Anda di halaman 1dari 3

MENGENALI SOLAT DA'IM

(SOLAT BERTERUSAN)

Di dalam Al-Quran ada menyebut: "Hendaklah kamu menjaga solat-solatmu dan solat wustha(yang di
tengah)"

(Al-Quran).yang dimaksudkan dengan solat oleh ahli fekah(syariat- zahir) ialah gerakan seluruh badan yg
zahir..seperti berdiri,lidah membaca,ruku',sujud, duduk, mengeluarkan suara dan bacaan-bacaan
tertentu.Oleh kerana itu di dalam Al-Quran disebut 'salawat'(beberapa solat).

Akan tetapi dalam ilmu tarekat dan hakikat kerohanian adalah solatnya hati sepanjang masa dan
selamanya sebagaimana tersebut di dalam Al-Quran "Solatul Wustha"iaitu solat hati,kerana hati berada
di tengah badan;antara kanan dan kiri,antara atas dan bawah,antara bahagia dan celaka.

Ahli fekah menyatakan bahawa memadai niat solat dibuat ketika takbiratul ihram maka sah solatnya
namun menurut ulama tasawuf solat bukan hanya sekadar sah sahaja tapi dengan kesempurnaan yakni
niat lillah Taala hendaklah sentiasa hadir bersama dengannya sepanjang solat sehingga terbawa ke luar
solat. Sehingga hati seseorang berterusan dalam mengingati Allah.Inilah yang dipanggil "solat da'im".

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya hati manusia ada di antara dua jari-jari Allah.Allah membolak-balikkannya sesuai dengan
kehendakNya"...Dari ayat dan hadits tersebut di atas dapat diketahui solat yang pokok ialah solat
hati.Bila solat hati dilupakan maka rosaklah solatnya

Apabila rosak solatnya hati maka rosak pulalah solat seluruh badan.

Sabda Rasulullah s.a.w."Tidak sah solat seseorang kecuali disertai dengan hadirnya hati".

Solat pada Syariat (feqah) mempunyai waktu khasnya tertentu di dalam sehari semalam sebanyak lima
kali yg di fardhukan dan sunat dilakukan di masjid dengan berjemaah. Sama-sama menghadap ke arah
Kaabah dan mengikuti imam, tanpa riyak dan sum'ah.
Solat tarekat dan hakikat atau kerohanian tasawwuf dilakukan selamanya (daim) selamanya tanpa batas
waktu selama hidup didunia dan di akhirat nanti.Masjidnya ialah hati Berjemaahnya ialah terpadunya
kesucian batin dengan selalu memperdengarkan tauhid dengan lisan batin.Imamnya ialah rasa rindu di
dalam hati untuk sampai(wusul)kepada Allah.Kiblatnya ialah Hadhirat Allah Yang Maha Tunggal dan
keindahan ketuhanan.Itulah qiblat yang hakiki.Hati dan ruh selamanya (Daim) tidak terlepas dari solat
ini.

Hakikatnya hati tidak pernah tidur dan tidak akan mati tetapi ia selalu punyai kegiatan disaat tidur mahu
pun jaga.Solat hati dilakukan dengan hidupnya hati tanpa suara,berdiri dan duduk,ia selalu berhadapan
dengan Allah dan sentiasa dengan ucapan"KepadaMu kami beribadah dan kepadaMu kami mohon
pertolongan"dan mengikuti Nabi Muhammad s.a.w. kerana begitulah keadaan sebagaimana Nabi s.a.w
beriktikad.

Ayat "iyya kana'budu wa'iyya kanas ta'iin"mengikut tafsir Al-Qadhi disebut bahawa ayat ini merupakan
isyarat tentang hati seseorang yang sudah makrifat kepada Allah,yang telah berpindah dari keadaan
ghaib (memandang Allah secara ghaib)beralih kepada Hadrat Ahdiyat(Selalu merasa bersama Allah)
sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w."Para Nabi dan para wali sentiasa solat(Daim) walau telah
berpindah alam(wafat),seperti halnya mereka solat di rumahnya"yakni mereka selalu bermunajat
dengan Allah kerana hatinya sudah hidup....

Bagi golongan tarekat,hakikat dan kerohanian seseorang akan putus perhubungan dengan Tuhan andai
bergantung kepada solat lima waktu

saja tapi hati tersebut hendaklah dihubungkan dengan Allah hatta diluar solat..sedang ada antara sufi
sejati menyatakan'lupa daku sesaat terhadap Tuhanku aku menghukum diri ku kufur'..oleh itu seseorang
hendaklah tahu 'solat daim'(dengan berguru)iaitu solat yang sangat agung dalam nisbah hubungan
seorang insan dengan Rabbnya....

Orang 'Ariffbillah berpendapat bahawa sembahyang atau solat itu ialah: jasad ialah Nafas ialah Hati ialah
Rahsia (Sirr) ialah nyawa....contoh:Adapun solat jasad (tubuh) membawa fardhu dan sunat. Solat Nafas
ialah"Keluar dan masuk dalamnya..syurga yang mulia. Solat Qalbi (hati) ialah putus harap daripada
makhluk dan diikatkan hati serta Allah iaitu dalam keadaan solat yang berkekalan (Solat Daim).

Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesungguhnya ada sebahagian ilmu yang di ibaratkan permata yang
terpendam,tidak dapat mengetahuinya kecuali Ulama Ariffbillah. Apabila mereka mengungkapkan ilmu
tersebut maka tidak seorang pun yang membantahnya kecuali orang orang yang tidak faham tentang
Allah"

(HR.Imam Tirmizi RA).

Wallahualam.....

Anda mungkin juga menyukai