Malaysia khsusnya, ramai orang yang guna Dr. Yusuf Al-Qaradhawi tetapi tidak bersifat seperti
Dr. Al-Qaradhawi yang mengikut jalan pertengahan dan sederhana. Itulah yang perlu diperbaiki,
Insya Allah...

Wallahu a'lam..

reply
mdsg wrote on Jan 11, '07
semlm saya baru belajar topic pasal org islam yg kafir kalau tidak mengkafirkan org yg kafir
seperti yg disebut kafir dalam Al-Quran.

dan perkara yg bersangkut dgn itu, seperti pluralism = religious harmony = inter-fatih dialogue.

apa gunanya pergi ke inter faith dialogue bila kita tahu semua agama selain Islam adalah salah?

cuba anda selidik tokoh2 Islam sedunia yg pergi menghadiri inter-faith dialogue.

kadang2, jln yg dilihat sederhana itu, dalam reality, bukanlah jalan yg sederhana.
reply
thetrueideas wrote on Jan 11, '07
kalaulah para sahabat mendapat pemahaman bahwa tawassul diperbolehkan, niscaya
merekalah yang pertama kali mengamalkan sunnah ini, walhasil tak satu pun dari mereka pergi
ke kubur Nabi shallallahu alaihi wasallam untuk memperbuatnya, malah mereka pergi ke paman
beliau yakni Abbas radiyallahu anhu untuk minta di doakan.

mengapa hal sangat sederhana ini kemudian TIDAK BISA diterima oleh akal orang-orang
mutaakhirin?
reply
mukhlis101 wrote on Jan 12, '07, edited on Mar 22, '07
Alhamdulillah...segala puji bagi Tuhan yang menjadikan para ulama' sebagai pewaris Ilmu
Rasulullah s.aw. dan mengembangkannya kepada masyarakat awam Islam, bagi mereka
mengambil pelajaran. Semoga kita bersikap terbuka dan merendah diri dalam menggali ilmu
Ilahi sepertimana yang diamalkan oleh para sahabat dan ulama' salaf...

Amma ba'du...

terima kasih buat saudara-saudara yang sudi bermuzakarah dan meneruskan tradisi ilmiah dan
semoga Allah s.w.t. menjaga adab kita dalam menuntut ilmu dan memberi keterbukaan kepada
kita dalam memahami kebenaran..Amin...

Berkenaan dengan persoalan yang ditimbulkan oleh saudara "mdsg" (semoga Allah s.w.t.
membantu beliau dan kita semua dalam memahami agama-Nya) maka saya berpendapat:

inter-faith dialogue seperti yang diisukan di Malaysia sememangnya bukanlah suatu simbol
keterbukaan seseorang muslim, jika sanggup membiarkan agama Islam turut dipersoalkan dan
diperbincangkan oleh mereka yang bukan Islam...Campur tangan orang bukan Islam, mahupun
golongan bukan ahli dalam bidang agama, dalam sistem ajaran Islam perlu ditangani.

Adapun dari sudut perbincangan ilmiah, antara orang Islam dan bukan Islam dalam landasan
ilmiah yang terbuka, tanpa dasar ingin mencampuri urusan agama Islam, cuma sekadar ingin
mencari maklumat lanjut tentang Islam, maka ianya merupakan suatu yang digalakkan sesuai
dengan friman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Katakanlah (Hai Muhammad), marilah bersama-
sama kita bersatu dalam kalimah yang satu..."..Ayat yang membawa kepada seuran "marilah"
ini menunjukkan simbol jemputan kita (orang Islam) kepada golongan bukan Islam untuk
memahami apa itu Islam.

Adapun golongan bukan Islam yang cuba mempertikaikan dan mempersoalkan hukum-hakam
Islam tertentu, yang dibawa oleh IFC atau IRC merupakan suatu yang mencabar umat Islam
dan perlu ditolak.

Kesederhanaan tidak boleh sampai melanggar prinsip dan dasar agama Islam sehingga
mencabar maruah Islam itu sendiri, kerana ia bukanlah suatu kesederhanaan yang dibawa oleh
Islam, tetapi merupakan "liberalisme" yang menyesatkan.

Jalan sederhana ialah, tetap dalam masalah prinsip, dengan prinsip-prinsip Islam dan
keterbukaan dalam perkara-perkara cabang (furu') selagimana tidak bertentangan dengan
prinsip-prinsip Islam.

Wallahu a'lam...

Berkenaan dengan ulasan tuan thetrueideas, tentang tawassul, saya sarankan tuan rujuk
dahulu karangan saya yang utama di bawah tajuk ini. Jelas sekali, dari hadis-hadis sahih dan
hasan, ada di kalangan para sahabat yang mengamalkan tawassul seperti Uthman bin Hanif
dan Saidina Umar r.a..
Adapun perkataan tuan saudara: "mereka (para sahabat" pergi ke paman Baginda s.a.w. (yakni
Al-Abbas r.a.) untuk berdoa, tuan silalah sertakan rujukannya agar boleh dikaji bersama.
Adapun riwayat yang menceritakan tentang Al-Abbas r.a. dalam bab tawassul ini (sila rujuk
karangan asal saya) dalam sahih Al-Bukhari ialah, kisah tentang Saidina Umar r.a. berdoa
kepada Allah s.w.t. dalam meminta hujan dari Allah s.w.t. dengan lafaz doa:

" ...Kini, kami memohon kepada-Mu (Allah), dengan bertawassul dengan kedudukan Al-Abbas
bapa saudara Rasulullah s.a.w., supaya Engkau menurunkan hujan" kemudian setelah itu,
dalam satu riwayat, Saidina Al-Abbas pun turut berdoa, setelah doa Saidina Umar r.a..

Apa yang jelas, bukan para sahabat minta doa dari Al-Abbas r.a., tetapi Saidina Umar r.a.lah
yang berdoa kepada Allah s.w.t., dengan menggunakan/(bertawassul) dengan kedudukan Al-
Abbas r.a.., kemudian barulah Al-Abbas berdoa Fahamilah perbezaan tersebut wahai saudara...

Sebahagian para sahabat mengamalkan tawassul berdasarkan hadis-hadis yang dinukilkan


dalam tulisan saya di atas itu, di samping hadis-hadis lain yang tidak dinukilkan dalam tulisan
saya.

Tawassul dalam berdoa ada dua jenis:

Pertama: Minta doa dari orang lain

Hal ini ada sandarannya dari hadis-hadis sahih, kerana Nabi s.a.w. sendiri meminta doa dr
Saidina Umar r.a. dan umat Baginda s.a.w.. (rujuklah perbahasan terdahulu).

Kedua: Kita sendiri berdoa kepada Allah s.w.t. dengan menggunakan keberkatan dan
kedudukan seseorang dalam doa tersebut.

Hal ini juga ada dalam hadis-hadis sahih seperti hadis tentang Saidina Umar tadi (riwayat Al-
Bukhari) dan hadis di mana Rasulullah s.a.w. mengajarkan konsep tawassul ( riwayat Ahmad,
An-Nasa'i dan Ibn Majah dan ianya sahih menurut Az-Zahabi) dan banyak lagi hadis lain.

Hal ini jelas, ada para sahabat turut mengamalkan tawassul walaupun ada yang tidak
mengamalkannya, tetapi yang mereka yang tidak mengamalkannya tidak mengingkari mereka
yang mengamalkannya. Jadi, supaya menjadi adil, kita juga tidak wajar mengingkari mereka
yang mengamalkannya, kalau tidak mahu mengamalkannya, kerana itulah adab sahabat r.a..
Kalau kita mengingkari mereka yang mengamalkannya sedangkan para sahabat yang tidak
mengamalkannya tidak mengingkari mereka yang mengamalkannya (riwayat Al-Bukhari,
Ahmad, An-Nasa'i dan lain-lain), maka seolah-olah kita lebih pandai dari para sahabat r.a., dan
ini suatu perkara yang tidak tepat.

