Anda di halaman 1dari 12

TOPIK 1

LINGUISTIK DAN KAEDAH PENGAJARANNYA

TOPIK 1

LINGUISTIK DAN KAEDAH


PENGAJARANNYA

PENDAHULUAN
Topik ini adalah berkaitan dengan pengertian linguistik dan cabang-cabangnya, tokohtokoh yang mendukungi bidang linguistik, konsep fonologi, fonetik, fonemik, dan
pendekatan pedagogi yang sesuai untuk menyampai pengajaran sebutan bunyi-bunyi
bahasa. Oleh itu, matlamat topik ini adalah untuk membantu pelajar mengenali bunyi
bahasa bahasa Melayu dan seterusnya mengenal pasti alat-alat artikulasi atau alat
pertuturan yang dapat menghasilkan bunyi-bunyi bahasa tersebut. Di samping itu, topik ini
juga menyediakan cadangan pengajaran di bilik darjah.

OBJEKTIF
Pada akhir topik ini seharusnya anda dapat:
1. memahami definisi fonologi, fonetik, fonemik, dan alat-alat artikulasi;
2. menggunakan pengetahuan tentang alat-alat dan cara-cara penghasilan bunyi
fonem;
3. menggunakan pengetahuan tentang fonem segmental dan suprasegmental bahasa
Melayu di dalam pengajaran dan pembelajaran; dan
4. mentranskripsikan perkataan dan ayat-ayat dengan menggunakan lambanglambang fonetik.

PETA MINDA
x

Pengenalan Linguistik
Cabang-cabang Linguistik

Fonologi
x Definisi
Apakah Dimaksudkan Dengan Kajian Fonetik?
x Organ Artikulasi

LINGUISTIK DAN KAEDAH PENGAJARANNYA


Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Bunyi Bahasa?
x Apakah Bunyi Bahasa Dan Bukan Bunyi Bahasa?
Pendekatan Pedagogi Bagi Mengajar Bunyi Bahasa
x Makmal Bahasa
x Aspek Pedagogi

OUM

LINGUISTIK DAN KAEDAH PENGAJARANNYA

1.1

TOPIK 1

PENGENALAN LINGUISTIK

Kenapakah linguistik dikatakan sebagai kajian bersifat saintifik? Kajian ini dikatakan
saintifik kerana cara-cara yang digunakan bersifat empirikal, berdasarkan apa yang dilihat,
dirasa dan didengar, yang mengetepikan unsur-unsur sentimen dan prasangka. Hal ini
bermakna pengkaji mesti akur pada:
x
x
x

1.1.1

Penggunaan eksperimen yang terkawal.


Pegangan unsur-unsur keobjektifan.
Penyebaran hasil kepada umum supaya dapat disahkan kebenarannya oleh orang
lain.

Cabang-cabang Lingusitik

Tahukah anda bahawa ilmu linguistik mempunyai berbagai-bagai cabang yang berkaitan
erat antara satu sama lain. Antara cabang linguistik itu adalah seperti yang disenaraikan di
bawah:
x
x
x
x
x

Linguistik umum
Linguistik deskriptif
Linguistik perbandingan
Linguistik sejarah
Linguistik terapan.

(a)

Linguistik Umum

Linguistik umum ialah ilmu yang membicarakan bidang linguistik secara am termasuklah
ilmu bahasa yang dikatakan sebagai lambang yang terdiri daripada deretan bunyi yang
diucapkan oleh alat-alat pertuturan atau alat artikulasi manusia yang terdiri daripada lidah,
anak tekak, lelangit, bibir, gusi dan lain-lain. Jadi, linguistik umum ialah disiplin yang
memperkatakan kajian bahasa secara ilmiah dan saintifik.
(b)

