Anda di halaman 1dari 14

Bab 6: Etika Agama Kristian

Pada akhir bab ini, anda akan dapat:

Menakrifkan konsep etika dari aspek kepercayaan agama Kristian;


Membandingkan etika falsafah ini dengan falsafah lain;
Memahami perspektif etika agama Kristian dalam kehidupan seharian kita;
dan
Membezakan antara perkara yang beretika dan perkara yang tidak
beretika.

6.1 Pengenalan
Agama Kristian adalah antara agama terbesar di dunia dan mempunyai lebih kurang 2.1
penganut di seluruh dunia. Teras kepada agama ini adalah kehidupan, kematian dan
kebangkitan semula Yesus Kristus yang juga dikenali sebagai anak Tuhan.
Konsep tritunggal yang menjadi asas kepada kepercayaan agama Kristian dan terdiri daripada
perhubungan tiga hala antara Tuhan dan manusia dapat dilihat dalam rajah di bawah.
Rajah 6.1: Konsep tritunggal dan perhubungan antara Tuhan dan manusia

Tuhan Bapa
Kita harus akur dan taat kepadanya

Tuhan Anak
Tuhan
Anak
telah
menjelma sebagai Yesus
Kristus selaku Anak
Tuhan dan diturunkan ke
bumi
untuk
menyelamatkan manusia
daripada dosa.

Roh Kudus
Merujuk
kepada
kewujudan
Tuhan
yang dapat dirasai
melalui Roh Kudus.
Maria
Ibu kepada Yesus Kristus.

Manusia
Manusia memiliki ciri-ciri fizikal dan rohani yang
dicipta mengikut imej Tuhan sendiri. Sebagai
makhluk yang rasional, kita dapat membuat
keputusan yang bertanggungjawab dan
membentuk hubungan dengan semua ciptaan
Tuhan dan juga Tuhan sendiri.

6.2 Pengenalan kepada Agama Kristian

Agama Kristian adalah agama monotheis (hanya mempunyai satu Tuhan) dan berasaskan
kehidupan dan ajaran Yesus Kristus. Penganut agama Kristian mempercayai bahawa Tuhan
yang Satu ini wujud di luar daripada ruang fizikal ini dan telah mencipta alam semesta.
Agama ini turut dikenali sebagai monotheisme beretika, iaitu kepercayaan kepada Tuhan
yang Satu yang mendorong kita supaya mematuhi kefahaman beretika tertentu.
Agama Kristian terdiri daripada berbagai mazhab dan setiap daripada mazhab ini (misalnya
mazhab Kristian, Protestan dan Anglikan. Istilah Ortodoks atau kepercayaan betul
digunakan untuk menerangkan prinsip-prinsip asal yang diterima umum oleh komuniti
Kristian.
Pengakuan Iman Rasuli (Bahasa Inggeris: Apostles Creed) merupakan doktrin asas yang
diterima oleh kebanyakan penganut Kristian. Prinsip-prinsip utama Imam Pengakuan Rasuli
ditunjukkan dalam Rajah 6.2.
Rajah 6.2: Pengakuan Iman Rasuli adalah doktrin
asas yang diterima oleh kebanyakan penganut Kristian, tidak kira mazhabnya

Pengakuan Iman Rasuli

Aku percaya kepada Tuhan, Bapa yang mahakuasa,


pencipta langit dan bumi.
Dan kepada Yesus Kristus, PuteraNya yang tunggal, Tuhan kita.
Yang dikandung dari Roh Kudus,dilahirkan oleh Perawan Maria;
Yang menderita sengsara dalam pemerintahan Pontius Pilatus,
disalibkan, wafat, dan dimakamkan; yang turun ke tempat penantian,
pada hari ketiga bangkit dari antara orang mati;
Yang naik ke syurga,
duduk di sebelah kanan Tuhan Bapa Yang mahakuasa,
dari situ Ia akan datang mengadili orang hidup dan mati.
Aku percaya kepada Roh Kudus,
Gereja Katolik yang kudus,
Persekutuan para kudus,
pengampunan dosa,
kebangkitan badan,
kehidupan kekal. Amin.