Silalah baca keseluruhan karangan saya yang asal, untuk kefahaman konsep sebenar tawassul
itu, kerana kegagalan dalam memahami apa itu tawassul itu sendiri, menyebabkan kita cepat
melatah dalam memberi suatu hukum, dan semoga Allah s.w.t. menyelamatkan kita dari sifat
terburu-buru dalam berhukum. Amin...

Berkenaan dengan pergi ke kubur Nabi s.a.w. dan bertawassul, perbahasannya bukan di sini.
Cuma, secara adilnya, untuk pengetahuan saudara yang budiman, memang ada hadis-hadis
menceritakan tentang ada para sahabat yang pergi bertawassul di kubur Rasulullah s.a.w. dan
para salaf yang lain. Silalah rujuk buku Al-Hawi LilFatawi karangan Al-Hafiz As-Suyuti dan lain-
lainnya.

Diriwayatkan bahawa, setelah Rasulullah s.a.w. wafat, Saidina Abu Bakar r.a. masuk menziarahi
jasad mulia Rasulullah s.a.w. yang sudah wafat, lalu berkata:
"Wahai Rasulullah, betapa wanginya dirimu, sewaktu hidup dan mati. Wahai Rasulullah, ingatlah
tentang kami (beritahulah tentang kami) di sisi Tuhanmu juga".

Kata-kata ini jelas menunjukkan, Saidina Abu Bakar r.a. turut meminta doa dari Rasulullah s.a.w.
yang telahpun wafat, dan ianya disokong oleh hadis sahih yang lain yang menggambarkan
bahawa, Rasulullah s.a.w. hidup di alam barzakh, di dalam makam Baginda s.a.w., bahkan turut
mendoakan umat Baginda s.a.w. (setelah kewafatan Baginda s.a.w.) dengan sabda:

"...Kalaulah Aku wafat, maka kewafatanku lebih baik untuk kalian. Amalan kalian akan
dibentangkan di hadapanku di dalam kuburku. JIka aku dapatinya baik, maka aku akan
mengucap syukur bagi pihakmu kepada Allah s.w.t.. Jika aku dapatinya (amalan umat) itu buruk,
maka aku akan meminta ampun kepada Allah s.w.t. untuk itu"...(Hadis Sahih)

Inilah kefahaman Saidina Abu Bakar r.a. yang cukup tinggi, dan siapalah kita untuk mengingkari
konsep tawassul kalau para sahabat seperti Saidina Abu-Bakar dan Umar r.a. sendiri
mengamalkannya.

Wallahu a'lam...

Sebenarnya, saya lebih cenderung untuk membincangkan perkara-perkara utama dalam agama
dan umat Islam dari masalah-masalah khilafiyah dan kecil seperti ini, kerana pihak-pihak yang
mengamalkannya ada sandaran mereka dari nas-nas Al-Qur'an dan As-Sunnah. Jadi, sikap
berdebat dan bertelagah dalam masalah ini merugikan umat Islam.

Kita perlu berikan lebih tumpuan kepada persoalan-persoalan utama pula seperti isu murtad, isu
kepincangan umat Islam, isu Kristianisasi dan lain-lain yang lebih penting. Insya Allah...sekian
dahulu komentar dari saya yang serba kekurangan ini.

Wallahu a'lam...

reply
mdsg wrote on Jan 12, '07
yg "kecil seperti ini", yg berbaur syirik lah saya takut.

kalau dah murtad, jikalau negera itu betul2 negara Islam dan mengikut syariat Islam, pancung
saja. hadith sahih ada banyak tentang perkara ini.

Isu Kristianisasi? mengapa mereka bole masuk negara anda dan menyebar ajaran sesat ini?
Kalau singapura lainlah, org Islam minority dah bukan pemerintah.

isu kepincangan umat islam? berapa ramai yg memiliki manhaj yg betul? itu tasik dayang
bunting kat langkawi mesti dibinasakan seperti pokok yg dimana sahabat2 mahu meletak alat
perang mereka dah minta Rasullullah shallalahu alaihi wasalaam doakan, seperti pokok
kepunyaan kaum kafir Quraish
maaf ye, saya tak bole jadi perawi. memori tak berapa kuat.

di singapura masih ada org yg hendak pakai lada dah cucuk dibumi untuk menahan hujan. inilah
kepincangan umat Islam dinusantara, aqidah belum didalami. malah saya pun masih banyak
tentang aqidah belum saya tahu.

saya pernah baca satu buku, didalam ada dicategorikan dosa2.

1. syirik
2. bi'dah
3. dosa2 besar.
4. tak ingat
5. tak ingat

bila saya lihat diri saya sendiri, banyak dosa syirik dan bid'ah.........tak guna solat kalau buat
syirik. betul?
reply
mdsg wrote on Jan 14, '07
does Dr. Al-Qaradhawi support the idea of unity of religions/wahdat ul-adyaan?

maaf ye, bahasa melayu saya kurang lancar.


reply
mdsg wrote on Jan 14, '07
does Dr. Al-Qaradhawi doctrines have any similarity with Asha'ree and Mu'tazilee doctrines?
reply
mdsg wrote on Jan 14, '07
adakah Al-Wahhaab atau Wahhaab antara nama-nama Allah? dan jika benar, bila anda
menggunakan kalimah wahhaabi, adakah ia seperti mempermain-mainkan nama Allah?
reply
mukhlis101 wrote on Jan 15, '07
Alhamdulillah...saudara mdsg nampak seolah-olah prihatin terhadap umat Islam dan semoga
Allah s.w.t. membantu saudara....

Ramai dari kalangan orang-orang awam yang mempunyai keprihatinan yng tinggi dalam agama,
amat dihargai. Namun, bagi seorang awam, kita kdang2 cepat melatah dek kedangkalan ilmu
dan kefahaman yang kita miliki.

Oleh yang demikian, ramai yang terperangkap dalam masalah: "yang kecil diperbesarkan dan
yang besar diperkecilkan"

Ramai orang awam yang tidak mempunyai latar belakang bidang agama yang kukuh, hatta
tidak memahami penggunaan bahasa arab dengan mendalam juga, agak terkeliru dengan bnyk
persoalan-persoalan dalam agama yang gagal difahaminya.

Skop perbincangan d sini mengenai tawassul, dan ianya jelas ada dalam Al-Qur'an dan As-
Sunnah...Sesiapa yang mengingkarinya bererti mengingkari Allah dan Rasul-Nya berdasarkan
dalil-dalil yang jelas....

Memang ada sebahagian orang yang rasa diri mereka sudah alim, cuba memutarbelitkan
beberapa fokus dan kefahaman, terutamanya kepda orang-orang awam yang tidak mampu
memahami bahasa arab dengan mendalam, menyebabkan mereka terjebak dalam "salah
sangka" yang berlarutan....

Oleh yang demikian, belajarlah ilmu agama dari asas. Orang yang tidak pernah belajar bidang
matematik dari tajuk "penolakan", "penambahan", pembahagian" dan sebagainya, mustahil
dapat memahami perbahasan mengenai algebra dan sebagainya.

"Does who never know about what is 1+1, can never understand the problem of algebra and
others...So...study Islamic studies from basic..."

Dr. Al-Qaradhawi never has any idea of "unity of religions" and evenmore, he is also against
thats kind of idea.