Linguistik Deskriptif

Linguistik deskriptif pula ialah ilmu linguistik yang memerihalkan sesuatu bahasa daripada
segala segi pada suatu jangka masa yang tertentu, berdasarkan bahan-bahan yang
terdapat pada waktu itu. Bahan utama dalam kajian itu ialah lisan atau pertuturan yang
diperoleh daripada penutur jati. Bahasa tulisan juga termasuk sebagai bahan kajian. Oleh
yang demikian, linguistik deskriptif adalah pemeri struktur sesuatu bahasa sebagaimana
kewujudannya. Bidang yang termasuk di dalam kajian linguistik deskriptif ialah fonologi
(kajian tentang bunyi), morfologi (kajian tentang kata dan pembentukannya) dan sintaksis
(kajian tentang ayat). Bidang-bidang inilah yang dikaji secara saintifik. Selain itu, linguistik
deskriptif juga dikenali sebagai kajian bahasa secara sinkronik, iaitu kajian mengenai
bahasa yang tertentu, pada sesuatu tempat yang tertentu, dituturkan oleh suatu golongan
yang tertentu dan pada masa atau zaman yang tertentu juga.
(c)

Linguistik Perbandingan

Linguistik perbandingan atau linguistik komparatif membuat perbandingan antara


beberapa bahasa yang difikirkan mempunyai hubungan daripada sudut sejarah. Oleh
sebab itu, linguistik komparatif juga boleh menumpukan kajian kepada aspek sebutan,
2

OUM

TOPIK 1

LINGUISTIK DAN KAEDAH PENGAJARANNYA

perkataan dan ayat di antara beberapa bahasa yang dikaji itu.


bahasa bahasa di Nusantara atau di Kepulauan Melayu.
(d)

Contohnya, mengkaji

Linguistik Sejarah

Linguistik sejarah atau historis ialah pada disiplin linguistik yang bersangkutan dengan
perkembangan sesuatu bahasa, iaitu dari zaman awal kemunculannya hinggalah ke suatu
tahap yang tertentu. Dengan kata lain, pakar linguis historis membuat kajian secara
historis, misalnya peringkat untuk memperoleh data, maka kajian akan dilakukan secara
sinkronik. Selepas seseorang pakar berpuas hati dengan dapatan kajian secara sinkronik
maka kajian secara diakronik akan dijalankan, iaitu membuat perbandingan antara
beberapa zaman untuk melihat perbezaan, menentukan perubahan dan perkembangan
yang berlaku dalam bahasa tersebut. Perbandingan boleh dibuat daripada pelbagai segi,
seperti fonologi, morfologi, sintaksis, makna, ejaan, sistem tulisan, dan sebagainya.
(e)

Linguistik Terapan

Linguistik terapan atau linguistik aplikasi pula ialah bidang linguistik yang
menerangkan bagaimana ilmu ini dapat digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa pertama dan bahasa kedua. Oleh demikian, disiplin fonologi, fonemik, morfologi,
dan sintaksis (linguistik deskriptif) sangat penting dalam penerapan ilmu bahasa.
Terdapat beberapa tokoh linguistik di dalam kelima-lima cabang tersebut. Tokoh tokoh
linguistik ini wujud sejak zaman tamadun Greek dan Sanskrit. Pada zaman ini tokoh yang
terkenal ialah Socrates, Plato, Aristotle, Stoics, Thras, Priscian dan Donatus yang
menjalankan kajian di dalam bahasa Yunani dan Romawi. Panini dan Bopp pula
menonjolkan diri mereka dengan kajian yang dijalankan di dalam bahasa Sanskrit.
Di dalam abad ke-18 dan ke-19 pula muncul D. Jenish melalui bukunya Philosophisch
kritische vergleichung und wurdigung von vierzehn altern und neuern sprachen Europens
(1976) yang telah menjelaskan sifat-sifat bahasa. Rask dan Grimm pula mengkaji ilmu
tatabahasa perbandingan. Mereka mempunyai pengaruh yang kuat kepada pengkaji
terkemudian. Rask mempunyai kekuatan dalam kajian linguistik sejarah. Beliau
mengkajinya daripada sudut etimologi (asal usul bahasa).
Selepas itu, wujud pula pengkaji bahasa yang lebih terkemuka seperti Ferdinand de
Saussure, Leonard Bloomfield, Reymond Firth dan Noam Chomsky. Ferdinand De
Saussure dimasukkan ke dalam golongan tradisional dan golongan moden. Beliau telah
mengasingkan dua istilah terpenting di dalam kajian bahasa, iaitu langue (bahasa) dan
parole (pertuturan). Hasil kajian beliau yang terkenal ialah Course of General
Linguistics. Bloomfield pula terkenal dengan karangannya yang berjudul Language
pada tahun 1933 yang terkenal dengan analisis ayat. Reymond Firth dan Malinowski pula
menghasilkan teori makna juga tentang keperihalan keadaan atau (Context). Firth
telah menggunakan kesempatan yang sedia ada untuk mengkaji ciri-ciri prosidi, tekanan,
nada suara, intonasi, dan sebagainya.
Tidak lama kemudian muncul pula Noam Chomsky yang mengasaskan penghuraian
bahasa berdasarkan nahu Transformasi Generatif (TG). Tatabahasa TG ini mempunyai
pengaruh yang kuat di dalam perkembangan kajian tatabahasa. Di negara kita juga
banyak ahli bahasa yang menyetujui pendapat Chomsky. Tatabahasa TG ini telah
berkembang dengan pesat dan ekorannya lahir banyak pengikut setia Chomsky yang
mengkaji aspek aspek fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.