Kitab suci agama Kristian dinamakan kitab Injil. Kitab ini merupakan koleksi tulisan
keagamaan mengenai agama Kristian yang terdiri daripada Perjanjian Lama dan Perjanjian
Baru. Rajah 6.3 merumuskan ciri-ciri terpenting Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru.
Rajah 6.3: Kitab Injil merupakan kitab suci agama Kristian dan terdiri daripada
Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Sebelum
kedatangan Yesus
Kristus

Kehidupan dan
ajaran Yesus
Kristus

Diterima sebagai
kitab suci

Terdiri daripada
Injil, Kisah Para
Rasul, Surat-Surat
dan Wahyu

Maksud dan matlamat


kehidupan
dibangkitkan oleh
Tuhan dan kitab Injil
sebagai sumber
kebenaran yang
tertinggi

Penganut agama Kristian meraikan Hari Krismas atau Hari Natal pada 25hb Disember yang
menandakan kelahiran anak Tuhan iaitu Yesus Kristus.

Sila layari laman web ini untuk membaca mengenai Pengakuan Iman Rasuli
dengan lebih lanjut: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengakuan_Iman_Rasuli

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan penganut agama Kristian?


(b) Aspek apakah yang ditekankan oleh ajaran Yesus Kristus?
(c) Jelaskah apa yang dimaksudkan dengan kitab Injil

6.3 Asas Etika Agama Kristian

Kehidupan yang diajar oleh Yesus Kristus dan berpandukan ajarannya adalah asas kepada
etika agama Kristian dan dapat diaplikasikan kepada berbagai aspek kehidupan. Kehidupan
dan ajaran Yesus Kristus serta prinsip-prinsip moral yang digariskan dalam kitab Injil adalah
berteraskan konsep cinta yang taat.
Penganut agama Kristian mempercayai bahawa mereka sedang berlakon dalam drama
kehidupan yang berpandukan ajaran dalam kitab Injil dan bahawa Tuhan akan membebaskan
mereka. Kebahagiaan yang sejati dapat dikecapi dengan mentaati perintah Tuhan.
Penganut agama Kristian mempercayai konsep dunia akhirat, seperti dapat dilihat daripada
Pengakuan Iman Rasuli. Mereka mempercayai bahawa Tuhan akan menghakimi kesemua
umat manusia selepas mereka menemu ajal dan bahawa golongan yang telah menerima Yesus
Kristus telah diampuni dan akan tinggal di syurga untuk hidup bersama Tuhan.
Mazhab Katolik Roma merujuk kepada ajaran kitab Injil, ajaran Gereja serta penjelasan yang
diberi oleh hukum semula jadi dalam mempertimbangkan keputusan atau pilihan moral.
Mazhab Protestan pula mempercayai bahawa kitab Injil merupakan sumber yang ulung dalam
mempertimbang keputusan dan juga sebagai panduan hidup. Jadual 6.1 merumuskan
pandangan mazhab Katolik Roma dan Protestan dalam isu keputusan moral.
Jadual 6.1: Sudut pandangan mazhab Katolik Roma dan Protestan dari aspek keputusan moral

Katolik Roma
Tuhan telah menurunkan kitab Injil untuk
menyatakan
perintahnya.
Tuhan
juga
berkomunikasi melalui Gereja Katolik Roma.
Bersetuju bahawa Roh Kudus merupakan
panduan kepada Gereja dan Yesus Kristus telah
memberi Gereja kuasa untuk menerangkan
kitab Injil serta membimbing penganutnya ke
arah kehidupan yang moral.
Golongan Katolik Roma juga menggunakan
hukum semula jadi sebagai sumber rujukan.
Ajaran kitab Injil, ajaran Gereja serta penjelasan
yang diberikan oleh hukum semula jadi

Protestan
Tuhan telah memberi manusia kitab Injil sebagai
panduan kehidupan.
Mematuhi kitab Injil sepenuhnya sebagai tanda
cinta kepada Tuhan.