Dr. Al-Qaradhawi is Azhari (who was study in Al-Azhar, egyppt), and Al-Azhar is the place to
study in Asha'ree methodology of representing Islamic faith in the proper form of explaining
about it.

someone who never knows what is Asha'ree is all about, may get very wrong picture of
itself...As what i very concern about, i hope all muslim study Islam from basic, and from it own
language (arabic) so that he may get the closer look to the discussion in islamic studies.

kalimah wahhabi tidak diniatkan utk mempermain-mainkan nama Allah...saudara perlu faham
kaedah bahasa arab. Ad lafaz musytarak. Kalau konsep lafaz muytarak pun saudara tidak
faham, macam mana boleh faham masalah masalah lebih rumit seperti masalah khilafiyah yang
dibincangkan.

persoalan nama dalam kaedah bahasa arab, ada isim alam, ada isim yang membawa lafaz
muytarak (berkongsi banyak makna)...Jika saudara faham kaedah ini, maka tidak lagi musykil
dalam masalah ini...Ulama'-ulama' besar dari kalangan Wahhabi sendiri yang menggunakannya.

Isu murtad tu, bukan di sini perbahasannnya...Antara sebab kenapa ia tidak dibendung ialah
kerana sistem politik di Malaysia yang amat bermasalah...

Nasihat saya kepada saudara: "Belajarlah ilmu agama dari pelajaran yang basic. Untuk
menguasai perbahasan-perbahasan sebegini, saudara perlu ada asas yang kuat dalam bidang
ilmu agama, khususnya ilmu bahasa arab itu sendiri. Memahami Al-Qur'an dari terjemahan tidak
boleh mendekatkan kita kepada kefahaman yang asal dan lebih hampir kepada kefahaman
yang sebenar.

Umat Islam tidak seperti kristian. mereka hanya ada terjemahan Bible, sedangkan kita ada
original Al-Qur'an dalam arabic. Kalau seseorang tidak dapat memahami Al-Qur'an dari bahasa
aslinya, (original language), dia lebih terdedah kepada salah faham dan menjadi pak turut
(memahami sesuatu ikut kefahaman orang lain).

Semoga Allah membantu saudara dalam mempelajari ilmu Islam dari yang basic agar lebih
tersusun perbahasan dan kefahaman saudara tentang persoalan-persoalan yang saudara cuba
bincangkan.

Tentang pokok yang ditebang itu, saudara salah faham dalam banyak hal. Ia bukan berkaitan
dengan aqidah. Dalam hadis, Saidina Umar yang menebang pokok, bukan kerana takut syirik,
tetapi kerana pokok itu bukanlah pokok yang [para sahabat sangka. Para sahabat salah
maklumat tentang pokok tersebut, maka Saidina Umar cantas.

Saudara takut umat ini kembali kepada syirik, sedangkan Nabi s.a.w. tidak pernah takut perkara
tersebut,

Sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi: "Bukanlah syirik yang aku takut terhadap kamu (umat Islam).
Aku tidak pernah takut umatku akan kembali menyembah berhala (kembali kepada idolisme
atau syirik). Aku paling takut ialah, umatku diberi kemewahan dunia sehingga mereka sanggup
bergaduh kerana dunia dan akhirnya memusnahkan mereka" (Hadis Sahih riyawat Al-Bukhari
dan sebagainya dengan lafaz yang berbeza-beza tetapi membawa makna yang hampir sama).

Jalaslah saudara, apa yang saudara takut, ialah sesuatu yang tidak akan berlaku (iaitu: umat
Islam kembali kepada syirik). INi kerana, Nabi s.a.w. sudah jamin, ianya tidak akan berlaku
kerana Nabi s.a.w. tidak pernah takut tentang perkara itu.

Apa yang ditakuti oleh Nabi s.a.w. ialah, umat Islam akan menimpa masalah yang besar, bukan
syirik, tetapi cintakan dunia dan kemewahan sehingga bergaduh untuk itu.

Jadi, point pertama buat saudara: "tawassul kepada orang mati ada dalam Islam seperti ada
dalam hadis-hadis. Kalau saudara anggap itu syirik, maka seolah-olah saudara menuduh
Rasulullah s.a.w. yang mengajar tawassul itu orang yang mengajarkan syirik."

Point kedua: "Rasulullah s.a.w. tidak pernah takut masalah syirik dalam umat Islam, kerana
Baginda s.a.w. tahu, perkara itu tidak akan berlaku. Yang ditakuti oleh Nabi s.a.w. ialah, umat
Islam hidup dalam kemewahan sehingga bergaduh dan menjatuhkan umat Islam"

Jadi, ketakutan saudara tidak berasas, dan saya tetap berpendirian bersama Rasulullah s.a.w.
dengan berkata: "saya tidak takut syirik yang menyebabkan umat Islam jatuh, tetapi yang saya
takut ialah bila umat Islam bermewahan dalam nikmat dunia sehingga bergaduh untuk itu".

Kalau saudara takut sekalipun, ketahuilah bahawa, tawassul bukan syirik kerana ia ada dalam
hadis-hadis yang sahih dan hasan.

Wallahu a'lam...

reply
mdsg wrote on Jan 15, '07
cuba anda pergi ke website ini, allow pop ups

http://www.assunnah.cjb.net/

dan download ebook "Membongkar Kedok Yusuf Qardhawi"


reply
mdsg wrote on Jan 15, '07
bole anda terangkan hadis ini?

The Book of Faith (Kitab Al-Iman)


Muslim :: Book 1 : Hadith 132
It is narrated on the authority of Zaid b. Khalid al-Juhani: The Messenger of Allah (may peace
and blessings be upon him) led the morning prayer at Hudaybiya. There were some marks of
the rainfall during the night. At the conclusion of prayer he turned towards people and observed:
Do you know what your Lord has said? They replied: Allah and His Messenger know best. Upon
this he (the Holy Prophet) remarked: He (Allah) said: Some of My bondsmen entered the
morning as My believers and some as unbelievers. He who said: We have had a rainfall due to
the Blessing and Mercy of Allah, he is My believer and a disbeliever of stars, and who said: We
have had a rainfall due to the rising of such and such (star) disbelieved Me and affirmed his faith
in the stars.
reply
mdsg wrote on Jan 15, '07
do you think perhaps i fall into this category?

Virtues of the Qur'an


Bukhari :: Book 6 :: Volume 61 :: Hadith 577
Narrated 'Ali:

I heard the Prophet saying, "In the last days (of the world) there will appear young people with
foolish thoughts and ideas. They will give good talks, but they will go out of Islam as an arrow
goes out of its game, their faith will not exceed their throats. So, wherever you find them, kill
them, for there will be a reward for their killers on the Day of Resurrection."

reply
mdsg wrote on Jan 15, '07
i have read the syarah by Imam Nawawi

The Book Pertaining to the Merits of the Companions (Allah Be Pleased With Them) of the Holy
Prophet (May Peace Be Upon Him) (Kitab Al-Fada'il Al-Sahabah)
Muslim :: Book 31 : Hadith 6178
Abu Huraira reported: We were sitting in the company of Allah's Apostle (may peace be upon
him) that Sura al-Jumu'a was revealed to him and when he recited (these words):" Others from
amongst them who have not yet joined them," a person amongst them (those who were sitting
there) said: Allah's Messenger! But Allah's Apostle (may peace be upon him) made no reply, until
he questioned him once, twice or thrice. And there was amongst us Salman the Persian. The
Apostle of Allah (may peace be upon him) placed his hand on Salman and then said: Even if
faith were near the Pleiades, a man from amongst these would surely find it.
reply
mukhlis101 wrote on Jan 15, '07
Para ulama zaman salaf mentafsirkan hadis (Bukhari book 6, vol 61 hadis 577) tersebut merujuk
kepada golongan Khawarij pada zaman Saidina Ali krwj...

