Anda di halaman 1dari 2

Golongan belia ialah harapan negara pada masa hadapan.

Huraikan peranan golongan belia dalam


sesebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia.

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, pepatah ini jelas menunjukkan betapa pentingnya
peranan belia dalam sesebuah negara. Belia ialah golongan muda yang berusia antara 18 hingga 35
tahun. Golongan ini dianggap sebagai golongan yang paling produktif dan bersemangat kental dalam
semua hal. Selain itu, golongan beliamerupakan golongan yang terbanyak dalam sesebuah negara.

Golongan belia memainkan peranan untuk membantu meningkatkan kemakmuranekonomi negara


kerana golongan belia yang sihat dan berwawasan dapat menjadi penyumbang tenaga kerja yang
produktif. Produktiviti yang tinggi dapat memastikan hasil pengeluaran yang tinggi kepada bidang yang
diceburi mereka.

Dalam bidang keselamatan negara, peranan belia memang tidak dapat dinafikan. Pasukan keselamatan
negara amat memerlukan tenaga muda untuk menjamin keamanan negara dan kesejahteraan rakyat.
Tanpa tenaga muda dalam bidang ini,keamanan dan pertahanan negara akan tergugat.

Golongan belia bukan sahaja produktif malah kreatif dan innovatif. Kelebihan-kelebihan ini menjadikan
mereka penggerak kemajuan masyarakat dan negara.Generasi tua menghadapi kesukaran untuk
menyesuaikan diri dengan perkembangan sains dan teknologi yang begitu pesat hari ini. Oleh itu,
kesanggupan dan kesediaan belia menerima cabaran baru merupakan faktor penting yang membawa
kemajuan kepada negara.

Penglibatan belia dalam pertubuhan-pertubuhan sukarela seperti pertubuhan belia dan pertubuhan
amal juga amat diperlukan. Berbekalkan ilmu dan tenaga,mereka dapat memberikan sumbangan kepada
masyarakat melalui pelbagai kegiatan sosial.

Kesimpulannya, memandangkan peranan belia begitu besar dalam pembangunan negara, kerajaan
hendaklah memastikan bahawa golongan belia negara kita ialah golongan yang berilmu dan berakhlak
mulia
Persatuan Bahasa Malaysia mengadakan pertandingan syarahan antara kelas Tingkatan 1 yang bertajuk
Belia Harapan Bangsa. Anda ingin menyertai pertandingan tersebut. Tulis syarahan anda mengikut
format yang betul.

Anda mungkin juga menyukai