Berusaha untuk memahami ajaran kitab Injil


mengenai perkara tersebut dan cara
mengaplikasikannya ke kehidupannya.

digunakan sebagai panduan dalam membuat


keputusan moral.
Teras etika agama Kristian adalah berasaskan Sepuluh Rukun, seperti yang digambarkan oleh
Rajah 6.4.
Rajah 6.4: Teras etika yang berdasarkan Sepuluh Rukun yang diturunkan oleh Tuhan

Muliakan ibu bapamu


Kamu tidak harus membunuh
Kamu tidak harus melakukan perzinaan
Kamu tidak harus mencuri

Kamu tidak harus menjadi saksi palsu


Kamu tidak harus mendambakan rumah
jiran kamu
Membuat keputusan yang bermoral dan beretika bermaksud yang kita berusaha untuk
mengetahui apa yang Tuhan mahu kita lakukan dengan merujuk kepada Sepuluh Rukun. Kita
tidak dapat mengasingkan pertimbangan etika dan moral dalam membuat keputusan selagi
kita mencintai Tuhan dan ciptaannya.

Layari laman web berikut untuk mempelajari mengenai ajaran agama Kristian
dengan lebih lanjut:
http://www.newadvent.org/cathen/03712a.htm
http://christianity.about.com/od/newchristians/p/christianbasics.htm

(a) Apakah maksud konsep cinta yang taat?


(b) Apakah kepercayaan agama Kristian mengenai konsep dunia akhirat?
(c) Apakah pandangan Katolik Roma dan Protestan mengenai kitab Injil?

6.4 Etika agama Kristian dalam konteks Diri dan Keluarga


Penganut agama Kristian mempercayai bahawa nyawa adalah sesuatu yang suci. Kepercayaan
ini mempengaruhi berbagai aspek kehidupan mereka terutamanya dari segi isu seperti
membunuh diri, penceraian, pengguguran, penjagaan orang lain dan sebagainya.
Penganut agama Kristian mempercayai bahawa setiap individu dilahirkan dengan matlamat
hidup yang tertentu. Kehidupan ini tidak sepatutnya dibazirkan dan kita patut menghadapi
setiap cabaran hidup yang menimpa kita. Mengikut ajaran kitab Injil (Kejadian 1:27) , Tuhan
telah mencipta manusia pertama berdasarkan imejnya sendiri. Ini bermaksud bahawa manusia
merupakan ciptaan Tuhan yang istimewa dan memiliki sifat Tuhan tetapi bukan rupanya.
Rajah 6.5 merumuskan pandangan agama Kristian mengenai kehidupan.

Membunuh
dilarang
sama sekali
Menyayangi
diri dan
keluarga

Euthanasia
dilarang
sama sekali

Menyayangi
rakan dan
jiran

Kehidupan
adalah
suci

Pengguguran
dilarang
sama sekali

Menyayangi
semua
ciptaan
Tuhan

Perhubungan
baik sesama
manusia
Membunuh
diri dilarang
sama sekali

Penganut agama ini menganggap perkahwinan sebagai penyatuan dua orang individu yang
disatukan oleh Tuhan. Mereka akan menjadi pasangan hidup dan objektif mereka adalah
untuk mengalami perhubungan yang setia dan penuh dengan kasih sayang. Mengikut ajaran
kitab Injil (Kejadian 2:24), pasangan ini akan disatukan melalui perkahwinan di mana mereka
disatukan oleh Tuhan secara rohani. Rajah 6.6 membincangkan konsep perkahwinan,
penceraian dan perkahwinan semula dari aspek agama Kristian.
Rajah 6.6: Perkahwinan, Penceraian dan Perkahwinan Semula mengikut Agama Kristian

Perkahwinan, Penceraian dan Perkahwinan Semula mengikut Agama


Kristian

Perkahwinan

Menggariskan batasan
bagi perhubungan
seksual dan
perhubungan sebegini
dianggap berdosa jika
diadakan di luar nikah.

Merupakan asas untuk


memiliki zuriat di mana
pasangan tersebut dapat
memupuk dan mendidik
anak mereka mengenai
ajaran agama Kristian,
nilai moral dan etika.