Mereka mentafsir kebanyakkan ayat Al-Qur'an yang menceritakan tentang golongan musyrikin,
dengan menuding jari (point the finger) kepada sebahagian besar golongan muslimin dan
menuduh mereka kafir.

Khawarij bersifat: "sewenang-wenangnya mengkafirkan umat Islam dengan menggunakan


tafsiran yang salah terhadap nas-nas Islam dari Al-Qur'an dan As-Sunnah"

Mereka menggunakan isu-isu khilafiyah sebagai pedang untuk mengkafirkan majoriti umat Islam
yang tidak sependapat dengan mereka.

Namun, setelah beredarnya masa, golongan Khawarij pertama tersebut lenyap sejajar dengan
perkembangan zaman. Walaubagaimanapun dari perkataan Nabi s.a.w. " in the last days of the
world" yang bermaksud pada akhir zaman nanti, menjelaskan bahawa, sikap golongan khawarij
ini tetap akan wujud dan kemuncak kewujudan mereka ialah pada akhir zaman.

Maka, para ulama' muta'akhirin (kontemprori) mentafsirkan semula hadis tersebut, dengan
menjelaskan bahawa, hadis tersebut merujuk kepada golongan Salafiyyah Wahhabiyah
(golongan salafi moden yang menjadi pengikut Muhammad bin Abdul Wahab) yang
menggunakan sebahagian penafsiran ayat-ayat Al-Qur'an dan Sunnah yang salah, dalam usaha
mengkafirkan dan menuduh syirik terhadap majoriti umat Islam yang tidak mengikuti pendapat
golongan tersebut.

Mereka menggunakan isu-isu yang kecil dan persoalan-persoalan khilafiyah untuk mengkafirkan
umat Islam, dengan menuduh golongan yang bertawassul mengamalkan syirik dan sebagainya,
dengan menggunakan penafsiran yang salah.

Antara persamaan sifat-sifat Salafiyah Wahabiyah dengan golongan Khawarij adalah:

Kedua-duanya mentafsirkan ayat-ayat yang ditujukan kepada orang-orang syirik, kepada orang-
orang Islam untuk mengkafirkan sebahagian besar dari mereka khususnya yang tidak
sependapat dengan mereka.

Kedua: salah gunakan ayat-ayat Al-Qur'an dan Sunnah dengan bertujuan menyalahkan
golongan yang tidak sependapat dengan mereka.

Saya bukanlah seorang yang alim atau penghukum yang menghukum seseorang. Nilailah diri
kita masing-masing, adakah kita termasuk dari golongan orang yang cepat menuduh orang lain
berbuat syirik atau tidak...

Golongan yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. ialah, golongan yang menggunakan ayat-
ayat Al-Qur'an dan As-Sunnah untuk tujuan mengkafirkan sesama Islam. Hati-hatilah... Mereka
seperti anak panah yang keluar dari busurnya, yang memusnahkan umat Islam dari dalam.
Nasihat saya, kepada saudara dari Singapora, hati-hatilah dengan buku-buku karangan rasul
Dahri yang didapati banyak mengandungi unsur-unsur yang disebutkan sebelum ini.

Adapun hadis-hadis yang lain, saya tidak begitu faham kerana ianya tertulis dalam bahasa
Inggeris. Kalau boleh, saudara nukilkan hadis-hadis tersebut dalam bahasa arab supaya saya
(yang serba jahil ini) boleh menilai semula maksud sebenar hadis tersebut, menurut kadar
kemampuan saya yang serba kekurangan ini.

Adapun tentang Dr. Al-Qaradhawi, sebenarnya, golongan Salafiyah Wahabiyah inilah yang
mengkafirkan beliau dan mencari salah beliau. Mereka amat tidak menyukai Dr. Al-Qaradhawi
kerana beliau amat tinggi keilmuan dan kefahamannya, khususnya dalam mematahkan
serangan-serangan golongan Wahabi terhadap umat Islam.

Banyak lagi ulama'-ulama' yang turut dikafirkan oleh sebahagian ulama' Wahabi seperti Dr. Al-
Buti, Dr. Syed Muhammad Alawi Al-Maliki (r.a.), dan sebagainya.

Saya yang jahil ini tidak boleh memberi komen terhadap Dr. Al-Qaradhawi yang merupakan
seorang ulama' yang amat tinggi tahap keilmuannya berbanding saya yang serba jahil ini.
Namun, saya mengikut pendapat majoriti ulama' yang sederhana dalam sesuatu permasalahan,
di mana, Dr. Al-Qaradhawi merupakan salah seorang ulama' Islam moden yang banyak
memberi jasa terhadap perkembangan umat Islam zaman ini.

Beliau bagaikan seorang ulama' yang syumul (menyeluruh) dalam pelbagai bidang ilmu Islam.
Beliau ialah salah seorang mujtahid dalam bidang fiqh di zaman ini.

Pun begitu, kalau didapati beliau ada melakukan kesalahan khususnya dalam masalah ijtihad,
maka ianya tidak sedikitpun boleh menyebabkan beliau dikafirkan atau dituduh sesat, kerana
kesalahan dalam masalah ijtihad sememangnya suatu lumrah dalam institutsi fiqh islami, dan
tetap mendapat satu pahala di sisi Allah s.w.t..

Namun, jasa beliau di dalam dunia Islam sememangnya tidak dapat dinafikan, sedangkan
golongan yang menuduh beliau sesat dan sebagainya, sebenarnya hanya pandai mengkritik,
tetapi tidak pernah menabur jasa kepada umat Islam, bahkan sebaliknya, memecahbelahkan
umat Islam itu sendiri.

Insya Allah...kalau saudara boleh bawa teks asli hadis-hadis lain tersebut, dalam bahasa arab,
bolehlah saya cuba mengkajinya semula dengan merujuk kepada guru-guru dan kitab-kitab.

Wallahu a'lam...

reply
mdsg wrote on Jan 16, '07
anda pasti mahu baca article yg berjudul ini "The historical effects of al-Ikhwaan al-Muslimoon
upon contemporary Salafee da'wah." kerana disini, anda dapat memahami bagaimana
ikhwaanul dapat berkembang di saudi. jikalau anda mahu, saya bole email article in kepada
anda.

jikalau jelas, bahawa seseorang itu telah kafir, dan hujjah telah didirikan kepada beliau.....apa yg
patut dilakukan? berdiam diri?
reply
mdsg wrote on Jan 16, '07
dan jikalau anda benar2 percaya bahwa Yusuf Qardhawi itu benar, maka anda tidak takut untuk
membaca buku yg berjudul, "Membongkar Kedok Yusuf Qardhawi"

hadiths2 yg saya cut n paste adalah dari Imam Muslim dan Imam Bukhari, anda pasti ada dalam
simpanan anda :)
reply
mukhlis101 wrote on Jan 16, '07
Alhamdulillah...saya sudah membaca buku tersebut, dalam bahasa aslinya (Bahasa Arab) yang
berjudul:

"Al-Qardhawi fil Mizan"

Buku itu telah dijawab semula oleh ramai para ulama' muktabar di dunia dalam suatu
persidangan ulama' di Qatar di dalam buku dua jilid: "Al-Qaradhawi: Hayatuhu Wa Fikratuhu"

Di dalam buku-buku ini, para ulama' membela Dr. Al-Qaradhawi dan menjawab semua tuduhan
ke atas beliau. Saya bukanlah seorang yang pandai atau alim untuk menyalahkan mana-mana
ulama' apatah lagi sebagai seorang yang tidak mahir berbahasa arab, bagaimana boleh
menyalahkan seseorang ulama' sedangkan kita tidak mampu membaca karangan ulama' itu
sendiri dalam bahasa asalnya (bahasa arab). Kalaulah sekadar membaca terjemahan, kita
sememangnya tidak layak untuk menyalahkan mana-mana ulama', kerana boleh jadi
terjemahan yang kita baca tidak membawa makna yang sebenar.

