Anda di halaman 1dari 11

BAHAN BACAAN BERGRED

VKVK
Disusun semula oleh :
Siti Zubaidah Musa
SK Bandar Maharani, Muar

Bahan asal : CIKGU MIA


IKAN

Ikan.
Ini ikan.
Ini ikan emak.
Emak beli enam ekor ikan.
Emak mahu cuci ikan itu.
Emak guna asam cuci ikan.
Adik mahu cuci ikan emak.
Emak ajak adik cuci ikan sama-sama.
ASAM

Asam.
Ini asam.
Ini asam jawa.
Ini asam jawa emak.
Emak selalu guna asam jawa.
Emak guna asam jawa cuci ikan.
Kari emak juga guna asam.
Ikan dan kari emak rasa enak.
EPAL

Epal.
Ini epal.
Ini epal Usop.
Usop beli epal itu.
Usop cuci epal itu.
Usop mahu rasa epal itu.
Usop ajak adik rasa epal itu.
Adik rasa suka hati rasa epal itu.
ITIK

Itik.
Ini itik.
Ini itik Atan.
Atan bela itik.
Atan suka bela itik.
Atan bela enam ekor itik.
Atan bela itik tepi titi.
Atan bagi itik nasi dan sawi.
ULAR

Ular.
Ini ular.
Ini ular bisa.
Ular bisa ada ekor.
Ular bisa tepi alur.
Ayah elak ular bisa.
Ayah lari dari alur itu.
Kaki ayah luka kena onak.
OREN

Oren.
Ini oren.
Ini oren Adam.
Adam beli oren ini.
Adam suka rasa oren.
Oren Adam rasa enak.
Oren Adam ada atas meja.
Adam mahu beli oren lagi esok.
ALAS

Alas.
Ini alas.
Ini alas meja.
Ini alas meja emak.
Ini alas meja besi emak.
Emak beli alas meja baru.
Emak beli alas meja di kota.
Emak cuci alas meja lama.
APAM

Apam.
Ini apam.
Ini apam enak.
Esah beli apam enak ini.
Esah beli enam biji apam enak.
Apam enak ini perisa koko.
Esah beri tiga apam pada opah.
Esah beri tiga apam lagi pada atuk.
AYAM

Ayam.
Ini ayam.
Ini anak ayam.
Ini anak ayam Azam.
Azam bela anak ayam.
Azam bela tiga ekor anak ayam.
Azam bela anak ayam hati-hati.
Azam bela anak ayam tepi perigi.
EMAK

Emak.
Ini emak.
Ini emak saya.
Emak bawa adik.
Emak bawa adik ke kota.
Emak bawa adik guna kereta bayi.
Emak juga bawa susu adik.
Emak bawa susu adik guna beg.

Anda mungkin juga menyukai