Memberikan
teman
hidup
yang
akan
memenuhi
keperluan
mereka
dari
segi
ketenangan, cinta dan
kasih sayang.

Penceraian
Bercanggah dengan kehendak Tuhan
(penyatuan antara lelaki dan wanita) dan
dilarang sama sekali
Hanya dapat dipertimbangkan sekiranya tiada
alternatif lain
Suatu perkahwinan akan dibubarkan apabila
salah satu daripada pasangan ini didapati
telah berzina dan dengan itu memungkar janji
mereka kepada Tuhan

Perkahwinan Semula
Seseorang yang berkahwin selepas bercerai atau
yang berkahwin kepada seseorang yang telah
bercerai dianggap berzina (kecuali pasangan
yang bercerai itu berkahwin semula)

Menurut ajaran agama Kristian, peranan anak adalah untuk menjaga, menghormati dan
mematuhi ibu bapa mereka.

(a) Mengapakah agama Kristian mengganggap bahawa nyawa adalah suci?


(b) Apakah tujuan perkahwinan?
(c) Mengapakah agama Kristian menyarankan supaya penceraian dihindari?

6.5 Etika agama Kristian dalam konteks Sosial dan Interpersonal


Tuhan telah menugaskan manusia untuk membentuk dunia ini dan oleh sebab itu, kita harus
berkelakuan secara rasional dan berusaha untuk mengikut perintah Tuhan. Mengikut kitab
Injil (Matius, 25:31-46), penganut agama Kristian diajar supaya tidak mementingkan diri
sendiri dan sentiasa menolong orang yang memerlukannya ke arah mematuhi perintah Tuhan.
Penganut agama Kristian perlu memupuk perhubungan baik dengan semua pihak, tanpa
mengira kaum, gender, status, agama dan sebagainya. Sebarang ketidakadilan, diskriminasi
atau bias dilarang sama sekali kerana semua ciptaan Tuhan adalah istimewa.
Ajaran Yesus Kristus menyarankan supaya penganut agama ini bukan sahaja bersikap
toleransi kepad kaum lain tetapi juga menyayangi mereka, termasuklah musuh-musuh
mereka. Yesus Kristus menyarankan supaya penganut agama Kristian berbudi baik kepada
semua umat manusia, termasuk golongan yang membenci mereka, seperti yang telah
dijelaskan dalam ayat Lukas (6:27) dalam kitab Injil.
Etika dari segi agam Kristian menekankan keadilan serta menghormati dan menyayangi
antara satu sama lain tanpa diskriminasi atau bias.

Penceraian patut dihindari dan perkahwinan semula dilarang. Fikirkan


kebaikan dan keburukan amalan ini. Apakah pendapat anda? Mengapakah
anda berfikir demikian? Bincangkan bersama-sama rakan sekelas anda.

(a) Apakah yang diterangkan oleh Yesus Kristus dalam ayat Matius 25:31-46?
(b) Mengapakah agama Kristian melarang sikap yang tidak adil atau
diskriminasi?
(c) Bagaimanakah kebahagiaan sebenar dapat dikecapi?

6.6 Etika agama dari aspek Perniagaan, Penggunaan dan


Perdagangan

Agama Kristian menekankan sikap murah hati dan ihsan ke arah kehidupan yang baik di
akhirat kelak. Kebanyakan perbadanan dan organisasi amat aktif dalam kegiatan kebajikan
dan menyalurkan bantuan secara langsung dan tidak langsung kepada golongan yang
memerlukan. Ini selaras dengan ajaran Yesus Kristus yang menyarankan supaya manusia
menyayangi antara satu sama lain.
Menurut ajaran agama Kristian, prinsip yang utama dalam sebarang kegiatan perniagaan
adalah menjaga maruah dan kehidupan manusia walaupun ini mungkin akan menjejaskan
keuntungan yang diperoleh. Rajah 6.7 menunjukkan panduan yang patut dipatuhi urusan
perniagaan.
Rajah 6.8: Garis Panduan Perniagaan mengikut Etika Agama Kristian