Sungguh hairan, di akhir zaman, bila Al-Qur'an dibaca dengan terjemahan semata-mata, tetapi
sudah mampu menuduh seseorang ulama' itu sesat apatah lagi menuduh kafir.

Saya tidak pernah takut untuk membaca buku tersebut, cuma saya tidak gemar membaca buku
terjemahan, kerana seolah-olah saya perlu memahami sesuatu menurut kefahaman orang lain
dan tidak bebas menilai.

Jikalau jelas seseorang itu telah kafir, seperti contoh, dia mengaku sudah keluar agama, maka
kita sendiri tidak boleh melakukan apa-apa, kerana hukuman bunuh hanya boleh dilakukan oleh
sesuatu pemerintah Islam. Apa yang kita boleh lakukan ialah sentiasa memberi nasihat kepada
mereka.

Jika kita mengkafirkan orang hanya kerana bertawassul, maka yang salahnya kita, bukan orang
tersebut, kerana tawassul itu ada dalam Islam. Jika kita menanggap tawassul itu boleh
membawa kepada syirik, maka bererti, kitalah yang sesat dan buruk sangka terhadap konsep
tawassul itu sendiri. Ilmu pun tak seberapa, tiba-tiba boleh tuduh orang lain kafir, tanpa
pengakuan dari orang tersebut!?? Masya Allah...

Hati-hati dalam mengkafirkan orang. Nabi s.a.w. bersabda dalam hadis yang sahih: "Seseorang
muslim, jika mengkafirkan seseorang muslim yang lain, maka salah satu daripada mereka akan
jatuh kafir." Maknanya, kalaulah seseorang muslim mengkafirkan seseorang muslim lain, tanpa
kehendak muslim tersebut, dan sememangnya muslim tersebut tidak pun kafir di sisi Allah s.w.t.,
bererti, orang yang mengkafirkan muslim tersebut telahpun dianggap kafir di sisi Allah s.w.t...

Renungilah diri kita sendiri. Kita, yang tidak mampu menguasai ilmu bahasa arab, tidak
menguasai ilmu usul fiqh dan sebagainya, bagaimana kita mampu menuduh seseorang itu
pembuat bid'ah? Ini suatu kejahilan dalam kejahilan (jahil murakkab).

Tentang Al-Ikhwan Al-Muslimun itu, saudara pun beri saya buku bahasa inggeris, sedangkan Al-
Ikhwan Al-Muslimun bukanlah bertutur dalam bahasa inggeris. Saya sendiri sudah ada banyak
rujukan tentang karangan Hasan Al-Banna dan lain-lain mengenai Al-Ikhwan Al-Muslimun. Kalau
saudara hanya rujuk buku-buku yang diterjemah, tanpa membaca buku-buku Al_ikhwan Al-
Muslimun yang asal dalam bahasa arab yang asli, saudara sebenarnya masih tidak layak dan
tidak mampu untuk menilai siapa yang salah dan siapa yang betul. Ini kerana, saudara masih
lagi terikat dengan si penterjemah buku. Idea yang saudara dapat dikawal oleh si penterjemah,
dan saudara tidak bebas dalam menilai.

Oleh yang demikian, saya sarankan, saudara mahirkan diri dalam bahasa arab terlebih dahulu,
dan ilmu-ilmu lain seperti ilmu usul fiqh, qawa'id fiqhiyah dan sebagainya, supaya saudara boleh
berlaku adil dalam menilai sesuatu. Janganlah kita cepat mengaku, bahawa kita ada hujah,
sedangkan kita sendiri tidak mampu memahami hujah tersebut dari bahasa asalnya (bahasa
arab).

Maaflah saudara...Bukan sikap saya untuk menyalahkan orang. Saya masih jahil... Saya hanya
memberi jawapan untuk pertanyaan orang-orang yang mahu belajar, tetapi saya tidak
berkeinginan untuk terjun ke lembah "jidall" (berdebat), apatah lagi bersikap menyalahkan
ulama'-ulama' besar. Siapalah kita berbanding Al-Qaradhawi yang sudahpun menghafaz 30
juzuk Al-Qur'an sejak berumur 7 tahun, sedangkan kita, baca Al-Qur'an pun tak faham dalam
bahasa asalnya.

Jadi, sikap saya, kalau saudara tidak setuju, tidak mengapa. Hidup saya untuk berkhidmat
kepada masyarakat Islam... Apa-apa yang tidak membawa manfaat umum untuk umat Islam,
maka insya Allah, saya akan cuba jauhinya...

Semoga Allah s.w.t. memberi hidayah kepada kita semua....

Wallahu a'lam...
reply
mdsg wrote on Jan 17, '07
memang bukan senang hendak tuduh org kafir, saya lagi sikit habis membaca buku terjemahan
"Muzil al-ilbas fii al-ahkam 'ala an-nas"

apa2 yg saya utarakan, bukan kata2 saya, cuma kata2 org yg berilmu. jadi kalau nak kata saya,
pak torot, saya pun tak kisah sangat. :) sebab setiap org, ada pada satu ketika, pun pak torot
jugak.

cuma saya tak "elaborate" pasal bab pancung. memang pemerintah saja yg bole hukum
pancung.
http://mdsg.multiply.com/journal/item/111

saya suka betul quote di bawah

Penerbit : Pustaka Salfiyah Depok

muka surat 10
quote

Imam Ahmad bin Hambal berkata, "Jika kamu diam dan saya pun diam, bagaimana si jahil
mengetahui yang benar dari yang salah?"

quote

reply
mukhlis101 wrote on Jan 17, '07
Saudara merujuk satu ungkapan Imam Ahmad bin Hanbal (bukan Hambal) r.a. yang
bermaksud: "jika kamu diam dan saya pun diam, bagaimana si jahil mengetahui yang benar dari
yang salah?"

Rujuk dulu, kepada siapa Imam Ahmad bin Hanbal r.a. tujukan perkataan tersebut?

Kalau beliau menujukan perkataan tersebut kepada orang jahil, maknanya, beliau menyarankan
supaya orang-orang jahil bertanya, untuk mendapatkan jawapan dari orang yang seperti beliau
(orang alim). Fahamilah makna perkataan tersebut. Orang jahil, disuruh bertanya dan tidak
berdiam diri, tetapi orang jahil tidak boleh mempersalahkan ulama' lain, kerana ilmunya tidak
cukup. Boleh jadi, apa yang dinampak salah di matanya, tetapi ianya betul dalam Islam, cuma
biasalah, orang-orang jahil ni, kadang-kadang, hadis pun tak pernah habis baca (apatah lagi
hafal), dan pandai-pandai kata yang itu bid'ah, yang ini bid'ah dan sebagainya.

Saya tidak menuduh sesiapa sebagai pak turut sesiapa. Dalam sistem pendidikan Islam, tidak
timbul istilah pak turut. Kalau orang itu baru tahap permulaan belajar, dia dianggap sebagai
muqallid (yang bertaklid), dan dia akan hanya bertaklid dalam masalah-masalah asas seperti
bab solat, puasa dan lain-lain.