OUM

LINGUISTIK DAN KAEDAH PENGAJARANNYA

1.2

TOPIK 1

FONOLOGI

Sebelum kita mempelajari tatabahasa Bahasa Melayu, eloklah kita mempelajari ilmu
fonologi dahulu, iaitu ilmu yang berkaitan dengan cara-cara pengguna bahasa Melayu
menuturkan atau melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna dalam bahasa.
Topik ini boleh didefinisikan sebagai suatu konsep yang berkaitan dengan fonologi, fonetik
dan alat artikulasi. Alat artikulasi ialah alat yang terlibat di dalam penghasilan bunyi
tersebut supaya anda dapat menggunakan pengetahuan tentang alat-alat dan cara
penghasilan bunyi fonem bahasa Melayu di dalam pengajaran dan pembelajaran. Di
samping itu, sebagai guru bahasa Melayu anda haruslah dapat menggunakan
pengetahuan tentang fonem segmental dan suprasegmental didalam pengajaran dan
pembelajaran dengan baik. Hal ini akan memudahkan anda membetulkan kesilapan
sebutan yang dilakukan oleh murid-murid anda terutama sebutan fonem yang sukar
dihasilkan oleh mereka yang menuturkannya sebagai bahasa kedua.

1.2.1

Definisi

Apakah yang dimaksudkan dengan Fonologi? Fonologi ialah bidang yang mengkaji
sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia. Apakah yang dikatakan
bunyi-bunyi yang bermakna itu? Kita sedia memaklumi bahawa pertuturan ialah bunyibunyi yang bermakna kerana apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami
perkara yang dituturkan. Dengan itu, bunyi yang bermakna itu ialah bunyi bahasa. Cuba
anda fikirkan pelbagai bunyi yang boleh dihasilkan melalui mulut selain daripada
pertuturan. Misalnya bunyi siulan, batuk, dengkuran dan deheman. Adakah bunyi ini
bermakna? Boleh dikatakan ya dan boleh dikatakan tidak.
Nantilah, dah
masak, aku bagilah!

ahem!
ahem!!

Bunyi ahem disambut dengan jawapan


nantilah, dah masak aku bagilah!
menunjukkan bahawa tukang masak itu
memahami
maksud
bunyi
ahem
tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa
ahem itu mempunyai makna. Jadi,
adakah bunyi ahem itu digolongkan
sebagai
bunyi
bahasa
juga?
Jawapannya Tidak.
Sebab, bunyi
bahasa tersebut tidak dihasilkan melalui
pertemuan dua titik artikulasi.

Oleh itu, bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi.
Kesimpulannya, bidang fonologi sebenarnya merumuskan, menghuraikan dan
menjelaskan segala bentuk bunyi di dalam sesuatu bahasa dengan teliti untuk
menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu. Sehubungan dengan itu, fonologi
dapat dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu seperti Rajah 1.1 di bawah.