Lima garis panduan yang harus dipatuhi dalam menjalankan


urusan perniagaan

Pemberatan yang Adil


Jumlah penuh (kuantiti dan kualiti) harus diberi dalam
setiap urusan perniagaan.
Pekerja harus bekerja keras sebagai tanda berterima
kasih atas gaji yang diterima.
Kejujuran
Seseorang itu perlu jujur dalam berurusan dengan:
Pelanggan
Pekerja
Majikan
Rakan sekerja
Masyarakat

Hamba Tuhan
Sebagai hamba Tuhan, pekerja seharusnya lebih mementingkan
pelanggan atau pihak lain supaya dapat memenuhi kewajipan
mereka kepada Tuhan
Keuntungan yang Berpatutan
Setiap organisasi harus bertimbang rasa dalam menentukan
objektif keuntungan mereka dengan mengambil kira aspek
keadilan.

Tanggungjawab Peribadi
Kita harus bertanggung jawab atas segala keputusan
dan tindakan kita.
Kita tidak patut menyalahkan orang lain apabila kita
bersalah.
Kita tidak patut melakukan sesuatu yang sememangnya
salah.

Sebagai seorang individu atau perniagaan, kita patut berusaha untuk melakukan yang sebaik
mungkin.Tuhan meminta supaya kita melayan orang lain sepertimana kita ingin dilayan.
Pekerja harus menjalankan tugas mereka dengan mengambil kira aspek moral dan etika
kerana ini akan menghasilkan organisasi perniagaan yang beretika.

(a) Apakah pengaruh agama terhadap organisasi perniagaan?


(b) Apakah kesan globalisasi ke atas kehidupan?
(c) Terangkan garis panduan yang patut dipatuhi dalam perniagaan mengikut
ajaran agama Kristian.

6.7 Etika agama Kristian dalam konteks Perubatan, Sains dan


Kesihatan
Kebanyakan penganut agama Kristian mempercayai bahawa sains tidak dapat dibandingkan
dengan tafsiran kitab Injil. Kitab Injil telah ditulis beribu tahun dahulu untuk mewujudkan
kesedaran mengenai Tuhan dan ciptaannya. Matlamat sains adalah untuk mempelajari
bagaimana alam semesta diwujudkan manakala kitab Injil pula menerangkan mengapa alam
semesta wujud.
Mengikut ajaran agama Kristian, manusia perlu menyayangi setiap ciptaan Tuhan
terutamanya manusia. "Kamu tidak patut membunuh" merupakan keenam dalam Sepuluh
Rukun dan ia menerangkan bahawa tiada sesiapa pun yang berhak membunuh manusia lain
atas apa-apa sebab. Hanya Tuhan sahaja yang berhak menentukan kelahiran dan kematian,
seperti yang tercatat dalam kitab Injil (Mazmur, 139:13).
Gereja Anglikan menganggap bahawa semua manusia dicipta oleh Tuhan mengikut imejnya
sendiri. Oleh itu, nyawa kita patut dijaga dan dilindungi pada setiap peringkat kehidupan.
Pengguguran dilarang sama sekali tetapi diterima secara etika dalam keadaan tertentu,
misalnya sekiranya fetus tersebut mengancam nyawa si ibu atau sekiranya terdapat risiko
yang ia akan mengalami kecacatan serius.
Tuham mengurniakan manusia dengan keupayaan untuk memiliki zuriat, sepertimana yang
dinyatakan oleh kitab Injil (Kejadian 1:28). Persenyawaan buatan seperti IVF dibenarkan bagi
pasangan yang menghadapi masalah dari segi ini.
Namun demikian, sesetengah penganut Kristian mempercayai bahawa hanya Tuhan berhak
menentukan siapa yang dapat memiliki zuriat dan sebaliknya.
Kebanyakan penganut Kristian menerima penggunaan kaedah saintifik bagi membantu
pasangan untuk memiliki zuriat tetapi ini bergantung kepada kaedah yang digunakan.

