Anda di halaman 1dari 49

MENGENAL ABJAD

Api
Aa
PANTUN

Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana asapnya,
Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana jasadnya.
CERITA PENDEK

Ini api.
Api ini panas.

Baju
Bb
PANTUN

Baju merah baju biru,
Pulang sekolah pukul satu,
Murid perlu hormati guru,
Guru itu pembekal ilmu.
CERITA PENDEK

Ini baju.
Ini baju Zali.
Zali beli baju baru.
Baju baru Zali biru.

Cili
Cc
PANTUN

Kecil-kecil cili padi,
Nampak kecil tapi berisi.
CERITA PENDEK

Ini cili.
Cili ini merah.
Ibu Zali tanam cili.
Cili merah rasa pedas.

Dadu
Dd
PANTUN

Main dadu di hujung jalan,
Kalau malu sesat jalan.

CERITA PENDEK

Ini dadu.
Dadu Zali merah.
Zali ada dua dadu.
Zali suka main dadu.
Ekor
Ee
PANTUN

Satu ekor anak kera,
Mari kita cepat kira,
Dua ekor anak rusa,
Mari cepa kita baca.
CERITA PENDEK

Ini ekor.
Ini ekor Comel.
Ekor Comel panjang.
Zali suka ekor Comel.
Foto
Ff
PANTUN

Foto cantik atas meja,
Ajaran guru jangan dilupa.


CERITA PENDEK

Ini foto.
Ini foto Zali.
Foto Zali cantik.


Gigi
Gg
PANTUN

Adik mandi di tepi perigi,
Bangun pagi gosok gigi.
CERITA PENDEK

Ini gigi.
Ini gigi Zali.
Gigi Zali putih.
Zali rajin gosok gigi.
Hati
Hh
PANTUN

Pagi petang siang malam,
Hati terang senang faham.
CERITA PENDEK

Ini hati.
Hati ini warna merah.
Kita mesti baik hati.

Ibu
Ii
PANTUN

Tanam ubi tanam tebu,
Tanam pula di tepi paya,
Terima kasih buat ibu,
Besarkan saya hingga berjaya.
CERITA PENDEK

Ini ibu.
Ini ibu Zali.
Zali sayang ibu.
Ibu Zali nama Umi.

Jala
Jj
PANTUN

Buang jala tangkap ikan,
Hati-hati jaga makan.
CERITA PENDEK

Ini jala.
Ini jala ikan.
Zali suka jala ikan.
Zali jala ikan besar.

Kuku
Kk
PANTUN

Bagai aur dengan tebing,
Bagai isi dengan kuku.
CERITA PENDEK

Ini kuku.
Ini kuku kaki.
Ini kuku kaki Zali.
Kuku kaki Zali bersih.
Labu
Ll
PANTUN

Mari petik kelapa mayang,
Pucuk labu menjalar ke hulu,
Mari tunjukkan kasih sayang,
Kepada ibu bapa terlebih
dahulu.
CERITA PENDEK

Ini labu.
Labu ini besar.
Ibu Zali tanam labu.
Zali dan ibu suka makan labu.
Mata
Mm
Mm
PANTUN

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak
tangan,
Walau jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.
CERITA PENDEK

Ini mata.
Ini mata ibu Zali.
Mata ibu Zali merah.
Ibu Zali sakit mata.
Nasi
Nn
PANTUN

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba
lurutkan,
Buang emak buang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.
CERITA PENDEK

Ini nasi.
Ini nasi lemak.
Zali suka nasi lemak.
Ibu Zali pandai masak nasi
lemak.

Obor
Oo
PANTUN

Bawa obor ke sukan dunia,
Solat zohor jangan dilupa.
CERITA PENDEK

Ini obor.
Obor ada api.
Obor ini panas.
Paku
Pp
PANTUN

Paku dulang, paku serpih
Kata orang, dia yang lebih.
CERITA PENDEK

Ini paku.
Ini paku besi.
Paku besi tajam.


Raga
Rr
PANTUN

Pergi pasar bawa raga,
Raga rotan penuh berisi,
Jasa guru jangan dilupa,
Walau poket tebal berisi.
CERITA PENDEK

Ini raga.
Ini raga ibu Zali.
Raga ibu Zali besar.
Ibu Zali bawa raga ke pasar.
Susu
Ss
PANTUN

Susu lemak manis,
Santan kelapa muda,
Adik jangan menangis,
Ibu ada kerja.
CERITA PENDEK

Ini susu.
Ini susu kotak.
Zali suka minum susu.
Zali minum susu pagi dan
malam.
Topi
Tt
PANTUN

Anak Mak Jah pakai topi,
Topi dipakai setiap hari,
Jangan suka bermain api,
Kelak nanti membakar diri.
CERITA PENDEK

Ini topi.
Ini topi Zali.
Zali beli topi baru.
Zali suka pakai topi.
Ubi
Uu
PANTUN

Ada ubi ada batas,
Ada hari boleh balas.
CERITA PENDEK

Ini ubi.
Ibu Zali tanam ubi.
Zali dan ibu suka makan ubi.

Vila
Vv
PANTUN

Tinggi bukit gilang-gemilang,
Vila cantik atas bukit,
Orang jauh jangan dikenang,
Lama-lama jadi penyakit.

CERITA PENDEK

Ini vila.
Ini vila ibu Zali.
Vila ibu Zali besar.
Zali dan ibu suka vila ini.
Wira
Ww
Ww
PANTUN

Wira Melayu segak bergaya,
Tuntut ilmu hingga berjaya.
CERITA PENDEK

Ini wira.
Wira kuat.
Zali mahu jadi wira.

Yoyo
Yy
PANTUN

Main yoyo di hujung jalan,
Malu bertanya sesal kemudian.

CERITA PENDEK

Ini yoyo.
Ini yoyo Zali.
Yoyo Zali ada tali.
Zali suka main yoyo.
Zamrud
Zz
PANTUN

Batu zamrud batu kerikil,
Asalnya satu nilai tak sama,
Jangan jadi manusia jahil,
Biar mati tinggalkan nama.
CERITA PENDEK

Ini batu zamrud.
Batu zamrud warna hijau.
Ibu Zali ada cincin zamrud.

Anda mungkin juga menyukai