OUM

TOPIK 1

LINGUISTIK DAN KAEDAH PENGAJARANNYA

Bidang Fonologi

Fonetik

Fonemik
Rajah 1.1: Pecahan bidang fonologi

1.2.2

Apakah yang Dimaksudkan dengan Kajian Fonetik?

Fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang
mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan
organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akuistik), dan pendengaran (auditori). Sila teliti rajah
yang berikut untuk mengukuhkan pemahaman anda.

Alat-alat yang menghasilkan


bunyi atau fonetik artikulasi

KAJIAN
FONETIK
Pendengaran, iaitu bunyi
yang keluar dari mulut
atau fonetik auditori

Sifat bunyi atau fonetik


akustik

Rajah 1.2: Kajian tentang fonetik

Bagaimana pula tentang fonemik? Fonemik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi
sesuatu bahasa, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.
Catatan/Nota
Catat definisi fonologi dan fonetik yang telah anda pelajari di sini.

OUM

LINGUISTIK DAN KAEDAH PENGAJARANNYA

TOPIK 1

1.2.3 Organ Artikulasi


Organ artikulasi ialah organ yang menghasilkan bunyi bahasa dan cara menghasilkan
bunyi tersebut. Banyak alat yang terlibat di dalam penghasilan bunyi bahasa. Alat yang
terlibat ialah alat yang menerbitkan bunyi setelah udara daripada paru-paru dipam ke
dalam organ-organ yang terlibat.
Perbuatan ini asalnya adalah untuk keperluan
pernafasan, iaitu untuk menyedut oksigen bagi membersihkan darah. Di samping itu,
aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Di dalam pengujaran ini
tercakup semua organ di dalam sistem pernafasan. Organ-organ ini penting di dalam
sistem aliran udara yang menyebabkan penghasilan bunyi. Organ di dalam sistem
penghasilan bunyi dikenali alat artikulasi (lihat Rajah 1.3 di bawah)

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.

bibir atas
bibir bawah
gigi atas
gigi bawah
gusi
lelangit keras
lelangit lembut
anak tekak
hujung lidah
hadapan lidah
tengah lidah
belakang lidah
akar lidah
epiglottis
pita suara
rongga tekak
rongga hidung
rongga mulut
rahang
tenggorok

Rajah 1.3: Organ Artikulasi

Rajah 1.3 menjelaskan bahawa terdapat 20 alat artikulasi yang mewujudkan bunyi
bahasa. Namun demikian, di dalam perbincangan ini kita akan huraikan tentang
beberapa alat artikulasi yang penting sahaja.
(a)

Bibir

Bibir merupakan alat artikulasi yang terletak di bahagian luar rongga mulut yang boleh
berfungsi menyekat perjalanan udara. Bibir terdiri daripada otot-otot yang kenyal yang
boleh dihamparkan dan dibundarkan. Apabila kita membunyikan bunyi [i] misalnya,
keadaannya menjadi hampar, sebaliknya apabila kita membunyikan [u] bibir menjadi
bundar. Bibir juga berfungsi di dalam membuat sekatan kepada udara yang keluar
daripada rongga mulut. Untuk membunyikan bunyi [m], [p] dan [b] misalnya, udara
disekat di bibir dan apabila bibir dibuka maka terlaksanalah bunyi yang dikehendaki.

OUM

TOPIK 1

(b)

LINGUISTIK DAN KAEDAH PENGAJARANNYA

Lidah

Lidah merupakan organ artikulasi yang terpenting dan paling aktif di dalam pengeluaran
bunyi-bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung, tengah,
hadapan, dan belakang. Bahagian-bahagian lidah ini boleh digerak-gerakkan sama ada
diangkat, dinaikkan atau diturunkan untuk membuat penyekatan terhadap udara yang
keluar melalui rongga mulut. Bahagian hadapan, tengah, dan belakang lidah penting di
dalam pengeluaran bunyi vokal, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang.
Hujung lidah pula merupakan bahagian yang paling aktif, boleh digerak-gerakkan ke
mana-mana bahagian mulut untuk menyekat peredaran udara. Jadi, lidah aktif sekali
dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa dan ia disebut sebagai artikulator.
(c)