Persenyawaan buatan yang menggunakan sperma penderma dilarang sama sekali


kerana ia disamakan dengan berzina
Persenyawaan buatan melalui si suami dibenarkan kerana ia tidak melanggar batasan
perkahwinan
Ibu tumpang di mana si bayi tidak memiliki perhubungan genetik kepada si ibu
tumpang dianggap sebagai amalan yang tidak beretika kerana akan timbul masalah
dalam menentukan ibu sebenar bayi tersebut.

(a) Apakah perbezaan antara sains dan kitab Injil?


(b) Mengapakah pengguguran anak dilarang sama sekali?
(c) Jelaskan mengapa amalan ibu tunggal dilarang oleh ajaran Kristian.

6.8 Etika agama Kristian dalam konteks Alam Sekitar

Penganut agama Kristian mempercayai bahawa kita tidak memiliki ciptaan Tuhan.
Sebaliknya, Tuhan telah mengamanahkan ciptaannya kepada kita dan oleh sebab itu, kita
patut menjaganya sebaik mungkin tanpa menjejaskannya melalui pencemaran, eksploitasi
berlebihan dan sebagainya.
Berikut adalah peranan manusia di dunia ini sepertimana dinyatakan oleh Tuhan:
Kita bertanggung jawab untuk menjaga alam sekitar dan memuliharanya untuk
generasi akan datang.
Penganut agama Kristian mempercayai bahawa manusia tidak berhak menuntut hak
pemilikan ke atas mana-mana ciptaan Tuhan.
Manusia tidak berhak mengeksploitasi alam sekitar sehingga ia terjejas.
Manusia patut berkembang dan menggunakan alam ini dengan sebaik mungkin.
Mengikut Kejadian 2:15, Adam dan Hawa diperintah oleh Tuhan supaya menjaga dan
menyemai taman tersebut.

Tuhan memberkati mereka, lalu Tuhan berfirman kepada mereka:


"Beranakcuculah dan bertambah banyak; penuhilah bumi dan taklukkanlah itu,
berkuasalah atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas segala
binatang yang merayap di bumi."
Berfirmanlah Tuhan: "Lihatlah, Aku memberikan kepadamu segala tumbuhtumbuhan yang berbiji di seluruh bumi dan segala pohon-pohonan yang buahnya
berbiji; itulah akan menjadi makananmu.
(Kejadian 1:28-29)

Manusia harus memiliki sifat Tuhan supaya dapat memenuhi peranan yang telah
diamanahkan oleh Tuhan. Sifat Tuhan bermaksud yang kita perlu bersikap:
Kreatif
Berkasih sayang
Menggunakan sumber yang dikurniakan oleh Tuhan dengan bertanggung jawab
supaya mendatangkan manfaat kepada semua ciptaan Tuhan
Manusia bersikap mementingkan diri dan melakukan dosa seperti menyalahgunakan dan
mencemarkan alam. Sikap mementingkan diri dan angkuh ini bercanggah dengan perasaan
cinta dan taat kepada Tuhan dan menyebabkan masalah-masalah berikut:
Pemanasan global
Pencemaran alam
Banjir
Bencana alam lain
Manusia merupakan khalifah Tuhan yang diamanahkan untuk menjaga alan yang dicipta
olehnya, termasuklah penghuninya. Manusia memerlukan ilmu untuk menjalankan tanggung
jawab ini dengan sebaik mungkin. Oleh sebab ini, kita harus berfikir dalam menangani
masalah alam sekitar.
Tuhan menginginkan supaya manusia dan alam dapat hidup secara harmoni. Kitab Injil sering
menekankan bahawa alam sekitar perlu dijaga dengan baik, contohnya:
Ayat 22:6 dan 25:4 dalam Ulangan menekankan penjagaan dan pemeliharaan haiwan
dan perasaan hormat-menghormati terhadap hidupan liar.
Ayat 38:25-28 dari Ayub dan 104:27-30 dari Mazmur menerangkan bahawa Tuhan
telah memupuk dan menjaga ciptaannya.
Tuhan telah menyediakan makanan dan keperluan lain yang mencukupi bagi ciptaannya,
Namun demikian, penganut agama Kristian mempercayai bahawa sifat tamak manusia telah
menyebabkan pemanasan global, pencemaran, banjir serta bencana alam yang lain.
Mandat Tuhan yang menyarankan supaya semua ciptaannya disayangi perlu dipatuhi dan kita
harus bertindak secara beretika demi keharmonian bersama.