Seorang yang baru (start) belajar agama, yang masih lagi memaham nas-nas Islam dari
penterjemahan, maka dia ialah muqollid. seorang muqollid tidak boleh membincangkan
masalah-masalah khilafiyah, sedangkan ilmu-ilmu usul pun tak pernah habis belajar lagi, apatah
lagi menjadi muqollid (bertaqlid) dalam masalah menyalahkan mana-mana ulama'.

Muqollid dalam ilmu-ilmu asas memang ada tahapnya. Tetapi, muqollid dalam mempersalahkan
ulama'-ulama', sebagai adab dalam belajar, maka tidak boleh. Kita barangkali baca satu pihak
yang mengkritik, tetapi tidak membaca karangan ulama' tersebut itu sendiri. Tak pasal-pasal,
dah nak tuduh ulama' tu sesat, ulama' ni sesat. Bacalah buku ulama tersebut dahulu, dalam
bahasa arab yang asal, barulah menilai.

Tiada istilah taqlid (atau pak turut) dalam mempersalahkan apatalah menuduh ulama' Islam
sebagai sesat. Selagi kita bukan dari kalangan para ulama', atau sekurang-kurangnya
menguasai bidang ilmu yang sedang dibincangkan, maka, selagi itu tidak boleh bersikap
menyalahkan ulama', melainkan sekadar menukil pendapat ulama' yang mengkritiknya dengan
niat untuk berkongsi maklumat dan sebagainya, selagimana tidak didasari perasaan hasad dan
jauh dari kejumudan dan kejahilan.

Sekian...Wallahu a'lam...

reply
mdsg wrote on Jan 17, '07
kepada kawannya, yg berilmu jugak.

tapi ingat, mestikah kita mesti jadi hafiz dulu, hafal fathul bari, muwatta, nailul authar dan lain2,
barulah bole tegur menegur?

ada org, mungkin tidak terbaca, ulasan ulama lain, mereka cuma lihat dari satu sudut sahaja.
adakah ini bahaya?

selepas perang pertama Islam, pendapat siapakah yg benar? tentang apa yg patut dibuat
terhadap tawanan2 perang? turun ayat tak?

semasa Umar r.a. memerintah, dia telah mengizin hukum sebat terhadap seseorang perempuan
gila, dgn sokongan sahabat lain, tetapi siapa yg datang mengingatkan dia tentang hadiths tidak
bole menghukum org gila?
reply
mukhlis101 wrote on Jan 17, '07, edited on Jan 22, '07
memang tidak semestinya jadi hafiz, hafal fathul bari dan sebagainya, boleh tegur menegur.
Tapi, sekurang-kurangnya, pernahkah kita khatam buku-buku hadis tersebut walau hanya
sekadar baca sahaja, dalam bahsa arab, untuk menilai sesuatu perkataan ulama', apatah lagi
untuk mengatakan sesuatu itu bid'ah...

Tegur-menegur boleh, tapi tengok ilmu diri sendiri dahulu. Kalau kita masih jahil, yang ada ialah
tanya, minta penjelasan. Itu maksud Imam Ahmad bin Hanbal r.a..

Ada orang baca satu pihak, tak baca satu pihak yang lain, tidak bahaya kalau tidak sewenang-
wenangnya menyalahkan ulama'. Tapi, kalau baca satu pihak sahaja, maknanya tak cukup
hujah dalam berhujah. Maka, kalau jadi pihak yang berkecuali, tanpa mengutarakan komen,
takpa. Tapi, kalau dah sampai tahap menyalahkan ulama', sebelum baca dahulu buku beliau
yang asal, itu tidak adil dan zalim.

Saidina Umar memberi cadangan, tetapi tidak menyalahkan. Dia tu ada ilmu, bukan calang-
calang sahabat. Saidina Umar memang diakui ilmunya, tapi kita ni..hmm...tengoklah diri
sendiri...

Lagipun, saidina Umar beri cadangan, bukan membangkang atau menyalahkan Saidina Abu
Bakar. Cadangan dan menyalahkan seseorang, merupakan dua perkara yang berlainan...

Teguran terhadap Saidina Umar dari orang yang berilmu... Yang tak tahu dalil, kalau dah
diberitahu dalil, kena terima. Puak Wahabi, dahlah tak tau dalil, pastu tuduh itu bid'ah, ini bid'ah.
Bila diberi dalil, banyak pulak songehnya.. Kan beza dengan Saidina Umar yang terima dalil
yang baru didapatinya...
reply
mdsg wrote on Jan 17, '07
:)
reply
ummulbarakah wrote on May 22, '07
Subhanallah...
reply
abuafkar wrote on Nov 10, '07
Boleh saya tahu apakah benar kutipan dari Dr GF Hadad:
O Allah, truly no tribulation descends except because of sins, nor is lifted except upon
repentence. The people have turned to you by means of me BECAUSE OF MY POSITION IN
RELATION TO YOUR PROPHET, and here are our hands [raised up] towards you - despite our
sins - and our forelocks in repentence, so send down water for us and PRESERVE YOUR
PROPHET IN THE PERSON OF HIS UNCLE." Whereupon the sky let down water as thick as
ropes and the people came over to al-`Abbas passing their hands over him and saying to him:
“Congratulations to you, irrigator of the two Sanctuaries!” Whereupon `Umar said, “He/This is, by
Allah, the means to Allah and the place of nearness to Him!”
Cited from al-Zubayr ibn Bakkar's narration in al-Ansab by Ibn Hajar in Fath al-Bari (2:497).

Terutama kalimat PRESERVE YOUR PROPHET IN THE PERSON OF HIS UNCLE.... Karena
dari kutipan yg lain tidak ada kutipan terakhir ini....

Terima kasih...
reply
ridhaallah wrote on Oct 6, '08
assalamualaikum

maaf saya ada permasalahan pasal tawasul ni.


saya pernah bergaul dengan kelompok arqam,
setiap kali mereka melakukan sesuatu diperingatkan supaya bertawasul dengan 'abuya'
macam mana pulak konsep tawasul mereka ini?
mereka mengatakan bahawa kena sentiasa bertawasul dengan abuya, jangan alpa dan leka
maaf sekadar inginkan penjelasan.

saya boleh terima pendapat saudar mukhlis tentang tawasul kerana merasakan rendah diri,
tapi dengan siapa kita bertawasul, dan kerana apa bertawasul, ramai yang tak mengetahui dan
memahami.
mereka seakan akan dan semata mata menjadikan ia satu ikutan sahaja, sebab orang lain buat
kita buat
tanpa faham tentang konsep sebenar tawasul. harap dapat penjelasan.
reply
mukhlis101 wrote on Oct 6, '08
w'salam warahmatullah wabarakatuhu...

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. yang membuka hati sesiapa sahaja utk menerima
hidayah dan kebenaran-Nya. Selawat dan salam buat Saidina Rasulullah s.a.w. yang telah
mengajarkan konsep tawassul yang syar'ie dan seluruh ahli keluarga dan para sahabat Baginda
s.a.w...

Saudara ridhaallah yang dihormati... Salam ukhuwwah dan mahabbah...

Adapun persoalan tentang konsep tawassul kepada abuya di sisi Al-Aqram, maka saya alfaqir
ini tidak layak untuk membahaskan mengenainya kerana tidak pernah mengenali golongan
tersebut secara dekat dan tidak juga mendalami amalan-amalan mereka. jadi, tentang "konsep
tawassul golongan Al-Arqam" ini, saya yang faqir tidak dapat membahaskannya kerana belum
cukup kajian mengenainya.