Gusi (Alveolar)

Gusi adalah organ pertuturan yang terletak di antara gigi dan lelangit keras. Keadaannya
cembung, melengkung dan ia berfungsi sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah
penyebutan. Gusi berperanan di dalam pengeluaran bunyi-bunyi seperti [t] [d] [l], [r], [s],
[z] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.
(d)

Lelangit (palatal)

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut.
Lelangit keras terletak di antara gusi dan lelangit lembut dan berfungsi sebagai daerah
artikulasi di dalam pengeluaran bunyi. Sementara lelangit lembut pula terletak ke dalam
sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Lelangit lembut boleh
diturunkan dan dinaikkan. Apabila diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara akan
keluar melalui rongga hidung dan apabila ia diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan
udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Organ ini amat penting untuk menentukan
sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau ataupun tidak. Apabila lelangit lembut
diturunkan, bunyi yang keluar ialah bunyi sengau dan kalau dinaikkan bunyi yang keluar
bukan bunyi sengau.
(e)

Anak Tekak

Anak tekak terletak dibahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit
lembut (malah anak tekak terletak bersambungan dengan lelangit lembut). Anak tekak
biasanya berfungsi sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut
khususnya di dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu
bunyi sengau atau tidak. Di samping itu, anak tekak ini juga boleh digerak-gerakkan,
sama ada dinaikkan atau diturunkan. Jika dinaikkan rongga hidung akan tertutup dan jika
diturunkan rongga mulut pula tertutup.
(f)

Gigi

Gigi juga mempunyai peranan di dalam penghasilan bunyi tetapi peranannya tidak aktif.
Bahagian ini tidak boleh digerak-gerakkan seperti lidah atau bibir dan berfungsi sebagai
penahan udara daripada terus keluar dengan bebas daripada rongga mulut. Di dalam
penyebutan bunyi-bunyi [e], [y], [c], [q] gigi turut sama berperanan, iaitu sebagai daerah
penyebutan.

OUM

LINGUISTIK DAN KAEDAH PENGAJARANNYA

(g)

TOPIK 1

Rongga

Sebagaimana yang dapat digambarkan oleh gambarajah 1.3, rongga terbahagi kepada
tiga, iaitu rongga mulut, rongga hidung dan rongga tekak. Rongga merupakan bahagian
lapang yang menjadi tempat laluan udara keluar-masuk daripada paru-paru. Rongga tekak
bermula daripada bahagian di sebelah atas selepas pita suara hinggalah ke bahagian
anak tekak. Rongga mulut pula bermula daripada ruang di hadapan belakang lidah
membawa kepada bahagian bibir (sebelah dalam) sementara rongga hidung bermula
daripada bahagian di belakang anak tekak hingga ke hidung. Rongga tekak dan rongga
hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan
lelangit lembut dinaikkan atau pun diturunkan.
(h)

Pita Suara

Pita suara terletak di dalam ruang tenggorok dan ia amat penting untuk penghasilan bunyi.
Seseorang yang mengalami kerosakan pita suara akan mengalami gangguan suara dan
orang yang tidak mempunyai pita suara akan menjadi bisu. Pita suara terdiri daripada dua
keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Keadaannya adalah seperti Rajah 1.4 dan
1.5.
Di manakah halangan pertama yang berlaku pada udara yang keluar daripada paru-paru?
Ia mungkin berlaku pada pita suara. Pita suara ialah dua membran elastik yang terletak
di dalam peti suara. Membran menyerupai pita yang melekat pada dinding peti suara
dan terentang daripada depan ke belakang. Apabila pita suara kendur dan renggang,
udara lalu tanpa halangan. Ruang yang renggang itu dipanggil glotis.