Pertimbangkan senario-senario berikut.


Senario 1 - Kerajaan membuat keputusan untuk membina empangan demi
kebaikan masyarakat. Tanah di tapak pembinaan empangan tersebut telah
diratakan walaupun ia kaya dengan hutan dan hidupan liar.
Senario 2 - Sue membenci rakan sekerjanya kerana mengkhianatinya dan
dengan itu Sue tidak mendapat kenaikan pangkat. Sue ingin membalas
dendam terhadap rakan sekerjanya ini.
Senario 3 - Jiran Tom agak menjengkelkan dan sentiasa membuat bising serta
menumpahkan sampahnya ke atas laman dan jalan masuk ke rumah Tom.
Tom tidak berapa menyukai jirannya dan tidak mengendahkannya. Dia
bertekad untuk tidak sekali-kali menolong jirannya itu walaupun dia mungkin
memerlukan pertolongan Tom.
Senario 4 Adam dan Kathy telah mencuba sedaya upaya untuk memperbaiki
perkahwinan mereka tetapi tidak dapat berbuat demikian. Akhirnya, mereka
terpaksa bercerai. Kathy telah bertemu dengan lelaki lain dan jatuh cinta
kepadanya. Dia membuat keputusan untuk berkahwin semula.
Berdasarkan apa yang anda sudah pelajari, pertimbangan setiap senario
berdasarkan etika agama Kristian. Adakah anda bersetuju dengannya?
Bincangkan bersama-sama dengan rakan sekelas anda.

(a) Bincangkan mengapa manusia harus menjaga alam sekitar.


(b) Apakah kesan daripada tindakan manusia yang tidak beretika?
(c) Jelaskan mandat Tuhan kepada manusia.

Ringkasan

1. Asal-usul agama Kristian adalah berasaskan kehidupan, kematian dan kebangkitan semula
Yesus Kristus. Ia merupakan agama monotheis dan berasaskan kehidupan dan ajaran Yesus
Kristus.
2. Kitab suci agama Kristian adalah kita Injil dan ia terdiri daripada Perjanjian Baru dan
Perjanjian Lama.

3. Kehidupan dan ajaran Yesus Kristus berpusat kepada konsep cinta yang taat setia. Setiap
daripada tindakan Yesus Kristus merupakan tindakan yang paling baik dan setiap penganut
Kristian patut mencontohinya ke arah mencapai kebebasan.
4. Mazhab Protestan menganggap bahawa Tuhan telah menurunkan kitab Injil sebagai
sumber rujukan dalam membuat keputusan. Mazhab Katolik Roma pula mempercayai
bahawa Tuhan menurunkan kitab ini untuk menyatakan perintahnya dan bahawa Tuhan
berkomunikasi dengan manusia melalui Gereja Katolik Roma.
5. Nyawa adalah suci dan patut dihargai.
6. Penceraian bercanggah dengan perintah Tuhan. Namun demikian, sesetengah penganut
Kristian berpendapat bahawa penceraian dibenarkan sekiranya tidak cara lain untuk
menyelamatkan perkahwinan tersebut.
7. . Matlamat sains adalah untuk mempelajari bagaimana alam semesta diwujudkan manakala
kitab Injil pula menerangkan mengapa alam semesta wujud.
8. Kitab Injil menekankan bahawa setiap manusia patut dilayan secara adil tanpa
membezakan mengikut kaum, gender atau status. Setiap individu patut saling hormatmenghormati dan menerima sebarang percanggahan pendapat demi Tuhan.
9. Secara umumnya, penganut agama Kristian berpendapat bahawa Tuhan mencipta alam
semesta dan semua penghuninya. Mereka juga mempercayai bahawa manusia diamanahkan
untuk menjaga ciptaannya dan patut menggunakannya dengan cermat tanpa
mengeksploitasinya.

Anda mungkin juga menyukai