Apa yang menjadi asas adalah, adakah konsep tawassul seseorang itu sesuai dengan konsep
tawassul dalam Islam sebagaimana yang telah dijelaskan dalam penulisan ringkas di atas,
alhamdulillah...

sememangnya kebanyakkan masyarakat awam tidak memahami konsep asal amalan tawassul
dalam islam, lalu mereka mengamalkannya secara taqlid. Namun, bagi orang awam, taqlid tidak
menjadi masalah kerana mazhab mereka adalah mazhab mufti mereka menurut sebahagian
pendapat ahli usul fiqh. Pun begitu, seseorang amat digalakkan untuk mengetahui dalil-dalil
amalan yang dilakukan dan konsep sebenar amalan tersebut dalam islam agar ianya dapat
dilakukan dengan ilmu pengetahuan.

di suatu sudut yang lain, timbul juga golongan yang mengingkari amalan tawassul kepada si
mati secara mutlak, termasuklah bertawassul kepada Rasulullah s.a.w. dek kerana kejahilan
mereka juga tentang konsep tawassul yang sebenar dalam islam dan zauqi (perasaan hati)
dalam amalan tersebut.

oleh kerana itulah, alfaqir penulis menyusun risalah ringkas ini untuk mengetengahkan
perbincangan-perbincangan ulama' secara ringkas dalam masalah ini, agar mereka yang jahil
mengenai tawassul ini, dapat bersikap terbuka setelah membaca penjelasan para ulama'
mengenainya dan dapat beramal dengannya berdasarkan ilmu, tidak semata-mata berdasarkan
taqlid.

Adapun persoalan-persoalan:

Kepada siapa kita bertawassul?

maka para ulama' tidak mengkhususkan kepada siapakah kita boleh bertawassul, tetapi dalam
banyak2 hadith-hadith dan ayat Al-Qur'an, kita digalakkan bertawassul kepada Allah s.w.t.
dengan nama-namaNya, bertawassul dengan kedudukan Rasulullah s.a.w. di sisiNya dan
bertawassul kepada Allah s.w.t. dengan selain Rasulullah s.a.w. yang pada sangkaan kita,
mereka ada kedudukan di sisi Allah s.w.t. samada mereka yang masih hidup ataupun yang telah
meninggal dunia (berdasarkan hadith Saidina Umar r.a. yang bertawassul dengan Saidina al-
Abbas r.a.).

Adapun kerana apa kita bertawassul, maka ianya telahpun dijelaskan dalam artikel yang ringkas
di atas, di mana ianya dikutip daripada perkataan-perkataan para ulama' sufi muktabar. Antara
sebab seseorang bertawassul adalah kerana merasa rendah diri di hadapan Allah s.w.t. dan
sebagainya.
demikianlah sedikit sebanyak yang dapat dijelaskan di sini. Semoga Allah s.w.t. memberkati kita
semua... Amin...

Wallahu a'lam

Salam ukhuwwah buat saudara ridhaallah...


reply
ridhaallah wrote on Oct 6, '08
terima kasih atas penjelasan saudara,
dan terima kasih kerana sudi menerima saya untuk sama sama berkongsi ilmu dalam arena ini,
alhamdulillah allah izinkan dan buka pintu hati saya ke arah ini, alhamdulillah,

sekali lagi terima kasih atas penerangan saudara berkenaan isu tawasul ini, tapi saya masih
ada sedikit kekeliruan. tidakkah dengan cara tawasul tanpa memahami kaedah atau konsep
sebenar tawasul boleh membawa seseorang kepada syirik? sebab, katakanlah situasinya
begini, saya berdoa dengan bertawasul dengan sesorang alim contohnya, dan doa tersebut
dimakbulkan dengan izin allah, andai saya tidak faham konsep tawasul itu maka ada
kemungkinan saya merasakan bahawa orang alim itulah punca doa saya termakbul. maka
pergantungan saya sekarang terhadap orang alim itu.

maaf, tapi ini yang saya dapat daripada seorang kenalan bila saya minta dia ulas pasal tawasul,
memang berbeza dengan ulasan saudara mukhlis. dalam kata lain seolah olah kerana orang
alim itulah doanya, amalannya diterima, bukan kerana sifat dan zat Allah.

maka di sini, saya amat terbuka dengan penjelasan dari artikel saudara mukhlis, menunjukkan
bahawa kehatusan bertawasul kerana titik akhirnya ialah kita minta pada Allah, penyudahnya
Allah, tapi dalam soal tawasul dengan penuh yakin bahawa hanya dengan orang ini sahaja doa
dan amalan diterima, saya masih kabur dan tak dapat menerimanya. mohon penjelasan.
wassalam dan terima kasih.
reply
mdsg wrote on Oct 6, '08
memang betul tekaan saudara ridhaallah, bahawa kalau salah tawasul bole membawa kepada
syirik. :)

antara apa yg saudara mukhlis tulis pun, ada yang betul, cuma ada sikit yg dia dan saya, tidak
bersefahaman, dan dari itu, saya dicategorykan, org yg jahil.

quote
di suatu sudut yang lain, timbul juga golongan yang mengingkari amalan tawassul kepada si
mati secara mutlak, termasuklah bertawassul kepada Rasulullah s.a.w. dek kerana kejahilan
mereka juga tentang konsep tawassul yang sebenar dalam islam dan zauqi (perasaan hati)
dalam amalan tersebut.
quote

semoga kami semua tidak berada didlm kejahilan.


reply
mukhlis101 wrote on Oct 6, '08
kalau kita semua tidak faham konsep syirik itu sendiri, itulah masalahnya...

itulah sebabnya, kita perlu belajar tentang aqidah islam, sebelum segala sesuatu. ilmu aqidah
inilah yang memainkan peranan penting bagi seseorang untuk memamahi segala konsep dalam
ibadah. Apa yang perlu ditekankan adalah ilmu aqidah itu sendiri, bukan sekadar memahami
setiap konsep ibadah dengan betul. Kalau seseorang solat misalnya, lalu dia menganggap
dengan solat tersebut dia masuk syurga, maka itu juga membawa kepada syirik. Ini kerana,
Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawasanya "seseorang tidak akan masuk syurga dengan
amalannya" Al-hadith... Allah s.w.t.-lah yang memasukkan seseorang ke dalam syurga. Ibadah
dan segalanya adalah asbab (sebab) semata-mata, dan mengambil sebab dalam Islam
bukanlah bererti menyandarkan manfaat dan mudarat kepada sebab tersebut.

Itu kembali kepada persoalan aqidah itu sendiri, bukan semata-mata membetulkan konsep
sesuatu ibadah tertentu.

Bahkan dari sudut adat juga boleh membawa kepada syirik. Misalnya, seseorang yang pergi
kepada doktor ketika sakit, lalu mengambil ubat. Setelah memakan ubat tersebut, dia sembuh.
lalu dia menyangka bahawasanya doktor tersebutlah yang menyembuhkannya, atau ubat
tersebut yang menyembuhkannya, maka itu juga syirik. Adakah dalam masalah adat juga,
konsep perlu dijelaskan? Kalau lapar, seseorang makan. Bila dia kenyang, dia kata, sebab dia
makan, dia kenyang. kalau menisbahkan "memberi kenyang secara hakiki" kepada makanan,
itu juga syirik. jadi, apa sebenarnya yang perlu dijelaskan kepada umat islam. konsep makan
yang betul?

Bukan begitu. Kita perlu kembali kepada memperkasakan ilmu aqidah dalam umat islam. Umat
islam perlu mempelajari aqidah Islam, barulah akhirnya dia jelas dalam setiap perbuatannya,
samada dalam ibadah seperti solat, berdoa, bertawassul dan sebagainya, mahupun dalam adat
seperti makan, minum, mengambil ubat dan sebagainya.