pita suara
renggang

glotis

pita suara
renggang

Rajah 1.4: Pita Suara Terbuka

pita suara
rapat

pita suara
rapat

Rajah 1.5: Pita Suara Tertutup

Apakah peranan pita suara ketika menghasilkan bunyi-bunyi bahasa? Apabila pita suara
kendur dan renggang, glotis terbuka (Rajah 1.4). Keadaan ini terjadi pada waktu bernafas
dan menghasilkan sesetengah bunyi seperti /s/ dan /p/, iaitu bunyi tidak bersuara.
Apabila pita suara tegang dan rapat, glotis tertutup (Rajah 1.5). Udara tidak dapat keluar,
tetapi boleh menghasilkan bunyi letupan glotis /?/. Selain itu, pita suara itu mungkin
dirapatkan tetapi tidak berapa tegang sehingga udara boleh melaluinya dan pada waktu itu
pita suara bergetar. Bunyi yang terhasil ini dikenali sebagai bunyi bersuara. Jadi, pita
suara berfungsi dan menentukan bunyi bersuara atau bunyi tidak bersuara.

OUM

TOPIK 1

(i)

LINGUISTIK DAN KAEDAH PENGAJARANNYA

Rahang

Rahang tidak memainkan peranan penting semasa pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.


Walau bagaimanapun, kedudukannya adalah penting di dalam pembunyian bunyi-bunyi
vokal. Keadaan terbuka antara kedua rahang (atas dan bawah) adalah sempit sewaktu
membunyikan vokal-vokal [i] dan [u] dan terbuka luas sewaktu membunyikan vokal [a]
dan [e].

1.3

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BUNYI BAHASA?

Bunyi-bunyi bahasa pada gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak.
Udara yang keluar daripada paru-paru melalui tenggorok, pita suara, rongga tekak dan
mulut atau hidung atau kedua-duanya. Udara yang keluar itu akan mengenai bahagian
gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi. Bunyi-bunyi bahasa dihasilkan
apabila udara tersekat atau terhalang pada alat artikulasi ini.

1.3.1

Apakah Bunyi Bahasa dan Bukan Bunyi Bahasa?

Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasa di dunia ini. Dengan
kata lain, bunyi bahasa ialah bunyi yang berfungsi di dalam pertuturan. Bunyi-bunyi bukan
bahasa ialah bunyi-bunyi bukan bahasa seperti batuk, bunyi orang berdehem, bunyi
siulan, tiruan kepada bunyi-bunyi binatang, sendawa, mendengkur, bunyi orang
kedinginan (menggigil) dan sebagainya.
Bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara ada kaitannya dengan keadaan pita suara.
Sekiranya semasa udara keluar melalui pita suara, keadaan pita suara (atau khususnya
glotis) itu agak rapat, akan berlakulah getaran dan bunyi yang terhasil adalah bunyi
bersuara. Kalau keadaan glotis itu renggang atau terbuka, sewaktu udara keluar
melaluinya tidak berlaku getaran dan bunyi yang terhasil adalah bunyi tidak bersuara.
Udara dikeluarkan daripada kedua-dua belah paru-paru melalui ruang tenggorok dan pita
suara, kemudian masuk ke rongga tekak, seterusnya ke rongga mulut atau rongga hidung.
Di dalam perjalanan keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut, udara tersebut
mungkin menerima gangguan atau sekatan daripada alat-alat artikulasi yang lain atau
mungkin juga tidak.
Sekiranya semasa udara itu melintas pita suara yang tertutup rapat, udara terpaksa keluar
secara terdesak, maka bunyi yang timbul ialah bunyi batuk. Kalau pita suara renggang
sedikit, udara dapat keluar melaluinya menyebabkan ia bergetar, maka bunyi yang terhasil
ialah bunyi bersuara. Apabila pita suara renggang udara boleh keluar dengan mudah dan
pita suara tidak bergetar, maka bunyi yang terhasil adalah bunyi tidak bersuara.
Udara yang keluar daripada pita suara tadi akan memasuki rongga tekak dan daripada
sini, mungkin terus ke rongga hidung atau rongga mulut. Lelangit lembut atau anak tekak
akan mengatur jalan udara ini sama ada ke rongga mulut atau rongga hidung. Kalau
lelangit lembut dan anak tekak tidak menutupi ruang ke rongga hidung, udara akan keluar
melalui hidung. Bunyi yang terhasil disebut bunyi sengau. Sekiranya ruang ke rongga
hidung tertutup, udara keluar melalui rongga mulut dan bunyi yang terhasil bukanlah bunyi
sengau.