Jadi, masalah yg membawa kepada syirik bukan kembali kepada tidak faham sesuatu konsep
ibadah atau adat, tetapi tidak mempunyai ilmu aqidah Islam yang sahih. Jika aqidah Islam yang
dipegang itu betul, mka semua aspek dalam kehidupan akan berlandaskan kepada aqidah yang
murni tanpa syirik.

Sesutu yg membawa kepada syirik kerana kejahilan seseorang yang tidak mempelajari aqidah
islam yang sebenar, tidak bermakna ianya perlu ditolak. kalau begitu, kerana takutkan syirik
disebabkan menisbakan "memberi kenyang" kepada makanan, adakah kita perlu meninggalkan
makan? Tidak... Selagimana ajaran dan amalan itu ada sandarannya termasuklah bab tawassul
ini, selagi itu ianya dibenarkan. Masalah syirik kembali kepada ilmu aqidah, adakah seseorang
mempelajarinya dan menghayatinya ataupun tidak?

apa yang penting, perkasakanlah aqidah Islam dalam diri. insya Allah akan jelas segala yang
dilakukan.

duhai saudara mdsg...


Sy tidak tujukan kepada sesiapa.... Maaf tuan mdsg...

Semoga kita semua tidak berada dalam kejahilan.. Amin...

wallahu a'lam...
reply
mdsg wrote on Oct 6, '08
memang betul, kalau aqidah/tauhid kita tidak betul, amalan kita pun jadi tak berguna. antara
sebab mengapa begitu lama perintah hijrah ditangguhkan ke Madinah. betul?

Semoga Allah Ta'ala memberi kita semua hidayah. Amin.


reply
mdsg wrote on Oct 6, '08
saya amat suka dgn ahadith ini
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
"If Allah wants to favor someone, He grants him comprehension (understanding) of this religion."
[Sahih Bukhari vol.1 # 71, Tirmidhi and Musnad Ahmad]
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
reply
mukhlis101 wrote on Oct 6, '08
Alhamdulillah... semoga Allah s.w.t. menjadikan kita dari kalangan mereka yang mempunyai
keimanan yang teguh, kemurnian aqidah yang kukuh dan kemantapan rohani yang disuluhi
cahaya iman dan ihsan... Semoga Allah s.w.t. juga memberi kefahaman kepada kita semua
terhadap agamaNya dengan kefahaman yang sahih dan menetapi kerangka majoriti umat Islam
(as-sawadh al-a'zhom) yg dijamin kebenaran mereka oleh Rasulullah s.a.w..

Pelbagai hikmah dan rahsia tersembunyi di sebalik peristiwa hijrah yang berlaku setelah 13
tahun Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. diuji di Makkah... Benar, bahkan bukan dari sudut
aqidah sahaja, malah Allah s.w.t. ingin membentuk kekuatan rohani umat Islam juga
sehinggalah akhirnya mereka mampu meletakkan kepentingan agama Islam dan kalimah tauhid
sebagai yang paling utama dalam kehidupan mereka seharian...

Wallahu a'lam..
reply
ridhaallah wrote on Oct 7, '08
alhamdulillah, sayarasa saya sudah jelas sekarang, terima kasih atas penerangan saudara
berdua,
betul, pokok pangkalnya adalah aqidah kita, kalau aqidah di landasan yang benar, insyaalah
yang lain ikut di landasan yang benar.
sekadar pendapat peribadi saya sahaja, tawasul ini tidak seharusnya kita dedahkan kepada
orang ramai yang pegangan aqidahnya goyah (sebagaimana kenalan al arqam saya) sebab
bimbang mereka terjerumus ke lembah kesesatan, maka ada baik andai kita kukuhkan aqidah
dulu sebelum pergi ke bab yang lain.
jazakallahu khairan kathira.
reply
mukhlis101 wrote on Oct 7, '08
alhamdulillah...

sebenarnya, apa sahaja yang ada dalam ajaran islam, termasuklah amalan tawassul ini, perlu
didedahkan dengan konsepnya yang tepat menurut kehendak agama kerana ianya terkandung
dalam ajaran Islam itu sendiri. Perbahasan mengenai Amalan tawassul sangat penting utk
diketengahkan dalam rangka untuk menguraikan kemusykilan mereka yang jahil tentang
masalah tawassul ini sehingga menganggap tawassul kepada si mati dan sebagainya adalah
amalan yang syirik secara mutlak. Ini membawa kepada gejala sewenang-wenangnya menuduh
sesama Islam sebagai pembuat syirik yang akhirnya bersikap kafir mengkafirkan sesama
muslimin yang merupakan antara ciri-ciri golongan khawarij (na'uzubillah min zalik).

Bahkan, ianya juga perlu dijelaskan secara tepat agar mereka yang mengamalkan amalan
tawassul tersebut memahami konsep sebenar tawassul dalam Islam itu sendiri, dalam rangka
untuk memberi penerangan terhadap sesetengah amalan yang sering disalah anggap oleh
segelintir golongan.

Adapun agenda memperkukuhkan aqidah, ianya perlu dijadikan agenda asas dalam setiap
masyarakat Islam melalui sistem pendidikan dalam umat Islam samada isu tawassul ini
dibincangkan ataupun tidak. Ini kerana, tanpa aqidah yang sejahtera, bukan sahaja masalah
ibadah, bahkan masalah adat juga akan membawa kepada syirik. Penulis yang faqir dapati,
dalam kalangan umat Islam ini, kejahilan tentang aqidah Islam berdasarkan fahaman ahlus-
sunnah wal jamaah (as-sawadh al-a'zhom) juga semakin meluas. Oleh yang demikian, penulis
yang faqir juga telah mengarang beberapa risalah dalam rangka untuk mengetengahkan asas-
asas aqidah Islam ahlus-sunnah wal-jamaah dalam beberapa peringkat perbahasan.

dari sudut akhlak juga, hendaklah kita sebagai umat Islam sentiasa nasihat-menasihati ke arah
kebenaran dan kesabaran dalam rangka untuk mengukuhkan kerjasama (ta'awwun) ke arah
kebaikan dan taqwa. Sikap baik sangka sesama muslim juga sangat penting dalam membentuk
sebuah masyarakat Islam yang kukuh dari sudut perpaduan dan ukhuwwah Islamiyyah.

Semoga Allah s.w.t. membantu kita dalam menujuNya melalui jalan-jalan ketaatan kepadaNya...
Amin...
reply
mdsg wrote on Oct 7, '08
dan kaum muslim tidak mungkin bersatu selagi aqidah tidak sama.
reply
mukhlis101 wrote on Oct 8, '08
Bersatulah dalam aqidah yang dipegang oleh Ahlus-Sunnah wal jamaah yang dipegang oleh
majoriti umat Islam (As-Sawadh al-A'zhom) yang dijamin kebenaran mereka oleh Rasulullah
s.a.w. dan diakui sebagai penerus pegangan salafus-soleh terdahulu. Rasulullah s.a.w.
mengingatkan bahawasanya, barangsiapa yang bersikap terpinggir daripada pegangan majoriti
umat Islam (Al-Asya'irah, Al-Maturidiyyah dan Athariyyah (seperti Imam Abu Al-Farj Ibn Jauzi dll)
), maka dia akan terpinggir ke dalam neraka, na'uzubillah min zalik...

Semoga Allah s.w.t. menyatukan mereka yang terpinggir ini ke dalam golongan As-Sawadh Al-
A'zhom ini. Amin...
reply
mdsg wrote on Oct 8, '08
Amin.

Anda mungkin juga menyukai