OUM

LINGUISTIK DAN KAEDAH PENGAJARANNYA

TOPIK 1

Selepas udara melepasi pita suara, ia bergerak pula ke rongga tekak. Daripada rongga
tekak, udara boleh keluar melalui rongga tekak (oral) atau rongga hidung (nasal).
Lelangit manusia terbahagi kepada dua. Di sebelah depan dinamakan lelangit keras dan
di bahagian belakang, dikenali sebagai lelangit lembut. Bahagian hujung lelangit lembut
dinamakan anak tekak. Lelangit lembut dan anak tekak boleh digerak-gerakkan. Apabila
bunyi /a/ dikeluarkan, lelangit lembut dinaikkan hingga kena pada belakang tekak dan
dengan itu menutup rongga hidung. Bunyi /a/ dikeluarkan melalui rongga oral. Oleh itu,
/a/ ialah bunyi oral.
Bunyi nasal pula ialah bunyi yang dikeluarkan melalui rongga hidung. Lelangit lembut
pada waktu itu diturunkan dan rongga oral ditutup dengan beberapa cara, antaranya
dengan merapatkan dua bibir.

1.4
1.4.1

PENDEKATAN
BAHASA

PEDAGOGI

UNTUK

MENGAJAR

BUNYI

Makmal Bahasa

Makmal bahasa diperlukan untuk melakukan latihan penyebutan yang sistematik.


Sebutan sistematik yang dimaksudkan ialah sebutan yang berasaskan transkripsi fonetik
bahasa Melayu. Makmal yang lengkap ialah makmal bahasa yang mempunyai alat
pendengaran telinga dan pemprosesan terjemahan.

1.4.2

Aspek Pedagogi

Pengajaran dan pembelajaran penyebutan fonem bahasa Melayu boleh dilakukan melalui
pelbagai teknik. Yang paling baik adalah dengan mengikuti saranan golongan
behaviurisme, iaitu dengan membuat latih tubi. Langkah pengajaran yang disarankan
adalah seperti berikut:
i.
ii.
iii.

iv.
v.

vi.

10

guru memperkenalkan lambang huruf atau fonem


guru menyebut bunyi vokal dan konsonan
guru boleh merakamkan suara melalui pita rakaman atau dengan menggunakan
teknik digital recording dan boleh diulang-ulang. Yang lebih baik adalah dengan
menggunakan teknik interaktif. Jika tersalah sebut, alat elektronik yang berkenaan
dapat mengesannya dan mengarahkan pelajar menyebutnya semula (yang betul).
Jika guru menggunakan sistem konvensional (tradisional) guru akan
membetulkannya dan murid akan mengulangnya semula sehingga guru yang
berkenaan berpuas hati.
murid secara kelas atau kumpulan besar boleh mengajuk apa-apa yang disebut oleh
guru. Guru sebut ------murid ajuk dan guru membetulkannya jika tersalah sebut.
murid secara kumpulan kecil empat hingga lima orang boleh mengajuk apa-apa
yang disebut oleh guru. Guru sebut---murid ajuk dan guru membetulkannya jika
mereka tersalah sebut.
murid secara individu boleh mengajuk apa-apa yang disebut oleh guru atau rakan
sebaya (pembimbing). Guru atau rakan sebaya sebut---individu mengulang
sebutannya.

OUM

TOPIK 1

vii.

viii.

LINGUISTIK DAN KAEDAH PENGAJARANNYA

bagi penutur bahasa kedua teknik ini amat cocok. Begitu juga, bagi pemantapan
dialek bahasa baku. Bagi dialek yang tidak baku, teknik ini memberikan ruang dan
peluang kepada murid-murid supaya membaiki sebutan yang tidak baku itu.
jika guru ingin melanjutkannya kepada sebutan untuk kata, frasa, klausa, ayat, atau
perenggan, guru boleh menggunakan teknik ini, iaitu bermula daripada urutan (i)
hingga (vii).

RUMUSAN
Topik ini telah menghuraikan secara ringkas mengenai linguistik dan cabang cabang
linguistik dan hubungan linguistik dengan bidang lain yang bersangkutan dengan bunyi.
Bidang fonetik dan fonologi dan peranan yang dimainkan oleh kedua dua kajian ini juga
ditegaskan dan kaitannya dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya
ditekankan juga definisi bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa supaya peminat bahasa
dan pelajar bahasa mengetahui berbezaan di antara kedua duanya.

Latihan 1.1
1.

Letakkan tangan anda pada pita suara (di tengah-tengah leher) dan
sebutkan [a a a a a]. Adakah anda merasakan getaran yang berlaku
pada pita suara?
Letakkan tangan anda rapat-rapat ke telinga dan sebutkan bunyi [a a a
a a]. Adakah bunyi itu bergema? Ya, betul bergetar dan bergema.
Oleh itu, bunyi itu ialah bunyi bersuara.

2.

Adakah bunyi akhir di dalam perkataan di bawah ini bunyi bersuara


atau bunyi tak bersuara? habis, belum, tebal, bulan, syabas?

3.

Sila lukis gambar rajah organ artikulasi dan namakan bahagian


bahagiannya.

Latihan 1.2
1.

Anda diminta menyebut perkataan yang disenaraikan di bawah:


kalam, satu, bin, tali, dominasi, bising, tampal, tikus, khamis,
dharab, dhommah

2.

Klasifikasikan bunyi akhir perkataan tersebut kepada bunyi oral dan


bunyi nasal berdasarkan keterangan di atas.

OUM

11

LINGUISTIK DAN KAEDAH PENGAJARANNYA

TOPIK 1

BACAAN ASAS
Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti.
Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985).
Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab
Perguruan, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

GLOSARI
Behaviourisme

Suatu teori atau pendekatan yang mengaitkan perilaku seseorang


dengan tindakan yang disempurnakan. Kumpulan ini berkata
bahawa peranan perilaku amat penting di dalam tindak tanduk
individu di dalam proses pembelajaran.

Diakronik

Suatu kajian yang dijalankan terhadap bahasa khususnya di


dalam dua konteks yang berlainan.

Fonemik

Proses pengeluaran bunyi yang melibatkan bunyi bunyi bahasa


ditahap mental dan masih belum dilahirkan.

Fonetik

Suatu kajian mengenai bunyi yang bermakna yang manusia


berupaya melahirkannya. Kajian ini melibatkan organ pertuturan,
arus udara dan cara dan daerah pertuturan bunyi bahasa.

Fonologi

Suatu kajian mengenai sistem atau struktur bunyi yang terdapat di


dalam sesuatu bahasa. Fonologis mengkaji bunyi yang membawa
makna dan sistem sistem yang terdapat di dalam bahasa tersebut.

Sinkronik

Suatu kajian mengenai bahasa di dalam suatu jangka waktu.

UJIAN 1
Anda telah mempelajari semua aspek yang berkaitan dengan fonetik Bahasa Melayu.
Setelah memahaminya, bincangkan perkara-perkara yang berikut, iaitu:
(i)

Nyatakan contoh fonem pinjaman di dalam bahasa Melayu. Bincangkan dan


nyatakan penghasilannya.

(ii) Kepentingan ilmu fonologi di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
sebagai bahasa pertama dan bahasa kedua.

UJIAN 2
Lukis sebuah rajah yang menerangkan bunyi plosif [p]. Huraikan dengan mendalam organ
yang terlibat di dalam pengujaran bunyi tersebut. Berikan contoh perkataan yang
mengandungi fonem [p] dan variasi fonem tersebut (alofon).

12

OUM

Anda mungkin juga menyukai